ANCAMAN
KOMUNIS
DAN
PERISYTIHARAN
DARURAT
NAMA: NUR IRDINA SEPHIA BT NAZRUL HISYAM
KELAS: 4 DUKE
NO.MAKTAB: CP180034
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1. ISI KANDUNGAN 2
2. OBJEKTIF DAN KAEDAH KAJIAN 3
3. PENDAHULUAN 4
4. NYATAKAN CARA KEMASUKAN PENGARUH 5
KOMUNIS DI NEGARA KITA? 6
7
5. APAKAH PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH 8
KOMUNIS UNTUK MENGUATKAN KEAMANAN &
KESEJAHTERAAN NEGARA KITA? 9
6. BAGAIMANKAH CARA DAN KAEDAH KERAJAAN
UNTUK MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS PADA
MASA TERSEBUT?
7. SEBAGAI PELAJAR SEJARAH YANG PINTAR,
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGEKALKAN
KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN YANG KITA BINA
PADA HARI INI?
8. RUMUSAN
9. SUMBER RUJUKAN 10
10. LAMPIRAN 11
OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengetahui latar belakang pengaruh komunis di negara
kita
2. Untuk mengkaji ancaman komunis di negara kita
3. Untuk memahami usaha menangani ancaman komunis
4. Untuk mengetahui kesan zaman darurat kepada negara kita
KAEDAH KAJIAN
• BAHAN ILMIAH : Buku teks sejarah tingkatan 4
https://anyflip.com/orcm/yqbw
• MELAYARI INTERNET: Laman web
- https://pdfcoffee.com/bab-6-ancaman-komunis-dan-
pengisytiharan-daruratpdf-pdf-free.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
• MEDIA: Rakaman video dari sumber Youtube
https://youtu.be/90X1YJkbh9M
• INTERNET
PENDAHULUAN
Komunisme ialah ideology yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels.
Mereka menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital. Perkataan
komunis membawa maksud orang yang menganut fahaman komunis.
Komunisme ialah suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang
pengguna sebagai milik negara. Percubaan untuk menyebarkan ideology
komunis di negara kita bermula sejak tahun 1920-an. Pada masa itu, terdapat
dua buah negara yang terlibat dalam penyebaran fahaman, iaitu China dan
Indonesia.
Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di
Calcutta, India. Persidangan Kongres Beli Asia berlangsung pada 19 Februari
1948 hingga 25 Februari 1948, manakala Persidangan Parti Komunis India
diadakan pada bulan Mac 1948. PKM turut menhantar wakil ke persidangan
tersebut.
Bagi menangani ancaman komunis, beberapa usaha telah diambil seperti
penguatkuasaan Undang-Undang Darurat, pemerkasaan pasukan keselamatan,
pengenalan pendaftaran kebangsaan, Rancangan Briggs, tawaran
pengampunan, Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, perintah berkarung,
perang saraf dan rundingan Baling.
Darurat memberikan kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek
politik dan sosiekonomi. Peristiwa darurat ini juga mempercapat usaha ke arah
rundingan kemerdekaan.
Nyatakan cara kemasukan pengaruh Komunis di
Negara kita?
• KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI CHINA
- Ideologi komunis mula dibawa masuk ke negara kita sejak awal
tahun 1920- an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang
beribu pejabat di China.
- Menjelang tahun 1924, cawangan KMT ditubuhkan pada hamper
setiap bandar di negeri Melayu bagi menyebarkan pengaruh
komunis. Antara bandar tersebut termasuklah Muar, Melaka,
Seremban, Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani.
- Selain KMT, terdapat sebuah lagi pertubuhan, iaitu Main School
yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan
Parti Komunis China (PKC). Pada tahun 1927, perpecahan berlaku
antara Parti KMT dengan PKC. The Communist International
(Comintern) yang berpusat di Moscow mengarahkan penubuhan
Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928.
- Namun begitu, PKN tidak berjaya mencapai matlamtnya. Keadaan
ini mendorong Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu,
iaitu Parti Komunis Malaya (PKM)
• KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DARI INDONESIA
- Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari
Indonesia seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro,
Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sultan Perpatch menyebarkan
fahaman komunis di Sebarang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara
dan Kedah.
- Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa
(1926) menyebabkan PKI berusaha untuk membuka cawangan di
Tanah Melayu.
- Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada
orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk
mencapai matlamat mereka.
Apakah perkara yang dilakukan oleh Komunis untuk
mengugatkan keamanan & kesejahteraan negara kita?
1. KOMUNIS MELUMPUHKAN EKONOMI
Sejak Undang-Undang Darurat dikuatkasakan, lombong bijih timah dan lading getah
menjadi sasaran utama serangan komunis untuk melemahkan ekonomi British. Dari
tahun 1948 hingga tahun 1956, komunis menyerang 80 lombong bijih antarnya di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka merosakkan pokok getah, kilang estet,
rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh pekerja
2. KOMUNIS MEROSAKKAN INFRASTRUKTUR
Komunis menjalankan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas,
terutama sistem pengangkutan dan perhubungan. Mereka mengebom, merosakkan
dan mengalihkan landasan kereta api. Kenderaan yang melalui jalan raya pula
ditembak dan dibakar. Komunis turut mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf
serta merosakkan paip air. Seterusnya, mereka bertindak menyerang pekerja awam
yang ditugaskan untuk membaiki jalan raya, memasang paip air, membina sistem
pengairan dan pekerja yang menjalnkan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.
3. KOMUNIS MENGANCAM KESELAMATAN RAKYAT
Komunis melakukan pelbagai tindakan ganas yang menggugat keselamatn rakyat.
Mereka mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya,
menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang
enggan bekerjasama. Contohnya, pada malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan
bom tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak. Akibatnya, serama 46 orang cedera
parah dan empat orang mati.
4. KOMUNIS MENGANCAM PASUKAN KESELAMATAN
Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamtan dan menyerang balai
polis. Tindakan ini dilakukan untuk mencetuskan keadaan yang huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan penduduk.
Bagaimanakah cara dan kaedah kerajaan untuk
menangani ancaman komunis pada masa tersebut?
1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat
- Bagi menguatkasakan Undang-Undang Darurat, terdapat 6
Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat yang diambil oleh
British.
2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
- British telah memperkasakan pasukan keselamatan tempatan
untuk membanteras kegiatan komunis. British menubuhkan
pasukan yang berikut:
a) POLIS
b) TENTERA
c) SUKARELAWAN
3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
- Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan
sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan
pada 23 Julai 1948 bagi mengawal pergerakan penduduk.
4. Rancangan Briggs
- Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950.
5. Tawaran Pengampunan
6. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat
7. Perintah Berkurung
- Perintah berkurung ialah tindakan melarang penduduk keluar dari
rumah dalam tempoh tertentu.
8. Perang saraf
- Perang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk
menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan
fikiran rakyat
9. Rundingan Baling
Sebagai pelajar sejarah yang pintar, bagaimanakah
cara untuk mengekalkan kedamaian dan
kemakmuran yang kita bina pada hari ini?
Sebagai pelajar sejarah yang pintar, cara-cara saya mengekalkan kedamaian
dan kemakmuran yang kita bina pada hari ini adalah dengan menjadi rakyat
yang berjiwa patriotik. Hal ini kerana dapat memastikan kemerdekaan negara
terpelihara dan mengekalkan perpaduan nasional. Contohnya, patriotism juga
membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara
berbanding kepentingan diri dan kelompoknya.
Selain itu, saya akan mengekalkan kedamaian dan kemakmuran dengan
menjadikan rukun negara sebagai panduan hidup. Hal ini dikatakan demikian
kerana menerapan nilai-nilai patriotism ke dalam diri juga merupakan aspek
yang perlu dilaksanakan dan dipelihara dalam usaha mengembalikan
perpaduan kaum di Malaysia selain melahirkan masyarakat yang progresif.
Kesimpulannya, kerjasama antara masyarakat amat diperlukan dalam
mengekalkan kedaulatan negara. Rakyat hendaklah bersatu pada dan
bekerjasama dalam apa jua keadaan bagi melindungi dan mempertahankan
kedaulatan negara yang diperoleh.
RUMUSAN
Melalui tajuk kajian saya ini,saya memperoleh pengetahuan tentang
kepentingan kemerdekaan negara. Oleh itu,kita mestilah sentiasa memastikan
kedaulatan negara kita terpelihara.
Antara iktibar yang saya dapati dari kajian ini ialah negara mestilah menjalin
hubungan baik dengan semua negara terutama negara berjiran dan sentiasa
menyokong usaha untuk mencapai keamanan.
Selain itu, iktibar pada bangsa pula ialah kita mestilah bersatu padu dalam
memastikan keamanan dan keharmonian negara.Kita juga haruslah
mempunyai sifat jati diri dan menyemai semangat cinta akan negara.
Akhir sekali, dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berdisiplin dan berdaya
saing di peringkat global serta mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni
dalam semua aspek kehidupan.
Harapan saya adalah untuk Malaysia menjadi salah satu negara termaju di
Asia. Negara Malaysia juga diharap dapat mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan sejagat.Bukan itu sahaja,saya turut berharap agar Malaysia terus
memantapkan lagi hubungan serantau dan antarabangsa dengan negara lain.
SUMBER RUJUKAN
• BAHAN ILMIAH : Buku teks sejarah tingkatan 4
https://anyflip.com/orcm/yqbw
• MELAYARI INTERNET: Laman web
- https://pdfcoffee.com/bab-6-ancaman-komunis-dan-
pengisytiharan-daruratpdf-pdf-free.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
• MEDIA: Rakaman video dari sumber Youtube
https://youtu.be/90X1YJkbh9M
• INTERNET
LAMPIRAN