MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TOPIK 5:
CABARAN-CABARAN DALAM
MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
CLO4
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
menghubungkaitkan minda ingin tahu dengan cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat MALAYSIA (A4, CLS4)
Objektif
Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan cabaran-
cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia:
i) Ideologi songsang
ii) Pengaruh negatif budaya luar
MAKSUD IDEOLOGI
(wikipedia, ensiklopedia bebas)
-sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang
-merujuk kepada set kepercayaan yang meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara
yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia
-Kamus Dewan Edisi Ketiga: “fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar
pemerintahan dan lain-lain tujuan”.
-Pengertian ideologi adalah berbeza pada pandangan tokoh dan sarjana:
• Destertt de Tracy: Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
• Karl Marx: Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama
dalam masyarakat.
MAKSUD IDEOLOGI
(wikipedia, ensiklopedia bebas)
Maksud fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi:
• Fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi.
• Kamus Dewan Edisi Ketiga: “pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan
seseorang terhadap sesuatu perkara”.
Perbezaan:
• fahaman hanyalah pemikiran seorang yang menjadi tanggapan semata-mata yang
mungkin menjadi atau tidak dalam pegangan masyarakat.
• ideologi adalah gagasan idea yang membentuk pemikiran manusia terhadap sesuatu
konsep dan dipegang oleh sebahagian manusia.
AMALAN
SONGSANG
▪ Malaysia seharusnya berpegang teguh kepada nilai-nilai
moral berlandaskan adat, budaya dan agama yang sekian
lama diterapkan di kalangan masyarakat tempatan.
▪ Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad: Malaysia
bertegas tidak akan mengalah kepada sebarang tekanan untuk
menerima amalan songsang di kalangan rakyat negara ini,
terutamanya yang melibatkan unsur Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender (LGBT).
▪ Jangan 'terturut' dengan Barat.
▪ Ada benda di Barat seperti institusi perkahwinan sudah tak
dipedulikan. Demikian juga kekeluargaan, tidak diterima lagi.
➢ "Mereka boleh bebas dengan tanpa perlu berkahwin, terus
hidup bersama dan sebagainya.
➢ Itu cara mereka, dan kita tak harus terima”.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lgbt-tak-perlu-paksa-malaysia-terima-ideologi-songsang-tun-
mahathir-210321
IDEOLOGI SONGSANG:
AGAMA DIKETEPIKAN
-Pragmatisme mula berkembang pada akhir abad ke-19
• Antara tokoh terkenal falsafah pragmatisme ialah Charles Sander Peirce, William James dan John Dewey
• satu aliran yang berpegang kepada logik pengamatan semata-mata
• menurut aliran ini:
• nilai kehidupan ini harus berubah mengikut zaman
• menolak nilai tetap (absolute) seperti yang diajarkan agama
-penganut pragmatisme beranggapan bahawa TIDAK salah jika hubungan seks tanpa nikah, liwat,
gay dan lesbian dilakukan secara sukarela
-aktiviti seperti mengekspresi nilai erotik melalui kesenian, filem dan pelbagai lagi bentuk
kebebasan juga dianggap hak individu yang tidak patut dijadikan kesalahan di sisi undang-undang
https://www.bharian.com.my/authors/oleh-mohd-ayop-abd-razid
IDEOLOGI SONGSANG
➢ Negara kita menolak konsep hak asasi versi Barat yang hanya berasaskan rasional
atau penggunaan logik akal semata-mata
➢ Nilai kebebasan Barat amat tidak sesuai untuk dipegang dan diamalkan dalam
masyarakat kita
➢ Banyak perkara diperjuangkan oleh pemuja kebebasan Barat adalah berlandaskan
hawa nafsu dan menyimpang daripada fitrah insaniah
➢ Ada pendukung fahaman liberalisme dan pragmatisme yang melihat agama adalah
soal individu semata-mata dan tiada kaitan sama sekali dengan masyarakat serta
undang-udang
➢ Individualisme menetapkan setiap individu diberikan kebebasan untuk melakukan
apa juga aktiviti tanpa sekatan selagi ia tidak bersifat mengancam keselamatan
masyarakat dan negara
➢ Kebebasan sivil yang diketengahkan oleh konsep pemikiran Barat bercanggah
dengan nilai kebebasan dalam tamadun Timur yang mengutamakan hak komuniti
daripada hak individu
IDEOLOGI SONGSANG:
TERORISME/ KEGANASAN
-Pembunuhan terhadap orang-orang tidak berdosa, seringkali dilakukan atas nama agama
atau ideologi.
-Abad ke-21 telah menyaksikan fenomena terorisme menjadi semakin kompleks dan ia
mencetuskan dimensi ancaman baru kepada keselamatan antarabangsa.
-Beberapa kumpulan pengganas baru seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram telah
muncul di persada global dan kumpulan sebegini dilihat mengambil kesempatan atas
situasi politik yang tidak menentu untuk melancarkan tindakan keganasan dan kekacauan
ke atas sesebuah negara demi mencapai objektif politik mereka.
-Terorisme semakin menjamur di dunia
• memberi kesan kepada kestabilan dan keharmonian dalam sesebuah negara tersebut
seterusnya berupaya mengubah landskap keselamatan dunia pada hari ini.
TERORISME MEMINGGIRKAN UNDANG-UNDANG
-Menurut Mark Juergensmeyer, terorisme berasal dari bahasa latin, “Terrere” yang
bererti menimbulkan rasa gementar dan rasa cemas.
-Istilah ‘terorisme’ disinonimkan maksudnya dengan penggunaan kekerasan dalam
memastikan segala matlamat yang dikehendaki tercapai.
• Semua aktiviti penculikan, rampasan, pembunuhan dan peperangan dikategorikan
sebagai ganas dan melampaui batas (Kamal 2008).
-Secara umum, istilah terorisme diertikan sebagai satu bentuk serangan terkoordinasi
yang dilancarkan oleh kelompok tertentu dengan maksud untuk membangkitkan
perasaan takut di kalangan masyarakat.
http://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/IJIT-Vol-7-June-2015_6_58-63.pdf
PENGARUH NEGATIF BUDAYA LUAR
-Negara-negara asing terutamanya negara-negara besar dan maju di benua Eropah dan benua Amerika telah
berjaya menguasai hampir semua ekonomi dan politik di setiap pelusuk dunia.
-Susulan daripada itu, budaya negara asing telah disebarkan ke sesebuah negara lain yang kurang maju melalui
penguasaan yang luas dari pelbagai aspek.
-Sebagai contoh, Amerika Syarikat menggunakan landasan globalisasi untuk menyebarkan nilai-nilai, amalan
dan norma hidup mereka ke seluruh dunia termasuklah negara Malaysia sendiri.
-Rakyat Malaysia harus berpegang kepada nilai keagamaan dan adat ketimuran
-Penyebaran budaya asing telah menyebabkan budaya masyarakat Malaysia hari ini semakin menuju ke arah
budaya Barat.
• Hal ini terbukti apabila kita melihat budaya makan, budaya fesyen, budaya muzik dan hiburan serta
bahasa yang dipraktikkan atau kerap digunakan oleh rakyat terutamanya golongan generasi muda kini
Contoh pengaruh daripada muzik rock, rap, r&r dan Hip Hop dari Barat Black Metal
• Skin Head Kumpulan rock ini dibentuk untuk menyatakan
• Black Metal kepercayaan syaitan mereka. Mereka memuja
• Punk unsur-unsur kesyaitanan dan suka memakai gear
logam khas seperti cat mayat dan tali pinggang
peluru.
Internet
-merupakan budaya baru dalam proses sosialisasi masa kini.
-Terlalu banyak laman web lucah dari barat yang mudah diakses oleh
masyarakat masa kini terutama golongan remaja dan kanak-kanak.
-Penyalahgunaan internet dengan memasukkan video yang berunsur
lucah dan tidak bermoral menyebabkan pemikiran masyarakat mudah
terpengaruh dengan pelbagai budaya yang negatif.
Pergaulan
bebas
Gangsterisme Sikap-sikap Ajaran sesat
negatif yang
dipengaruh oleh
budaya
luar
Pornografi Berjudi
KESAN-KESAN PENGARUH NEGATIF BUDAYA
LUAR TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA
Keruntuhan akhlak
-Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam
masyarakat.
-Pengaruh budaya barat yang bersifat negatif mudah meresap masuk dan menjadi ikutan
para remaja hari ini.
-Banyak gejala sosial seperti pembuangan bayi, berzina, perjudian, penagihan dadah
dilakukan oleh golongan remaja pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan
bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya luar ini.
PERANAN INDIVIDU DALAM MENGURANGKAN
MASALAH BERPENGARUH DENGAN BUDAYA
NEGATIF LUAR
✓ Berpegang teguh kepada ajaran agama
✓ Meningkatkan penghayatan amalan murni
✓ Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak