The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozihanogy, 2021-09-05 10:16:08

PEPERIKSAAN PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN EKONOMI KERTAS 2

SULIT* KELAS: …………
NAMA : ………………………………………………

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M20K2S1A S M K S A S M K S A S M K S A
944/2S SMKSASMK SASMKSA SMK SSAASSMMKKSSAASSMMKKSSAASSPMMPKKUSS1AAESSMMKKSSAASSMMKKSSAASSMMKKSSAA
SMKSASMK SASMKSA SMK
S
MKSASMKSA SMKSASMKSA
MKSASMKSA SMKSASMKSA

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S MMK SIAKSRMOKES AKSOMNK SOAMS MI K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A SKMEKRS ATS MAKSS A2S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A S M K S A

S MKSASMKSA SMKSASMKSA SMKSASMK SSAASSMM(2KKJSSAAASSMMM)KK SASMKSASM KSASMKSASMKSAS MKSASMKSA
S MKSASMKSA SMKSASMKSA SMKSASMK SASMKSASM KSASMKSASMKSAS MKSASMKSA

SMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSASMKSA

Arahan kepada calon

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.

Jawab SEMUA soalan dalam Bahagian A, EMPAT soalan dalam Bahagian B dan DUA
soalan dalam Bahagian C.

Ada DUA PULUH soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh EMPAT
pilihan jawapan. Pilih SATU jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Markah untuk soalan atau bahagian soalan dalam Bahagian B dan C diberikan dalam
tanda kurung ( )

944/2 SULIT
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

SULIT* 2

Bahagian A (20 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Pendapatan negara yang dihitung mengikut harga tahun asas dikenali sebagai

A keluaran negara benar
B keluaran negara potensi
C keluaran negara nominal
D keluaran negara kos faktor

2. Data pendapatan negara digunakan untuk

A menganalisis kuantiti keluaran
B mengukur kadar pengangguran
C menentukan kadar pertukaran asing
D merancang kegiatan sektor ekonomi

3. Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan

A nilai wang meningkat
B kadar bunga benar meningkat
C kos hidup masyarakat menurun
D tingkat kebajikan masyarakat menurun

4. Bagaimanakah dasar fiskal boleh mengatasi masalah inflasi?

A Meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan infrastruktur
untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan
masyarakat.

B Menurunkan cukai pendapatan untuk menggalakkan tabungan dalam
kalangan masyarakat yang akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan
isi rumah

C Meningkatkan cukai pendapatan isi rumah yang akan mengurangkan
pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan.

D Meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu masyarakat yang
terkesan dengan peningkatan kos sara hidup

5. Nilai pengganda pendapatan negara semakin besar apabila

A kecenderungan menabung sut menghampiri sifar
B kecenderungan mengguna sut menghampiri sifar
C kecenderungan menabung purata menghampiri sifar
D kecenderungan mengguna purata menghampiri sifar

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 3

6. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penggunaan (C) dan keluk
perbelanjaan agregat (AE) dalam sesebuah ekonomi.

Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?

A RM300 juta C RM1 000 juta
B RM325 juta D RM1 300 juta

7. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada
tahun 2009.

Butiran RM juta
Perbelanjaan penggunaan awam 74 669
Perbelanjaan penggunaan swasta 278 872
Pembentukan modal kasar awam 58 506
Pembentukan modal kasar swasta 52 492
Eksport barang dan perkhidmatan 559 537
Import barang dan perkhidmatan 488 691
Perubahan stok -14 289
Pendapatan faktor bersih luar negeri -24 565

Berapakah Keluaran Dalam Negeri Kasar?

A RM496 531 juta C RM535 385 juta
B RM521 096 juta D RM545 661 juta

8. Antara rumus-rumus yang berikut, yang manakah betul?

A KDNKhp – (Subsidi + Pendapatan faktor bersih) = KDNKkf
B KDNKhp – (Subsidi – Cukai tak langsung) = KDNKkf
C KDNKhp – (Cukai tak langsung – Subsidi) = KDNKkf
D KDNKhp + (Pendapatan factor bersih + Cukai tak langsung) = KDNKkf

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 4

9. “ Wang dapat mengatasi masalah memiliki barang mudah rosak”

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah fungsi wang?

A Wang sebagai alat pengukur nilai
B Wang sebagai alat simpanan nilai
C Wang sebagai alat bayaran tertunda
D Wang sebagai alat perantaraan pertukaran

10. Pada kadar bunga ro, permintaan wang untuk urusniaga dan awasan ialah
RM1500 dan permintaan wang untuk spekulasi ialah RM1000. Peningkatan kadar
bunga pada r1 menyebabkan permintaan wang untuk spekulasi berkurang kepada
RM200. Berapakah jumlah permintaan wang di pasaran pada kadar bunga r1 ?

A RM800 C RM1700
B RM1500 D RM2300

11. Andaikan dalam suatu ekonomi, penawaran wang ialah RM200 juta, tingkat harga
umum ialah RM20 juta dan jumlah urusniaga ialah RM400 juta.
Berdasarkan Teori Kuantiti Wang, berapakah tingkat harga umum yang baru jika
penawaran wang berkurang sebanyak RM150 juta ?

A RM20 juta C RM10 juta
B RM15 juta D RM5 juta

12. Berikut adalah langkah dasar kewangan yang paling berkesan untuk mengatasi
masalah inflasi kecuali…

A meningkatkan nisbah rizab berkanun
B meningkatkan nisbah rizab tunai
C meningkatkan pembelian surat jaminan kerajaan
D meningkatkan kadar bank

13. Andaikan simpanan permulaan di bank perdagangan ialah RM2 000 dan nisbah
rizab ialah 20%.
Berapakah jumlah pinjaman yang dapat dicipta setelah melalui tiga peringkat
proses penciptaan kredit ?

A RM1 200 C RM3 904
B RM2 280 D RM4 723.20

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 5

14. Kadar pertukaran asing ialah

A nilai mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang
asing

B nilai mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai kadar syarat
perdagangan

C nilai pertukaran mata wang sesebuah negara
D nilai mata wang sesebuah negara pada tahun tertentu

15. Salah satu kesan tarif terhadap ekonomi sesebuah negara ialah

A penawaran barangan import akan bertambah
B harga dan kuantiti jualan bagi barang pengganti import tempatan akan

jatuh
C penggunaan dalam barangan keluaran tempatan akan bertambah
D harga barang import di pasaran tempatan tidak berubah

16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran barang
pengguna dan barang modal bagi sebuah negara sebelum dan selepas perdagangan
antarabangsa.

Negara tersebut akan…

A mengimport 80 unit barang pengguna
B menggunakan 80 unit barang pengguna
C mengeksport 70 unit barang modal
D menggunakan 90 unit barang modal

17. Yang manakah bukan bentuk sekatan terhadap perdagangan antarabangsa?

A Kawalan pertukaran asing C Kuota import
B Subsidi import D Piawaian kesihatan dan

Keselamatan

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 6

18. Berikut merupakan kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM) dengan
mata wang Dolar Singapura (S$) dan Yen Jepun pada tahun 2010.

S$1 = RM2.3442
100 Yen Jepun = RM3.6943

Kadar pertukaran antara mata wang S$ dengan Yen Jepun ialah…

A S$1 = Yen 63.45 C S$1 = Yen 369.43
B S$1 = Yen 234.42 D S$1 = Yen 866.02

19. Apabila mata wang sesebuah negara didapati terlebih nilai, ini bermakna

A eksport negara itu dijangka meningkat manakala import dijangka
berkurangan

B eksport negara itu dijangka merosot manakala import dijangka meningkat
C import dan eksport negara itu dijangka meningkat
D import dan eksport negara itu dijangka merosot

20. Berikut merupakan kesan devaluasi kecuali…

A harga barang eksport semakin murah
B harga barang import semakin mahal
C imbangan perdagangan semakin buruk
D imbangan pembayaran semakin baik

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 7

Bahagian B (40 markah)

Jawab empat soalan sahaja.

21. Terangkan maksud konsep-konsep berikut dan kesannya terhadap ekonomi.

a) pengangguran dan kadar pengangguran (5)
b) inflasi dan kadar inflasi (5)

22. Huraikan LIMA faktor yang menghadkan proses penciptaan wang. (10)

23. Berdasarkan Teori Keutamaan Kecairan Keynes, tunjukkan bagaimana
pengurangan penawaran wang akan mempengaruhi :

a) kadar bunga (3)
b) jumlah pelaburan (3)
c) pendapatan negara (4)

24. a) Jelaskan maksud faedah berbanding. (2)
b)
Dengan menggunakan jadual, terangkan bagaimana faedah berbanding

boleh memberi keuntungan kepada sesebuah negara yang sedang

menjalankan perdagangan antarabangsa. (8)

25. a) Nyatakan EMPAT kesan negatif perdagangan antarabangsa terhadap
b)
ekonomi sesebuah negara. (4)

Terangkan TIGA tujuan sekatan dikenakan oleh kerajaan ke atas

perdagangan antarabangsa. (6)

26. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan

a) penentuan kadar pertukaran asing dalam sistem kadar pertukaran

boleh ubah. (6)

b) naik nilai dan susut nilai. (4)

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 8

Bahagian C (20 markah)

Jawab DUA soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
mengikut agregat permintaan Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2010
(RM juta).

Jenis Perbelanjaan Tahun 2009 Tahun 2010
A. Perbelanjaan penggunaan
74 669 74 854
Awam 278 872 297 692
Swasta
B. Pembentukan modal tetap kasar 58 506 63 391
Awam
Swasta 52 492 60 446
C. Perubahan dalam stok
D. Eksport barang dan perkhidmatan -14 289 6 203
E. Import barang dan perkhidmatan
559 537 624 460

488 691 569 598

(Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011)

a) Hitung KDNK pada tahun 2009 dan tahun 2010. (2)
b) Apakah maksud,
(1)
(i) perbelanjaan penggunaan swasta (1)
(ii) pembentukan modal tetap kasar swasta

c) (i) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan

swasta terhadap KDNK pada tahun 2009 dan tahun 2010. (2)

(ii) Adakah peranan perbelanjaan penggunaan swasta semakin

penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia ? (1)

d) (i) Hitung peratus sumbangan sektor awam terhadap KDNK pada

tahun 2009 dan tahun 2010. (2)

(ii) Adakah peranan sektor awam semakin penting dalam pertumbuhan

ekonomi Malaysia ? (1)

28. Berikut adalah maklumat tentang suatu ekonomi tertutup (RM juta)

Fungsi penggunaan C = 1500 + 0.75Yd
Fungsi pelaburan I = 1000
Fungsi cukai T = 400
Perbelanjaan kerajaan G = 700
Pendapatan boleh guna Yd = Y – T

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 9

a) Tentukan nilai keseimbangan pendapatan negara :

(i) ekonomi 2 sektor. (1)
(ii) ekonomi 3 sektor. (2)

b) Sekiranya keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga
penuh ekonomi 3 sektor adalah pada RM14 000 juta, kira nilai :

(i) jurang KNK (1)
(ii) lompang inflasi atau deflasi (1)

c) Bagaimanakah kerajaan dapat menutup lompang tersebut menggunakan

dasar percukaian sahaja ? (3)

d) Sekiranya ekonomi tersebut menjadi ekonomi terbuka dengan

Eksport (X) = 1 200
Import (M) = 500 + 0.15Y

Hitung saiz eksport bersih pada keseimbangan. (2)

29. Jadual di bawah menunjukkan akaun semasa imbangan pembayaran Malaysia
bagi tahun 2010 hingga tahun 2013.

Akaun semasa imbangan pembayaran Malaysia

Butiran 2011 2012 2013

Eksport 699 591 686 047 679 123

Import 548 026 560 857 570 892

Pengangkutan -25 064 -27 994 -30 280

Perjalanan perkhidmatan 28 959 24 821 29 424

Lain-lain -10 168 -13 037 -15 840

Pendapatan pelaburan -21 806 -36 050 -34 126

Pindahan bersih -21 061 -18 469 -17 504

(Sumber : Laporan Ekonomi 2013/2014)

a) Terangkan konsep-konsep berikut:

(i) imbangan akaun dagangan (1)
(ii) imbangan akaun perkhidmatan (1)
(iii) imbangan akaun semasa (1)

b) Hitung nilai

(i) imbangan perdagangan (1)
(ii) imbangan akaun semasa bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 (2)

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT* 10

c) Kira kadar perubahan dalam imbangan akaun semasa pada tahun 2012

dan 2013. (2)

d) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pendapatan (1)
pelaburan ? (1)

(ii) Beri DUA alasan mengapakah nilainya sentiasa negatif ?

SOALAN TAMAT

944/2 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*


Click to View FlipBook Version