E FOLIO
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA
BERASASKAN PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH:PUAN NOR IZZATI BINTI MOHD NOR
AHLI KUMPULAN
ANUNISHA A/P VEGIAN (10DAT20F2001)
DIVYAASHINI A/P THIRUMALAI (10DAT20F2013)
SHEAMALA DEWI A/P RAGUPATHY (10DAT20F2011)
TEOH HOOI TING (10DAT20F2031)
ISI KANDUNGAN
1.PENGHARGAAN
2.PENGENALAN
3.CABARAN
4.KESAN/IMPAK
5.CARA PENYELESAIAN
6.KESIMPULAN
PENGHARGAAN
UCAPAN PENGHARGAAN JUGA INGIN SAYA BERIKAN KEPADA PARA RAKAN SEPERJUANGAN
KERANA TELAH BANYAK MENGHULURKAN BANTUAN MAHUPUN KERJASAMA BAGI
MEREALISASIKAN USAHA MENYEMPURNAKAN TUGASAN INI DENGAN BAIK SEKALI. BERSYUKUR
KEPADA TUHAN DENGAN IZINYA KAMI SEKUMPULAN DAPAT MENYIAPKAN E-FOLIO YANG TELAH
DIUSAHAKAN SELAMA INI YANG BERTAJUK PENGARUH MEDIA SOSIAL KEPADA REMAJA. FOLIO INI
YANG AMAT PENTING BAGI KAMI KERANA INI ADALAH SALAH SATU KERJA KHURSUS DALAM
SUBJEK NILAI MASYARAKAT.RIBUAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA INDIVIDU YANG
BANYAK MEMBANTU KAMI SEPANJANG KAMI MENYIAPKAN FOLIO INI PERTAMA SEKALI KEPADA PN
NOR IZZATI BINTI MAHD NOR SELAKU PENSYARAH KAMI KERANA BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR
DAN BIMBINGAN KEPADA KAMI SEKUMPULAN. TIDAK LUPA JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN
SEPERJUANGAN YANG SAMA-SAMA PULAS DALAM MENYIAPKAN E-FOLIO INI. SELAIN ITU, UCAPAN
INI JUGA DITUJUKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN
TUGASAN INI SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. SEGALA BANTUAN YANG
TELAH KALIAN HULURKAN TERAMAT SAYA HARGAI. AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
PIHAK YANG MEMBANTU KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEPANJANG KAMI
MENYIAPKAN FOLIO INI. BIAR JASA JADI KENANGAN.
PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pendidikan Malaysia boleh diperolehi daripada sekolah yang dikendalikan kerajaan,
sekolah swasta atau sendiri. Sistem pendidikan berpusat terutamanya untuk sekolah
rendah dan menengah. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dalam kurikulum dan
lain-lain aspek pendidikan sekolah rendah dan menengah, sebaliknya ditentukan oleh
kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri biasa bagi negara-negara
Asia seperti di Singapura dan China (PR).
Pendidikan di Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu Prasekolah,
Pendidikan rendah, Pendidikan menengah, dan Pengajian tinggi, tetapi hanya pendidikan
sekolah rendah yang wajib di sisi undang-undang. Oleh itu, pengabaian keperluan
pendidikan selepas sekolah rendah tidak bertentangan dengan undang-undang. Sekolah
rendah dan menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar
berkaitan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang
ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan telah memperkenalkan
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang
berkaitan dengan Sains dan Matematik.
Selain itu, terdapat beberapa jenis sekolah rendah dan menengah. Antaranya,
•Sekolah Kebangsaan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan
salah satu jenis sekolah rendah.
•Sekolah Kluster. Jenama yang diberikan kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam kelompoknya dari segi pengurusan
sekolah dan kesejahteraan pelajar. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem
pendidikan Malaysia dan membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain
di luar kluster.
•Sekolah Jenis Kebangsaan. Bahasa Cina atau Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan
salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, agihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada
Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% murid sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% murid sekolah
rendah) mendapat 2.4% agihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% murid sekolah rendah) mendapat 1% agihan.
•Sekolah Wawasan. Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah
Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih erat antara kaum. Bagaimanapun,
kebanyakan orang Cina dan India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya Sekolah Wawasan akan mengehadkan
penggunaan bahasa ibunda di sekolah.
•Sekolah Agama Islam. Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam yang lain merupakan bentuk sekolah asal
di Malaysia. Sekolah sebegini masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pendidikan kanak-kanak di
kawasan bandar. Pelajar di luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Keputusan pengajian di sekolah-
sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM), dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran di kawasan seperti Pakistan atau Mesir.
•Sekolah Mubaligh. Terdapat juga beberapa Sekolah Kebangsaan Methodist, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist,
Sekolah Kebangsaan La Salle, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Sekolah Kebangsaan Convent, Sekolah
Menengah Kebangsaan Convent dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian.
•Sekolah Bestari. Sekolah bestari cuba mengaplikasikan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.
•Sekolah Teknik dan Vokasional. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional menyediakan peluang kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang
perindustrian Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan program yang membolehkan pelajar berpotensi
menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Disamping itu, terdapat lima ujian awam kebangsaan, iaitu:
•Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6
sekolah rendah. (Sudah dimansuhkan bermula 2021)
•Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diadakan semasa tingkatan 3
sekolah menengah.
•Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tingkatan 5
sekolah menengah.
•Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa
tingkatan 6 sekolah menengah.
•Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan semasa tingkatan 6
sekolah menengah agama.
CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP TENTANG
PENDIDIKAN
CABARAN UNTUK MENGEKALKAN
PERPADUAN KAUM
• Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan
dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita
sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya keregangan hubungan antara kaum
disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara. Selain itu
untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan
dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan
antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif
pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan
murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.
CABARAN KEDUA :
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
• Selain itu, hubungan kekeluargaan juga menyumbang kepada pembentukan masyarakat malaysia tentang
pendidikan. Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa
institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi pencorak
masyarakat yang bakal dibina. Di dalam Islam tanggungjawab kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki.
Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya
memainkan peranan yang sama penting. Sebagai suami peranan asas ialah menyediakan keperluan seperti makanan,
tempat tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja, sebagai seorang ayah, beliau juga bertanggungjawab untuk memberi
pendidikan akademik yang penting untuk perkembangan minda dan pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani dan
fizikal. Bagi ibu pula tanggungjawab utamanya ialah memastikan kelancaran dalam sistem rumah tangga yang disulami
perasaan kasih sayang dan hormat menghormati. Mungkin perkara ini bagi setiap individu yang bergelar ibu dan bapa
sudah terlalu arif dan tidak perlu untuk dibahaskan lagi. Pendidikan sebenarnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian
utama iaitu pendidikan jasmani, pendidikan minda dan pendidikan jiwa. Mungkin pendidikan jasmani dan minda boleh
diserahkan kepada guru yang telah dipertanggungjawabkan untuk tujuan tersebut. Namun begitu, pendidikan jiwa yang
merupakan pendidikan utama dan penting, hanya dapat dilakukan oleh ibu yang merupakan insan yang paling dekat
dengan anak-anak. Pendidikan jiwa inilah yang akan menghasilkan akhlak yang tinggi dan satu kehidupan yang indah.
Pendidikan anak-anak di rumah menjadi dasar utama pendidikan sebelum memasuki alam persekolahan. Sekiranya
pendidikan dasar ini tidak kukuh, pendidikan di sekolah pun akan kurang manfaatnya. Untuk menjadi pendidikan jiwa yang
berjaya, ibu dan bapa seharusnya memiliki ilmu pengetahuan bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa berjaya dan
maju ke hadapan. Dalam usaha memupuk kesedaran pendidikan ini, ibu bapa juga perlu terlebih dahulu mengkaji dan
melihat semula suasana pembelajaran yang telah disediakan kepada anak-anak di rumah.
•Mendidik jiwa ini bererti menanam akhlak atau pokok kesucian batin ke dalam hati anak-anak. Proses
pendidikan jiwa ini juga memerlukan masa yang panjang dan berterusan. Hasil yang diinginkan juga tidak dapat
dilihat dalam tempoh masa yang singkat. Pendidikan yang berkualiti daripada ibu bapa sangat diperlukan dalam
cabaran dunia globalisasi masa kini. Hal ini amat penting terutamanya dalam menyediakan bekalan ilmu untuk
mengharungi kehidupan pada masa depan. Kegagalan ibu bapa untuk berperanan sebagai pendidik akan
mengundang pelbagai gejala sosial yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara. Sebagai ibu bapa Muslim,
kita perlu menghayati ajaran agama Islam sepenuhnya kerana itulah satu-satunya jalan untuk mencapai
kesejahteraan dalam kehidupan manusia. Kemakmuran yang pada asasnya bermula dari dalam diri individu akan
berkembang untuk mewujudkan kesejahteraan dalam keluarga. Melalui tiga kaedah pendidikan asas iaitu
pendidikan melalui teladan, pendidikan yang menekankan aspek kerohanian dan pendidikan tentang kedudukan
dan kelangsungan bangsa, ibu bapa mampu menyumbang ke arah pembentukan sebuah tamadun bangsa.
Integriti merupakan suatu pakej nilai-nilai murni yang mulia yang terhasil dari kredibiliti dan kemuliaan kedua ibu
bapa untuk menjamin kekuatan sesebuah institusi keluarga. Institusi keluarga yang dipimpin oleh ibu bapa
mempunyai integriti yang tinggi sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Masyarakat yang memiliki dan
menguasai ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia merupakan eleman penting untuk membentuk sebuah
tamadun bangsa. Remaja yang dibesarkan di dalam keluarga yang mempunyai jalinan kemesraan tinggi akan
menjalin hubungan sosial yang baik dan positif. Remaja memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini kerana
remaja akan berasa lega dan gembira sekiranya idea-idea dan perasaannya dilayani dan dipertimbangkan.Remaja
yang dikongkong atau tidak mendapat penghargaan akan mudah memberontak dan mudah terpengaruh oleh
anasir-anasir luar.
CABARAN KETIGA : MEDIA SOSIAL
• Antara cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang pendidikan ialah media sosial. Pada era
globalisasi yang serba canggih kini, masyarakat cenderung terhadap penggunaan media sosial untuk berhubung,
menjalankan perniagaan, dan menuntut ilmu. Hal ini menjadi salah satu faktor dalam membentuk masyarakat.
Media sosial boleh memberi kesan yang baik atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu tersebut. Namun,
media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada masa kini hingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan
berlaku sesama umat. Kajian ini untuk bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang penggunaan
media sosial disertakan beberapa hadis sebagai sokongan hujah dalam pembentukan masyarakat islam. kajian ini
menggunakan kaedah kajian kepustakaan dalam mencari fakta dan isu semasa yang berkaitan dengan penggunaan
media sosial. Hasil daripada kajian kepustakaan terdapat empat tajuk besar yang dibincangkan dan disokong dengan
beberapa hadis dan al-Quran. Antaranya ialah media sosial pembentukan masyarakat asas pembinaan masyarakat
islam dan media dan identiti budaya. Selain itu, Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja
mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang mudah didapati di media sosial tidak
sesuai untuk diketahui oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah sosial seperti pergaulan bebas
dalam kalangan remaja adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang terdapat dalam
media sosial. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat secara rasional, remaja akan
terpengaruh dengan melibatkan diri dalam gejala sosial.
CABARAN KETIGA : RAKAN SEBAYA
• Akhir sekali , rakan sebaya juga menyumbang kepada pembentukan masyarakat malaysia tentang
pendidikan. Rakan sebaya dapat mempengaruhi tingkah laku remaja.Contohnya, rakan sebaya yang
mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan
diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya juga yang saling berkongsi masalah yang sama
menyebabkan remaja merasa rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan sering
memberi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Sesetengah remaja juga sanggup
melakukan gejala sosial kerana ingin diterima oleh rakan-rakan yang lain. Mereka juga ingin
dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang telah ditunjukkan oleh rakan-rakan
KESAN PENGABAIAN PENDIDIKAN
HIDUPAN YANG TERUMBANG AMBING
PERTAMANYA, ILMU YANG DIABAIKAN AKAN MENYUMBANG
KEPADA KEHIDUPAN TERUMBANG AMBING DAN TIDAK
MENENTU.SESEORANG INDIVIDU YANG
KURANGBERPENDIDIKAN AKAN MENGALAMI MASALAH
KRONIK KETIKA MEMILIH KERJAYA.HAL INI
AKANMENYEBABKAN PELUANG UNTUK MENDAPAT
PEKERJAAN DAN MENYARA DIRI
MENJADITIPIS.KEBANYAKKAN PEKERJAAN DI LUAR SANA
MEMERLUKAN PENDIDIKAN SEBAGAI LANGKAH PERTAMA
MANAKALA KEBOLEHAN DIJEMPUT SELEPAS ITU.
MASALAH SOSIAL
SELAIN ITU, MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN
MASYARAKAT AKAN MENJADI .DENGANKATA
LAIN,TARAF KEHIDUPAN RAKYAT AKAN MENJADI
RENDAH DAN MENYEBABKAN MASALAH
KEMISKINAN.HAL INI BERMAKNA PENGANGGURAN
AKAN BERGANDA TANPA
BATASAN.APABILASESEORANG ITU GAGAL
MEMPEROLAH PEKERJAAN UNTUK MENYARA
DIRI,SECARA AUTOMATIKMEREKA AKAN MENGALAMI
MASALAH KEWANGAN.SEDANGKAN KEHIDUPAN
ABAD KE-21 PENUH CABARAN DAN ISU KEWANGAN
MENJADI ISI YANG PALING HANGAT.
JAWATAN BAWAHAN
DI SAMPING ITU,JIKA SESEORANG ITU BERJAYA
BERSAING DAN MENDAPAT PEKERJAAN,TERANG LAGI
BERSULUH BAHAWA SESEORANG ITU HANYA LAYAK
MENJAWAT JAWATAN YANG BERADA DI PERINGKAT
BAWAHAN.BAGI SESETENGAH INDIVIDU,TERNYATA
MEREKA MEMILIKI IMPIAN UNTUKMENJAWAT
JAWATAN YANG TINGGI MALAH IMPIAN MEREKA
HANYA SEKADAR MIMPI SELAMA LAMANYA TANPA
MENGGENGGAM PENDIDIKAN SEBAGAI KELAYAKAN
YANG PALING PENTING.HAL INI MAMPU
MEMPERTINGKATKAN KADAR STRES JIKA
DIFIKIRKAN.
STATUS KEHIDUPAN MEROSOT
SETERUSNYA,PENGABAIAN PENDIDIKAN AKAN
MENGAKIBATKAN STATUS KEHIDUPAN SESEORANG
ITU DALAM KALANGAN MASYARAKAT AKAN MENJADI
RENDAH.HAL INI TERBUKTIKERANA SESEORANG
YANG GAGAL MENUNTUT ILMU AKAN DILABELKAN
SEBAGAI SESEORANG YANGAKAN GAGAL MEMIKUL
TANGGUNGJAWAB MALAH TIADA MASYARAKAT YANG
BERANI MENARUHHARAPAN TINGGI ATAS
MEREKA.HAL INI TURUT MENDORONG ANGGAPAN
MASYARAKAT BAHAWAKEHADIRAN MERAKA TIDAK
PENTING.
CARA MENGATASI CABARAN DALAM
MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
TENTANG PENDIDIKAN
CARA MENGATASI CABARAN DALAM
MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG
PENDIDIKAN
• PERANAN IBU BAPA
• 1. PERANAN IBU BAPA
• Untuk mengatasi cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang pendidikan, ibu bapa perlu
memberitahu anak mereka tentang kepentingan belajar di sekolah. Sekiranya anak mereka berpendapat
bahawa belajar di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak mereka tentang sikap yang patut
diamalkan semasa belajar di sekolah jika anak mereka malas dalam belajar.
• Ibu bapa perlu mengubah sikap malas anak mereka dengan mengawasi anak mereka untuk membuat kerja
sekolah.Ibu bapa juga perlu mengawal masa anak mereka bermain permainan dalam telefon dan aplikasi
media sosial dalam telefon supaya anak mereka tidak ketagihan dengan bermain telefon dan lupakan kerja
sekolah.
• Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa memberi galakan dan motivasi kepada anak mereka apabila
anak mereka mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan sekolah, bukannya marah anak dan
asyik memberi tekanan kepada anak.
• Seterusnya, ibu bapa juga perlu mencarikan pusat tuisyen dan mendaftar nama bagi anaknya sekiranya
anaknya tak faham tentang sesetengah mata pelajaran supaya anak mereka dapat menambah pemahaman
terhadap mata pelajaran yang tak faham melalui kelas tuisyen selain daripada menghadiri kelas di sekolah.
Sekiranya ibu bapa faham tentang mata pelajaran yang anak tak faham, juga boleh mengajar anak mereka
tentang mata pelajaran tersebut.
CARA MENGATASI CABARAN
DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA
TENTANG PENDIDIKAN
• PERANAN
KERAJAAN
2. PERANAN KERAJAAN
• Untuk mengatasi cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang pendidikan, pihak k
erajaan perlu mengadakan kempen bertema tentang topik pendidikan di Malaysia
di seluruh Malaysia supaya masyarakat dapat memberi perhatian terhadap pendidikan di
Malaysia. Hal ini demikian kerana pendidikan itu penting bagi semua orang,
malah bagi sebuah negara untuk memupuk insan yang cemerlang dan dapat berkhidmat
untuk negara.
• Selain itu, pihak kerajaan juga perlu mewajibkan rakyat Malaysia yang berumur tujuh
tahun perlu mula menerima pendidikan, iaitu perlu belajar di sekolah rendah, selepas tamat
pengajian di sekolah rendah perlu meneruskan pengajian di sekolah menengah, hal ini supaya
semua rakyat Malaysia dapat diberi peluang untuk belajar.
• pihak kerajaan juga perlu menolong murid-murid yang mempunyai masalah kewangan dengan
memberi duit sara hidup kepada mereka dan memberi biasiswa kepada mereka yang mendapat
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran serta membantu mereka untuk menanggung yuran
pengajian murid tersebut untuk meneruskan pengajian di universiti sekiranya pelajar tersebut
mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM semasa sekolah menengah.
CARA MENGATASI CABARAN
DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA
TENTANG PENDIDIKAN
• PERANAN PIHAK
SEKOLAH
3. PERANAN PIHAK SEKOLAH
• Untuk mengatasi cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang pendidikan, pihak
sekolah perlu mengadakan kelas tambahan untuk semua mata pelajaran yang termasuk dalam
peperiksaan sekolah selain daripada sesi pelajaran yang ditentukan dari Isnin hingga Jumaat pada
masa yang ditetapkan bagi sesetengah pelajar yang lemah dalam sesetengah mata pelajaran supaya
mereka dapat lebih memahami mata pelajaran yang mereka tidak memahami dan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Hal ini demikian kerana semasa dalam kelas,
pelajaran di kelas dijalankan dengan cepat dan mereka yang tak memahami tentang bahagian
tersebut tak dapat bertanya.
• Selain itu, pihak sekolah juga perlu memberi perhatian kepada murid-murid yang lemah dalam
pelajaran, dan bukannya terus berputus asa terhadap mereka dan mengabaikan murid yang lemah
dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana, guru sekolah mempunyai kewajipan untuk mengajar
murid dan membimbing murid untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran tak kira murid itu
cemerlang atau tidak cemerlang dalam pelajaran,cacat atau tidak,sikap baik atau buruk.
• Di samping itu, pihak sekolah juga patut menguatkuasakan peraturan sekolah supaya kes ponteng
sekolah dapat dikurang secara berkesan. Hal ini disebabkan oleh pendidikan itu penting dan patut
memastikan semua pelajar berada di kelas masing-masing pada masa persekolahan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia berkembang
dengan pesat dari semasa ke semasa. Kementerian
Pendidikan Malaysia juga peka terhadap perubahan dunia
pendidikan dan menerapkan sistem pendidikan yang
bersesuaian selaras dengan global. Sebagai rakyat
Malaysia, saya berharap negara kita dapat meningkatkan
lagi sistem pendidikan kita dan menjadi sebuah negara yang
mempunyai sistem pendidikan yang terbaik.
SEKIAN TERIMA KASIH.