KEPELBAGAIAN
ADAT RESAM DAN
BUDAYA MASYARAKAT
MALAYSIA
LLO
✔Membincangkan sistem nilai mengikut agama, adat
resam dan budaya masyarakat Malaysia
✔Membentangkan kepelbagaian adat resam dan
budaya masyarakat Malaysia
• merangkumi seluruh aspek kehidupan
kelahiran
perkahwinan
kematian
• dibahagikan kepada
Adat masyarakat Melayu
Adat masyarakat Cina
Adat masyarakat India
Adat masyarakat Pribumi
ADAT MASYARAKAT MELAYU
ADAT KELAHIRAN
Adat melenggang Adat berpantang Adat bertungku
perut
• dilaksanakan selepas • dipercayai dapat
• dilakukan ketika bersalin selama 44 hari membantu perut wanita
kandungan anak sulung yang bersalin kembali
berusia lingkungan tujuh • dilarang dari makan normal
atau lapan bulan oleh sebarang makanan
bidan mengikut kehendaknya
seperti udang, kerang,
• bertujuan untuk ketam dan lain-lain
membuang geruh, kerana menyebabkan
kecelakaan dan gatal
membetulkan
kedudukan bayi • dilarang melakukan
kerja yang memerlukan
• bertentangan dengan banyak pergerakan
agama Islam dan dikira
sebagai khurafat
ADAT MASYARAKAT MELAYU
ADAT PERKAHWINAN
Adat Merisik
dijalankan oleh saudara mara terdekat bagi pihak lelaki seperti ibu
atau bapa
bertujuan memastikan gadis yang dihajati itu belum atau sudah
berpunya dan untuk menyelidik latar belakang gadis tersebut
Adat Meminang
dilakukan oleh kaum keluarga terdekat bagi pihak lelaki
bertujuan menetapkan tarikh, masa dan hari yang sesuai untuk
bertunang malahan termasuk hantaran dan jumlah rombongan
untuk upacara bertunang
Adat Bertunang
dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih
kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran
mereka secara rasmi
bertujuan untuk berbincang tentang belanja perkahwinan,
tempoh pertunangan dan hal-hal lain yang berkaitan.
Akad Nikah
dilakukan selepas dilaksanakan segala perjanjian seperti wang
belanja, mas kahwin dan barangan hantaran lain
kemuncak kesahihan pada perkahwinan
dilakukan di masjid sehari sebelum majlis kenduri kahwin
dijalankan
Majlis Perkahwinan
kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari itulah
pengantin digelar raja sehari
dilakukan di rumah pengantin perempuan dengan
mengadakan kenduri secara meriah mengikut kemampuan
bertujuan untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan dan
perkhabaran gembira kepada masyarakat
Adat Menyambut Menantu
dilakukan seminggu selepas majlis perkahwinan
diadakan di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya
tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan
bertujuan untuk menyatakan kegembiraan dengan
kedatangan menantu ke rumah mereka
SEMASA KEMATIAN ADAT MASYARAKAT MELAYU
MEMANDIKAN MAYAT ADAT KEMATIAN
• meletakkan mayat tersebut di ruang tengah rumah dan
dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain
• Kakinya dihadapkan ke kiblat dan kedua-dua tangannya
diqiamkan di atas dada
• di hadapan mayat itu diletakkan sebuah tempat bara untuk
membakar kemenyan
• orang yang datang berziarah akan membacakan ayat-ayat Al-
Quran kepada si mati dan sebarang jamuan tidak dibenarkan
bertujuan menghormati jenazah
• mayat ini dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib,
cermat dan bersopan
• mayat perempuan dimandikan oleh tukang mandi perempuan
dan begitulah sebaliknya
• sebaik-baiknya mandian ini dilaksanakan oleh orang yang
terdekat dengan si mati.
MENGKAFANKAN • membalut badan mayat dengan kain putih
MAYAT • jenazah lelaki dibalut dengan 3 lapisan kain manakala jenazah
MENYEMBAHYANGKAN perempuan dibalut dengan 5 lapisan kain berserta telekung
MAYAT • ahli keluarga terdekat dan mahramnya boleh membuat
PENGKEBUMIAN penghormatan terakhir dengan mengucup mayat tetapi
disyaratkan air mata tidak menitis kepada tubuh mayat
SELEPAS KEMATIAN
• Dilakukan di dalam masjid dengan meletakkan jenazah di
hadapan imam dan para jemaah
• Kemudian disembahyangkan dengan cara berjamaah.
• Jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan dengan diiringi
oleh ahli keluarga dan sahabat handai sebagai penghormatan
terakhir
• Mengadakan kenduri arwah dan doa selamat oleh keluarga si
mati bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan si mati.
ADAT MASYARAKAT CINA
ADAT KELAHIRAN
Waktu Mengandung Berpantang Kenduri Pantang Larang
•Wanita ini sentiasa diberi •berlaku selepas • Dilakukan ketika bayi • Tidak dibenarkan
kawalan ketat di dalam melahirkan anak selama mencapai umur sebulan memaku kerana khuatir
setiap tindak tanduk dan 40 hari bayi akan jadi cacat
kegiatan seharian mereka •Kuih khas yang berbentuk
•Wanita tersebut tidak bulat berwarna merah •Dilarang memukul
•Ibu mertua dibenarkan mandi air sejuk dan kuning diberikan binatang kerana kuatir
bertanggungjawab dan pusat bayi diikat dan pada sanak saudara dan terkena badi
menjaga wanita tersebut dililit dengan sehelai kain akan dibalas dengan
dan mereka sangat pada perutnya kerana membawa hadiah berupa •Dilarang menamakan bayi
mementingkan anak lelaki dibimbangi masuk angin pakaian bayi dan pati sebelum lahir kerana
kerana anak lelaki boleh ayam untuk ibu khuatir akan kecewa
melanjutkan keturunan •Masakan pedas dan
mereka melalui pewarisan panas akan diberikan •Dilarang menggosok perut
nama nenek moyang kepada wanita ini untuk selalu kerana khuatir bayi
mengeluarkan angin di jadi manja
•Ketika ini juga mereka badan dan menguatkan
suka melihat bentuk perut tenaga semula
kandungan mereka
kerana pada anggapan
adat mereka bentuk bulat
adalah perempuan dan
bentuk tajam adalah lelaki
ADAT MASYARAKAT CINA
ADAT PERKAHWINAN
Merisik
• dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati
• Mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan,
peribadi, watak dan tingkahlaku si gadis.
• Biasanya masyarakat Cina lebih gemar mengadakan
perbincangan di restoran dengan disertai oleh saudara lain.
• Skop perbincangan adalah berkisarkan tentang latar belakang
keluarga dan asal keturunan.
Meminang
• Dilakukan dengan memilih seorang wakil untuk
berkunjung ke rumah gadis bagi membincangkan
perkahwinan.
• Kemudian ibu pengantin perempuan akan berbincang
dengan wakil pengantin lelaki berkenaan jumlah mas
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan
memilih hari yang paling sesuai.
• Setelah sama-sama bersetuju untuk berkahwin, barulah
adat bertunang dijalankan.
Bertunang
•Dilakukan berdasarkan kalendar cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua-dua pasangan tersebut berpandukan kepada buku
Toong-Su.
•Ketika ini pertukaran cincin dilakukan dengan menyarung cincin ke jari manis kiri
pasangan tersebut.
•Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberikan semasa upacara bertukar cincin.
•Biasanya hantaran adalah berbentuk seperti cincin emas, sepersalinan pakaian,
kain dan wang tunai.
Majlis perkahwinan
•Dilangsungkan setelah setahun bertunang atau pada tempoh yang dipersetujui.
•Pakaian pengantin biasanya diperbuat daripada kain sutera dan disulam
dengan benang emas dan sebaik-baiknya pakaian tersebut berwarna putih,
merah atau kuning.
•Seterusnya pasangan tersebut akan bersanding di atas pelamin.
Jamuan makan
•Adalah kemuncak upacara perkahwinan yang dilakukan pada sebelah malam.
•Jamuan ini dibuat secara besar-besaran.
•Tetamu yang datang akan membawa ang pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin.
•Akhir sekali pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi
sebagai bukti perkahwinan.
SEMASA KEMATIAN ADAT MASYARAKAT CINA
ADAT KEMATIAN
MEMANDIKAN
MAYAT • Ketika ini, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat
handai dikehendaki menangis dan meratapi pemergian si
mati.
• Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati
diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan
jirat.
• Tangisan itu juga perlu diselitkan dengan kata-kata pujian
kepada si mati
• Mayat akan dibersihkan dan dimandikan.
• Kemudian si mati akan disapu dengan minyak wangi dan
disolek dengan tujuan untuk mengharumkan si mati
terutama apabila berada di akhirat.
• Ia dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan biasanya
pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan
PENGKEBUMIAN • Si mati akan dimasukkan ke liang lahad yang digali
SELEPAS KEMATIAN besar supaya dapat dimuatkan bersama dengan
pelbagai jenis harta milik si mati.
• Bagi masyarakat ini juga kawasan jirat yang strategik
amat perlu kerana menjadi lambing kebahagiaan
kepada si mati seperti di kawasan tanah tinggi dan
berhampiran jalan raya.
• Jirat akan dihias dengan cantik sebagai lambang
kemewahan dan ini bermakna si mati layak mendapat
kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.
• Kaum keluarga akan menjalani adat berkabung.
• Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari
berkabung tamat.
• Namun bagi isteri atau suami si mati akan memakai
pakaian berkabung lebih lama daripada ahli
keluarganya.
ADAT MASYARAKAT INDIA
ADAT KELAHIRAN
Semasa Mengandung Semasa Kelahiran Selepas Kelahiran
•Adat ‘Valaikaapu’ adalah adat •Ketika ini sami akan membisikkan •Membawa bayi pulang ke rumah
yang dilakukan ketika kandungan Gayatri Mantiram iaitu sejenis pada hari ganjil iaitu ketiga, kelima,
menjangkau usia tujuh hingga mantera tuhan Hindu di telinga bayi ketujuh dan sebagainya.
sembilan bulan. sebelum tali pusat dipotong.
•Mandi selepas bersalin iaitu selang
•Wanita hamil tersebut akan •Kemudian ia akan dicatat bagi sehari selepas bersalin. Ia
dipakaikan sebentuk gelang tangan menentukan bintang bayi mengikut menggunakan beberapa herba dan
baru yang diperbuat sama ada dari almanak Hindu. dedaun kemudian dididihkan
gelang kaca, panca logam atau bersama air.
emas. •Bintang bayi ini akan menentukan
mental, fizikal dan rohani bayi •Rambut ibu dikeringkan dengan
•Upacara ini diadakan di rumah suami sehingga dewasa. asap kemenyan untuk mengelakkan
atau ibubapa pada hari dan masa sakit kepala, selsema dan untuk
yang baik menurut kalendar India. •Bayi ini juga akan disapu madu menyegarkan tubuh.
bercampur minyak sapi pada
•Setelah kelahiran anak, gelang lidahnya. •Bayi pula dimandikan pada sebelah
tersebut akan dileburkan dan dibuat petang.
perhiasan bagi bayi untuk •Minyak ‘savvennai’ (campuran
dipakaikan pada hari pemberian minyak bijan, lenga dan mambu) •Mendodoi bayi iaitu dimulakan
nama. juga kadangkala digunakan untuk dengan ucapan atau cerita nasihat
memberi kecantikan dan dengan tujuan supaya bayi menjadi
menghindarkan penyakit. seorang yang berguna.
•Memberi nama ketika bayi berusia 16
hari. Ia dilakukan dengan
memasukkan bayi ke dalam buaian.
•Nama-nama yang dipilih
berdasarkan almanak dengan
mengikut tarikh kelahiran bayi.
ADAT MASYARAKAT INDIA
ADAT PERKAHWINAN
Merisik
• bertujuan untuk melihat beberapa aspek seperti faktor etnik, sub
etnik, kasta dan agama malahan turut dilihat kepada faktor lain
seperti status ekonomi dan sosial yang merangkumi umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar
belakang keluarga.
• Biasanya adat ini dilakukan oleh orang tengah untuk
menjalankannya
Melihat bakal isteri
• Dilakukan selepas merisik.
• Bakal pengantin lelaki akan pergi ke rumah bakal
pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa
dan perawakan calon isterinya.
• Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah
yang ganjil.
• Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana,
buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan
dibawa sebagai tanda niat yang baik dan mengeratkan
hubungan kekeluargaan
Upacara perkahwinan
•dimulakan dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain.
•Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama 3 hari sebelum hari
perkahwinan.
•Seterusnya upacara ini dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa
supaya pengantin hidup bahagia.
•Pedanda akan menaburkan sembilan jenis bijirin setelah selesai acara
menyarung cincin.
•Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada
benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada.
•Kemudian kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau
mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu
debu suci pada dahi pengantin.
Upacara selepas perkahwinan
• Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami, kemudian
pengantin lelaki pula pergi ke rumah pengantin
perempuan selama 3 hari.
•Pada hari ketiga ayam akan disembelih sebagai tanda
tamatnya upacara perkahwinan
•Jamuan perkahwinan diadakan selepas upacara
perkahwinan.
•Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayursayuran akan
dihidangkan kepada para tetamu dan sekiranya diadakan di
dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan
kecuali daging.
SEMASA KEMATIAN ADAT MASYARAKAT INDIA
ADAT KEMATIAN
MEMANDIKAN
MAYAT • Ketika ini mayat akan diletakkan di ruang tamu.
• Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak
dinyalakan.
• Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan
berhampiran si mati.
• Kemenyan dan kapur barus diasapkan sebagai simbol ketenangan
jiwa si mati.
• Dilakukan oleh kaum lelaki yang ada hubungan kekeluargaan.
• Mereka akan membawa air dalam jumlah yang ganjil.
• Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau lain-lain kecuali air paip.
• Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut dan digunakan untuk
memandikan mayat.
• Mayat dimandikan oleh orang yang telah berumur.
• Minyak dan araippu digunakan untuk menyapu kepala sebagai
mandian terakhir.
• Setelah itu, mayat dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi
mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
ACARA • Dilakukan dengan cara seorang isteri duduk di sebelah si mati
MENANGGALKAN dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya
dimandikan.
THAALI
• Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan bunga
tersebut akan dikalungkan pada si mati pula.
• Seterusnya seorang wanita yang sudah berumur dan ada
hubungan kekeluargaan dengan si mati akan memegang
tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher
balu tersebut sebanyak tiga kali.
• Akhirnya balu tersebut akan meletakkan kalungan bunga ke
dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu. Ini bertujuan
seolah-olah si suami membuang thaali dari leher balu tersebut
ADAT MASYARAKAT PRIBUMI
ADAT KELAHIRAN
Iban (Sarawak)
• amat menekankan pantang larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin.
• Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung
malah si suami turut dikenakan pantang larang, contohnya, mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang
menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan.
• Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat.
• Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa
dilahirkan.
• Pemilihan nama amat penting kerana mereka berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik
kepada masa depan bayi tersebut.
• Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi.
• Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa agar kelak bayi tersebut
akan menjadi orang yang berguna.
• Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik.
• Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan.
• Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut.
• Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi.
• Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan
untuk nama bayi.
Kadazan (Sabah)
• Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak.
• Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan
masyarakat Kadazan secara menyeluruh.
• Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.
• Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah.
• Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara
mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.
• Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang
mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.
• Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.
• Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.
• Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu.
• Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya.
• Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih.
• Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan.
• Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.
ADAT MASYARAKAT PRIBUMI
ADAT PERKAHWINAN
Melanau (Sarawak)
• Masyarakat Melanau begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih
dan lima betirih.
• Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas
kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini.
• Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan
majlis perkahwinan.
• Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran.
• Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal.
• Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah
lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan.
• Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan.
• Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan.
• Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diadakan pula persandingan di rumah pengantin perempuan
untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin
emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
• Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak boleh
mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.
• Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan.
Murut (Sabah)
•Dalam soal perkahwinan, kebiasaannya perkahwinan orang Murut akan diadakan seawal umur 15 hingga 18 tahun
bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis.
•Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau
sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan.
•Kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut.
•Dalam tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung di rumah pengantin perempuan dan dua
hari di rumah pengantin lelaki.
•Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari
perkahwinan.
•Pengantin perempuan tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai “tambuloi.” Seterusnya
pengantin perempuan akan diletakkan dalam bilik khas yang telah ditabiri beberapa helai kain yang mahal. Selepas
itu, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai yang disukainya.
•Dalam tempoh tiga hari tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan minum air tuak di rumah pengantin
perempuan.
•Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
•Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu
pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan.
•Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan
kebenaran suami dan mertuanya.
•Setelah sebulan perkahwinan, kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari
dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai.
•Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk
menetap di sana buat selama-lamanya.
ADAT MASYARAKAT PRIBUMI
ADAT KEMATIAN
Melanau (Sarawak)
• Budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau yang melibatkan
peristiwa kematian ahli keluarga berbeza-beza mengikut daerah dan kampung.
• Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan
dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam.
• Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan
upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut.
• Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat
setempat.
• Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil,
bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah.
• Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti
agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.
Bajau (Sabah)
• Semasa kematian apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup
dengan kain.
• Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah
meninggal dunia.
• Mengikut adat Bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan
mereka.
• Seterusnya, mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama islam.
• Semasa pengebumian, selepas disembahyangkan si mati akan di kebumikan.
• Adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara-mara
terdekat akan dilakukan.
• Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji
buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil.
• Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya
adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa.
• Seterusnya upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh masyarakat islam lain akan diadakan.
• Biasanya dari hari pertama hingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan masyarakat setempat akan
mengikuti beberapa pantang larang.
• Antaranya ialah, dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.
ADAKAH ANDA TELAH MENCAPAI LLO?
✔Membincangkan sistem nilai mengikut agama, adat
resam dan budaya masyarakat Malaysia
✔Membentangkan kepelbagaian adat resam dan
budaya masyarakat Malaysia
PERBINCANGAN
20%
CLO 1 : Membincangkan sejarah dan nilai dalam pembentukan
masyarakat di Malaysia
1. Pelajar dikehendaki melaksanakan pembentangan dalam bentuk lisan berdasarkan CLO 1 : Topik
1 dan Topik 2.
2. Pelaksanaan pentaksiran secara berkumpulan.
3. Bilangan ahli kumpulan adalah maksima 3-4 orang sahaja.
4. Markah pembentangan dinilai secara individu.
5. Pemilihan tajuk perlu mendapat persetujuan daripada pensyarah kursus.
6. Pelajar bebas merujuk mana-mana sumber yang berautoriti untuk mencari maklumat dan bahan
untuk pembentangan.
7. Perbincangan akan dilaksanakan secara live menggunakan aplikasi yang sesuai (contoh :
BigBluebutton, Team, Whatsapp)
8. Tempoh masa yang dicadangkan adalah antara 15-20 minit setiap kumpulan.
9. Cadangan aktiviti: Kaedah Perbincangan dalam kumpulan:
1) Pengerusi:
2) Ahli 1:
3) Ahli 2:
TERIMA KASIH