M A J A L A H S E M B A K A E D I S I - 2 2
KATA ALU-ALUAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya siding redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. "MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA" YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK Menteri Pendidikan Malaysia
Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan 'it takes a village to raise a child'. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya. KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. DATUK HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani.Salam Karamah Insaniah. Salam Anak yang Baik lagi Cerdik dan Salam JPN Selangor Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul. Bersyukur saya ke hadrat AllahSWT kerana dengan izin-Nya saya diberikan kesempatan untuk merakamkan seuntai kata secangkir bicara dalam majalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI bagi keluaran tahun 2023. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luar untuk mengetahui kemajuan dan kebitaraan sesebuah sekolah. Selain pelaporan aktiviti dan pencapaian sekolah pada tahun semasa, majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura iklim serta budayasekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Pendidikan ialah asas untuk membangunkan negara Madani yang mementingkan ciri-ciri seperti kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar dapat menjadi jati diri yang kukuh dan unggul. Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri murid secara holistik dan mempunyai nilai karamah insaniah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, besar harapan saya agar warga pendidikan terus tekal dan istiqamah membugarkan personaliti pendidik yang dapat dijadikan suri teladan dalam usaha melahirkan anak bangsa yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan sebagai masyarakat timur agar hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat direalisasikan. Tujuh teras utama menjadi tumpuan KPM untuk mengemudi sistem pendidikan memerlukan sinergi antara guru.murid,ibu bapa serta komuniti dalam usaha menavigasi pendidikan di Selangor. Setiap warga pendidikan di bawah lembayung JPN Selangor perlu mempunyai watak K-MASA(Knowledge. Measurable, Acceptable,Skills, Attitude and Other Criteria) agar dapat melahirkan warga sekolah yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk membentuk pendidikan yang berkualiti dan unggul di Selangor. Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta kreativiti dan pemikiran kritis semua pihak iaitu murid, guru dan barisan kepimpinan sekolah yang disokong pula oleh pihak ibu bapa serta komuniti. Sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh dalam pendidikan perlu dikekalkan agar sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dapat direalisasikan. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah yang telah merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Besar harapan saya agar majalah ini dapat melestarikan memori dan kenangan manis kepada seluruh warga sekolah. Sekian, terima kasih.
KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur alhamdulillah majalah sekolah SMK Bandar Baru Batang Kali telah berjaya diterbitkan untuk kali ke-22, tahun ini. Majalah sekolah kali ini juga merupakan kali ke-3 diterbitkan dalam bentuk digital yang dinamakan sebagai e-Majalah SEMBAKA 2023. Tahniah dan syabas kepada semua AJK majalah Sidang Redaksi SEMBAKA yang telah bertungkus- lumus menghasilkan e-Majalah SEMBAKA 2023 pada tahun ini. Majalah sekolah merupakan antara satu dokumen penting untuk menyimpan pelbagai kenangan dan lakaran sejarah warga sekolah. Segala aktiviti akan dilaporkan setiap tahun dan pencapaian akan dipaparkan untuk menjadi memori indah setiap warganya. Penerbitan e-Majalah SEMBAKA 2023 ini merupakan suatu pusat informasi berkaitan segala aktiviti, progam, pencapaian dan seumpamanya di semua peringkat yang telah dilalui bersamasama oleh warga sekolah di SMK Bandar Baru Batang Kali. Sekolah merupakan satu institusi untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Justeru, guru merupakan insan yang bertanggungjawab dan berperanan penting untuk memastikan setiap aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang cemerlang akan menjadi kenyataan seiring dengan pemilihan SMK Bandar Baru Batang Kali sebagai sekolah TS25 KPM Kohort 7. Kewujudan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah untuk mentransformasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran (learning school), dan memastikan kemenjadian murid yang holistik melalui peningkatan keupayaan kepimpinan dan profesional guru secara berterusan. Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan. Pada hemat saya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru atau murid malah ibu bapa seharusnya cakna dengan perubahan- perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan pendidikan anak-anak akan dapat terus dimantapkan. Oleh itu, guru-guru dan murid-murid SMK Bandar Baru Batang Kali perlu menyahut seruan ini untuk berubah ke arah yang lebih baik untuk meningkatkan nama sekolah dalam semua bidang. Salah satu usaha ialah PdPC abad ke-21 yang menjadi agenda utama masa kini untuk menerapkan 6 Aspirasi Murid dalam kalangan murid kita. Murid-murid perlu mengambil peluang yang ada semasa di bangku sekolah untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Hal ini penting kerana semua aktiviti adalah untuk membentuk jati diri dan berakhlak mulia di samping untuk meningkatkan prestasi akademik. Dengan itu murid lebih mudah menyesuaikan diri apabila berada di luar sekolah selepas tamat persekolahan nanti. Akhir kata, saya berharap semua warga SMK Bandar Baru Batang Kali akan terus maju dan cemerlang dalam semua bidang. Kecemerlangan akan dicapai dengan adanya kerjasama dan komitmen semua pihak iaitu murid, guru dan ibu bapa. Semoga dengan penerbitan e-Majalah SEMBAKA ini akan dapat menterjemahkan pelaksanaan pengurusan sekolah yang mantap dan diperlukan bagi memastikan kemenjadian murid-murid SEMBAKA di sepanjang tahun 2023. Sekian, terima kasih. HANISHAH BINTI MOHD, PENGETUA CEMERLANG DG54, SMK BANDAR BARU BATANG KALI. KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK BANDAR BARU BATANG KALI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur alhamdulillah majalah sekolah SMK Bandar Baru Batang Kali telah berjaya diterbitkan untuk kali ke-22, tahun ini. Majalah sekolah kali ini juga merupakan kali ke-3 diterbitkan dalam bentuk digital yang dinamakan sebagai e-Majalah SEMBAKA 2023. Tahniah dan syabas kepada semua AJK majalah Sidang Redaksi SEMBAKA yang telah bertungkus- lumus menghasilkan e-Majalah SEMBAKA 2023 pada tahun ini. Majalah sekolah merupakan antara satu dokumen penting untuk menyimpan pelbagai kenangan dan lakaran sejarah warga sekolah. Segala aktiviti akan dilaporkan setiap tahun dan pencapaian akan dipaparkan untuk menjadi memori indah setiap warganya. Penerbitan e-Majalah SEMBAKA 2023 ini merupakan suatu pusat informasi berkaitan segala aktiviti, progam, pencapaian dan seumpamanya di semua peringkat yang telah dilalui bersama-sama oleh warga sekolah di SMK Bandar Baru Batang Kali. Sekolah merupakan satu institusi untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Justeru, guru merupakan insan yang bertanggungjawab dan berperanan penting untuk memastikan setiap aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang cemerlang akan menjadi kenyataan seiring dengan pemilihan SMK Bandar Baru Batang Kali sebagai sekolah TS25 KPM Kohort 7. Kewujudan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah untuk mentransformasikan sekolah sebagai institusi pembelajaran (learning school), dan memastikan kemenjadian murid yang holistik melalui peningkatan keupayaan kepimpinan dan profesional guru secara berterusan. Mutakhir ini, sistem pendidikan negara berkembang dengan pelbagai dasar yang diperkenalkan. Pada hemat saya, sebagai warga sekolah sama ada pentadbir, guru atau murid malah ibu bapa seharusnya cakna dengan perubahan-perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar kelangsungan pendidikan anak-anak akan dapat terus dimantapkan. Oleh itu, guru-guru dan murid-murid SMK Bandar Baru Batang Kali perlu menyahut seruan ini untuk berubah ke arah yang lebih baik untuk meningkatkan nama sekolah dalam semua bidang. Salah satu usaha ialah PdPC abad ke-21 yang menjadi agenda utama masa kini untuk menerapkan 6 Aspirasi Murid dalam kalangan murid kita. Murid-murid perlu mengambil peluang yang ada semasa di bangku sekolah untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Hal ini penting kerana semua aktiviti adalah untuk membentuk jati diri dan berakhlak mulia di samping untuk meningkatkan prestasi akademik. Dengan itu murid lebih mudah menyesuaikan diri apabila berada di luar sekolah selepas tamat persekolahan nanti. Akhir kata, saya berharap semua warga SMK Bandar Baru Batang Kali akan terus maju dan cemerlang dalam semua bidang. Kecemerlangan akan dicapai dengan adanya kerjasama dan komitmen semua pihak iaitu murid, guru dan ibu bapa. Semoga dengan penerbitan e-Majalah SEMBAKA ini akan dapat menterjemahkan pelaksanaan pengurusan sekolah yang mantap dan diperlukan bagi memastikan kemenjadian murid-murid SEMBAKA di sepanjang tahun 2023. Sekian, terima kasih. KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG MOHD FEROZ BIN ZAINAL
KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah dengan rahmat Allah, E-Majalah SEMBAKA berjaya diterbitkan bagi tahun 2023 oleh pihak sidang redaksi khusus untuk murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. Lipatan sejarah mengungkap warna-warni kejayaan pastinya telah mengundang pelbagai cabaran dan dugaan namun berbekalkan semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab, kami tidak menghiraukan apa jua cabaran yang menghalang sehinggalah e-majalah ini berjaya dihasilkan. Benar kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Satu analogi yang jarang diaplikasikan. Berbekalkan semangat inilah ahli-ahli sidang redaksi dan juga guru berusaha untuk merakamkan kenangan manis dan pahit murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali sehingga e-majalah ini berjaya diterbitkan dan sampai ke tatapan pembaca semua. Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses menyediakan E-Majalah SEMBAKA ini. Harapan saya agar tahun-tahun seterusnya seluruh warga SMK Bandar Baru Batang Kali akan dapat memberi lebih komitmen bagi memantapkan lagi e-majalah sekolah ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangannya dari pihak kami sendiri. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. FAUZIAH BINTI HUYOP
KATA ALU-ALUAN Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majalah Sembaka dapat diterbitkan. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan Sidang Redaksi kerana menyediakan sedikit ruang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada pihak sekolah yang bertungkuslumus menyiapkan Majalah SEMBAKA sepanjang tahun ini. Tidak lupa juga, jasa dan pengorbanan guru- guru SEMBAKA yang sentiasa menabur bakti demi anak didik yang disayangi. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana berjaya menerbitkan majalah SEMBAKA Kepada murid Tingkatan lima , saya menitipkan ucapan syabas kerana anda akan melalui satu peperiksaan yang besar dan penting dalam mencorakkan masa hadapan. Anda telah berjaya melalui satu lagi detik debar dalam kehidupan. Kepada murid lain, teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang yang diceburi. Kepada semua warga SEMBAKA, baik yang telah meninggalkan alam persekolahan ini ataupun yang masih berjuang, kita sentiasa menjadi satu keluarga iaitu warga SEMBAKA. Sesungguhnya, dalam menyusun blok-blok kehidupan yang penuh cabaran, sentiasa diingatkan agar memperkasakan dada dengan ilmu pengetahuan, memperteguhkan diri dengan nilai dan memenuhi rohani dengan akhlak. Jangan tunduk dan berserah kepada fatamorgana dan arus globalisasi yang penuh cabaran ini. Akhir kata, manfaatkanlah masa dengan sebaik-baiknya dan penuhilah diri dengan bekalan ke akhirat. Pepatah Melayu ada berbunyi “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Ditegaskan,jika kita berhasrat kepada sesuatu ilmu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya. InsyaAllah kejayaan itu milik kita semua. Sekian, terima kasih. (DAMIA QISTINA BINTI DISHAK) KETUA MURID SMK BANDAR BARU BATANG KALI KETUA MURID Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Madani
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI KPM Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. MISI KPM Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Kami warga SMK Bandar Baru Batang Kali dengan segala kemampuan kami, bersedia dan akan laksanakan tugas kami mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kami, memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan mesra, cekap dan bijaksana, merealisasikan sistem pendidikan negara selaras dengan kehendak Falsafah pendidikan kebangsaan. D A S A R K E M E N T E RIA N P E N DIDIK A N M A L A Y SIA Majalah SEMBAKA 2023
W A W A S A N G EMI L A N G C I T A - C I T A D I J U N J U N G MEMB E R I K A N K E J A Y A A N W A R G A K I T A K O R U S : B E R I L M U M E L A H I R K A N W A R G A Y A N G C E M E R L A N G B E R D I S I P L I N M E M B E N T U K P E R I B A D I Y A N G G E M I L A N G B E R A M A L A H K I T A D E N G A N S E S U N G G U H H A T I S M K B A N D A R B A R U B A T A N G K A L I WAWASAN MURNI L A G U S E K O L A H Majalah SEMBAKA 2023 B E R S A T U B E R J A N J I M E N G G A P A I C I T A M U R N I H A R A P A N I B U P E R T I W I I T U J A N J I K A M I Lagu dan lirik: Encik Azlan Kamal Nazyunniyah
L O G O S E K O L A H Majalah SEMBAKA 2023 B E R I L M U : S E K O L A H A D A L A H S U M B E R P E L B A G A I I L M U B E R D I S I P L I N : W A R G A S E K O L A H M E N G U T A M A K A N D I S I P L I N B E R A M A L : S E T I A P M A S A M E N G A M A L K A N I L M U Y A N G D I P E R O L E H I MOTTO M E R A H : B E R A N I D A N T A B A H M E N G H A D A P I C A B A R A N K U N I N G : T A A T D A N P A T U H K E P A D A G U R U D A N I B U B A P A P U T I H : K E R E L A A N H A T I D A N K E S E D I A A N U N T U K M E N E R I M A I L M U WARNA B U K U : S U M B E R I L M U P E N G E T A H U A N M E L A L U I P E M B A C A A N G L O B : B I D A N G I L M U T A N P A S E M P A D A N J A N G K A L U K I S : K E T E P A T A N B E R T I N D A K S E L A R A S K E P E R L U A N OBJEK
P E L A N S E K O L A H Majalah SEMBAKA 2023
L A N D S K A P S E K O L A H Majalah SEMBAKA 2023
L A N D S K A P S E K O L A H Majalah SEMBAKA 2023
BILIK A S PIR A SI Majalah SEMBAKA 2023
Majalah SEMBAKA 2023 UNIT KURIKULUM
C A R T A O R G A NIS A SI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023
D A T A E N R O L M E N S E K O L A H Majalah SEMBAKA 2023 GURU MURID
P E N C A P AIA N S P M Majalah SEMBAKA 2023
9 A 7 A S E N A R AI M U RID C E M E R L A N G Majalah SEMBAKA 2023 6 A 10 A
S E N A R AI M U RID C E M E R L A N G Majalah SEMBAKA 2023 5 A 4 A
G A L E RI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023 PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2022
G A L E RI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023 PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2022
G A L E RI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023 PROGRAM ROAD TO SPM 1
G A L E RI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023 PROGRAM ROAD TO SPM 2
G A L E RI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023 HARI BICARA PRESTASI
G A L E RI K U RIK U L U M Majalah SEMBAKA 2023 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
Majalah SEMBAKA 2023 UNIT HAL EHWAL MURID
O R G A NIS A SI H E M Majalah SEMBAKA 2023
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PROGRAM GURU PENYAYANG
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PROGRAM PENINGKATAN BILIK SERI
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
GALERI HAL EHWAL MURID PROGRAM SOLAT HAJAT SPM
GALERI HAL EHWAL MURID MAJLIS RESTU ILMU
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PELANCARAN MINGGU SOLIDARITI PALESTINE
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PELANCARAN ANTI ROKOK DAN VAPE
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PELANCARAN DUTA SAHSIAH TERPUJI
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 LAWATAN PENANDA ARAS
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKURIKULUM
G A L E RI H A L E H W A L M U RID Majalah SEMBAKA 2023 PROGRAM JALINAN PINTAR KORPORAT
Majalah SEMBAKA 2023 UNIT KOKURIKULUM
U NIT B E R U NIF O R M Majalah SEMBAKA 2023
U NIT B E R U NIF O R M Majalah SEMBAKA 2023
U NIT B E R U NIF O R M Majalah SEMBAKA 2023
U NIT B E R U NIF O R M Majalah SEMBAKA 2023
U NIT B E R U NIF O R M Majalah SEMBAKA 2023
U NIT B E R U NIF O R M Majalah SEMBAKA 2023
K E L A B D A N P E R S A T U A N Majalah SEMBAKA 2023