CERITA RAKYAT MUHAMMAD AMEER SHAHRIN SASTERA MITOS ASAL USUL NAMA KAMPUNG BERTUAN PEKAN MANGGATAL DAERAH KOTA KINABALU PENULIS
HAK CIPTA PENERBITAN HAK CIPTA TERPELIHARA. 2023/2024. Sebarang pengambilan hak cipta seperti dikeluarkan semula, disampaikan dan digunakan dalam awam, diedarkan dalam salinan dan disewa secara komersial daripada pemilik tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya melanggar peraturan tersebut. i
PENGHARGAAN Assalammuaikum WBT & Salam Sejahtera Syukur ke hadrat ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menerbitkan karya buku yang bertajuk "CERITA RAKYAT SASTERA" daerah Kota Kinabalu. Dalam buku ini merangkumi 2 tajuk cerita, iaitu "Asal Usul Nama Pekan Manggatal" dan "Mitos Kampung Bertuan". Alhamdulilah, karya buku cerita saya ini dapat menyiapkan dengan jayanya bagi kursus Sejarah Kesusasteraan Melayu (CA10103). Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Fatin Najla binti Omar kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dan tidak dilupakan juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang memberikan sokongan serta bimbingan untuk menyiapkan tugasan buku cerita rakyat saya. ii
PRAKATA iii Cerita rakyat dalam penerbitan ini adalah berkaitan dengan "Asal Usul Nama Pekan Manggatal" dan "Mitos Kampung Bertuan". Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa diharungi, namun akhirnya terhasil juga sebuah buku cerita rakyat yang mantap dari segi isi cerita dan penyampaiannya.
SENARAI KANDUNGAN PRAKATA HAK CIPTA PENERBITAN PENGHARGAAN ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL MITOS KAMPUNG BERTUAN RUJUKAN / INFORMAL BIODATA PENULIS i ii iii 1 23 43 44 SENARAI KANDUNGAN iv iv
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL 1 Pekan Menggatal terletak berhampiran dengan beberapa buah sungai yang saling berhubung.
Dikelilingi oleh tanah yang subur dan hasil tanaman yang makmur, Menggatal dihuni oleh tiga bangsa utama iaitu masyarakat Bajau-Samah dan sebilangan kecil masyarakat Dusun dan Cina yang berasal dari beberapa buah kampung iaitu Kampung Rampayan, Darau, Gudon dan Unggun. Bumi yang dilimpahi dengan kemakmuran hasil tanah ini menjadikan penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan. 2 ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
3 Hasil tanaman dan tangkapan laut dijual di tamu Manggatal dan Inanam . Selain menjadi tempat untuk memasarkan produk pertanian dan hasil laut, tamu juga berfungsi sebagai tempat untuk penduduk kampung mendapatkan keperluan utama seperti bekalan makanan , ubat ubatan, barang perhiasan dan pakaian. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
Kehidupan masyarakat yang aman damai dan bersatu hati, menjadikan Menggatal sebagai tempat tumpuan masyarakat dari beberapa perkampungan atau daerah berdekatan. Masyarakat semakin berkembang dengan percambahan budaya dan percampuran norma masyarakat yang terhasil dari ikatan perkahwinan. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL 4
5 Apabila musim menanam padi tiba, penduduk kampung akan bergotong royong . Bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
Hasil padi akan dibahagi sama rata kepada semua penduduk. Selain itu, Kawasan yang lapang juga ditanam dengan tanaman kontan seperti pokok kelapa dan buah-buahan lainnya. Penduduk berada dalam keadaan yang Makmur dan sejahtera sehinggalah untuk beberapa generasi. Namun siapa yang menyangka Menggatal akan ditimpa beberapa bencana. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL 6
7 Bumi yang subur, indah nan nyaman tiba-tiba diserang kemarau panjang. Tanaman yang subur dan buah -buahan yang dulunya berbuah lebat dan memberi sumber pendapatan kepada penduduk kini bertukar kepada tanah kering dan kontang. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
Penghulu Kampung yang dikenali sebagai Tingkui mula mengadakan mesyuarat bersama penduduk kampung bagi mengatasi masalah ini. Penduduk kampung mula kehilangan sumber pendapatan sehingga memaksa mereka beralih ke aktiviti pesisir laut dan sungai bagi mencari sumber pendapatan. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL 8
9 Penduduk kampung mula memasang pukat joran bagi menangkap ikan. Untuk seketika musim kemarau yang panjang dan memberi kerugian digantikan dengan kegirangan hasil dari lautan dan ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Tidak berapa lama kemudian Menggatal diuji lagi dengan musim hujan yang menyebabkan banjir besar. Banyak kemusnahan yang terpaksa ditanggung oleh orang kampung. Keadaan ini menyebabkan Ketua Kampung Tingkui mengadakan mesyuarat tergempar. Dalam perjumpaan tersebut penduduk kampung bersetuju untuk mencari kawasan yang lebih tinggi dan selamat. 10
11 Pada keesokan harinya, penduduk kampung mula berpindah. Mereka juga mendirikan rumah, membina jambatan, mendirikan surau, dan memulakan aktiviti menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Walaupun kawasan yang dipilih agak rata namun, masih terdapat segelintir penduduk yang memilih untuk terus menetap di kawasan berdekatan dengan sungai. Mereka menanam pokok kelapa, dan pokok mangga yang dipercayai mempunyai akar yang kuat untuk menahan tanah daripada runtuh ketika banjir berlaku. 12
13 Selain itu, penduduk kampung juga sudah mula menggunakan keseluruhan bahagian pokok kelapa untuk mendapatkan santan, membuat penyapu lidi dan menganyam daunnya untuk dijual di tamu. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Berbeza dengan penduduk yang tinggal di kawasan rata pula, lebih memilih untuk menanam sayursayuran dan menanam pokok mangga yang tumbuh dengan subur dan cepat. Zaman beredar dan tiba saatnya penduduk memilih ketua kampung yang baharu berikutan kematian penghulu kampung Tingkui. Setelah dipilih, akhirnya Awang Mahmud menjadi Ketua Kampung 14
15 Di bawah pemerintahan Awang Mahmud, penduduk hidup dalam aman damai. Sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang menyebabkan penduduk berada dalam keadaan bimbang dan takut. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Kisahnya bermula apabila beberapa orang kampung terkena penyakit gatal-gatal yang luar biasa dan menular dengan cepat. Bermula dengan keluarga Kassim yang tinggal berdekatan sungai sehinggalah menular ke beberapa buah keluarga lain yang tinggal berdekatan dengan surau. 16
17 Keadaan ini menimbulkan kesan cemas dihati penduduk. Mereka mula mencari alternatif untuk menghalang anak dan ahli keluarga yang lain dari dijangkiti. Berbagai-bagai cara dilakukan termasuklah meminta bantuan daripada dukun atau pawang. Apatah lagi sudah terdapat kematian berpunca dari penyakit ini. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Penduduk kampung mencadangkan agar dilakukan upacara pemujaan bagi menghentikan anasir atau roh jahat yang dipercayai membawa penyakit . Antara upacara yang dicadangkan adalah melakukan persembahan binatang kepada roh jahat tersebut. Hal ini kerana penyakit ini mengambil masa yang panjang menimbulkan keraguan ke atas punca sebenar. 18
19 Atas kebijaksanaan Awang Mahmud, misteri penyakit ini dapat ditemui. Setelah disiasat, rupa-rupanya penyakit ini berasal daripada buah mangga yang banyak ditanam di kawasan sekitar. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Atas kebijaksanaan Awang Mahmud, misteri penyakit ini dapat ditemui. Setelah disiasat, rupa-rupanya penyakit ini berasal daripada buah mangga yang banyak ditanam di kawasan sekitar. Apabila dimakan, mangga ini akan menyebabkan kesan gatal dan mudah berjangkit. Hal ini menyebabkan penduduk tidak lagi makan buah mangga kerana bimbang akan di jangkiti dengan penyakit gatal tersebut. 20
21 Untuk sekian lamanya, pokok mangga yang lebat berbuah hanya dibiarkan hanyut ke dalam sungai. Versi cerita ini diperturun dan diwarisi dari generasi ke generasi sehinggakan masyarakat tidak lagi memanggilnya ‘mangga gatal’. ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL
ASAL USUL NAMA PEKAN MANGGATAL Apabila disebut berulang kali, perkataan ‘mangga gatal’ ini telah menjadi “Manggatal” apatah lagi apabila disebut oleh pelbagai etnik yang berada di sekitarnya. Demikian lah sejarah asal usul Pekan Manggatal mendapat namanya. 22
MITOS KAMPUNG BERTUAN 23
MITOS KAMPUNG BERTUAN Kampung Bertuan terletak di sebuah daerah di negeri Sabah. Ia dihuni oleh suku kaum Bajau-samah dan sebilangan kecil masyarakat bajau Brunei. Kampung Bertuan diketuai oleh seorang pemimpin yang dikenali sebagai Awang Muluk .Beliau merupakan anak kepada seorang ulama yang terkenal dan mewarisi bakat mempertahankan diri yang tinggi. Selain itu, beliau juga memiliki bakat istimewa sejak dari zaman kanak-kanak iaitu boleh melihat alam ghaib. 24
25 Awang Muluk mempunyai keperibadian yang unggul dan sangat di senangi oleh penduduk kampung. Walaupun mempunyai banyak kelebihan, beliau sangat merendah diri dan sentiasa membantu penduduk kampung dalam melakukan kerja-kerja kampung seperti memotong kayu, mengangkat air dari perigi dan membina rumah orang kampung. MITOS KAMPUNG BERTUAN
MITOS KAMPUNG BERTUAN Aktiviti yang sering dilakukan ialah berlatih Silat bersama sahabatnya bernama Lela. Mereka sering mempelajari gerakan dan jurus istimewa di kawasan air terjun. Air terjun akan memercik tinggi selepas sahaja Awang Muluk melepaskan jurus . Segala hidupan dalam air juga akan timbul dipermukaan bagi menyaksikan pertarungan dua sahabat itu. 26
27 Pada suatu hari, kampung Bertuan menerima perkhabaran bahawa mereka dikehendaki membayar cukai. Orang kampung yang hanya mengusahakan tanaman padi, menangkap ikan dan melakukan kerja-kerja kampung merasa amat tertekan dan marah dengan keadaan tersebut. MITOS KAMPUNG BERTUAN
MITOS KAMPUNG BERTUAN Perkara yang paling menyedihkan ialah perkara tersebut disampaikan sendiri oleh rakan seperguruan Awang Muluk iaitu Tijani. Tijani disingkirkan dari Pondok Silat selepas Tok Guru Arjuna mengetahui tingkah lakunya yang gemar menunjukkan kekuatan dan bermain judi. 28
29 Cerita yang menjadi bualan hangat orang telah sampai ke pengetahuan Awang Muluk. Namun sebagai seorang yang berilmu tinggi, dia hanya bersedia bertindak apabila perlu. Kemuncak daripada perkara ini ialah apabila Tijani menyepak dan memukul seorang tua yang tidak mahu membayar cukai tersebut. MITOS KAMPUNG BERTUAN
MITOS KAMPUNG BERTUAN Tanpa was-was, Awang Muluk pun beradu kekuatan dengan Tijani.Ternyata kekuatan mereka adalah hampir sama. Apa yang menghairankan, keris Awang Muluk sedikitpun tidak menembusi badan Tijani. Bahkan kekuatannya menjadi semakin berlipat kali ganda. Hal ini menimbulkan rasa sombong dan riak kepada Tijani. 30
31 MITOS KAMPUNG BERTUAN Mereka akhirnya berhenti bertarung apabila Guru Arjuna mengarahkan kedua-duanya untuk beradu kekuatan di pondok silatnya pada malam esok.
MITOS KAMPUNG BERTUAN 32 Kelemahan Tijani yang suka beradu kekuatan dan gopoh dalam tindakan serta mengamalkan ilmu hitam untuk menjadi kuat, menyebabkan Tok Guru Arjuna memberi pengajaran kepadanya.
33 MITOS KAMPUNG BERTUAN Selepas pertarungan itu, Awang Muluk menceritakan kepada Lela tentang tahap kekuatan dan kemahiran silat Tijani. Dua sahabatnya itu akhirnya menyedari bahawa Tijani mungkin mengamalkan ilmu hitam kerana Keris yang digunakan tidak dapat menusuk badan Tijani.
MITOS KAMPUNG BERTUAN Keris tersebut merupakan peninggalan arwah ayah Awang Muluk yang merupakan ulama dan pahlawan Agung pada zaman dahulu. 34
35 MITOS KAMPUNG BERTUAN Setelah bersepakat Awang Muluk dan Lela pergi ke pondok silat untuk berlatih dan menguatkan jurus serta berjumpa dan memohon nasihat daripada Tok Guru Arjuna.
MITOS KAMPUNG BERTUAN Tok Guru Arjuna mengajarkan bagaimana cara untuk mengalahkan Tijani dan berpesan kepada Lela untuk terus membawa botol yang runcing. Keesokan malamnya, pertarungan pun dimulai. Gerakan dan jurus dilepaskan. Kelihatan kilat sabung menyabung diudara. 36
37 Gerakan dan serangan bertubi – tubi dilancarkan oleh Tijani. Dengan penuh berhati-hati Awang Muluk menepis dan memberi serangan balas kepadanya. Perbuatan ini memberi kemarahan kepada Tijani dan memaksanya menggunakan bantuan ilmu hitam yang telah ia pelajari sejak sekian lama. MITOS KAMPUNG BERTUAN
MITOS KAMPUNG BERTUAN Tiba-tiba seluruh kawasan dipenuhi asap berkepul-kepul . Seperti yang telah diajarkan oleh Tok Guru, Awang Muluk terus menutup matanya dengan kain hitam dan meraba-raba kawasan sekitar. Jurus demi jurus dilancarkan sehinggalah kedengaran suara merengek keluar dari tubuh Tijani. Awang Muluk terus membuka matanya dan menepuk belakang Tijani dengan sekuat hatinya. 38
39 Namun makhluk hitam itu sangat ganas sehinggakan Awang Muluk mengalami kecederaan. Bakat istimewa Awang Muluk terpaksa digunakan bagi menunduk dan menjinakkan makhluk itu. MITOS KAMPUNG BERTUAN
MITOS KAMPUNG BERTUAN Selepas membaca beberapa potong ayat, kelihatan sebuah lembaga lagi muncul dari kepala Tijani yang akhirnya pengsan. Jika dilihat dari saiz dan kekuatan makhluk , Ia sdh lama berada didalam tubuh badan Tijani. 40
41 Makhluk itu telah menyebabkan percikan api yang sangat kuat. Ia juga membakar hutan dan meruntuhkan gunung ganang. MITOS KAMPUNG BERTUAN
MITOS KAMPUNG BERTUAN Selesai sahaja percikan api ,Lela terus membuka botol runcing untuk memasukkan kedua-dua makhluk itu. Sejak daripada itu nama Awang Muluk terus meniti dari bibir ke bibir. Sehingga selepas beberapa generasi, nama Kampung Batuan ditukar ke Kampung Rampayan kerana kawasan sekitar banyak menanam Pandan Dan sayur tempatan yang dikenali sebagai Rampayan. 42
RUJUKAN / INFORMAN Said Bin Rahim Karim Bin Rahim Siti Rahmah Binti Rahim 016-675 6303 016-841 7371 017-893 9270 43
BIODATA PENULIS NAMA UMUR Muhammad Ameer Shahrin Bin Madsarin 20 Tahun CITA-CITA Guru 44
CERITA RAKYAT SASTERA DAERAH KOTA KINABALU Nama Pekan Manggatal sering didengari dengan pelbagai cerita sejak zaman dahulu lagi sehinggalah sekarang khususnya tempat asal usulnya di pekan itu. Selain itu, Kampung Bertuan juga mempunyai cerita-cerita mitos . Adakah nama pekan Manggatal berasal daripada buah Mangga itu sendiri? Siapakah Awang Muluk dan Tijani berada di Kampung Bertuan itu?