The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 5 TAJUK PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musleha, 2021-08-30 02:07:58

TOPIK 5 TAJUK PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

TOPIK 5 TAJUK PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

TOPIK 5

CABARAN-CABARAN

DALAM MEMBENTUK

MASYARAKAT MALAYSIA

CLO4
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
menghubungkaitkan minda ingin tahu dengan cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat MALAYSIA
(A4, CLS4)

Objektif
Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan cabaran-cabaran
dalam membentuk masyarakat Malaysia:

i) Pendidikan
ii) Sains dan Teknologi

i) Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu:

“Pendidkan di Malaysia ialah satu usaha berteruskan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah untuk memahami kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
kemakmuran masyarakat dan negara.”

PENDIDIKAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan
wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini bagi memacu
pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara.

Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi
tinggi adalah antara perubahan dan transformasi yang ingin dicapai setanding dengan
negara maju yang lain.

Dalam tempoh 63 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatan yang ketara dapat
dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.

VIDEO: SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

https://www.youtube.com/watch?v=p3qsUnRdcRI&feature=youtu.be

Pendidikan sememangnya perkara berharga kepada masyarakat Malaysia di semua

kalangan usia. Tua dan muda menjadi hal yang sama rata dalam tanggungjawab

menempuh ilmu. Sesungguhnya, pantun pendidikan di bawah ini dapat menjadikan contoh

bahawa pendidikan perlu berjalan sepanjang hayat:

Tanah lapang tanah bahagia,
Banyak keluarga bersuka cita,
Sampai saat tua tiba,
Pendidikan tetap utama.

CABARAN ALAF BARU:

PEMBINAAN BUDAYA ILMU

• Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaan serta kekuatan
sesuatu bangsa dan negara.

• Ilmu membina kekuatan minda ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Higher Order Thinking Skills
(HOTS) dan daya kreatif di kalangan individu dan bangsa.

• Semua agama dan masyarakat sosial mahukan anggotanya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk
kebahagian duniawi atau akhirat.

• Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana
setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-
kegiatan keilmuan di setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia diputus dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan.
• BUDAYA ILMU: satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci

segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

CABARAN MENGEMBALIKAN

CINTA KE DALAM
PENDIDIKAN

• Pendidikan berubah begitu pantas.
• Walaupun kita terpaksa mengejar IR4.0 dan mengajarkan anak-anak kita coding dan alat pendidikan

masa depan, tetapi yang akan membentuk negara bangsa kita adalah pendidikan karakter.
• Hanya melalui pendidikan karakter, saling menghormati

sesama kaum di negara ini dapat dikekalkan.
• Oleh sebab itulah kita menekankan aspek kegembiraan,

kasih sayang dan hormat-menghormati.
➢ Pendidikan masa depan bukan semata-mata mengenai dunia

moden, tetapi juga adalah untuk mengekalkan kemanusiaan.

https://www.penerangan.gov.my/japenv2/wp-content/uploads/2020/01/BUKU-KPM-12CMX12CM-2412190042-1.pdf

PENGERTIAN PENDIDIKAN KARAKTER

• suatu sistem pendidikan yang bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai karakter tertentu
kepada peserta didik, di dalamnya terdapat komponen pengetahuan, kesedaran atau
kemahuan, serta tindakan untuk melakukan nilai-nilai tersebut.

• Ia adalah suatu usaha manusia secara sedar dan terancang untuk mendidik dan
memberdayakan potensi peserta didik mengguna dan membangun karakter peribadinya
sehingga dapat menjadi individu yang bermanfaat bagi diri sendiri dan lingkungannya.

✓ Pendidikan karakter (Character Education) sangat erat hubungannya
dengan pendidikan moral di mana tujuannya adalah untuk
membentuk dan melatih kemampuan individu secara terus-
menerus guna penyempurnaan diri ke arah hidup yang lebih baik.

https://www.maxmanroe.com/vid/umum/pendidikan-karakter.html

https://www.penerangan.gov.my/japenv2/wp-content/uploads/2020/01/BUKU-KPM-12CMX12CM-2412190042-1.pdf

https://www.penerangan.gov.my/japenv2/wp-content/uploads/2020/01/BUKU-KPM-12CMX12CM-2412190042-1.pdf

ii) Sains dan Teknologi

➢SAINS adalah satu kajian secara sistematik berkenaan ilmu alam semula jadi dan juga

bagaimana alam semula jadi ini memberi kesan kepada masyarakat dan persekitaran.

➢ Melalui pengetahuan saintifik ini banyak penemuan baharu diperolehi. Aplikasi kepada

TEKNOLOGI.pengetahuan saintifik pula dikenali sebagai

➢ Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan di
dunia untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia di samping memberikan hasil yang
lebih bermutu.

➢ Mayarakat Malaysia turut menikmati manfaat daripada ciptaan sains dan teknologi manusia ini
dalam pelbagai aspek kehidupan harian, terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan,
pertanian, perubatan dan komunikasi.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN STEM BAGI
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

https://stem.padu.edu.my/info-stem

VIDEO: KENAPA STEM? https://youtu.be/xsMIPODg-BI

VIDEO: APA JADINYA DUNIA JIKA TIDAK ADA TEKNOLOGI ?

https://youtu.be/yktkUEDxUvw

CABARAN CELIK DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

▪ Alam pendidikan Malaysia kini memberi lebih penekanan kepada usaha memperkasakan bidang sains dan teknologi
yang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

▪ Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah / institusi pengajian tinggi menjadi semakin kompleks dan
mencabar, terutamanya dari aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, malah amalan inovasi dan penyelidikan.

CABARAN CELIK DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

▪ Ramai orang suka ‘copy & paste’ maklumat yang diambil dari internet untuk kegunaan peribadi,
menjalankan sesuatu urusniaga ataupun untuk tujuan-tujuan tertentu. Namun demikian, ada pula yang
tidak menyedari atau menghiraukan perlakuan ini kemungkinan telah melanggar hak cipta atau harta
intelek pihak penciptanya atau pengkarya.

▪ Perlakuan ini mungkin sudah menjadi perkara biasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita
kerana kini untuk mengakses internet begitu cepat, dengan hanya menaip di carian ‘Google’, bahan
maklumat yang dicarikan akan terus papar pada skrin telefon pintar, komputer dan sebagainya.

▪ Memandangkan pencarian maklumat boleh dilakukan dengan mudah melalui teknologi peranti mudah alih/
digital yang ada, masyarakat kita menjadi semakin malas dan manja untuk berusaha sendiri mencari sumber
maklumat yang asli dan benar dari saluran dan bahan rujukan yang lebih sahih seperti akhbar, penulisan
akademik, jurnal penyelidikan, laman web rasmi pihak organisasi berkenaan dan sebagainya.

CABARAN CELIK DALAM BIDANG TEKNOLOGI http://prpm.dbp.gov.my/

Masalah plagiarism /ciplak merupakan antaranya implikasi susulan yang boleh berlaku tanpa
disedari oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

❖ Plagiarism bermaksud meniru hasil pekerjaan orang lain

• merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya
orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya,
mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.

➢ Kemudahan teknologi telah menyebabkan adanya ahli masyarakat kita
menggunakannya sebagai platform untuk memudahkan kerja dengan melakukan
plagiat, iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai
karyanya sendiri.

CABARAN CELIK DALAM BIDANG TEKNOLOGI

▪ Selain itu, teknologi yang digunakan untuk tujuan kemudahan hidup manusia ini juga secara tidak
langsung memupuk sikap malas golongan anak muda.

▪ Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan urusan manusia yang memerlukan kemahiran
tertentu seperti menulis, mengira, melukis, menganalisis dan sebagainya boleh diselesaikan dengan
sesuatu program komputer atau melalui aplikasi kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang
dicipta khas.

▪ Ekorannya, generasi muda kemungkinan menjadi lebih malas untuk berfikir, tidak mahir dalam
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan secara logik dan rasional disebabkan
peningkatan kebergantungan mereka kepada teknologi dalam hidup seharian.

KESIMPULAN

❑ Sikap seseorang yang terlalu obsesi dengan teknologi telekomunikasi seperti telefon pintar
akan menyumbang kepada masalah kelalaian atau ketagihan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

❑ Golongan yang bermasalah obsesi ini tidak mampu untuk meninggalkan telefon pintar atau
komputer mereka. Mereka leka bermain permainan video, aktif menggunakan media sosial
untuk berkenalan dan mengeratkan silaturahim ataupun menonton video-video YouTube
sepanjang hari.

❑ Kelalaian daripada isu ketagihan itu sendiri akan mengakibatkan orang terdekat semakin jauh
dari mereka dan begitulah sebaliknya, yang mana orang yang jauh pula semakin dekat dan
rapat.

❑ Walaubagaimanapun, memang tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi ini
membolehkan maklumat atau interaksi daripada jarak jauh berlaku dengan cepat dan mudah.
Masyarakat Malaysia harus celik tentang kepentingan sains dan teknologi untuk
membangunkan diri dan seterusnya memanfaatkan bangsa dan negara.


Click to View FlipBook Version