The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMEER SHAHRIN, 2021-10-02 03:35:02

MASA SILAM SAKARAN DANDAI

SAKARAN DANDAI

" MASA SILAM
SAKARAN DANDAI "

{ SAJAK SAUDARAKU BAYU PAGI}



ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABAROKATUH

SETIAP YANG BERMULA AKAN ADA TITIK AKHIRNYA.
BEGITULAH PERJALANAN DAN PERJUANGAN HIDUP
SEORANG INSAN YANG MULIA DAN TERISTIMEWA
KEPADA KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

HARI INI GENAPLAH HARIAN KE 7 BERPULANGNYA
KERAHMATULLAH AYAHANDA YANG TERSAYANG
ALMARHUM TUN HJ SAKARAN DANDAI BERTEMU
DENGAN ILLAHI YA RABBI ALLAH SWT.

ADAPUN SEBUAH BINGKISAN MASTERPIECE YANG
TELAH SAYA NUKILKAN INI (Bahagian 1-9) ADALAH
SEBAGAI TANDA TRIBUTE/DEDICATE/PERSEMBAHAN
KHAS UNTUK ALMARHUM AYAHANDA TUN SAKARAN
SEMASA HAYATNYA.

SAYA MENGANGGAP PERJUANGAN ALMARHUM
AYAHANDA TUN SAKARAN ADALAH SEBARIS DENGAN
PEMBESAR2, PEJUANG2 DAN PARA MUBALIGH2 ISLAM
DI NUSANTARA SEJAK DAHULU KALA HINGGA AKHIR
HAYATNYA. DALAM LIPATAN SEJARAH TANAHAIR DI
NUSANTARA PEJUANG2 INI TELAH TERTULIS
PERJUANGAN DAN PENGORBANAN MEREKA DENGAN
TINTAH EMAS MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN
AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

NUKILAN MASTERPIECE SAYA INI AKAN BERAKHIR
DISINI DAN AKAN SAYA HADIAHKAN KEPADA
KELUARGA DAN MASYARAKAT SEBAGAI ARTIFAK
TATAPAN DAN RUJUKAN YANG BOLEH DICONTOHI
OLEH GENERASI MENDATANG.

ALMARHUM AYAHANDA TUN SAKARAN ADALAH
SEORANG PEJUANG DAN CATALYST YANG GIGIH
BERJIWA BESAR, BERCITA2 MURNI DAN BERHATI
MULIA. SIFAT PEMURAH, PRIHATIN DAN PEMBELA
YANG DIMILIKI OLEH AYAHANDA TUN SAKARAN
TELAH DAPAT MENGANGKAT DARJAT DAN
KEDAULATAN BANGSA DIPERSADA TAMADDUN
TANAHAIR.

SEMOGA APA JUA KHIDMAT BAKTI DAN JASA
YANG ALMARHUM AYAHANDA TUN SAKARAN
TELAH TABURKAN KEPADA KELUARGA, AGAMA,
BANGSA DAN NEGARA AKAN MENJADI PERCIKKAN
PAHALA AMAL JARIAH YANG BERTABURAN
MENGHIASI KEINDAHAN ALAM BARZAKH, AKHIRAT
DAN SYURGA UNTUK ALMARHUM AYAHANDA TUN
HJ SAKARAN DANDAI YANG TERCINTA.
AL FATIHAH....

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI
LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 1)

Perjalanan manusia dimuka Bumi ini tidak pernah
terhenti sejak Nabi Adam dan nenek HAWA A.S.
diturunkan daripada Syurga oleh ALLAH SWT.
Seterusnya telah menjadi Bapa kepada seluruh
keturunan umat manusia dan menjadi Khalifah
Pertama dimuka Bumi...surah Al Baqarah:30-39.

Sejarah pergaduhan diantara Habil dan Qabil (anak2
Nabi Adam a.s.) telah menjadi titik tolak kepada
wujudnya perasaan iri hati, cemburu dan dengki
sesama sendiri umat manusia. Maka tercetuslah
perasaan marah dan perebutan inginkan memiliki
sesuatu(nafs) sehingga pertumpahan darah yang
pertama dimuka bumi. Sejarah Nabi NUH a.s.
menerima wahyu daripada ALLAH SWT agar membina
sebuah Bahtera kerana Banjir besar akan melanda dan
menenggelamkan orang2 yang zalim dan ingkar
dengan seruan ALLAH SWT....surah Al-Mukminin: 23-
30. Kejadian Banjir dan Bahtera pada zaman Nabi NUH
a.s. adalah Sejarah Terawal peradaban umat manusia
memiliki ilmu pembinaan kapal layar dan seterusnya
Penghijarahan Pertama umat manusia melalui air laut.

'' Agak2nya berapa jauh sudah perjalanan dan
pelayaran kita Ayah ''....bicara seorang anak pada
Bapanya. '' Memang sangat jauh nak '' jawab Ayah.
Dengan nada yang keletihan...anak terus bertanya lagi
'' Sampai bila kita akan berhenti Ayah ''. Mendengar
suara anaknya yang agak kepenatan itu lalu menoleh
kebelakang sang Ayah dengan berkata.... '' Nak...Ayah
pun pernah bertanya dengan Atok dan Moyangmu
dahulu soalan yang sama. Moyang mu bilang teruskan
perjalanan dan Atokmu cakap pada Ayah...Jangan
berhenti sehingga kita bertemu dengan penghujung
daratan dan lautan".

Eya...begitulah gambaran sketsa yang dapat saya
nukilkan tentang cerita Bagaimana Bermulanya
Perjalanan, Pelayaran dan Penghijrahan orang2
terawal dimuka bumi ini sehingga berkurun2 lamanya
manusia berterusan mengembara dari Barat ke Timur
dan dari Utara ke Selatan. Penghijrahan orang2 dari
tanah gurun Benua Afrika adalah terdiri dari jenis
Negroid. Semantara Penghijrahan dari tanah tinggi
Asia adalah dari jenis Mongoloid. Hasil daripada
rantaian penghijrahan kedua2 Bangsa ini sekitar tahun
2000 BC maka wujudlah dua kumpulan rumpun
manusia yang menghuni di Asia Tengara .....
Austronesia (orang2 yang tinggal jauh di Pulau2) dan
Polynesia(orang2 yang mengembara di lautan). Orang2
inilah yang telah berkurun2 lamanya tinggal diseluruh
pelusuk pesisir lautan Nusantara....Orang Laut.

Dengan kedatangan Satu Bangsa daripada

Benua Asia tengah (Lembah Hindus) maka

telah tercetus perubahan yang Besar sebagai

Catalyst kepada Peradaban dan

Ketamaddunan manusia yang belum pernah

terjadi dikawasan Nusantara sebelum ini. Hasil

daripada asimilasi diantara kedua Bangsa ini

maka lahirlah satu Generasi Baharu yang telah

dinamakan sebagai Bangsa "Malayo", "Malay"

dan "Melayu" pada zaman kegemilangan

Pemerintahan Kerajaan Srivijaya seawal abad

ke 4.

Generasi Baharu ini telah meneroka,
membuka dan menghuni tanah2 baru mulai dari
tanah besar Semenanjung, Indonesia, Borneo
hinggalah Filipina. Kehidupan mereka adalah
bergantung rapat dengan laut...saperti yang
dituliskan oleh Godinho de Eredia (Portugese)
di Abad ke 16 bahawa Generasi baharu ini
masih mengguna dan mengekalkan "lancaras"
atau "prau" sebagai kenderaan utama
mereka.... Bersambung.

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI
LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 2)

Firman ALLAH SWT dalam surah Al Imran ayat
190-191 : " ALLAH SWT tidak menjadikan sesuatu
itu dengan sia sia ".

Setelah menghuni dan tinggal dipenempatan
baharu ini sejak nenek moyang 200 kurun temurun
lamanya. Keadaan kehidupan Sang Ayah berpaut
rapat pada ketenangan Alam. Sesekali Sang Ayah
berpindah rendah dari hulu ke hilir pesisir pantai.
Pekerjaan harian sebagai pelaut sudah serasi
dengan kehidupan mereka sejak ribuan purnama
lamanya..... ''Ayah..Ayah..Ayah'', satu teriakan anak
remaja bagai hali lintar yang telah memecah
keindahan mimpi Sang Ayah. Tiba2 sahaja Sang
Ayah terjaga dan terus bangkit meluru ke luar
rumahnya yang berlantaikan pepasirpantai putih
yang belum dinodai ganasnya sang ombak
Samudera.

' 'Ada apa nak'' tanya Sang Ayah. Dengan sedutan
nafas penuh ketakutan saperti dikejar hantu....''Ayah,
Ayah..ada orang kuning tidak berambut sampai
berlabuh di hujung pantai sana''. Tanpa membuang
masa, Sang Ayah bergegas bersama anaknya pergi
kehujung pantai. Si Anak masih dalam ketakutan
"hantu apa tu Ayah'' tanya si Anak.. ''Jangan takut
nak...Nenek Moyangmu tidak pernah takut berdepan
dengan haiwan liar apa lagi manusia sapert kita'' jawab
Sang Ayah sambil mengusap2 dada si Anak untuk
menenangkan nafasnya yang masih tercungap2.
Sesampainya kedua beranak ini kehujung pantai sudah
ramai saudara mara dan sahabat handai berkumpul
dihadapan orang yang ditakuti siAnak tadi tu. Sang
Ayah lalu berteriak, ''Hoi...apa yang kamu mahu
Aaahh''.

Tiba tiba satu lembaga berpakaian kuning meluru
dan berkata2 ''mulai hari ini kamu semua mesti ikut
perintah aku...Jangan ada yang menentang dan
melawan kami...ingat semua..buruk padahnya''. Sejak
hari itu kehidupan Sang Ayah dan siAnak telah
berubah dari kebiasaannya menjadi seorang Pelaut
Terbilang memecah Samudera Nusantara Asia
Tengara. Bukan lagi Prau yang digunakan merentasi
lautan tetapi Kapal layar yang besar telah menjadi
penakluk Dunia Nusantara.

Satu Peristiwa dan Fenomena Alam yang
dihasilkan oleh tangan2 manusia sudah pastinya
tidak dapat dilupakan oleh lipatan Sejarah
Peradaban dan ketamaddunan kemanusian di
kawasan Nusantara ialah kehadiran dan
penubuhan Kerajaan Srivijaya sejak tahun 392 M.
Bersambung....

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI

LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 3)



''Ayah!!....kita buat apa dengan kayu2 ini semua''
tanya si anak. ''Diam nak..jangan bertanya, ikut saja
apa yang orang kuning suruh kita'' sampuk si Ayah
yang begitu bersungguh2 mengikut arahan orang
kuning tu.

Setelah terkumpul beratus2 kepingan kayu kayan yang
diambil dari hutan maka bermulalah susun cara kerja
diaturkan oleh orang kuning tu. ''Hoi!!...kamu, datang sini''
dengan nada suara yang keras dan menunjukkan jarinya
kearah Sang Ayah. ''Cepat!!.. dengan berlari2 anak Sang
Ayah terus sahaja meluru kearah orang kuning tu.
''Sayakah?" tanya Sang Ayah. ''E ya!! Kamu... dengar sini
apa yang saya cakap'' jawab orang kuning. ''Kamu saya
lantik sebagai ketua untuk jaga orang2 kamu bina rumah''
kata2 orang kuning pada Sang Ayah yang menganguk2
kepalanya tanda setuju. Sang Ayah tidak lagi merasa
kekok untuk kerja2 saperti ini sebab sudah biasa dengan
membina rumah sendiri dan juga rumah orang2 kampung.
Cuma bezanya rumah2 yang baharu ni besar2 belaka dan
berukiran...ada rumah dijadikan untuk simpan barang2
dagangan, ada tempat sembahyang dan ada rumah untuk
dewan perjumpaan. Bilamana siap semua rumah2
tersebut maka semua orang2 kampung pun dipanggil
untuk hadir berhimpun dirumah yang ada dewan besar.

''Ayah, Ayah...bunyi apa tu Ayah'' tanya si anak
yang turut hadir dalam Dewan bersama2 Ayahnya.
''Nak itu tandanya ada ketua yang datang'' jawab
sang Ayah. Tidak berapa lama kemudian maka
masuklah beberapa orang kuning kedalam Dewan.
Ada diantaranya terdiri daripada orang2 kampung
yang sudah berpakaian kuning dan tiada rambut
disertai bunyi2an. Sementara ada beberapa orang
kuning tu membawa sesuatu ditangan mereka
yang berasap berjalan masuk kedalam Dewan.
''Ayah, Ayah...benda apa yang bau tu Ayah'' tanya
si Anak. Tiba2 sahaja orang kuning yang telah
dapat mendengar suara si Anak tadi tu,
memalingkan kepalanya kesebelah kanan lalu
memandang kedua anak beranak dan berkata ''Ini
bukan baulah tetapi wangi2an yang dibakar
dengan kayu gaharu''. ''Ooooo..' sampuk si Anak,
''Wangi2an ya Ayah''. Setelah semuanya duduk
maka bangunlah seorang kuning lalu membaca
mentra dalam bahasa Hindu kemudian selepas itu
mengistiharkan dan melantik beberapa orang
kampung sebagai ketua2 untuk menjaga harta
dan kepentingan kerajaan baharu Srivijaya.

Kelantan adalah penempatan terawal kerajaan
Srivijaya di Nusantara. Memandangkan kawasan
perairan sekitar Kelantan yang tidak strategik
maka kerajaan Srivijata telah memilih Palembang
di Utara Sumatra sebagai penempatan baharu
kerajaan Srivijaya. Memang jelas pemilihan
kawasan baharu dibahagian Sumatra ini telah
mendatangkan impak yang luarbiasa.

Keberhasilan kerajaan Srivijaya menguasai dan
memantau Selat Melaka telah dapat mematahkan
penguasaan maritim kerajaan Tambralingga
(Hindu) di Utara Tanah Semenanjung, yang telah
wujud kerajaannya sejak abad ke 2 Masihi lagi.
Dengan pertelingahan dan perebutan kuasa
diantara pembesar2 dalam kerajaan Kedah Kuno,
Langkasuka dan juga kerajaan Tambralingga maka
kerajaan Srivijaya telah dapat dengan mudahnya
menakluk kerajaan Kedah Kuno yang sudah
berpecah2 pada abad ke 4-5 Masihi. Seterusnya
melantik seorang Raja Melayu pertama bernama"
Chandrabanu Sridharmaraja" sebagai Maharaja
kerajaan Srivijaya di Utara Tanah Semenanjung
Melayu.

Setelah menguasai Selat Melaka dan Utara Tanah
Melayu maka Kerajaan Srivijaya sedang bersiap
sedia untuk memulakan pelayarannya merentasi
Laut Jawa, Sunda, Cina Selatan, Sulawesi dan
Sulu...Bersambung.

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI
LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 4)

Pukulan dan Lantunan serta hentakkan ombak
yang begitu besar menghentam kapal layar
langsung tidak menganggu lamunan si Anak yang
merenung jauh ke Samudera nan luas tanpa
penghujung itu. Sesekali suara sang Ayah masih
terkiyal2 di telinga si Anak,... ''Nak, Jangan pernah
rasa takut untuk mengharungi laut Samudera
yang ganas itu. Moyang2 dan Atok2mu pernah
menyusuri dan berjinak2 dengan lautan itu...laut
sudah ngdak boleh dipisahkan dengan kita Nak,
dimana ada laut disitu ada kita", sambil sang Ayah
menunjukkan jarinya kearah lautan nan luas
terbentang didepan tarataknya ditepian pantai. "
Kehidupan kita sudah sebati dengan laut
....berbicaralah Nak dengan laut sebab Saudaramu
juga ada disitu....Ayah akan sentiasa merinduimu
sampai bila2 Nak, pergilah tapi jangan lupa Ayah
disini ''. Itulah kata2 terakhir sang Ayah kepada si
Anak sebelum berangkat mengikuti angkatan
ratusan hulubalang2 Pelaut dan orang kuning
menuju hamparan Samudera tanpa batasan.

Ketangkasan dan kemahiran sang Anak
membaca serta mentamsilkan gelora Laut
nan biru telah mengangkatnya sebagai
seorang Bangsawan dalam kerajaan Istana
Srivijaya dan telah dilantik sebagai
Nakhoda yang hebat lagi berwibawa di
mata orang2 kuning. '' O ya Hoooi!!! ''...tiba2
saja Nakhoda terjaga daripada lamunannya
oleh jeritan yang kuat itu. Nakhoda yang
sedang memapah kuih Penyeram yang telah
disediakan oleh isteri tersayang sebagai
bekal dalam pelayaran terus sahaja
berhenti bila mendengar awak2 kapal....
"Tuan Nakhoda, Tuan Nakhoda!! ada
daratan kelihatan dihadapan kita '', teriak
sang awak2 yang bertenggek dari atas
tiang layar kapal. '' Ayuh!Ayuh! Bangun
semua siap sedia untuk mendarat '',
lontaran suara Nakhoda sebagai tanda
arahan kepada awak2 kapal.

Setibanya sang Nakhoda di pantai bersama2
orang kuning serta para hulubalangnya, riuh
rendah suara anak2 kecil berlari menyambut
rombongan tanda gembira. Terpegung buat
sang Nakhoda mendengar suara anak2 kecil ini
menjadikankannya khayal buat seketika
merindui suara anak2nya yang tinggal di
taratak Istana...'' Ayah,Ayah....kenapa tulisan ini
macam rupa bentuk cacing Ayah '', tanya sang
anak yang ketawa geli hatinya. ' Ish, Ish,
Ish!!!...jangan kata begitu Nak, ini adalah huruf2
dalam tulisan bahasa Sanskrit (Hindu kuno) '',
kata sang Ayah kepada si Anak yang sedang
sibuk menulis di papan batu. '' Kita beruntung
Nak '', kata sang Ayah kepada anaknya,
"Moyang2, Nenek2 dan Atok2mu dahulu tu
cuma tahu bercakap sahaja tapi tidak tahu apa
hendak ditulis sebab belum ada rupa bentuk
huruf yang sebenar. Dengan huruf Sanskrit ini
sudah boleh kita simpan semua bahan2 cerita
sebagai tuntunan dan bacaan turun temurun
kita di masa akan datang, mereka akan baca
segala peristiwa2 mengenai kehebatan
kerajaan Srivijaya di Nusantara" kata2 sang
Ayah kepada anaknya.

Lautan demi lautan, Selat demi selat kapal
layar Srivijaya ini telah membelah beberapa
ombak yang ganas tanpa tentangan kuat sejak
enam kurun temurun. Setiap daratan hutan
belantara yang ditemui telah ranap bertukar
menjadi kota2 batu yang gagah dan perkasa.
Penghijrahan dan Kerahan tenaga orang2 laut
dan juga orang2 tempatan yang digunakan
oleh Kerajaan Srivijaya untuk membina kota2
batu dan Candi2 Hindu telah terpancak mulai
dari Langkasuka (Kedah), Gugusan di kepulaun
Orang2 Laut (Riau) hinggalah ke Borobudur di
tanah Jawa. Malahan inskripsi dalam bahasa
Sanskrit telah ditemui ditanah Filipina yang
menyatakan kehadiran orang2 dari tanah Jawa
sebagai penduduk terawal berhijrah ke Manila.

Keberanian, kesungguhan dan ketaat setiaan
orang2 Laut kepada kerajaan Srivijaya telah
meletakkan orang2 Laut ini sebagai orang2
kepercayaan kerajaan Srivijaya. Kemahiran dan
kepakaran orang2 laut mereda lautan
Nusantara telah meletakkan kerajaan Srivijaya
sebagai Kerajaan yang Hebat dan Gagah di
Dunia lautan Nusantara. Hasil daripada
sumbangan dan pengorbanan orang2 laut
sehinggakan kerajaan Srivijaya mencapai
zaman kegemilangannya mulai abad ke 7
dengan menguasai bahagian Sumatera, Jawa ,
Kalimantan, Brunei, Sulawesi, Maluku, Filipina,
Sri Lanka dan Madagascar. Yang sudah pasti
dimana tempat yang dijejaki dan dijajah oleh
kerajaan Srivijaya disepanjang pelayaran
digugusan kepulauan Nusantara maka ada
diantara angkatan hulubalang2nya yang
bergelar "Datu" ditinggalkan dan diletakkan di
kepulauan tersebut untuk menjaga kepentingan
tanah jajahannya.

Kerajaan Srivijaya telah mencipta sistem Maritim
yang hebat di Gugusan Nusantara yang belum pernah
diguna pakai oleh Kerajaan2 Asing sebelumnya
malahan ada yang mengambil contoh dengan rupa
bentuk kapal layarnya. Semua ini adalah gara2
tindakbalas pihak orang2 kuning yang menggunakan
kemahiran dan kepakaran orang2 laut. Hasil daripada
Combinasi Pemerintahan yang serasi ini diantara
orang2 kuning (Hindu) Srivijaya dengan orang2 laut
maka tercetuslah satu perkataan keramat yang di
inskripsikan oleh kerajaan Khmer(Hindu) yang
menamakan tanah jajahan kerajaan Srivijaya sebagai
"MALAYU" atau "MELAYU" di Nusantara seawal
kurun ke 5 hingga kurun ke 7. Kemudian, Rakyat
jelata yang hidup dan tinggal didalam tanah
jajahannya telah disatukan dengan satu identiti yang
dinamakan "MELAYO/MELAYU". Sementara, Sistem
Pemerintahan RAJA, KERAJAAN DAN RAKYAT telah
menjadi Asas kepada Sistem KERAJAAN PUSAT yang
telah ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya di
Nusantara. Kehebatan Sistem Pentadbiran kerajaan
Srivijaya telah dapat menyatupadukan setiap tanah2
jajahannya di Nusantara sehingga para ilmuan Barat
yang datang kemudian menggelarnya " THE MALAY
ARCHIPELAGO" / RUMPUN MELAYU DI
NUSANTARA/ GUGUSAN TANAH MELAYU.

Namun pada hakikatnya setiap yang bermula
akan juga berakhir. Begitulah nasibnya dengan
kerajaan Srivijaya setelah menguasai
Nusantara Dunia Melayu selama lebih 600
tahun apabila kerajaan kecilnya iaitu kerajaan
Mataram berakhir pada abad ke 15 (1293-1513)
gara2 rebutan kuasa, wilayah dan perang
Saudara. Perpecahan dikalangan Pembesar2
akhirnya telah meMusnahkan sebuah Kerajaan
Srivijaya yang telah membina sebuah
TAMADDUN MELAYU DI NUSANTARA. Namun
seni budaya, sistem pemerintahn Raja, Maritim,
makanan dan mentra2 masih tertinggal
didalam Dunia Melayu.

Kehadiran pedagang2 ISLAM yang juga
Mubaligh ISLAM telah mencorakkan
Demography serta Geography yang Baharu
kepada Dunia Melayu Nusantara mulai abad ke
13 hinggalah sekarang ini di abad ke 20....
SYUKUR ALHAMDULILLAH. (Bersambung).

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI
LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 5)

"TIADALAH KAMI MENGUTUS KAMU (NABI
MUHAMMAD SAW)MELAINKAN UNTUK
MENJADI RAHMAT SEMESTA ALAM.".... ...surah
Al Anbiya' : 107

"TIDAK DIUTUS KAMU WAHAI MUHAMMAD

KECUALI UNTUK KESELURUHAN

MANUSIA."....surah Saba' : 28

ISLAM tersebar dengan mudahnya di
Nusantara tanah Melayu bukan kerana Pedang
dan Paksaan penganut2nya. AKHLAK
BAGINDA RASULULLAH SAW yang telah
dibawa dan ditunjukkan oleh para Pedagang2
dan Mubaligh ISLAM adalah sebaik2 contoh
yang telah dapat menarik perhatian dan minat
Orang2 di Nusantara.

Dengan kejatuhan Empayar2 Hindu di India yang
bermula pada abad ke 7 dan kemudian dikuasai
oleh Raja2 Islam dari Asia tengah pada abad ke 10
maka telah juga melumpuhkan sepenuhnya
Empayar Srivijaya dan Majapahit di Nusantara
pada abad ke 13. Akhirnya keseluruhan pulau2
jajahan Empayar Srivijaya di Nusantara telah
berpecah menjadi kerajaan2 kecil tanpa kerajaan
Pusat. Sementara Orang2 laut yang dahulunya
menjadi Bangsawan, Nakhoda, Hulubalang2 dan
Penjaga2 kepentingan Empayar Srivijaya diseluruh
pelusuk Nusantara telah hilang arah dan tujuan.
Malahan telah hilang usul. Masing2 membawa diri
berkalana dilautan Samudera Nusantara. Hanya
tinggal menggunakan nama Melayu adalah
dikalangan para Bangsawan yang terus
memelihara, menjaga, mempertahankan dan
mewarisi Budaya dan Adat resam peninggalan
Kerajaan Srivijaya di wilayah Sumatera. Waris
terakhir kepada kerajaan Srivijaya iaitu
Parameswara telah dapat menyelamatkan diri
berserta dengan pengikut2 Baginda, Orang2 laut,
berhijrah kepersekitaran kepulauan Riau Lingga,
Temasek dan akhirnya bermastautin di Malaka
pesisir Semenanjung Tanah Melayu.

Penyebaran Agama ISLAM telah perlahan2
berkembang melalui Akhlak2 para pedagang2
dan Mubaligh ISLAM yang sentiasa menjaga
keperibadian mereka semasa bercampur dan
bergaul dengan masyarakat Melayu di
Nusantara. Penempatan awal mereka bermula
di Palembang, Timur Sumatera seawal abad ke
5 yakni 50 tahun selepas kewafatan Baginda
Rasulullah SAW pada tahun 632 Masihi. Agama
ISLAM dengan sepenuhnya telah berkembang
ke Utara Sumatera pada abad ke 13 dan
kemudian ke Semenanjung Tanah Melayu..

" AS HADU ALLAH ILAHA ILLALLAH WA ASHA
DU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH ".

" AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG LAIN
DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SWT DAN
NABI MUHAMAD SAW ADALAH PESURUH
ALLAH.

' "Syukur Ahamdulillah, Maka dengan ini
Tuanku Sultan telah SAH menjadi seorang
penganut Agama ISLAM dan menjadi Ummat
Baginda Nabi Muhamad SAW '', bingkisan kata2
penuh berHikmah dan Barakoh yang telah
dilafazkan oleh Sayid Abdul Aziz(Arab) kepada
kebawah Duli tuanku Parameswara, Raja
Malaka, sekitar awal tahun 1400'an (abad ke 13
). Kemudian, Sayid Abdul Aziz merapak sembah
kepada Duli Raja dengan melafazkan... ''
Dengan ini nama Tuanku yang baharu diberi
gelaran dengan Sultan Iskandar Shah '', (Sultan
diambil drp perkataan Arab sebagai ketua
Pemerintah dan Shah daripada Parsi). '' Dato
Bendahara, Isytiharkan pada seluruh rakyat
Patek bahawasanya Mulai dari hari ini Patek
telah memeluk Agama Islam dengan nama
Sultan Iskandar Shah untuk seluruh tanah
jajahan Patek Negeri Malaka '', titah Sultan
kepada Dato Bendahara didalam Balai rong seri
lstana Malaka. Sayugialah sambutan rakyat
Malaka Bergembira dengan Pemahsuran Sultan
Iskandar Shah sebagai Sultan Islam Pertama
yang berDaulat lagi penuh Barakoh di
Nusantara Tanah Melayu.

Setelah Agama ISLAM membebaskan Sultan
dan Kerajaan Malaka daripada pengaruh Hindu
maka KeDaulatan keSultanan Melayu Malaka
telah memberi kesan yang ketara kepada
kebangkitan Agama Islam di Nusantara.
Pelabuhan Malaka telah menjadi popular lagi
terkenal di seluruh pelusuk Dunia pada abad ke
15 dan 16 masehi. Kedatangan Agama ISLAM
dengan cara dakwah yang tiada Paksaan
kepada sesiapa sahaja untuk menganutinya
telah mendapat restu daripada setiap
pembesar2 dan Raja2 di Nusantara dengan tiada
mendapat tentangan daripada pembesar2 dan
Raja2 di Nusantara. Hidayah ALLAH SWT telah
menyinari Bumi Nusantara sekali lagi dengan
kemasukkan Agama ISLAM. Negeri2 di
Nusantara mulai dari Semenanjung Tanah
Melayu, Sumatra, Jawa, Kalimantan, Sulawesi,
Pulau2 Nusatenggara, Pulau2 Maluku, Irian dan
Filipina telah menganuti Agama Islam pada
abad ke 13 hingga 16.

Agama ISLAM telah berkembang tanpa
Pedang dan Perang di Nusantara Tanah
Melayu... ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR,
ALLAH AKBAR. Pemujaan kepada Dewa2,
perhambaan kepada manusia dan
mengibaratkan Raja2 sebagai tuhan saperti
dalam ajaran Hindu kerajaan Srivijaya telah
ditinggalkan oleh seluruh rakyat di Nusantara.
Bahasa Melayu yang dahulunya hanya
dituliskan dalam Bahasa Sanskrit dan diguna
pakai hanya dikalangan orang2 kuning(sami2
Hindu dan lingkungan para Bangsawan dalam
kerajaan Srivijaya) mulai digantikan oleh
Tulisan JAWI.

' Ayah, Ayah...kenapa bahasa Sanskrit hilang
begitu saja daripada masyarakat kita
sedangkan kehidupan masyarakat diseluruh
Nusantara telah diperintah selama 600 tahun ''.
Bila Sang Ayah mendengar kata2 pertanyaan
dari anaknya lalu sahaja Sang Ayah menyapu2
kepala anaknya...'' Nak, bahasa Sanskrit hanya
boleh digunakan sebagai bahasa persuratan
dikalangan para Sami2 Hindu dan tidak disebar
dan diajarkan kepada masyarakat Melayu
secara Umum apa lagi untuk diajarkan sebagai
ilmu pelajaran di Sekolah2, langsung tiada
disampaikan oleh kerajaan Srivijaya. Jadi
bilamana Empayar Srivijaya jatuh maka bahasa
Sanskrit turut hilang ''. Jawapan sang Ayah
dengan penuh serius renungan matanya
kepada anaknya.

Dengan kejatuhan Empayar Srivijaya juga telah
memisah dan menghilangkan sebahagian besar
ikatan kekeluargaan diantara PELAUT yang
tinggal dipesisir tanah Semenanjung Tanah
Melayu dengan PELAUT yang jauh tinggal ditanah
besar Brunai(Kalimantan), Filipina dan Jawa.
Orang2 laut yg sudah menjadi sebahagian
daripada kerabat Bangsawan sejak Empayar
Srivijaya yang tinggal di Tanah Semenanjung
Melayu telah menjadi Bangsa Melayu sementara
saudara2 mereka yang Jauh (BAJAU) dipisahkan
launtan Samudera Nusantara terus kekal menjadi
PELAUT menghuni dan berkelana dilautan
Nusantara. Tetapi satu identiti yang Tetap kekal
dalam kehidupan keSultanan dan orang2 Melayu
Nusantara adalah Perahu Layarnya. Mereka tetap
UNGGUL dengan ketangkasan dan kehebatan
mereka sebagai Laksamana dan Nakhoda saperti
Pak Hitam yang telah dapat membawa pelayaran
Christopher Columbus mengelilingi Dunia. Sejarah
ketamaddunan Dunia telah mengabadikan nama
Pak Hitams seorang Bangsa PELAUT Melayu
dalam lipatan Sejarah Dunia .

Dengan kehadiran Agama Islam di Nusantara
yang dibawa dan disebarkan oleh para Sayid Sayid
(keturunan Rasulullah SAW) telah mengangkat
semula kehebatan dan ketangkasan orang2 laut
dengan menjadi hulubalang2 dan Nakhoda kepada
Sultan2 Melayu. Orang2 laut turut menyumbang
kepada kegemilangan kesultanan Melayu Melaka
dan juga Sultan2 di Nusantara pada abad ke 15
dan 16 masehi.

Persamaan dikalangan orang2 laut di Selat
Semenanjung Tanah Melayu dengan orang2 laut
dimerata tempat pesisir laut Nusantara telah
memudahkan lagi kerja2 Perdagangan dan
dakwah dikalangan para Mubaligh dan Pedagang2
Islam. Asimilasi melalui Perkhawinan dengan
orang2 setempat telah dapat lagi
mempercepatkan perkembangan Agama Islam di
Nusantara. Inilah yang telah berlaku dengan
orang2 Bajau Pulau Umaral Sampulna/Semporna
dengan menghubung kaitkan Asal Usul mereka
dengan orang2 Bajau negeri Johor.........
(BERSAMBUNG)

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI
LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 6).

"Sekali Air Bah...Sekali Pantai Berubah"

Dari Istana Kota Melaka... Dentuman demi Dentuman
tembakkan mariam kedengaran yang belum pernah
kedengaran sebelum ini telah meruntuhkan kota Melaka.

''Ampun Tuanku, sembah Patek mohon diampun,'' tiba2
sahaja Dato Bendahara melafazkan kata2 kehadapan Duli
Tuanku Sultan Mahmud 1 (Sultan Melaka yang terakhir).
''Apa maksud Dato Bendara,'' jawab Duli Tuanku Sultan.
Dengan nada suara yang agak membimbangkan, Dato
Bendara menjawab... ''Ampun Tuanku, lebih baik Duli
Tuanku dan kerabat diraja berangkat keluar Istana
menuju negeri Johor dan Pahang, Duli Tuanku....Serangan
Portugis terlalu hebat Tuanku,'' ''Tidak Dato
Bendara....Pantang Sultan Melayu berundur,'' jawab Duli
Tuanku dengan tegas. ''Ampun Tuanku...bukan begitu
maksud Patek, Tuanku....Duli Tuanku harus berundur demi
kesinambungan Perjuangan keSultanan Melaka di
negeri2 Tanah Melayu yang lain. Sementara rakyat
Melaka yang lain biarlah mengikuti jemputan Sultan
Demak untuk berpindah ke tanah Jawa,'' ujar Dato
Bendahara. Penempatan baharu rakyat Melaka yang
berpindah ke tanah Jawa telah diistiharkan oleh Sultan
Demak sebagai "Tasik Malaya" Jawa Barat pada tahun
1510'an dan telah kekal nama tersebut hingga sekarang.

Meskipun kota Melaka telah jatuh ketangan Portugis
pada tahun 1511 namun keturunan Sultan Mahmud 1 telah
meneruskan kesinambungan Pemerintahan keSultanan
Melaka di negeri Johor, Pahang dan Riau. Salah seorang
daripada keturunan Duli Sultan yang telah menggunakan
ataupun membangunkan nama kelompok Bangsa ialah
Sultan Ibrahim Shah, Sultan Johor ke 9 dengan gelaran
sebagai Putera Raja Bajau yang bertakhta dari tahun
1677-1685. Sejak dari zaman pemeritahan Sultan Ibrahim
Shah maka ada berapa pulau di Selat dan perairan Riau
telah dibangun dengan nama Pulau Bajau. Bukan setakat
dalam wilayah negeri Johor malahan sehingga ke Pelusuk
rantau Perairan dan Pesisir Pantai Nusantara sehingga ke
hari ini BAJAU/BAJO telah diabadikan oleh orang2 yang
dahulunya dipanggil dengan Orang laut.

Orang2 Bajau yang terdapat di Negara Indonesia
khusus sekali di Sulawesi berkongsi cerita yang sama
dengan sebahagian orang2 Bajau di Malaysia khusus
sekali dipantai Timur Sabah iaitu Daerah Semporna yang
sentiasa mengaitkan diri mereka sebagai orang2 dari
Johor. Perkara ini tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi
sebab orang2 Bajau/Bajo dikedua2 Negara yang berlainan
ini memegang Kisah Cerita yang sama iaitu Puteri Sultan
Johor yang telah hilang semasa dalam pelayaran di laut.
Oleh kerna takut akan murka Sultan Johor maka
Hulubalang2 orang laut(Bajo) telah membuat keputusan
untuk tidak pulang ke negeri Johor dan terus belayar dan
tinggal dipesisir pulau2 Nusatanra(versi cerita Bajo di
Indonesia). Cerita turun temurun ini berlaturan sehingga
menjadi bahan kajian para ilmuan Sejarah di Nusantara.

Sementara versi cerita Bajau Semporna
mengenai Puteri Sultan Johor menjadi rebutan dua
orang Pembesar Istana. Kebawah Duli Sultan
Johor telah membuat keputusan agar diadakan
lumba perahu diantara kedua Pembesar ini iaitu
Raja Saringaya Bongsu dan Datu Abdul Mujim.
Keputusan pertandingan lumba perahu ini telah
memihak kepada Datuk Abdul Mujim menjadi
pemenang. Akhirnya, disebabkan terasa malu
dengan Sultan Johor maka Raja Salingaya Bongsu
membawa orang2nya terus belajar ke laut
Nusantara dan tidak pulang2 lagi ke negeri Johor.
Selanjutnya, mengikut cerita yang disampaikan
oleh arwah Nenek Imam Mallang, seorang
Pemimpin Bajau Kubang di Pulau Umaral
Semporna dan juga Nenek Imam Mahid, seorang
Ulama dan Sejarawan masyarakat Bajau Kubang
kepada mantan DO British yang terakhir di
Semporna iaitu Mr David Fielding......"Raja
Salingaya Bongsu terus belayar ke Filipina dengan
meninggalkan orang2nya di Zambongan dan Kota
Batu. Kemudian, Orang2 dari Selatan Filipina ini
yang lebih dikenali dengan A'A SAMA mempunyai
identiti yang sama dari segi bahasa, budaya dan
agama dengan majoriti orang2 Bajau/Bajo yang
berada diseluruh pelusuk Nusantara.

Pengembaraan Raja Salingaya Bungsu tidak
berakhir di Selatan Filipina tetapi telah
meneruskan pelayaran mereka hinggalah ke Pulau
Timbun mata(Semporna). Mengikut cerita lagi,
Pada waktu itu Pulau Timbun mata adalah
dibawah kepimpinan seorang Ketua tempatan
bernama Maharaja Jongol. Setelah berada di
Pulau tersebut untuk beberapa waktu
menyebarkan ajaran Agama islam dan bercampur
dengan masyarakat, Raja Salingaya Bongsu telah
meninggalkan seorang anak bernama Ulang kaya
Muddin bersama2 dengan pengikut2nya di Pulau
Timbun mata. Keturunan Bajau Raja Salingaya
Bongsu ini terus saja berasimilasi dengan
penduduk2 tempatan sehinggalah menjadikan
mereka menjadi kelompok Bajau KUBANG yang
paling ramai menduduki Pulau Umaral, Pulau Bum
Bum, Pulau Menampilik, Pulau Larapan dan
Pulau2 yang berada dipersekitaran Daerah
Semporna.

Latar belakang Bajau KUBANG Semporna
samada dari paras rupa hinggalah bahasa
pertuturan bahasa mereka agak berlainan dengan
A'A SAMA BAJAU daripada luar samada daripada
Selatan Filipina mahupun Indonesia. Malahan
Kependudukan Bajau Kubang pada masa awal
Sejarah Tong Talun sehinggalah Sampulna/
Semporna memang dominan. Mereka telah
menguasai lautan dan pesisir Pulau2 yang berada
di Tong Talun. Mereka lebih dikenali sebagai
orang2 laut yang hebat dalam perusahaan
produk2 laut dan kayu2 damar sehingga
menjadikan Pulau Umaral menjadi tempat
pelabuhan perdagangan di Nusantara dibahagian
timur Kalimantan. Orang2 Bajau Kubang ni pernah
menjadi rakyat dan juga Panglima2 kepada
pemerintahan Kerajaan Sultan Sulu lagi sejak
abad ke 15 hinggalah ke 18 masehi. Kehadiran
Sepanyol sebagai Penjajah Baharu Eropah di
Filipina pada abad ke 18 (1780'an)telah
melemahkan Kerajaan kesultanan Sulu.
Akibatnya, terpisah dua tanah jajahan keSultanan
Sulu. Tanah2 jajahan kesultanan Sulu dibahagian
Pantai timur Sabah telah diambil alih oleh
Pedagang2 English mulai abad ke 17.

Dengan kedatangan Penjajah British ke wilayah
Tong Talun pada sekitar tahun 1880'an mereka telah
memindahkan seluruh Pentadbiran lama Pulau Umaral
(setelah mendapat tantangan daripada penduduk
sekitar) ke Tanah Daratan yang dipanggil sebagai
Semporna, " Place of beauty and rest ", pada tahun
1887. Oleh kerana tantangan yang begitu hebat
berlarutan daripada orang2 Bajau Kubang terhadap
pentadbiran penjajah British di Semporna akhirnya
beberapa orang Panglima2 telah ditangkap dan
dipenjarakan oleh Penjajah British pada akhir tahun
1890'an. Selepas itu, untuk meredakan kemarahan
orang2 Bajau Kubang, pihak penjajah British telah
melantik Uddang bin Jamaluddin @ Ombok Tola,
seorang Bajau Kubang daripada Pulau Umaral sebagai
Panglima Pertama kerajaan British dan dianugerahkan
Native Majistrate of Darvel Bay oleh kerajaan British
pada tahun 1903 dengan diberikan jawatan sebagai "
NATIVE CHIEF " dengan membawa gelaran Panglima.
Tetapi sebelum dilantik menjadi Panglima, Ombok
Uddang telah merayu kepada pihak British agar
saudara2 beliau yang terdiri daripada Panglima2 Bajau
Kubang yang telah ditangkap dan dipenjarakan dilepas
dan dibebaskan daripada tahanan. Syukur
Alhamdulillah, pihak Penjajah British bersetuju.
Sekembali mereka ke kampung halaman Semporna,
Panglima2 Bajau Kubang ini telah menghadiahkan
Ombok Panglima Uddang dengan pengambilan telur
penyu secara tahunan di Pulau Siparan/Sipadan
sebagai tanda terima kasih.

Semasa kepimpinan Ombok Panglima Uddang inilah
GELOMBANG PERTAMA Penghijrahan secara kecil2an
kaum keluarga, orang2 Bajau Kubang dan orang2 Bajau
dari Pulau2 ke pesisir tanah Semporna pada awal tahun
1900'an. Syukur Alhamdulillah, untuk sekian lamanya
kepimpinan Ombok Panglima Uddang, Semporna telah
berada dalam keadaan Baik, Harmoni, Aman dan
Sejahtera. Setelah meninggal dunia Ombok Panglima
Uddang maka anak beliau Ombok Panglima Hj
Abdullah telah dilantik oleh kerajaan British sebagai
Panglima Baharu sebelum dan selepas Perang Dunia ke
2 pada tahun 1940'an.

GAOS BOG BOG orang2 Bajau Kubang terhadap
kepimpinan Ombok Panglima Abdullah tetap
menyerlah dan terpahat dalam Sejarah Semporna
apabila kaum Keluarga Bajau Kubang dari kampung
Tampi2 dan Kampung Kabongan Semporna telah
sanggup berkorban nyawa berdepan dengan Penjajah
Jepun yang tidak berjaya menangkap Ombok Panglima
Abdullah sebagai tawanan perang kepada Penjajah
Jepun di Semporna. Akhirnya, Ombok Panglima
Abdullah terselamat sehinggalah tamat Perang Dunia
ke 2. Namun Empat orang daripada sepupu Ombok
Panglima Abdullah terkorban dihujung pedang
penjajah Jepun. Begitulah Sejarah awal kepimpinan
Ombok Panglima Abdullah yang banyak menyumbang
kepada kehormanian kaum2 masyaraka Bajau
Semporna.

Sebelum Sabah Merdeka dalam Malaysia, anak
kamanakan Ombok Panglima Abdullah iaitu
Sakaran bin Dandai telah juga memulakan kerjaya
sebagai Kerani pada tahun 1948 kemudian
sebagai Native Chief pada tahun 1960. Akan
berlaku pula GELOMBANG KEDUA semasa
kePimpinan Ayahanda Tun Sakaran yang telah
merubah kehidupan orang2 Bajau Kubang dan
juga orang2 Bajau di Semporna.....(Bersambung)

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI

LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 7).

"Yang Bulat Tidak Datang Bergolek
Yang Pipih Tidak Datang Melayang".



GELOMBANG KEDUA PENGHIJRAHAN
beramai2 Bajau Kubang dan orang2 Bajau
daripada Pulau2 ketanah Besar Semporna
adalah semasa Ayahanda Sakaran sudah
memulakan kerjaya beliau sebagai Kerani
tanah, era kerajaan British, di District Office
Semporna pada tahun 1948 dan tahun2
1950'an. Walaupun cuma seorang kerani tanah
sahaja tetapi Ayahanda Sakaran sudah
meletakkan Kepentingan Orang2 Bajau
Semporna dalam setiap urusan beliau tanpa
menghiraukan Amaran2 yang dikeluarkan oleh
Tuan DO British. Semasa pembukaan tanah2
rancangan Semporna, Ayahanda Sakaran telah
terlibat sepenuhnya dari peringkat awal
Penerokaan, Pembukaan tanah2 sehinggalah
Penempatan orang2 Bajau sebagai
Pekebun/Peneroka.

Ayahanda Sakaran telah sedaya upaya maglamak
ke Pulau2 untuk mempengaruhi dan meyakinkan
orang2 Bajau untuk berpindah ke rancangan Baru di
tanah besar Semporna. Walaupun pada peringkat
awalnya ada yang tidak ingin berpindah tetapi
Ayahanda Sakaran tetap tidak berputus asa.... Berkat
Doa dan keSabaran Ayahanda Sakaran, akhirnya
beratus2 hingga beribu2 masyarakat Bajau dari
Pulau2 yang dapat dipindahkan oleh beliau. Malahan
Ayahanda Sakaran sendiri mengisi borang2
penempatan mereka sehinggakan berlebihan sudah
orang2 yang masuk tinggal sebagai peneroka.
Disebabkan ada daripada perlaksaan penempatan
yang sudah tidak mengikut peraturan, Ayahanda
Sakaran telah menerima padahnya dengan diambil
tindakan oleh Tuan DO British. Ayahanda Sakaran
ditukar ke Pulau Tambisan pada tahun 1950 maka
terpaksalah buat pertama kalinya berpisah dengan
keluarga di Semporna. Walaubagaimanapun, disebalik
tindakan transfer kerja ke Tambisan...ada pula
hikmahnya bilamana Ayahanda Sakaran berjumpa
dengan dua orang Ulama iaitu Allahyarham Pak
Saifuddin dan Haji Husin murid kepada Tuan Sheikh
Abdul Ghani, Ulama dari Hadramaut. Banyaklah pula
ilmu2 Pengetahuan Agama Islam yang dapat dipelajari
oleh Ayahanda Sakaran.

Genap setahun berada di Pulau Tambisan
Ayahanda Sakaran telah dipanggil semula
untuk bertugas di District Office Semporna.
Saperti kelazimannya, Ayahanda Sakaran
masih juga berpegang kepada pendirian
beliau dengan meletakkan Kepentingan
masyarakat Bajau Semporna lebih Utama
daripada kerja beliau sendiri walaupun
terpaksa menanggung risiko dan tindakan
kerja daripada Tuan DO. Ayahanda semakin
aggressive menempatkan seberapa ramai
lagi orang2 Bajau daripada Pulau2
kepenempatan rancangan. Terpaksalah akur
dengan sambutan yang begitu tinggi
berbanding sebelumnya maka Tuan DO telah
membenarkan pembukaan tambahan kepada
rancangan Blok A,B,C,D,E,F, Lihak2, Pegagau
dan Mentaritip. Tanpa tidak disangka2,
Ayahanda Sakaran telah ditukar untuk kali ke
2 ke Tuaran. Terpaksalah Ayahanda Sakaran
berpisah dengan anak2 yang masih kecil
bersama isteri di Semporna untuk kali ke 2.

Hikmah disebalik transfer kerja ini telah
memberikan Ayahanda Sakaran kesempatan
untuk berkenalan dengan Pemimpin2 di Pantai
Barat Sabah dan mendekati lebih dekat lagi
Pentadbiran kerajaan Negeri di Jesselton dan
seterusnya telah dapat menambah baik lagi
pengalaman dalam pentadbiran kerajaan.
Genap setahun bertugas di Tuaran, sekali lagi
Ayahanda Sakaran menerima surat pindah
kerja dan bertugas semula ke Semporna.
Nampaknya memang sudah di Takdirkan oleh
ALLAH SWT bahawa orang2 Bajau dan
masyarakat Semporna sudah tidak boleh
dipisahkan dengan kepimpinan Ayahanda
Sakaran. Walaupun dinaikkan jawatan sebagai
Pemangku jawatan Kerani Besar/ "Acting
Chief Clerk", Ayahanda sudah dianggap
sebagai seorang Pemimpin oleh rakyat
Semporna. Tercapai dan terlaksana sudah
Penghijrahan dan Penempatan orang2 Bajau
di tanah besar Semporna, Ayahanda Sakaran
meneruskan lagi Perancangan baharu beliau
untuk memajukan kehidupan masa depan
anak2 Bangsa Semporna.

' Ada apa Sakaran?,'' tanya Mr DO Semporna, "Tuan,
Saya kira mahu minta bantuan kerajaan bina Sekolah di
Kampong2,'' jawab Ayahanda Sakaran, seorang kerani
Besar di District Office Semporna. Dengan nada yang
agak keras...Tuan DO berkata lagi, ''Kerajaan British tidak
ada allocation bina Sekolah Kampong....kalau mahu buat,
buat sendiri." Dengan perasaan yang penuh kehampaan
dan rasa tercabar, Ayahanda lalu menjawab ''Baik
Tuan...saya akan buktikan kami boleh bina Sekolah
Kampong.''

Dengan Semangat yang berkobar2 dan penuh iltizam
untuk mahu melihat anak2 Bangsa Bajau Semporna ada
peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,
Ayahanda Sakaran telah nekad untuk memperjuangkan
ILMU PELAJARAN MESTI DIMILIKI JUGA OLEH ANAK2 DI
KAMPONG SECARA SAMA RATA DENGAN ANAK2 DI
PEKAN SEMPORNA. Pada Keesokkan harinya, Ayahanda
Sakaran telah memanggil dan mengumpul rakan2 dan
masyarakat Kg Bubul dengan memaklumkan kepada
mereka tentang Cadangan beliau untuk membina
Sekolah secara bergotong royong tanpa bantuan
Kerajaan British. Tanpa banyak soal masyarakat Kg
Bubul terus sahaja memberikan sokongan kepada
Ayahanda Sakaran. Maka sekali lagi Episod SAMBUTAN
DAN SOKONGAN PADU MASYARAKAT BAJAU
SEMPORNA TERHADAP SETIAP APA SAHAJA
CADANGAN DAN FIKIRAN SERTA TINDAKAN
AYAHANDA SAKARAN UNTUK KEBAIKKAN MEREKA.
Terbinalah sekolah yang pertama diluar Pekan Semporna
iaitu Voluntary School Kg Bubul.

Perasaan dan jiwa Ayahanda Sakaran masih belum
tenteram lagi. Apa yang sudah dilaksanakan di Kg
Bubul, Ayahanda Sakaran berusaha lagi untuk
membina Sekolah di Kg lain. Saperti biasanya
Ayahanda terus juga memanggil Pemimpin2 dan
Penduduk2 di Kg Budgaya dengan mencadangkan
pembinaan Sekolah di Kg Budgaya dengan cara
bergotong royong. Tanpa membuang masa
Pemimpin2 dan Penduduk2 Kg Budgaya dengan
diketuai oleh Ayahanda Sakaran maka telah dapat
menyiapkan Sekolah Voluntary Kg Budgaya. Setelah
selesai sahaja Sekolah di Kg Budgaya, Ayahanda
Sakaran tidak membuang masa lagi terus sahaja
Ayahanda Sakaran beralih ke Pulau Bum Bum
dengan membina Sekolah pertama di Kg Balimbang.
Berkat Doa dan kerja sepakat diantara Pemimpin2
dan penduduk2 Pulau Bum Bum dengan di ketuai
oleh Ayahanda Sakaran maka wujudlah Sekolah Kg
Balimbang pada tahun 1962. Semua Perancangan
dan Perlaksanaan kerja2 yang dilakukan oleh
Ayahanda Sakaran sehingga Berjaya terhasil
daripada kerja Muafakat dan Sepakat diantara
Ayahanda dengan masyarakat Bajau Semporna.
Saperti yang sering dilafazkan oleh Ayahanda dalam
setiap perjumpaan beliau dengan orang2 kampung"
MAGDANGIN ".

Tanpa tidak disedari oleh Ayahanda Sakaran,
pihak Tuan DO British sedang memerhatikan
gerak geri dan gerak kerja Ayahanda Sakaran
yang sentiasa meletakkan keutamaan dan
kepentingan anak2 Bangsa dan masyarakat
Bajau Semporna. Kenaikkan jawatan telah
diberikan oleh kerajaan British kepada Ayahanda
Sakaran. Selepas Ayahanda Sakaran dilantik
sebagai Native Chief pada tahun 1960 kemudian
dilantik sebagai District Chief (OKK) pada tahun
1962. Tanggungjawab tugasan kerja semakin
lebih besar lagi. Masa inilah buat pertama kalinya
satu majlis Besar diadakan iaitu TAMU BESAR
SEMPORNA dengan penyertaan LEPA2 dari
seluruh pelusuk Pulau2 di Semporna. Tidak
ketinggalan juga tarian Igal2 dan Kuntau/Sayau
Bajau dipersembahkan. Sejak hari itulah Tamu
Besar telah menjadi Mercu Tanda untuk
Semporna untuk sekian lamanya. Pada masa kini
acara tersebut telah dikenali dengan Panggilan
"REGATTA LEPA"( atas jasa YBhg Datuk
Askalani).

Mr David Fielding, DO British yang terakhir
sebagai Pegawai Kerajaan British di Semporna,
banyak menyokong kerja2 Ayahanda Tun, telah
menuliskan dalam bukunya... " BORNEO : JEWEL
in a JADE RAINBOW ", bahawa.....

" PENDIDIKAN/ILMU PENGETAHUAN ADALAH
LEGASI KEPIMPINAN TUN SAKARAN UNTUK
SEMPORNA DAN LEBIH MENYENTUH
PERASAAN IANYA SEIRINGAN DENGAN
KEMAJUAN PERTANIAN ".

Kepimpinan Ayahanda Sakaran tidak berhenti
disitu. Orang2 Bajau Kubang dan masyarakat
Bajau Semporna terus memberikan SOKONGAN
PADU YANG TIDAK BERBELAH BAGI UNTUK
AYAHANDA SAKARAN TERUS MEMIMPIN
MEREKA. KALI INI SEBAGAI AHLI POLITIK.
SELEPAS SABAH MENCAPAI KEMERDEKAAN
DALAM MALAYSIA, RAKYAT SEMPORNA TELAH
MELETAKKAN AYAHANDA SAKARAN BUAT
PERTAMA KALINYA SEBAGAI CALON
PILIHARAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA
TAHUN 1967. SEMPORNA MASUK KE ERA
SEMPORNA MODEN.....Bersambung.

PERJALANAN BERIBU BATU BERMULA DARI
LANGKAH PERTAMA (BAHAGIAN 8)




"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa
penguasa di bumi dan Dia(ALLAH SWT) meninggikan
sebahagian kamu ke atas sebahagian, yang lain,
beberapa darjat." Al- An'am : 165.

Syukur Alhamdulillah, Ayahanda Tun Sakaran telah
dapat berkesempatan untuk berkhidmat dengan
kerajaan British meskipun pada peringkat awalnya
sebagai seorang kerani tetapi telah dapat
melaksanakan(deliver) tugas2 beliau dengan
cemerlang. Kita sedia maklum bahawa berkhidmat
dengan kerajaan British bukanlah mudah. System
Pentadbiran British sangat rigid/keras berlandaskan
Meritocracy. Sesiapa sahajalah diantara kita yang
mempunyai Atok, Bapa, Pacik2 dan Saudara2 yang
pernah berkhidmat dengan Pentadbiran Kerajaan
British....mereka tahu, faham dan sedar segala "rules,
norms dan work ethics" yang mesti dipatuhi. Malahan
untuk mereka2 yang pernah menduduki peperiksaan
Senior Cambridge dahulu fahamlah tu.....untuk
mendapatkan kelulusan Excellent dalam peperiksaan
bukannya mudah.

Setelah negeri Sabah mencapai Kemerdekaan
dalam Malaysia pada tahun 1963 segala system
Pentadbiran yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan
British tidaklah begitu asing dan susah untuk anak2
tempatan meneruskkan tugasan mereka sebagai
kakitangan dalam Kerajaan Malaysia. Semua
peralihan kuasa Pemerintahan dan Pentadbiran telah
tersusun dengan rapi dan teratur. Pengalaman yang
telah diperolehi oleh Ayahanda semasa berkhidmat
dengan Pentadbiran Kerajaan British telah banyak
menolong dan menyumbang kepada masa depan
kepimpinan Ayanda Sakaran Dandai di Daerah
Semporna yang tercinta ini. Hasilnya, Ayahanda
Sakaran telah dipilih oleh rakyat dan memenangi
Pilihanraya Umum Pertama pada tahun 1967.
Ayahanda Sakaran, selepas Merdeka, telah menjadi
seorang wakil Rakyat Semporna dengan geleran
Yang Berhormat.

Ada satu perkara yang tidak pernah diceritakan
oleh Yang Amat Berbahagia Ayahanda Tun Datuk Seri
Panglima Dr Hj Sakaran Dandai samada kepada saya
mahupun adik beradik yang lain. Saya mendapat tahu
perkara ini daripada Allahyarham Bapa mertua saya
Datuk Hj Sapari Hj Amir.....

Pernah pada satu ketika selepas Ayahanda
Tun dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia
dan Sukan Negeri Sabah, Ayahanda Tun pergi
berjumpa dengan Allahyarham Tun Mustapha,
mantan Ketua Menteri kerajaan USNO..... "Ai
hajatnu/Apa hajatmu OKK?" tanya Ketua Menteri.
Ayahanda pun menjawab, "Bang minjari Tun
ende'un aku kuasa untuk a nga lulus tanah kayu
balak untuk ni hinang tanah pertainian hek banan
mandusiaku min Sampulna", jawab Ayahanda.
Dengan nada yang penuh bersemangat Ketua
Mentari YAB Tun Mustapha menjawab , "OKK,
bang tud eluna ya kabalahe'an nu...ende'anku ni
ka'a kuasa untuk panabang nu ma mandusia
Sampulna". Dengan lafaz penuh keSyukuran,
Syukur Alhamdulillah kehadrat ALLAH SWT,
Ayahanda sangat Berterima kasih dengan
kepercayaan yang diberikan oleh YAB Ketua
Menteri. Memang inilah harapan Ayahanda
selama ini ingin mengangkat Maruah dan
Memajukan kehidupan rakyat Bajau Semporna.
Maka mulai saat, waktu, hari dan tahun itu..1972
telah menjadi titik Perubahan kehidupan yang
lebih Progressive untuk masyarakat Semporna.

Perjuangan Politik Ayahanda dengan sokongan
padu rakyat Semporna tidak pernah lagi menoleh
kebelakang...dengan penuh iltizam dan semangat
membara saperti yang berlaku dalam " GELOMBANG
KEDUA" dahulu Ayahanda tidak berlengah dan
membuang masa lagi. Sebagai seorang wakil rakyat
yang telah diberikan Amanah oleh rakyat Semporna
dan juga Kerajaan Negeri Ayahanda menjemput ketua2
Kampong dan Ketua2 Keluarga berkenaan dengan niat
dan hasrat beliau untuk Memajukan kehidupan rakyat
Semporna. Syukur Alhamdulillah, Berkat perundingan,
persetujuan dan kerja2 Muafakat diantara Ayahanda
Tun Sakaran dengan Pemimpin2 dan ketua2
masyarakat Semporna maka Rancangan Pemberian
tanah kayu balak untuk Pertanian telah di agih2kan
dengan sebaik2nya. Hasil daripada kayu balak ini telah
dapat meningkatkan taraf kehidupan keluarga
masing2 masyarakat Semporna. Limpahan ekonomi
melalui pekerjaan telah dapat diperolehi oleh rakyat
Semporna samada kerja2 kontrak di daratan mahupun
di lautan. Yang baiknya dengan Bangsa kita Bajau
Semporna ni, mereka tidak mengabaikan persekolahan
anak2 sendiri. Anak2 keluarga dan Saudara mara
samada mendapat tajaan Yayasan Sabah ataupun
belanja sendiri...ada yang dihantar belajar ke Tawau,
Sandakan, Kota Kinabalu, Semenanjung dan keluar
negara saperti London. Semuanya ini berlaku sejak
negeri Sabah Merdeka dalam Malaysia.


Click to View FlipBook Version