The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJECT BASED LEARNING BADMINTON NUR IRDINA SEPHIA 4DUKE-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sephia0506, 2021-07-23 03:57:49

PBL BADMINTON

PROJECT BASED LEARNING BADMINTON NUR IRDINA SEPHIA 4DUKE-converted

PROJECT
BASED
LEARNING
BADMINTON

NUR IRDINA SEPHIA BT NAZRUL HISYAM
CP180034
4 DUKE

PENGENALAN SUKAN BADMINTON

• Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis
yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan
(perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana
posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi
yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan
bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring
dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis
jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap
sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

• Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu
campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi
tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang
cemerlan: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan,
kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal yang
memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan
kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

SEJARAH BADMINTON

Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam. Permainan badminton
mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan dengan
badminton ialah Hanetsukite yang telah dimainkan seawal abad ke-16. Di barat pula,
badminton muncul daripada sukan yang dinamakan Battledore and Shuttlecock, di
mana dua atau lebih pemain memukul bola tangkis di udara menggunakan raket
kecil. Di India, sukan ini dikenali sebagai 'Poona' semasa abad ke-18. Pada 1860an,
pegawai tentera British telah mengaplikasikan sukan ini versi India semasa kembali
ke England, di mana sukan ini dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti
kediaman kelas atasan. Pada 1860 juga, seorang penjual anak patung London yang
bernama Isaac Spratt telah menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore
- A New Game", tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House, Gloucestershire yang
dimilikki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The
Game of Badminton", dan kemudian nama rasmi sukan ini menjadi Badminton.
Sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India sehingga
tahun 1887. Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan mengaplikasikan
ini dalam versi Bahasa Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada tahun
1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set
peraturan pertama dan hampir sama dengan peraturan yang sedia ada ketika ini.
Peraturan ini telah dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di 6 Waverly Grove,
Portsmouth, England pada 13 September 1893. Pada 1899, mereka juga mula
menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan
badminton pertama di dunia. Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF)
, yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada,
Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales
sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan
BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan
sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di
peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa
negara Asia termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia. China
pula sering menjadi pendominasi pertandingan peringkat antarabangsa sejak
kebelakangan ini.

TOKOH / PEMAIN BADMINTON DI MALAYSIA

NAMA: LEE CHONG WEI

LAHIR: 21 OKTOBER 1982 (39 TAHUN)

BAGAN SERAI, PERAK

TINGGI: 1.74m

BERAT: 68 kg

JURULATIH: - MISBUN SIDEK

- HENDRAWAN

Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 ialah seorang pemain badminton
professional Malaysia. Lee merangkul pingkat perak di temasya Sukan Olimpik 2008
dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malysia pertama yang layak ke pusingan
akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik
Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya,
serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenamDatuk Seri Najib Tun
Razak sebagai wira kebangsaan.

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan
selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 0gos 2008 hinggan 14 Jun 2012.
Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas
selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada
1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan
kedudukan teratasnya selama dua minggu.

Pada zaman kanak-kanaknya. Ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit,
Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangya daripada menceburi sukan itu
gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggan bola keranjang, sejak itu, beliau
mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar
bermain sukan ini membawanya ke gelenggang badminton. Setelah menarik
perhatian yang gemar bermain sukan ini membawanya ke gelanggan badminton.
Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa
Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka
jurulatih itu melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah bakatnya dikesan oleh
Misbun Sidek, barulah menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

NAMA: LEE ZII JIA

LAHIR: 29 MAC 1988 (33 TAHUN)

ALOR SETAR, KEDAH, MALAYSIA

TINGGI: 1.86m

BERAT: 78 kg

JURULATIH: - MISBUN SIDEK

- HENDRAWAN

- WONG CHOONG HANN

- TEY SEU BOCK

Lee Zii Hia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Pada 2019, beliau
telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019.

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas
pemain bola keranjang antarabangsa. Zii Jia mula berminat bermain badminton
sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC
Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam
pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan
pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi
Kejohanan Badminton Terbuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian
seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton
Malaysia.

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton
Remaja acara perseorangan lelaki seepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo
di peringkat separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke
peringkat akhir di Siri Antarabangsa India. Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya
melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailan Master dan
akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September
2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish
International. Seterusnya, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir
Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger.

Pada Oktober 2018, Zii Jian berjaya mara eringkat akhir Kejohanan Badminton
Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no.4,
Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di
peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.

NAMA: MOHMED MISBUN BIN MOHD SIDEK

LAHIR: 17 FEBRUARI 1960 (61 TAHUN)

BANTING, SELANGOR, MALAYSIA

TINGGI: 1.77m

TAHUN AKTIF: 1978 - 1990

Datuk (Dr) Mohmed Misbun bin Dato’ Haji Mohd Sidek merupakan bekas pemain
dan jurulatih badminton professional Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki
daripada lima Sidek bersaudara yang terkenal. Beliau dan kesemua adik-beradiknya
pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.

Visi Allaharyam Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya
menjadi jagoan badminton bermula dengan anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai
eksperimen.

Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih
secara serius oleh bapanya di gelanggan badminton yang terletak bersebelahan
rumah mereka di Kampug Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua tahun kemudian,
rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.

Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya,
Razif. Razif atau dikenali Ajib di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang
ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih nakal. Tetapi sejak
kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua
tahun lebih muda darinya.

Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton
kebangsaan Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri
Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di-Perua Negeri Tun Mohd
Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton
kebangsaan di Istana Melaka.

Beliau telah dianugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Insan)
oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

CIRI-CIRI KESELAMATAN SEBELUM PERMAINAN

1. PEMANASAN DAN REGANGAN
Pemanasan selalunya diabaikan. Pemanasan yang baik memastikan otot dan
sendi bersedi untuk melakukan pergerakan dan aksi seterusnya.

Berlari-lari anak dapat memastikan sistem jantung dan peparu bersedia serta
memastikan bekalan oksigen berjalan lancer ke otot yang bekerja.

Aktiviti regangan aktif dan dinamik serta senaman spesifik berkaitan
badminton juga harus dilakukan

2. PENYEJUKAN BADAN
Sesi penyejukan badan termasuklah berlari-lari anak serta regangan lembut.
Tujuannya ialah mengurangkan kadar denyutan jantung secara beransur-
ansur, membunang hasil hasil kumuhan seperti asid lactic dan mengurangkan
risiko kesakitan otot.

3. GELANGGAN
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup jika bermain di dalam dewan.
Terdapat ruang yang mencukupi di luar gelanggang bagi memberi kebebasan
untuk bergerak. Jika bermain di luar haruslah dipastikan bahwa gelanggang
jauh dari ruang pejalan kaki serta sebarang bentuk halangan atau
kemungkinan bahaya.

4. PERALATAN
a) RAKET
Raket yang lebih ringan dicadangkan bagi pemain yang baru mula kerana
otot masih belum cukup kuat. Pegangan pada raket yang terlalu kecil
menyebabkan anda memegang dengan kuat dan memberi tekanan kepada
otot pada pergelangan tangan. Pegangan raket yang terlalu besar
menyebabkan anda sukar untuk memegangnya secara betul. Pegangan
raket haruslah sentiasa kering bagi mengelakkan daripada tercampak
semasa pergerakan mengayun.

b) BULU TANGKIS
Gunakan bulu tangkis yang sah dan berkualiti.

c) JARING BADMINTON
Jaring haruslah diikat rapi supaya ianya tidak kendur. Tiang jaring mestilah
bebas dari sebarang risiko tersepak serta permukaan tajam.

5. PAKAIAN
Kasut yang ringan, mempunyai cengkaman kuat pada permukaan gelanggang
serta ciri menyerap hentakan dan sokongan yang baik.

Kasut jenis larian dan mempunyai tapak yang tebal dan tinggi dari permukaan
lantai akan meningkatkan risiko kecedaraan pada buku lali. Taburan yang keras
pada tumit kasut yang muat pada kaki anda akan mengelak kecedaraan.

6. KECERGASAAN
Ini merangkumi daya tahan jantung dan peparu, fleksibiliti serta kekuatan otot
pada lengan dan pergelangan tangan.

Kemahiran badminton boleh dipelajari melalui latihan bersesuaian serta
pengalaman.

7. PERMAINAN
Ikut segala peraturan dan undang-undang permainan. Pasangan beregu harus
berlatih terlebih dahulu bagi memastikan persefahaman sesame sendiri dan
mengelak pertembungan serta raket berlaga.

Jangan memukul bulu tangkis ke arah lawan kerana boleh terkena pada mata.
Pastikan raket anda sentiasa kea rah atas untuk mengelak kemungkinan bulu
tangkis yang mungkin dating ke arah muka.

8. TEKNIK
Pengethauan mengenai jenis pukulan akan mengurangkan risiko cedar pada
pergelangan tangan, siku dan bahu

Teknik lompatan dan pendaratan penting bagi mengelak lutut tercedera.

Jika anda berada di hadapan pasangan anda, jangan menoleh ke belakang
bagi melihat pukulan pasangan anda.

SENARAI KELENGKAPAN BADMINTON

• RAKET Raket adalah peralatan utama dalam permainan
• BULU TANGKIS badminton. Jika zaman dulu, permainan ini dimainkan
dengan menggunakan pemukul berbentuk empat segi
atau leper daripada kayu tetapi sekarang ia
berevolusi dengan menggunakan material yang lebih
kukuh, kuat dan ringan iaitu carbon atau graphite.
Beberapa factor yang perlu diambil kira sebelum beli
raket adalah seperti berat, titik keseimbangan,
ketahanan, ukuran dan material grip tangan, bentuk
frame dan ketegangan tali.

Sama seperti raket, bulu tangkis juga termasuk
dalam peralatan yang utama dalam permainan
badminton. Menariknya, di kawasan-kawasan luar
bandar ia dikenali dengan jolokan “bulu ayam”.
Walau bagaimanapun, bulu tangkis bukanlah
diperbuat daripada bulu ayam. Sebaliknya, ia
diperbuat daripada bulu angsa atau bulu itik.

• NET JARING Jika anda bermain badminton bersama keluarga di
halaman rumah, biasanya anda tidak
menggunakan net jaring. Jadi mata dikira dengan
berdasarkan mana-mana pemain yang
menjatuhkan bulu tangkis tersebut. Tanpa anda
sedar sebenarnya corak permainan seperti itu
adalah corak permainan badminton pada zaman
dahulu. Sekarang, net jaring telah diperkenalkan
untuk memurnikan lagi sukan badminton. Net
bukan sahaja menjadi penentu area pemain dalam
gelanggang tetapi juga memudahkan pemain
untuk menentukan tinggi rendah pukulan.

• BAJU SUKAN LENGKAP

Sukan adalah aktiviti yang menggunakan banyak tenaga
fizikal sehingga menyebabkan banyak tenaga fizikal
sehingga menyebabkan anda cepat peant dan berpeluh.
Oleh itu, dengan memilih pakaian sukan yang betul dapat
memberikan anda keselesaan sepanjang bersukan atau
bermain. Perkembangan industry fesyen sukan telah
menghasilkan pelbagai variasi dan jenis pakaian sukan di
pasaran.

• KASUT BADMINTON Kasut badminton bukan sekadar kasut sukan
biasa. Bagi yang sudah terbiasa memakai kasut
badminton semasa bermain badminton pasti anda
sudah boleh merasakan perbezaan apabila anda
bertukar kepada kasut-kasut lain. Kasut ini
menentukan keseluruhan skill pemain untuk
ditonjolkan semasa perlawanan. Gerakan seperti
melompat, smash, pergerakan tajam, pergerakan
sisi, dan brek akan ditentukan dengan bebanan
yang diletakkan pada kaki pemain.

• BEG RAKET

Beg raket membantu untuk menjaga raket badminton
anda. Walaupun raket badminton diperbuat daripada
material yang kuat dan tahan lasak tetapi ada bahagian-
bahagian tertentu yang mudah terdedah pada kerosakan
seperti jaring. Jaring raket mudah tersangkut pada
benda-benda yang tajam lalu mengakibatkan ia putus.

• GELANGGANG BADMINTON

Gelanggang badminton bukanlah sesuatu yang
wajin anda ada di rumah. Sekarang telah benyak
gelanggang badminton yang dibuka sama ada
gelanggang peribadi yang berbayar, atau
gelanggang umum untuk semua pengunjung secara
percuma. Bagi anda yang serius dalam sukan
badminton, dengan adanya gelanggang ia
membolehkan anda berlatih secara kosisten
mengikut peraturan-peraturan badminton di dalam
sebuah perlawanan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BADMINTON

UNDANG-UNDANG

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton
boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat
umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga
boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara
pertandingan.

Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu perseorangan lelaki
dan wanita, beregu llaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas / Uber dan
Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

PERATURAN PERMAINAN

a) SISTEM PERMAKAHAN

- Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata
- Setiap kali serve, pemainakan dapat mata
- Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan

kepada pemain.
- Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang.
- Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat

menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan
tersebut
- Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permaian pada set
kedua.

b) SISTEM KEDUDUKAN PEMAIN BADMINTON DUNIA

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada
lima disiplin iaitu:

i. Perseorangan lelaki
ii. Perseorangan wanita
iii. Beregu lelaki
iv. Beregu wanita
v. Beregu campuran

c) SISTEM PENGIRAAN MATA BAGI PEMAIN PERSEORANGAN & BEREGU:

- Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai

- Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah
apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan
setahun

- Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai

- Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang

- Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia

- Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira
berpandukan kedudukan dunia.

d) BATAL

Batal berlaku apabila:

• Sekiranya servis tidak betul

Sekiranya semasa servis, bulu tangkis:-

• Tersangkut di atas jaring dan terletak diatasnya
• Setelah melepasi jaring, tersangkut di jaring; atau
• Dipukul oleh pasangan penerima servis

Sekiranya dalam permainan bulu tangkis:-

• Jatuh di luar sempadan gelanggang
• Menebusi atau melalui di bawah jaring
• Gagal melintasi jaring
• Tersentuh syiling, bumbung atau dinding
• Tersentuh badan atau pakaian pemain
• Tersentuh benda-benda lain atau pemain diluar kawasan gelanggang
• Terlekat dan terletak seketika di atas raket dan kemudiannya dikaup

semasa melakukan sesuatu pukula (slung stroke)
• Dipukul dua kali berturut-turut (satu pukulan – tidak batal)
• Dipukul oleh pemain dan pasangannya secara berturut-turut
• Terkena raket pemain dan bulu tangkis tidak bergerak menghala kearah

gelanggang lawan.

e) SEMULA

Semula diberikan apabila:
▪ Servis dilakukan sebelum penerma servis bersedia
▪ Penerima dan pembuat servis dibatalkan serentak

Semasa permainan, bulu tangkis:-
▪ Tersangkut di atas jaring dan terletak di atasnya
▪ Bulu tangkis pecah dan terpisah
▪ Permaian terganggu
▪ Permainan terganggu oleh jurulatih
▪ Hakim garis tidak nampak
▪ Berlaku kejadian yang tidak dijangka

KESALAHAN PEMAIN DALAM SUKAN BADMINTON

❖ Bulu tangkis terkandas pada raket lalu tercampak semasa hendak membuat
pukula; atau bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut oleh pemain yang
mempunyai dua pukulan atau bulu tangkis dipukul berturut-turut oleh pemain
dan pasangannya

❖ Pemain gagal membalas bulu tangkis melepasi jaring ke gelanggang lawan

❖ Menyentuk jaring atau penampungnya dengan raket, badan atau bajunya
ketika dalam permainan

❖ Memukul bulu tangkis sebelum ia melepasi jaring ke gelangganya.
Walaubagaimanapun, pemain boleh mengikuti pergerakan bulu tangkis
melepasi jaring dengan raket semasa membuat pukulan

❖ Menyentuh bulu tangkis dengan anggota badan atau pakaian

❖ Menhalang pihak lawan umpamanya menggelongsor di bawah jaring,
membaling raket ke gelanggang pihak lawan, mengacah atau mengelirukan
pihak lawan semasa membuat servis

❖ Bulu tangkis jatuh bawah jaring

❖ Penserivs membuat servis dengan bulu tangkis di atasa paras pusat

❖ Semasa penservis membuat servis, kaki penservis tidak boleh memijak
garisan servis.

INOVASI DALAM SUKA BADMINTON

MESIN PENEMBAK BULU TANGKIS
Mesin penembak bulu tangkis untuk mengeluarkan bulu tangkis dengan kelajuan yang cepat
tanpa memerlukan bantuan orang lain. Mesin ini paling sesuai digunakan semasa latihan. Ini
kerana seseorang pemain hanya berdepan dengan mesin tersebut sahaja dan mesin tersebut
akan mengeluarkan bulu tangkis ke satu arah kepada pemain yang sedang berlatih. Tindak balas
seorang pemain badminton sangat penting dalam sesuatu pertandingan badminton.

MESIN SENAR RAKET BADMINTON

Mesin ini digunakan untuk mengikat benang raket badminton. Dengan adanya mesin ini proses
mengikat benang telah menjadi lebih mudah dan senang. Ini disebabkan oleh mesin boleh menetapkan
berapan pound yang kita nak ikat. Maka, setiap ikatan adalah sama pound. Semasa menggunakan
mesin untuk mengikat benang Cuma perlu menetapkan keberatan dan menekan butang tertentu
sahaja. Berbanding dengan zaman dulu, mereka memang menggunakan tangan dengan sepenuhnya
untuk mengikut benang badminton tanpa bantuan teknolohi yang canggih seperti zaman sekarang.

PENUTUP

Kesimpulannya, badminton merupakan salah satu sukan yang sangat menarik untuk bermain.
Terdapat banyak juga faedah yang boleh kita dapat ketika bermain badminton. Tiada menjadi
kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk
menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas. Dengan mengetahui perincian-
perincian sukan badminton dengan lebih lanjut dan lebih dalam, kita dapat memperbaiki kesalahan-
kesalahan yang kita tidak sedar kita lakukan ketika bermain badminton. Hal ini akan meningkatkan
prestasi kita. Selain itu juga, dengan mempelajari sejarah tokoh-tokoh badminton Malaysia
menjadikan kita lebih bersemangat dan lebih bermotivasi untuk mencuba perkara yang baru.
Badminton merupakan antara salah satu sukan yang sangat mudah untuk bermain kerana
peralatannya yang mudah didapati dan juga peraturannya yang sangat mudah untuk dipatuhi. Sukan
ini tidak terhad kepada jantina, umur dan juga etnik. Marilah kita bersama-sama melebarkan bidang
sukan ini.

- SEKIAN TERIMA KASIH -


Click to View FlipBook Version