The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Moral - Konsep Moral & Konsep Nilai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mack Dillon Martin, 2023-02-22 10:05:45

Pendidikan Moral - Konsep Moral & Konsep Nilai

Pendidikan Moral - Konsep Moral & Konsep Nilai

MPU 13002 PENDIDIKAN MORAL TAJUK : Konsep Moral & Nilai NAMA PENSYARAH : Chong Chiew Ching NAMA PELAJAR : Mack Dillon (Q03SRD22F002) Catherine Louisiana (Q03SRD22F004) Edeline Grace (Q03SRD22F005)


KONSEP MORAL ▪ Konsep Moral Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. ▪ Kamus Dewan mendefinisikan ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan seperti kelakuan, kewajipan dll. ▪ Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan “mores” - bahasa Yunani yang membawa erti : tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. ▪ Seseorang yang berpegang pada pandangan yang tertentu akan mempengaruhi cara fikiran dan hidupnya dan seterusnya melahirkan insan yang berbeza dari aspek kemoralan. ▪ Cara seseorang guru atau ibu bapa mendidik murid atau anak akan dipengaruhi oleh pandangannya terhadap konsep moral.


KONSEP NILAI ▪ Nilai secara umum adalah konsep umum tentang sesuatu yang dianggap baik dimana keberadaannya dicitacitakan, diinginkan, dihayati, dan dilaksanakan dalam kehidupan sehari hari dan menjadi tujuan kehidupan bersama di dalam kelompok masyarakat tersebut, mulai dari unit kesatuan sosial terkecil hingga yang terbesar, mulai dari lingkup suku, bangsa, hingga masyarakat keseluruhannya. ▪ Konsep Nilai Kamus Dewan mendefinisikan nilai sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. ▪ Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. ▪ Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia.


Konsep baik merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakan. Berdasarkan gambar di atas, keluarga tersebut menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain dengan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Konsep benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti. Berdasarkan gambar di atas, keluarga tersebut meluangkan masa sesame sendiri dengan sama-sama berkerjasama mencuci dapur. Konsep patut bermaksud elok atau baik (perangai, perbuatan) layak sesuai, tidak berlebihan atau berkurangan. Ia juga memberi pertimbangan terhadap sesuatu standard yang diterima oleh manusia. Berdasarkan gambar di atas, hubungan dalam keluarga patut dieratkan supaya hubungan keluarga kekal bahagia. Contohnya, mereka telah meluangkan waktu bersama-sama dengan anak. KONSEP BAIK KONSEP BENAR KONSEP PATUT


RUMUSAN Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan kita dan tanamlah sikap moral dalam diri kita. Kita sebagai manusia tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan kita. Oleh itu, kita haruslah bersikap baik kepada orang lain tidak kira umur, agama, kaum dan latar belakang seseorang itu.


RUJUKAN ▪ https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/values-and-civilization-ii/konsep-moralkeperluan-etikamoral/27247033 ▪ http://salma217701.blogspot.com/2014/11/nilai-nilaimurni.html#:~:text=Nilai%20murni%20dapat%20didefinisikan%20sebagai,juga%20menjadi%20kriteria%20 atau%20ukuran. ▪ http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-baik-benardan-patut.html ▪ https://www.scribd.com/presentation/426605423/Konsep-Baik-Benar-dan-Patut-pptx


Click to View FlipBook Version