The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 5 TAJUK GEJALA SOSIAL,JENAYAH SIBER,HEDONISME DAN MATERIALISME

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musleha, 2021-08-29 21:45:50

TOPIK 5 TAJUK GEJALA SOSIAL,JENAYAH SIBER,HEDONISME DAN MATERIALISME

TOPIK 5 TAJUK GEJALA SOSIAL,JENAYAH SIBER,HEDONISME DAN MATERIALISME

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

TOPIK 5 CABARAN-CABARAN

DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA

CLO4
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
menghubungkaitkan minda ingin tahu dengan cabaran-cabaran
dalam membentuk masyarakat MALAYSIA (A4, CLS4)

Objektif Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan cabaran-cabaran
dalam membentuk masyarakat Malaysia:

i) Gejala sosial
ii) Jenayah Siber
iii) Hedonisme
iv) Materialisme

i) Gejala sosial

Banyak telah kita dengar tentang pelbagai gejala sosial
yang melanda negara kita.

❑ Gejala dimaksudkan sebagai tanda-tanda akan terjadinya sesuatu.
❑ Menurut contoh yang terdapat dalam kamus, gejala dimaksudkan
sebagai petanda yang membawa masalah.

❑ Sosial merujuk kepada perihal masyarakat, atau hal-hal yang berkaitan dengan persahabatan,
pergaulan dan aktiviti masa lapang kemasyarakatan.

❑ Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.

❑ Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga
turut telibat dalam masalah ini.

❑ Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan golongan remaja
yang merupakan bakal pewaris negara, keadaan ini benar-benar membimbangkan rakyat Malaysia.

❑ Isu ini mencabar pembentukan masyarakat Malaysia kerana ia merangkumi pelbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem
dan struktur sosio-ekonomi yang diamalkan di dalam negara kita.

https://buletinonline.net/v7/index.php/masalah-sosial-melibatkan-wanita/anak-luar-nikah-2/ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/641052/budak-ditahan-ketika-melepak

Video: Perlukah ada Pendidikan seks untuk remaja kita?

https://www.youtube.com/watch?v=RxnKs9DLvG0&feature=youtu.be&t=4

Video: Isu penyalahgunaan ketum dan gam di Malaysia

https://www.youtube.com/watch?v=7tb7b9dCPp8

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/11/18569/remaja-samseng-kes-buli-makin-membarah https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250/jenayah-dalam-kalangan-
pelajar-masih-membimbangkan

ii) Jenayah Siber

▪ Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.

▪ Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal penyebaran maklumat di dunia siber, bermacam-macam

maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet.

▪ Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini.

▪ Jenayah siber ini merujuk kepada aktiviti siber yang berunsur penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.

▪ Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan
remaja menjalinkan hubungan sosial menerusi media sosial Facebook, Twitter,
Instagram dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai pengalaman serta
perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan, keadaan ini sememangnya
menarik minat para remaja untuk menyertainya.

▪ Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari kepentingan untuk menjaga maklumat
peribadi mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang
tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat
dalam dunia pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan manusia.

https://www.academia.edu/3349562/Jenayah_dan_masalah_sosial_di_kalangan_remaja_cabaran_dan_realiti_dunia_siber

JENIS – JENIS JENAYAH SIBER

1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsaian ke atas

program
3. Kecurian maklumat
4. Capaian tidak sah ke atas sistem
5. Menyalin perisian secara tidak sah
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau ‘hackers’
11. Penyebaran virus
12. Menyalur maklumat palsu

BILANGAN KES PENIPUAN DI MALAYSIA

Kesan jenayah siber

terhadap masyarakat Malaysia

Hilang Membazirkan Mencemarkan
pendapatan/ Masa reputasi
keuntungan

Mengurangkan
produktiviti

Jenayah
siber

Undang-undang Malaysia

✓ Kerajaan kita telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi rakyatnya,
terutama golongan muda seperti para remaja daripada gejala sosial dan juga jenayah
yang berkaitan dengan dunia siber.

1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
2. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998
3. Akta Tandatangan Digital 1997
4. Akta Jenayah Komupter 1997
5. Akta Teleperubatan 1997

➢ Masyarakat Malaysia perlulah lebih berhati-hati sewaktu
berkongsi maklumat di atas talian.

iii) Hedonisme

KONSEP BUDAYA HEDONISME
❖ Istilah hedonisme ialah cantuman daripada dua perkataan iaitu 'hedone' dan 'isme'.

➢ ‘Hedone’ merupakan istilah bahasa Yunani yang bererti kesenangan atau keseronokan; ‘isme’

ditakrifkan sebagai keyakinan tambahan, perkembangan politik, atau agama, sikap dan tingkah laku.

❖ Budaya hedonisme yang asalnya merupakan satu aliran pemikiran telah bertukar menjadi
sebahagian daripada cara hidup masyarakat moden.

❖ Hedonisme menilai kebaikan hanya berdasarkan kepada kesenangan hidup semata-mata.

❖ Para hedonis berpegang bahawa memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik
dan amat disukai dalam kehidupan manusia di alam ini tanpa mempedulikan aspek-aspek
yang lebih penting dalam kehidupan mereka.
➢ Oleh demikian, mereka sentiasa berusaha memperbaiki cara hidup masing-masing
untuk memaksimumkan prinsip kegembiraan dalam kehidupan.

➢ Mereka turut didorong untuk melakukan sesuatu tindakan yang menyenangkan dan
mengelakkan daripada perkara-perkara yang merugikan.

➢ Di samping itu, mereka juga lalai melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota
keluarga atau anggota masyarakat.

IMPLIKASI BUDAYA HEDONISME

• Budaya hedonisme yang mementingkan kebebasan manusia dalam bentuk hiburan telah
menjadi pegangan masyarakat muda kita, yang kini telah mengundang pelbagai implikasi.

• Antara implikasi budaya hedonisme adalah melahirkan ahli masyarakat yang keras hati,
menolak kebenaran dan sentiasa berada dalam kesesatan hidup.

• Kemewahan hidup boleh menjadikan hati manusia menjadi kasar dan merosakkan fitrah manusia.

• Golongan yang hidup mewah itu mudah tertipu dengan nilai-nilai yang palsu.
▪ Ia turut menyebabkan manusia bersikap sombong dan degil.

• Budaya hedonisme juga menggalakkan manusia melakukan kejahatan.
▪ Mereka terpedaya dengan kekayaan dan kekuatan yang ada
pada diri mereka.

KESAN NEGATIF BUDAYA HEDONISME

✓ Generasi muda Malaysia mudah lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
❖ Ini akan menjejaskan usaha remaja untuk menjadi rakyat Malaysia yang hidup seimbang dan
menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

✓ Hedonisme juga akan meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia.
❖ Ianya boleh memburukkan lagi keadaan dan meningkatkan kadar jenayah pelajar di Malaysia.

✓ Budaya Hedonisme ini akan menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang
berwawasan dan berilmu pengetahuan.
❖ Kerajaan kita juga semestinya terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk
membanteras masalah sosial yang timbul berkaitan dengan pegangan hedonisme ini.

✓ Budaya hedonisme juga akan memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan dalam diri golongan
remaja dan belia.

❖ Nilai keagamaan sangat penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita dalam menjalani
liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

❖ Individu yang terlibat dengan budaya negatif ini pula akan menjejaskan perilaku akhlak dan
maruah sendiri dan juga nama baik keluarganya.

iv) Materialisme

Apa itu materialisme?

Satu sifat yang kian meresap dalam Kecenderungan lebih mengutamakan
diri kita di era millennium ini. kebendaan daripada kerohanian
ataupun nilai intelektual.
Dari sudut bahasa, ia bermaksud sifat
yang melihat kekayaan hidup merupakan
satu-satunya tujuan atau nilai tertinggi.

Sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat
masa kini yang mengutamakan keinginan untuk
mengejar hal kebendaan.

❖ Secara asasnya, semua manusia di muka bumi ini
dipengaruhi dengan sifat “Materialistik” masing-masing.

❖ Ada yang berjaya mengawal diri dan ada juga yang tewas
dengan desakan nafsu.

❖ Tapi percayalah menjadi lumrah bagi setiap manusia ini terhadap sifat
kematerialistikan itu.

❖ Cuma atas keimanan dan kebijaksanaan masing-masing mengawalnya.

❖ Hubungan sesama manusia tidak berasaskan kepada sifat mulia tetapi
berdasarkan kepada nilai kebendaan yang akan peroleh.

❖ Ada yang sanggup berbuat apa saja bagi memuaskan nafsu dan keinginan
kebendaan ini.

MEMBELI BELAH SECARA
MEWAH TANPA HAD

❖ Justeru, pada masa kini masyarakat tidak merasa asing ada banyak
isu kemasyarakatan yang disebabkan oleh faktor kebendaan.

Sedar bahawa anda seorang materialistik

➢ Memiliki masalah dengan materialisme tidak membuatkan anda menjadi orang yang
buruk.

➢ Tetapi anda perlu tahu bagaiman cara untuk mengatasinya.
➢ Anda dapat mengatasinya jika anda berusaha untuk mengatasinya.

➢ Tidak ada yang salah dengan menikmati harta anda, ia hanya akan menjadi masalah
ketika anda cinta pada hal kebendaan dan wang lebih penting bagi anda daripada apa
yang seharusnya.

Adakah kamu penganut materialistik juga
di dunia ini?

Video: https://youtu.be/UBfgQ3ZvdD8?t=65 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-terabai-ibu-bapa-sibuk-kejar-kemewahan-73727

Kesan materialisme terhadap keluarga dan masyarakat

➢ Kini wang dan harta kekayaan sering dirujuk sebagai satu indeks daripada tahap pengukur kebahagiaan
seseorang individu.
➢ Rata-rata manusia berfikiran materialistik dan menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang.
➢ Walaupun begitu, wang TIDAK boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam sesebuah
keluarga.

➢ Gaya hidup materialistik antara faktor penyebab utama kepada kerenggangan hubungan kekeluargaan
dan kemasyarakatan.

➢ Keghairahan seseorang mencari kekayaan materialisme akan menghalang mereka daripada memberi
kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada keluarga seterusnya komuniti masyarakat negara
kita.

➢ Ada juga ibu bapa yang terlalu leka mencari wang untuk kepuasan diri sehingga mengabaikan
tanggungjwab mereka yang paling penting iaitu sebagai peneraju utama keluarga.

➢ Ibu bapa sebegini tidak lagi ‘bagai menatang minyak yang penuh’ terhadap anak-anak mereka.

➢ Sebaliknya mereka sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara.
➢ Anak-anak menjadi seperi hamba yang kehausan kasih sayang dan diabaikan begitu sahaja.


Click to View FlipBook Version