The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH MASYARAKAT PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK, CINA DAN INDIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by musleha, 2021-08-17 23:49:58

SEJARAH MASYARAKAT PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK, CINA DAN INDIA

SEJARAH MASYARAKAT PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK, CINA DAN INDIA

LLO

✓Membincangkan sejarah masyarakat pribumi
Sabah dan Sarawak.

✓Membincangkan sejarah imigran masyarakat
Cina dan India.

SEJARAH MASYARAKAT
PRIBUMI

SABAH DAN SARAWAK

Bumiputera Bumiputera
Sabah Sarawak

• Kadasan-Dusun • Melayu
• Bajau • Melanau
• Murut • Iban
• Melayu-Brunei • Bidayuh
• Bisaya •Orang Ulu
•Orang Suluk

BUMIPUTERA SABAH

KADAZAN-DUSUN

❖ Kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah (meliputi
30% daripada keseluruhan penduduk negeri itu)

❖ Kebanyakan menganut agama Kristian

❖ Dapat dibahagikan kepada 27 suku kaum. Antaranya
termasuklah Dusun, Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
Pahu, Kadazan Papar, Kadazan Penampang dan Orang
Sungai

KADAZAN-DUSUN

❖ Pada asalnya Kadazan dan Dusun adalah suku kaum
yang berasingan, tetapi kedua-duanya telah
digabungkan kerana berkongsi bahasa dan budaya
yang serupa.

❖ Kedua-dua suku kaum hanya berbeza dari segi
penempatan, iaitu etnik Kadazan menetap di kawasan
lembah dan secara tradisinya terlibat dalam kegiatan
penanaman padi, manakala etnik Dusun tinggal di
kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

KADAZAN-DUSUN

❖ Perayaan utama : Pesta Menuai pada bulan Mei setiap
tahun selepas musim menuai

❖ Acara penting termasuk tarian Sumazau - sejenis tarian
tradisi rakyat di Sabah sebagai tanda kesyukuran yang
dikaitkan dengan menanam dan menuai padi, serta
untuk menolak bala, menyemah semangat dan
mengubati penyakit

KADAZAN-DUSUN

BAJAU

❖ suku kaum bumiputera kedua terbesar (merangkumi 15%
komposisi penduduk di Sabah)

❖ menganut agama Islam

❖ Kebanyakan menetap di kawasan pantai, terutamanya
pantai barat daya Sabah (Semporna dan Kota Belud)
dan mereka berasal dari kawasan pantai Mindanao dan
Sulu.

BAJAU

❖ Pada zaman silam masyarakat Bajau berasal daripada
keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut
(Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut.

❖ Kaum lelaki dalam kalangan masyarakat Bajau terkenal
sebagai penunggang kuda yang mahir dan handal
sehingga mereka dipanggil ‘Koboi Timur’.

BAJAU

❖ Pada masa ini, ramai antara masyarakat Bajau yang
telah meninggalkan kehidupan di laut untuk menjadi
peladang dan penternak. Ada juga yang
mengusahakan tanaman padi, terutamanya di sekitar
Kota Belud, Tuaran dan Papar

❖ Adat resam kelahiran masyarakat Bajau dengan
masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia
mempunyai banyak persamaan seperti adat
berpantang dan melenggang perut

BAJAU

MURUT

❖ suku kaum ketiga terbesar di Sabah (merangkumi tiga
peratus penduduk di negeri itu)

❖ dipercayai berasal dari Annam (Indochina) dan berhijrah
ke Borneo melalui Filipina

❖ Kebanyakan menganut agama Kristian.

❖ Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan
penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi
di pedalaman

MURUT

❖ Istilah Murut berasal dari akar kata “purut” iaitu “berian”
atau “hantaran mas kahwin.”

❖ terbahagi kepada beberapa kelompok seperti Murut
Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan,
Bookan, Kalabakan, dan Murut Serundung

❖ mempunyai bahasa yang berbeza antara satu suku
kaum dengan suku kaum lain yang disebabkan faktor
geografi.

MURUT

❖ tinggal di rumah panjang yang mengandungi antara 30
hingga 100 buah bilik. Setiap rumah panjang
menempatkan 10 hingga 20 buah kelurga yang hidup
secara harmoni dalam sebuah keluarga besar yang
besar. Ketua rumah panjang dikenali sebagai ‘Orang
Tua’

❖ ada juga orang Murut yang tinggal dengan membina
penempatan secara individu di sepanjang sungai.

MURUT

❖ Kegiatan ekonomi mereka kini ialah menanam padi
huma dan ubi kayu, berburu binatang liar dengan
menggunakan sumpitan, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan

❖ mahir dalam membuat perahu dan menurunkan
kepakaran itu kepada generasi seterusnya

MURUT

❖ dahulunya mengamalkan kepercayaan animisme.
Mereka percaya bahawa setiap batu, pokok, sungai,
dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut
keoercayaan mereka, Aki Kopuno ialah kuasa ghaib
yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi,
termasuk orang

❖ Kini, kebanyakan suku kaum Murut beragama Kristian.

MURUT

MELAYU-BRUNEI

❖ datang ke Sabah ketika negeri itu berada di bawah
kekuasaan Kesultanan Brunei

❖ Ada yang dihantar oleh Sultan Brunei untuk berkhidmat
sebagai pentadbir di Sabah

❖ beragama Islam dan turut berperanan dalam
menyebarkan agama Islam di Sabah

MELAYU-BRUNEI

❖ Kebanyakan menetap di Kimanis, Papar dan Padas-
Kalias

❖ Kegiatan ekonomi : lebih tertumpu kepada berdagang,
bertani, dan memungut hasil laut

MELAYU-BRUNEI

BISAYA

❖ suku kaum peribumi yang berasal dari barat laut dan
sepanjang pantai Borneo

❖ Petempatan mereka tertumpu di sekitar daerah Beufort,
Sungai Padas, Sungai Kilas dan Pulau Gaya di Labuan

❖ perkataan Bisaya dikatakan berasal daripada sebutan
‘Mabisa Iya’ yang bermaksud seseorang lelaki atau
wanita Nampak tampan dan gagah, serta cantik molek

BISAYA

❖ dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum
Dusun, Murut dan Rungus.

❖ suku kaum asli terawal yang menerima kemasukan
agama Islam sejak awal abad ke-13 melalui hubungan
perdagangan dengan pedagang dari tanah Arab.

BISAYA

❖ Kegiatan ekonomi tertumpu dalam bidang pertanian,
penternakan, berburu binatan liar di hutan dan
menangkap ikan

❖ Juga mahir dalam seni kraf tangan dan sebahagian
besar daripada peralatan kraf tangan digunakan dalam
kehidupan harian mereka

❖ percaya kepada kuasa ghaib, dan seiring itu dukun atau
pawang sering menjadi perantaraan antara mereka
dengan alam ghaib.

BISAYA

ORANG SULUK

❖ berasal dari kepulauan Sulu di selatan Filipina sejak dari zaman
Kesultanan Sulu.

❖ tidak memanggil diri sebagai Suluk, tetapi menggelar diri
sebagai ‘Tausug’ yang bermaksud ‘Orang dari Sulu’

❖ menganut agama Islam

❖ kegiatan ekonomi : memungut sarang burung, hasil hutan dan
hasil laut

❖ tertumpu di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu,
Kota Kinabalu, Menggatal, Tuaran dan Telipok.

ORANG SULUK

BUMIPUTERA SARAWAK

PENDUDUK PERSISIRAN

MELAYU

❖ meliputi 23% daripada jumlah penduduk di Sarawak

❖ menetap di kawasan persisiran pantai dan bahagian
muara sungai

❖ Kegiatan ekonomi : nelayan, petani dan peniaga

❖ ada juga yang berhijrah ke bandar untuk melibatkan diri
dalam pelbagai bidang pekerjaan di sektor ekonomi
moden serta berkhidmat dengan kerajaan

MELAYU

❖ berperanan sebagai orang tengah dalam urusan
perdagangan bagi orang Bidayuh dengan pedagang luar
untuk menjual barangan seperti garam, kain dan pisau

❖menganut agama Islam

❖ mendirikan sekolah pondok untuk mempelajari agama
Islam

❖ juga mendirikan masjid dan surau sebagai tempat
ibadat dan menyebarkan agama Islam

MELAYU

MELANAU

❖ 4.9% daripada komposisi penduduk di Sarawak

❖ Petempatan tertumpu di Bahagian Ketiga dan Keempat,
serta di bahagian hilir di beberapa batang sungai seperti
Sungai Igan, Oya, Mukah, Balingian, Tatau dan Kemena

❖ bekerja sebagai nelayan, juga terkenal sebagai
pembuat sampan dan kerja tangan yang mahir dan ada
yang menjadi petani dengan mengusahakan padi sawah,
terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman

MELANAU

❖ terlibat dalam menghasilkan sagu sebagai bahan
makanandan sumber perniagaan yang utama

❖ Pohon sagu tumbuh di kawasan yang berpaya dan
hanya boleh ditebang setelah sepuluh tahun. Tepung sagu
atau lemantak diperoleh daripada isi batang sagu yang
disebut sebagai ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan
diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu.

❖ Sarawak ialah pengeluar sagu yang terbesar di Malaysia

MELANAU

❖ Ramai yang menganut agama Islam, di samping
agama-agama lain seperti Kristian

❖ Bagi yang bukan beragama Islam percaya terhadap
kewujudan makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.

❖ menyambut Perayaan Kaul dengan meriah pada bulan
April setiap tahun. Perayaan ini diadakan untuk menjamu
ipok yang mengawal laut supaya memperoleh tangkapan
yang memuaskan dan selamat sepanjang berada di laut,
serta menghindar daripada pelbagai wabak penyakit

MELANAU

❖ Perayaan Kaul disambut bagi menandakan berakhirnya
musim hujan dan kedatangan atau bermulanya musim
menangkap ikan

❖ serahang disediakan untuk menjamu ipok ; diperbuat
dari daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan
bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun dan
sirih ke dalamnya.

MELANAU

PENDUDUK PEDALAMAN

IBAN

❖ dikenali juga sebagai Dayak Laut

❖ suku kaum terbesar yang meliputi hampir 30% daripada
jumlah penduduk Sarawak
❖ menetap di kawasan pedalaman sekitar lembah sungai
di Batang Ai, Sungai Skrang, Saribas dan Sungai Rajang

❖ tinggal di rumah panjang dan ketua rumah panjang
dikenali sebagai ‘tuai rumah’.

IBAN

❖ Setiap rumah panjang itu biasanya mempunyai di antara
10 hingga 60 buah bilik dengan setiap bilik didiami oleh
sebuah keluarga

❖ Kerja-kerja rumah di bahagian hadapan rumah
dilakukan oleh orang perempuan

❖‘Tanjau’ ialah beranda yang terdapat di bahagian
hadapan rumah.

IBAN

❖ terkenal dengan tuak, iaitu sejenis minuman yang
dihidangkan sewaktu menyambut tetamu atau merayakan
sesuatu perayaan yang besar

❖ juga percaya kepada roh dan kuasa ghaib

❖ Kebanyakan menganut agama Kristian

❖ merayakan pelbagai jenis perayaan seperti Hari Gawai
yang disambut pada 1 Jun setiap tahun

IBAN

BIDAYUH

❖ berasal dari Kalimantan Barat dan menetap di rumah
panjang yang jauh di kawasan bukit, pedalaman Sarawak,
terutamanya di sekitar Bau dan Serian

❖ dikenali sebagai ‘Dayak Darat’

❖ pekerjaan utama adalah menanam padi huma

❖ kebanyakan orang Bidayuh kini menganut agama
Kristian

BIDAYUH

ORANG ULU

❖ merujuk kepada suku kaum yang mendiami kawasan
hulu sungai di pedalaman Sarawak

❖ meliputi 5.5% daripada jumlah penduduk Sarawak

❖ terdiri daripada 27 buah kelompok suku kaum yang
sangat kecil, tetapi pelbagai jenis

❖ termasuklah suku kaum Kayan dan Kenyah, serta
kelompok minority yang berhampiran seperti Kajang,
Kejaman, Punan, Ukit dan Penan

ORANG ULU

❖ Suku kaum lain yang termasuk dalam kelompok Orang
Ulu ialah Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Lun Dayeh, Penan,
Murut, Berawan dan Kelabit

❖ Sebahagian besar beragama Kristian, di samping
kepercayaan tradisional yang masih kekal diamalkan

❖ mendiami rumah panjang yang dihiasi dengan pelbagai
lukisan dan ukiran kayu, turkerana tatu yang terdapat pada
tubuh badan dan manik-manik rinci yang dipakai sebagai
hiasan ut juga dikenali

ORANG ULU

SEJARAH IMIGRAN
MASYARAKAT

CINA DAN INDIA


Click to View FlipBook Version