The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG MONTFORT KE-38 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-47002714, 2021-12-04 23:58:29

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG MONTFORT KE-38 2021

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG MONTFORT KE-38 2021

SK MONTFORT
83000 BATU PAHAT, JOHOR

‘’Bersama Menggapai Kegemilangan’

5 DISEMBER 2021 (AHAD)
2.30 PETANG
LOKASI MASING-MASING (GOOGLE MEET)

Isi Kandungan

BIL PERKARA
1 NOTIS MESYUARAT

2 SEKAPUR SIREH YDP PIBG SK MONTFORT

3 SEKAPUR SIREH GURU BESAR SK MONTFORT

4 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA M.A.T PIBG KE-38

5 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020

6 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

7 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG

8 LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-37, 2020

9 AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2019

10 PENYATA KEWANGAN 2021

11 USUL DAN CADANGAN

12 SARANA

13 PENGHARGAAN

VISI

“PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA”

MISI

“MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI

NEGARA”

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel: 07-4342135
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU Faks: 07-4342135
Sekolah Kebangsaan Montfort
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
No. 2, Jalan Indah, 83000 Batu Pahat, Johor

_______________________________________________________________

Ruj. Kami :JBB0028/100-9/2(51)
Tarikh : 17 NOVEMBER 2021

Kepada,
Semua Waris / Penjaga Murid,
SK Montfort.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK MONTFORT KALI
KE-38 TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut :

Tarikh : 5 Disember 2021 (Ahad)

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Lokasi Masing-masing (Google Meet)

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput
tuan/puan hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/
puan amatlah dihargai.
4. Usul dan cadangan tuan/puan boleh dikemukakan melalui pautan berikut :
https://forms.gle/eaMxtknbpCQYviKY8 (Sila isi dan hantar sebelum atau pada 21
November 2021). Usul dan cadangan ini akan disaring dan hanya yang terpilih akan
dibentang dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Tuan/puan juga perlu
mengisi pautan yang sama bagi kehadiran MAT PIBG.

1

Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

......................................................
(AYISY HARIZ BIN SUKIMAN)
Setiausaha PIBG SK Montfort.

2

Sekapur Sireh

YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK MONTFORT

‫بسم الله الرجمن الرجيم‬
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala
perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke
-37 (2021) dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa
yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen
yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemer-
langan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupa-
kan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang
berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan
majlis kali ini.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
menggariskan hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang
iaitu Gelombang 1 (2013-2015) : Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif
sektor swasta, Gelombang 2 (2016-2020) : Memantapkan penglibatan dan Ge-
lombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan lebih banyak inovasi daripada sektor
swasta.
Namun pada tahun 2020 dan 2021 menyaksikan negara telah dilanda penu-
laran wabak Covid-19. Persoalannya, adakah keadaan ini akan membantutkan
hala tuju penglibatan ibubapa dan sektor swasta terhenti begitu sahaja? Sudah
tentulah jawapannya tidak. Malah 3 gelombang yang telah digariskan itu perlu
dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan semua murid berpeluang
untuk mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah halangan bagi kita dalam
menempuh perjalanan membina kemenjadian murid. Malah semua pihak terma-
suk sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemen-
jadian murid dapat dicapai melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang
sesuai.

3

Umumnya mengetahui bahawa kefahaman sekolah menjadi tempat pembelaja-
ran murid sudah tidak relevan lagi malah proses pembelajaran di rumah
(PDPR) yang diperkenalkan oleh KPM mulai tahun 2020 mengukuhkan lagi
kefahaman di atas. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013, Ekshibit 7-11)
menakrifkan sistem pembelajaran ialah sesuatu proses pembelajaran boleh
berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah dan dalam
komuniti. Untuk itu, sekolah mesti menyediakan jalinan hubungan kerja positif
antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Kita perlu fahami bahawa apabi-
la disebut Ekosistem Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana
dan ruang belajar melalui teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran
kritikal, reflektif pengalaman persekitaran murid, interaksi sosial seperti filem
kehidupan, talian internet, buku-buku, keluarga, kawan-kawan dan komuniti.

Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara
komunikasi dua hala antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat
diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu
bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk murid, mening-
katkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid dan memper-
luaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keber-
hasilan anak-anak mereka.
Manakala kemenjadian murid juga boleh dicapai secara kerjasama sekolah
dengan komuniti melalui rasa sukarela daripada pertubuhan-pertubuhan dalam
komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat
kepada sekolah setempat dan menggalakkan pelibatan murid dalam pertubuhan
dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses terse-
but.

Akhir sekali, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam
melaksanakan pelbagai program sekolah.
Sekian, terima kasih.
TN. HJ. MAZLAN BIN MOHAMED
YDP PIBG SK. Montfort
Batu Pahat, Johor.

4

Sekapur Sireh

GURU BESAR
SK MONTFORT
TN. HJ. MOHMAD DAUD BIN AHMED

‫بسم الله الرجمن الرجيم‬

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Terlebih dahulu rasa kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana limpah
dan kurnia-Nya, mesyuarat ini dapat dilaksanakan walaupun secara dalam talian
sahaja.
Sesungguhnya jauh di lubuk hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini
dapat dilakukan secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SK Montfort ini,
saya masih belum berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para waris
di sekolah ini. Namun apakan daya, pandemik ini menjadi kekangan besar bukan
sahaja kepada kita tetapi juga kepada masyarakat seluruh dunia. Kita perlu akur
kepada Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan demi memastikan sasaran
untuk kita hidup dalam norma yang biasa dapat dikembalikan.
Walaubagaimana pun, sebagai pentadbir saya tetap akan melaksanakan
tugas saya sebaik mungkin. Saya bercita-cita supaya SK Montfort menjadi satu in-
stitusi yang mampu mencungkil bakat, dapat menterjemah kemampuan murid dalam
erti kata yang sebenar. Sesi pembelajaran dalam kelas selama ini lebih tertumpu
kepada pendidikan berdasarkan helaian kertas tanpa dapat mencungkil bakat murid
sepenuhnya sedangkan setiap murid memiliki kelebihan dan kemampuan yang ber-
beza. Saya ingin menanamkan dalam hati semua bahawa tugas mendidik tidak ter-
had kepada sesi pembelajaran dalam kelas sahaja.

5

Walaubagaimana pun saya sedar bahawa untuk mengemudi sebuah
sekolah yang besar bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang per-
lu dilihat, dipertimbang dan diteliti dengan penuh kewajaran. Namun saya
percaya, bahawa segala kesukaran dan rintangan akan dapat ditempuhi melalui
satu istilah yang disebut sebagai persepakatan dan permuafakatan. Ibarat seba-
tang lidi yang mudah patah, begitulah juga saya sekiranya tanpa sokongan guru
-guru dan waris-waris SK Montfort ini.

Saya bertuah kerana PIBG SK Montfort ini sentiasa menjadi tulang
belakang kepada pentadbiran sekolah. PIBG menjadi medium untuk menter-
jemah segala perancangan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah tanpa gagal
bertindak mewakili para waris dalam menyeimbangkan keperluan waris dan
sekolah.

Justeru, saya mewakili pihak sekolah mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua AJK PIBG SK Montfort yang telah bertindak cemerlang
dalam mengemudi PIBG SK Montfort ini. Semoga Allah merahmati segala
usaha dan dicatat kebajikan ini sebagai pahala yang berpanjangan.

Sekian. Wabillahittaufik wal hidayah.. Wassalamualaikum warahmat-
ullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.
Tn. Hj. Mohmad Daud bin Ahmed
Guru Besar SK Montfort
Batu Pahat, Johor.

6

Senarai Jawatankuasa
Pengelola Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38,

SK MONTFORT

Pengerusi : Tn. Hj. Mohmad Daud bin Ahmed
Penasihat : Tn. Hj. Mazlan bin Mohamed
Timbalan Pengerusi : En. Faisal bin Othman
Naib Pengerusi I : En. Shahruddin bin Subari
Naib Pengerusi II : En. Muhd. Zidhuan Bin Abd. Rahman
Setiausaha PIBG : En. Ayisy Hariz bin Sukiman
Pen.Setiausaha PIBG : En. Muhammed Ahsan bin Mohammed Ayub
Bendahari PIBG : Pn. Noratika binti Asnawi

PENGACARA MAJLIS CABUTAN BERTUAH
En. Amirul Hafiz Pn. Yusni Elita binti Badron
En. Asbanizam bin Samsuri
BACAAN DOA En. Zaba bin Dullah
En. Adifazrun bin Mohamad Pn. Nurhafizah binti Rossly

BUKU PROGRAM
Pn. Norazrina binti Ahmad
Cik Azimah binti Samat
En. Ayisy Hariz bin Sukiman

PENCATAT
Pn. Radziah binti Mohd. Hashim
Pn. Nik Noor Firdaus Binti Che Solah

SIARAYA /ICT
En. Mohd. Sa’ari bin Mohd. Salleh
En. Mohd. Syahrun Nazri bin Mashuri
En. Md. Nadzri bin Md. Sidek
En. Suhaimi bin Ali

7

Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG
SK MONTFORT 2020

PENASIHAT : TN. HJ. MOHMAD DAUD BIN AHMED

YANG DIPERTUA : TN. HAJI MAZLAN BIN MOHAMED

TIMBALAN YANG DIPERTUA: EN SYED ALWI BIN SYED MOHAMAD

SETIAUSAHA KEHORMAT : EN. AYISY HARIZ BIN SUKIMAN

PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT : EN. MUHAMMED AHSAN BIN MOHD. AYUB

BENDAHARI KEHORMAT : PN. NORATIKA BINTI ASNAWI

AHLI JAWATAN KUASA IBU BAPA : 1. EN. MOHD. SUHAIMAN BIN ABD SUKOR
2. PN. MUNJEET KAUR
3. EN.MOHD ASZUDIN BIN MOHD RASIP
4. EN. YEO THIAN GUAN
5. PN ARUL SHANTI
6. EN. ASRI BIN BAKRI

AHLI JAWATAN KUASA GURU : 1. EN. ZABA BIN DULLAH
2. PN. YUSNI ELITA BT. BADRON
3. EN. ASBANIZAM BIN SAMSURI
4. PN. NORMALA BINTI KHAMIS
5. PN TEU CHAI HAR

JURU AUDIT DALAMAN : 1. PN. AMY SORAYA BINTI ABD. AZIZ
2. CIK AZIMAH BINTI SAMAT

~ PIBG SEPAKAT,
WARGA SK MONTFORT MENDAPAT BERKAT

8

Atur Cara Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-38, 2021

Tarikh : 5 Disember 2021
Masa : 2.30 petang
Tempat : Lokasi masing-masing (Google Meet)
2.30 petang : Pendaftaran (Link Google Form)
2.45 petang : Bacaan doa
2.50 petang : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Ucapan Penasihat PIBG SK Montfort
3.15 petang
4.20 petang - Tn. Hj. Mohmad Daud Bin Ahmed
4.30 petang : Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Montfort

- Tn. Hj. Mazlan Bin Mohamed

: Mesyuarat Agung PIBG bermula
: Cabutan bertuah
: Ucapan Penangguhan

9

Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-38, 2021

1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali ke-37 Tahun

2019
3. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020
4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG 2020
5. Membincangkan Usul dan Cadangan yang dibangkitkan
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

10

Laporan Minit Mesyuarat Agung Kali
ke – 37, Tahun 2019

Tarikh : 17 MAC 2019

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK Montfort

Pengerusi : Tn. Haji Mazlan Bin Mohammad

Kehadiran (Bilangan) : 166 orang

AGENDA 1
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Ucapan aluan Pengerusi Majlis.
1.2 Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung kali
ini.
1.3 Pengerusi berpesan agar ibu bapa perlu peka dengan peperiksaan UPSR agar
memastikan anak-anak sekurang-kurangnya memperoleh gred C iaitu lulus. Peratus
kegagalan anak-anak diantara 20-30%, justeru ibu bapa perlu ambil perhatian. Soalan
KBAT telah menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai dan tidak
memperoleh gred A dalam UPSR.
1.4 Mencadangkan agar anak-anak dapat menguasai kemahiran asas Matematik
seperti menghafal sifir, menjaga sahsiah dan disiplin serta ibu bapa prihatin kepada
anak-anak mereka.
1.5 Meminta cadangan ibu bapa untuk sebarang usaha ke arah kebaikan anak-
anak.
1.6 Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang telah sama-sama
memajukan sekolah serta ibu bapa yang telah memberi sumbangan cabutan
bertuah.

11

AGENDA 2
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
2.1 En. Ayisy Hariz membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Montfort

Kali Ke-36 (2018).
2.2 Pn. Arul Shanti menegur minit 7.2, menyatakan nama tersebut adalah Pn. Shanti

Subramaniam, bukan nama beliau.
2.3 En. Esa bin Ahmad mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG SK

Montfort Kali Ke-36 (2018) disahkan.
2.4 Disokong oleh En. Mohd Zaharudin b. Mohd Zin
AGENDA 3
3.0 Laporan Aktiviti / Sumbangan PIBG 2018
3.1 En. Ayisy Hariz membentangkan laporan aktiviti dan sumbangan PIBG 2018.
3.2 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas bantuan, kerjasama dan sumbangan

ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG.
AGENDA 4
4.0 Laporan Kewangan PIBG SK Montfort 2018
4.1 Pn. Noratika membentangkan laporan kewangan PIBG SK Montfort 2018.
4.2 En. Edward A/L John mencadangkan laporan kewangan PIBG SK Montfort 2018

disahkan.
4.3 En. Esa bin Ahmad menyokong.
AGENDA 5
5.0 Tiada pembubaran dan perlantikan AJK PIBG baru.
AGENDA 6
6.0 Membincangkan Usul
6.1 Pn. Narisa bt. Sa’at membentangkan 10 usul.
6.1.1 Usul 1 : Ruang menunggu murid diperbesarkan lagi dengan menambah bumbung

(extend) dari ruang menunggu ke Dewan Terbuka SK Montfort. Tn. Guru Besar
menyatakan belum ada cadangan memperbesarkan atau menambah bumbung
kerana tiada peruntukan.
6.1.2 Usul 2 : Mutu kebersihan makanan di kantin dan premis dipertingkatkan. Pn. Hjh.
Azlina (GPK HEM) menyatakan bahawa pihak kantin telah diberitahu dan ber
mesyuarat bersama, jika tiada perubahan, pihak kantin dinasihatkan untuk ber
henti.

12

6.1.3 Usul 3 : Mempelbagaikan makanan berkhasiat di kantin dan koperasi
sekolah.. Pn. Hjh. Azlina memberitahu bahawa pihak kantin telah dimaklumkan
secara lisan, namun tiada perubahan yang dilakukan. Mohon maaf di atas keku-
rangan pengusaha kantin.
6.1.4 Usul 4 : Kebersihan tandas dan baiki kemudahan tandas yang rosak. Tn.
Hj. Mazlan menyatakan masalah berpunca daripada sikap murid sendiri yang
suka membuang sampah berupa botol dan sebagainya. Setiap tahun proses mem-
baik pulih tandas dijalankan dan sekiranya berlaku kerosakan, tandas akan dibaik
pulih secepatnya.
6.1.5 Usul 5 : Aktiviti gotong-royong bersama (Ibu bapa / guru / pihak sekolah)
secara berkala di hujung minggu bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, ce-
ria dan merapatkan silaturrahim. Pn. Hjh. Azlina menyatakan beliau telah
berbincangan dengan Setiausaha PIBK untuk menjemput ibu bapa bagi menyertai
program gotong royong sekolah. Tarikh akan diberitahu setelah ditetapkan. Ada
tabung disediakan bagi menerima sumbangan untuk menampung kos per-
belanjaan gotong-royong.
6.1.6 Usul 6 : Memasang CCTV di hadapan pagar sekolah dan persekitaran
sekolah. Tujuan keselamatan dan memantau pergerakan murid (mengurangkan
kes buli dan sebagainya). Tn. Guru Besar menyatakan memang tiada CCTV di
sekolah pada masa ini, namun akan cuba untuk menaik taraf memasang sistem
ini. Insha Allah tiada kes buli di sekolah.
6.1.7 Usul 7 : Meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid. Tn. Guru Besar menyatakan Panitia Bahasa Inggeris memang ada men-
jalankan aktiviti atau program peningkatan, contohnya ‘Speaker’s Corner’.
6.1.8 Usul 8 : . Menyediakan “Sanitizer” di sinki kantin dan tandas sekolah atau
mana-mana tempat yang bersesuaian. Pn. Hjh. Azlina menyatakan ‘Sanitizer’
kurang sesuai dengan keadaan murid sekolah kerana murid-murid tidak pandai
menggunakan dengan cara yang betul seterusnya menyebabkan pembaziran.
6.1.9 Usul 9 : Memastikan penjaja tidak berada berdekatan dengan kawasan
sekolah. Tn Guru Besar menyatakan pihak sekolah akan berjumpa dengan penjaja
dan memberi nasihat.
6.1.10 Usul 10 : Mengkaji semula waktu balik persekolahan. Kebanyakan murid
bersekolah agama pada sesi petang, pukul 2.00 petang (Tahap 1). Tn. Guru Besar

menyatakan pihak sekolah tidak boleh ubah kerana terikat dengan KPM.

13

6.2 Pn. Sazlina Ahmad Zabir
6.2.1 Usul : . Adakan kelas tambahan kepada murid yang lemah mata pelajaran dan

beri latihan tambahan kepada murid yang lemah. Pn. Hjh. Azlina menyatakan
kelas tambahan telah disusun dan berfokus kepada murid yang perlukan
bimbingan. Bayaran dikenakan kepada murid yang hadir, sebanyak RM 2
setiap kali hadir ke kelas.

6.3 En. Esa bin Ahmad
6.3.1 Usul : Mencadangkan bayaran yuran PIBG-Rm 30.00 dibayar untuk satu
murid sahaja di dalam satu keluarga walaupun terdapat adik beradik yang
lain yang bersekolah di sini. Tn. Hj. Mazlan menyatakan pada tahun 2018,
telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 30 untuk setiap murid. Sum-
bangan PIBG tiada paksaan, tetapi jika tiada sumbangan, banyak aktviti
PIBG tidak dapat dijalankan. Sekiranya ada masalah, boleh berjumpa
dengan GPK HEM sekolah.

6.4 Sasikala A/P Shunmukan
6.4.1 Pn Sasikala tidak hadir, usul tidak dibacakan.

6.5 Pn. Nurul Ain Binti Aziz
6.5.1 Usul : Tiada lagi hukuman rotan kepada murid yang hadir lambat ke
sekolah terutama murid Tahun 1 kerana ianya menimbulkan rasa takut
kepada murid seterusnya tidak mahu hadir ke sekolah. Pn. Hjh. Azlina
memohon maaf dan menyatakan telah memberi nasihat kepada guru terba-
bit agar memberhentikan hukuman merotan kepada murid yang hadir lewat
ke sekolah. Hukuman akan diganti dengan cara yang lebih sesuai. Mohon
kerjasama ibu bapa untuk menghantar anak lebih awal ke sekolah.

6.6 Hj. Halaji Bin Majid
6.6.1 Usul 1: Syarahan dan tips-tips ringkas mengenai UPSR hendaklah dibuat
rakaman agar boleh dijadikan sebagai panduan. Tn. Guru Besar menya-
6.6.2 takan bahawa pihak sekolah telah menjalankan program dengan murid Ta-
hun 6. Akan dimaklumkan kepada guru-guru untuk menyediakan tips-tips
ringkas untuk diberikan kepada murid-murid.
Usul 2 : Segala perkembangan murid hendaklah dimaklumkan kepada ibu
bapa. Tn. Guru Besar memaklumkan bahawa murid Tahap 1 tiada peperik-
saan, walau bagaimanapun, terdapat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Murid Tahap 2 pula seperti biasa, ada peperiksaan seperti Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

14

.6.7 RD. Khairilhijra
6.7.1 Usul 1 : Cadangan untuk membuka laluan pintu utama keluar masuk ke SK Mont-
fort ketika waktu puncak (pukul 12.50-1.00 tengah hari) bagi mengelakkan kesesakan. Tn.
Guru Besar menyatakan pintu akan cuba dibuka, tetapi ibu bapa tidak dibenarkan untuk
meletakkan kereta di hadapan pintu pagar. Ibu bapa boleh ambil anak di pintu A dan pintu
B.

7.2 Usul 2 : Mencadangkan pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan ke sela-

matan dalam bilik darjah dengan lebih kerap lagi terutama sebelum bermulanya sesi

persekolahan pada setiap semester bagi mengelakkan perkara ang tidak diingini berla-

ku. Tn. Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat guru yang membuat pemerik-

saan di bilik darjah. Sekiranya terda pat kerosakan, beliau akan mengajak guru-guru

lain untuk cuba perbai kinya.

6.7.3 Usul 3 : Cadangan supaya meletakkan sebahagian dana kewangan untuk penye-

lenggaraan bagi tujuan penyelenggaraan berkala kepada semua kemudahan di sekolah. Tn.

Hj. Mazlan menyatakan bahawa PIBG tiada dana untuk tujuan tersebut. Pihak sekolah

sendiri akan mencari dana untuk penyelenggaraan.

6.8 Mohd Effendy B. Ramli
6.8.1 En. Mohd Effendy b. Ramli tidak hadir, usul tidak dibacakan.

6.9 En. Saimun b. Saidi
6.9.1 Usul 1 : Setiap guru kelas wujudkan “Group Whatsapps”. Tn. Guru Besar menya-
takan telah memberi usul sebelum ini kepada semua guru kelas untuk membuat “Group
Whatsapps”. Walaubagaimanapun, terdapat guru kelas yang tidak mahu berbuat demikian
dan mereka telah menyatakan sebab-sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.
6.9.2 Usul 2 : Nombor telefon setiap guru tidak perlu dirahsiakan daripada pengetahuan
ibu bapa. Tn. Guru Besar menyatakan sekiranya ibu bapa ada masalah, boleh terus
berhubung kepada pihak sekolah dengan menelefon pejabat.

6.10 En. Zulkeeflee b. Ibrahim
6.10.1 En. Zulkeeflee tidak hadir, usul tidak dibacakan.

AGENDA 7
7.0 Hal-hal lain.
7.1 En. Suhaimi bin Sulaiman menyatakan kerisauan beliau mengenai pencapaian murid-
murid dalam UPSR yang menurun. Beliau berharap pihak sekolah dan guru dapat
melakukan sesuatu untuk meningkatkan kegemilangan SK Montfort.

15

7.1.1 Tn. Hj. Mazlan menyatakan kejatuhan pencapaian dalam UPSR dalam 3
tahun kebelakangan ini. Pihak sekolah akan cuba untuk meningkatkan pen-
capaian murid-murid.
7.2 En. Adifazrun ingin kongsikan pengalaman beliau di SK Montfort. Be-
liau berharap sangat agar ibu bapa dapat menekankan solat kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka solat bagi melatih serta mendidik
anak-anak agar menjadi lebih baik.
7.3 En. Esa bin Ahmad mencadangkan agar senarai AJK PIBG SK Montfort
dipaparkan di pintu B bagi memudahkan ibu bapa mengenali AJK PIBG
sekolah.
7.3.1 Tn. Hj. Mazlan menyatakan akan memaparkan carta AJK PIBG SK
Montfort berserta gambar.
7.4 Pn. Norhana Toha mencadangkan guru-guru Matematik membaca atau
menghafal sifir di dalam kelas.
7.4.1 Tn. Hj. Mazlan menyatakan setiap murid perlu menguasai kemahiran
asas tersebut.
7.5 En. RD. Khairilhijra ingin tahu bagaimana ibu bapa dapat maklum balas
tentang usul dan cadangan yang diberikan.
7.5.1 Tn. Hj. Mazlan menyatakan ibu bapa boleh berhubung terus dengan
pihak sekolah atau PIBG sekolah sekiranya hendak mengetahui perkembangan
usul yang diberikan.

AGENDA 8
8.0 Penangguhan Mesyuarat.
8.1 Tn. Hj. Mazlan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu

bapa ke mesyuarat agung PIBG ini.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.12 pagi.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(AYISY HARIZ BIN SUKIMAN)
Setiausaha PIBG,
SK Montfort, Batu Pahat.

16

Laporan Aktiviti Tahunan PIBG
Tahun 2019

1. Sumbangan Program Maulidur Rasul
2. Bengkel Menjawab Kertas Soalan UPSR Tahun 6
3. Cenderahati Majlis Persaraan & Perpisahan guru
4. Program Ziarah Cakna Jom Ke Sekolah
5. Mesyuarat AJK PIBG Tahun 2020
6. Sumbangan Tabung Hari Guru
7. Sumbangan Pembelian Termometer dan Bateri (Pengoperasian

Semula Sekolah)
8. Sumbangan Penyelenggaraan Penyaman Udara. (Pejabat Sekolah)
9. Sumbangan Guru Kelas: Kelas PAK-21
10. Sumbangan Pembelian Softboard & Whiteboard kelas.
11. Baik Pulih Bumbung Kantin & Dewan Terbuka.
12. PA sistem Bilik Kuliah

Pihak PIBG SK Montfort mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan untuk
menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan olah PIBG atau yang melibatkan
PIBG di sekolah. Semoga niat dan usaha murni tuan/puan akan terus
disemarakkan dan berterusan demi faedah dan kemajuan anak-anak didik
khususnya dan sekolah amnya.

17

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

................................................
(AYISY HARIZ BIN SUKIMAN)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Montfort

18

PENYATA PENDAPATAN DAN PE

BIL. TARIKH PENDAPATAN RPMENYATA PBEILN. ERIMATAANR
1. 31.12.2019 Baki Bank pada 31 Dis. 2019
2. 02.01.2020 Baki Terkumpul Yuran PIBG 2020 10,660.90 1. 02.01.2
3. 16.01.2020 Dividen Bulan 1
4. 16.06.2020 Dividen Bulan 6 590.00 2. 02.01.2
5. 08.12.2020 Sumbangan YB Dato Rashid
(Menaik Taraf Lantai Dewan Baru) 2.50 3. 20.01.2

2.50 4. 20.01.2

25,000.00 5. 19.02.2

6. 19.02.2

7. 06.07.2

8. 06.07.2

9. 01.09.2

10. 01.09.2

11. 23.12.2

12. 01.09.2

Jumlah Pendapatan 36,255.90

19

ERBELANJAAN TAHUN 2020

NRIKDHAN PEMBAYARAN PERBELANJAAN RM
1,600.00
2020 Sumbangan kepada Guru Kelas PAK-21
0.50
2020 Caj Cek 930.00

2020 Pembelian Softboard & Whiteboard Kelas 0.50
500.00
2020 Caj Cek
0.50
2020 Pengeluaran Tunai PWR (Rujuk Perbelanjaan Tunai) 950.00

2020 Caj Cek 0.50
1,603.50
2020 Pengeluaran Tunai PWR (Rujuk Perbelanjaan Tunai)
0.50
2020 Caj Cek 1,000.00

2020 Baik Pulih Bumbung Kantin & Dewan Terbuka 0.50

2020 Caj Cek 6,586.50
29,669.40
2020 Bayaran Pertama PA Sistem Dewan Kuliah

2020 Caj Cek

Jumlah Perbelanjaan
Baki Bank pada 31 Dis 2020

20

BUTIRAN PERBELANJAAN M

BIL. TARIKH PENDAPATAN RM BIL. T
1 31 Dis 2019 Baki tunai di tangan 200.00 1 11.0
Peti Tunai
2 19.02.2020 500.00
3 06.07.2020 Peti Tunai 2 20.02

950.00

3 20.02

4 03.03

5 07.03

6 12.03

7 30.05

8 09.07

9 14.07

10 14.07

11 04.08

12 25.08

.
.

Jumlah Peti Tunai 1,650.00

21

MENGGUNAKAN TUNAI

TARIKH PERBELANJAAN RM
01.2020 Cenderahati Perpindahan Guru Besar En. Miswan & Pembantu Tadbir 200.00
Pn. Haslina
2.2020 Jamuan VIP– Program Ziarah Cakna Jom Ke Sekolah 40.00
2.2020 Sumbangan Maulidur Rasul 300.00
3.2020 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG
3.2020 Bayaran Penceramah Bengkel Menjawab Bagi Murid Tahun 6 72.00
3.2020 Sumbangan Tabung Hari Guru Sempena Sambutan Hari Guru 200.00
5.2020 Cenderahati Sempena Persaraan Tn. Hj. Sabren
7.2020 Termometer Tangan - 2 Unit 30.00
7.2020 Penyelenggaraan Penyaman Udara Pejabat 100.00
7.2020 Bateri Termometer Hadapan Pintu Masuk Sekolah -2 unit 204.77
8.2020 Bateri Termometer Tangan 180.00
8.2020 Cenderahati Sempena Perpindahan Puan Teu Chai Har
70.00
13.20
100.00

Jumlah perbelanjaan tunai 1,509.97
Baki tunai di tangan pada 31 Dis 2020 140.00

22

BUTIRAN BAKI

BAKI
Baki di bank pada 31 Dis 2020
Baki tunai di tangan pada 31 Dis 2020

Disediakan oleh, Diperiksa oleh, Diperi
………
……………………………….. ……………………………………… (AMY
(NORATIKA BINTI ASNAWI) (AZIMAH BINTI SAMAT) JURU
BENDAHARI PIBG JURUAUDIT PIBG SK MO
SK MONTFORT 2021 SK MONTFORT 2018

23

JUMLAH JUMLAH (RM)
29,669.40
140.00
29,809.43

iksa oleh, Disemak dan disahkan oleh,

………………………………… …………………………………..
SORAYA BINTI ABDUL AZIZ) (TN. HJ. MAZLAN B. MOHAMED)
YDP PIBG SK MONTFORT 2018
UAUDIT PIBG
ONTFORT 2018

24

USUL / CADANGAN

Nama: LIM MAY AN
013-7389177
No. Tel: OCTAVIUS MARLEY KHOO ZONG JIAN (1 AMANAH)
Penyelarasan pengendalian pembelajaran secara penggiliran (sekiranya penggili-
Nama ran diteruskan Januari-Februari 2022)
Anak
Usul 1:

Jawapan: Tiada penyelarasan pengendalian pembelajaran secara penggiliran akan
dilakukan setakat ini. Namun, sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh
pihak sekolah.

Cadangan: Dicadangkan supaya cara pengendalian pembelajaran secara penggiliran
diselaraskan. Bagi kumpulan PdPR, ada guru yang memberi tugasan
mengikut jadual PdPR dan ada guru yang memberi tugasan mengikut jadu-
al pembelajaran bersemuka. Ini sangat mengelirukan bagi murid-murid
(dan ibubapa) di rumah. Saya mencadangkan bahawa sekolah
menggunakan satu jadual sahaja, yakni jadual pembelajaran bersemuka.
Dicadangkan bahawa guru-guru menghantar tugasan samada melalui Tele-
gram atau Google Classroom kepada murid-murid giliran PdPR, topik yang
sama seperti yang diajar kepada kumpulan murid-murid bersemuka. Bagi
topik yang dikhuatiri tidak sesuai PdPR, boleh ditunda supaya diajar pada
minggu seterusnya apabila murid-murid hadir ke sekolah. Waktu PdPR
tersebut boleh digunakan untuk pembelajaran kendiri ataupun murid-murid
diberi tugasan lain.
Bagi matapelajaran Muzik contohnya, dicadangkan supaya guru mengam-
bil kesempatan pada minggu pembelajaran bersemuka untuk mengajar &
membantu murid-murid menyesuaikan diri menyanyikan lagu Negaraku,
lagu negeri Johor & lagu sekolah.

23

USUL / CADANGAN

Sekiranya guru-guru tidak dapat menghantar tugasan yang sesuai sewaktu
minggu PdPR, mohon dimaklumkan kepada murid-murid/ibubapa supaya
perancangan pembelajaran kendiri dapat dilakukan di rumah.
Saya faham ada di antara murid-murid yang mempunyai kekangan dari segi
peranti & ibubapa yang bekerja dan sebagainya. Tetapi murid-murid yang
tiada/kurang kekangan sedemikian seolah-olah "dihukum" dengan jadual
PdPR yang begitu lopong.
Diharap pihak sekolah & ibubapa dapat bekerjasama bagi memastikan
pembelajaran anak-anak tidak ketinggalan, supaya potensi anak-anak dapat
tercapai sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Jawapan / Apabila murid-murid mula dibenarkan untuk belajar bersemuka (hadir ke
Respon: sekolah) secara penggiliran, fokus guru adalah kepada murid-murid terba-
bit. Justeru itu, guru lebih mengutamakan Jadual PDPC untuk murid yang
hadir bersemuka di sekolah berbanding murid yang gilirannya di rumah.
Jadual PDPR yang diberikan sebelum ini hanyalah sebagai panduan sahaja
kepada murid yang berada di rumah untuk menjalankan pembelajaran
kendiri. Namun, pihak sekolah akan cuba memastikan murid-murid di ru-
mah menerima tugasan atau latihan untuk pembelajaran kendiri.
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah SK Mont-
fort sebenarnya pernah diaplikasikan ketika Perhimpunan Pagi Mingguan
(sebelum PKP 3.0). Cuma untuk sesi persekolah bersemuka bermula 7 / 14
November 2021 ini, perkara tidak dijalankan. Namun, perkara ini akan cu-
ba dimulakan semula untuk masa akan dating.

24

USUL / CADANGAN

Nama: NARISA BINTI SA’AT
019-7647008
No. Tel: MUHAMMAD NASEEM BIN KAMARUL HAIZAM ( 3 AMANAH)
Mewujudkan food bank atau rak makanan percuma untuk mereka yang kurang
Nama berkemampuan.
Anak
Usul 1:

Jawapan: Setakat ini, telah ada inisiatif daripada pihak sekolah dan PIBG dengan
Program Kongsi Rezeki (pemberian bakul makanan). Jika diwujudkan
Food Bank di sekolah, dikhuatiri bantuan tidak sampai kepada mereka yang
betul-betul memerlukan. Justeru itu, keluarga-keluarga murid yang betul-
betul memerlukan bolehlah berhubung dengan pihak sekolah, bahagian Hal
Ehwal Murid (HEM) bagi tujuan mendapatkan bantuan. Langkah ini ber-
tujuan agar bantuan dapat diberikan kepada keluarga yang betul-betul me-
merlukan.

Cadangan: Tiada

25

USUL / CADANGAN

Nama: AYISY HARIZ BIN SUKIMAN
No. Tel: 013-7759242

Nama TIADA
Anak
Usul 1: Kadar Sumbangan Tahunan PIBG dinaikkan daripada RM30 kepada RM 40 /
RM 50 per keluarga. (Memandangkan perubahan dasar kutipan sumbangan
Usul 2 pada Tahun 2020, yang mana kadar sumbangan yang dikenakan adalah RM 30
per keluarga berbanding RM 30 per murid pada tahun sebelumnya). .
Kadar sumbangan PIBG bagi murid berpindah masuk ke SK Montfort selepas
bulan Jun adalah separuh daripada kadar penuh. (Contoh: kadar penuh RM 30
per keluarga, kadar separuh : RM 15 per keluarga.

Jawapan: 1. Dibawa untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung PIBG SK

Montfort 2021.
2. Dibawa untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung PIBG SK

Montfort 2021.

26

Sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran
anak-anak mereka secara aktif

29

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan
kepada :

TN. HJ. MAZLAN BIN MOHAMED
(YDP PIBG)

AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK MONTFORT,

Guru-guru SK MONTFORT,
Staf Sokongan dan Pekerja Swasta

serta
semua pihak yang terlibat menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38
SK MONTFORT

30

SK MONTFORT
NO. 2, JALAN INDAH,
83000 BATU PAHAT, JOHOR.

NO. TEL: 07-4342135

NO. FAKS: 07-4342135


Click to View FlipBook Version