The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Blue and Gray Minimalist Business Coach Marketing Presentation (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiiqaazz, 2021-11-15 18:22:24

Blue and Gray Minimalist Business Coach Marketing Presentation (1)

Blue and Gray Minimalist Business Coach Marketing Presentation (1)

E PORTFOLIO
SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA
MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)


BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BM
DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: AFIQAH ASNA BINTI ZULKIFLI
NO. KAD PENGENALAN: 021204-08-0472

ANGKA GILIRAN: 2021192310079
NAMA PENSYARAH: AZIM NORMIZA AHMAD

TARIKH HANTAR: 15 NOVEMBER 2021
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS: 18 OKTOBER 2021

PENGENALAN

Setiap kelompok di dunia ini mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri
yang bersesuaian dengan keadaan alam dan keperluan hidup masing-masing. Pertuturan ini
merangkumi kosa katanya sendiri, cara penyampaian, istilah dan nahu. Di samping itu, bahasa
merupakan perantara maklumat dan komunikasi antara bangsa itu sendiri. Tanpa bahasa, setiap
maklumat yang hendak disampaikan tidak tercapai dan komunikasi antara mereka akan menjadi
tidak berkesan. Seterusnya, bahasa dapat dikategorikan kepada bahasa lisan, bahasa tulisan dan
bahasa isyarat.

Selanjutnya, bahasa Melayu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebelum bahasa Melayu
berkembang, bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang dituturkan atau digunakan oleh
masyarakat di seluruh kawasan Nusantara. Oleh itu, kita dapat rumuskan bahawa bahasa Melayu
adalah bahasa milik bangsa Melayu. Penulisan ini akan membincangkan tentang sejarah
perkembangan sistem ejaan rumi, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan
sistem ejaan rumi serta cabaran sistem ejaan rumi masa kini.

PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI SEBELUM
MERDEKA

Bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan pada awal abad ke-
20. Maka keperluan kepada sistem ejaan Rumi ini menjadi utama. Selain
itu, Penyusunan satu sistem ejaan dan tulisan Rumi yang seragam serta
lebih mudah diperlukan bagi menggantikan sistem ejaan dan tulisan Jawi.

Sistem Ejaan Wilkinson

Sistem Ejaan Fajar Asia Sistem ejaan Rumi Sistem Ejaan Zaaba
yang pernah digunakan

Sistem Ejaan Rumi Kongres

R J WILKINSON

Sistem Ejaan Wilkinson

Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila pihak
atasan menyedari hakikat betapa pentingnya keseragaman ejaan. R J Wilkinson merupakan seorang
pegawai pemerintah lnggeris yang telah menyusun sebuah kamus berjudul 'Malay-English Dictionary'
setebal 1300 halaman pada tahun 1895.

Sistem yang disusun oleh Wilkinson kemudiannya terkenal sebagai Sistem ejaan Wilkinson.
Tujuannya adalah untuk kepentingan persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu atas
arahan pemerintah pada tahun 1902. Sistem ejaan Wilkinson ini adalah perbaikan kepada sistem ejaan
yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang banyak mengaplikasikan kaedah tulisan rumi Shellabear,
kaedah baba peranakan dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda. Oleh itu, semua sekolah umum telah
mengaplikasikan Ejaan Wilkinson ini dan Ejaan Rumi Wilkinson telah digunakan dalam semua kamus
dan penerbitan karya Wilkinson yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an

Ciri-Ciri Sistem Ejaan Wilkinson:

Menerapkan huruf-huruf vokal a, e (taling), e (pepet), i, o dan u.
Menggunakan rangkap konsonan ch bagi menggambarkan bunyi c, sh bagi menggambarkan
bunyi sy (ejaan sekarang), kh, ng, ny, th, db dan dz.

Sistem Ejaan Fajar Asia

Sistem ini telah diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar Asia. Sistem ini bertujuan
untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu pada ketika Sumatera dan Malaya disatukan di bawah satu
pemerintahan. Sistem ejaan ini cuba untuk mengekalkan penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson/Za'ba tetapi
menggunakan vokal Ophuysen kecuali o, e digantikan dengan u. Ejaan Fajar Asia ini dijadikan sebagai ejaan rasmi
oleh Angkatan Sasterawan 50.

ZAABA

Sistem Ejaan Zaaba

Sistem ejaan Za'ba atau ringkasan daripada Zainal Abidin bin Ahmad ini juga dikenali sebagai ejaan Sekolah. Za’ba
telah melakukan perbaikan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Pada kata pendahuluan di dalam buku Risalah Petua Ejaan
Rumi Melayu di Malaya' diterbitkan oleh Department of Malay Studies, University of Malaya dalam tahun 1955, Za'ba telah
menyentuh mengenai hal ini.

"Ejaan Rumi Melayu yang di-atorkan di-sini ia-lah mengikut kaedah yang biasa di-sebut di Malaya "ejaan sekolah", iaitu
chara ejaan yang mula2 telah ditetapkan guru besar-nya oleh Tuan RJ. Wilkinson dalam tahun 1902 dan kemudian telah
di-pakai-nya dalam kamus Melayu lnggeris karangannya sendiri, dan juga dipakai dengan. sedikit ubahan dalam semua

kamus Melayu-lnggeris dan lnggeris-Melayu yang disusun kemudian daripada itu, kechuali Kamus Shellabear (1902-
1916)".

Ciri-Ciri Sistem Ejaan Zaaba:

Mengandungi huruf-huruf saksi a, e, i, o dan u serta rangkap konsonan seperti mana yang digunakan oleh
Wilkinson. Kecuali penyelarasan penggunaan vokal pada perkataan yang berakhiran huruf k, h, r dan ng.

Kelemahan Sistem Ejaan Zaaba

Sistem ini agak sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson.
Sistem ini menggunakan kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf yang mengakibatkan
ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan penggunaan tulisan Rumi.

Sistem Ejaan Rumi Kongres

Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah
diadakan di Singapura pada tahun 1952, kedua di Seremban pada tahun 1954 dan ketiga di Singapura dan Johor Baharu
pada 16-21 September 1956. Dalam Kongres Bahasa Melayu ketiga (1956), masalah ejaan Rumi diberi perhatian berat.
Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal, antaranya untuk memperbaiki Sistem Ejaan
Za’ba. Selanjutnya, Sistem ejaan baru ini dikenali sebagai ‘Sistem Ejaan Kongres’ yang telah dipersetujui oleh Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.

Perbezaan telah ditetapkan semula dari segi Perubahan dalam penggunaan Pembaharuan dari segi perbezaan mengeja
keserasian vokal dalam suku kata awal dan kata-kata partikel beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan
suku akhir tertutup. Kongres menetapkan supaya perkataan dieja
Prinsip Sistem Ejaan berdasarkan sebutannya yang asal.
Ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan Rumi Kongres
sistem fonologi bukan fonetik, iaitu Tanda sempang dihapuskan penggunaannya
melambangkan satu fonem dengan satu (yang menyalahi sama sekali dengan sistem
grafem atau huruf sahaja Za’ba yang banyak sekali menggunakan
sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja

PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI SELEPAS
MERDEKA

Sistem Ejaan Kongres (1957)

Sistem Ejaan Kongres (1957) dicapai setelah pembentangan dua kertas kerja yang dibentangkan oleh Angkatan
Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu
Malaya III di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956. Kongres II memutuskan menerima ejaan Rumi sebagai
ejaan rasmi bahasa Melayu setelah diadakan satu kajian yang panjang semenjak keputusan Kongres I pada tahun
1952 dulu. Di bawah sistem ejaan kongres terdapat Sistem Ejaan ASAS 50. Sistem ejaan ASAS 50 adalah ejaan yang
digunakan penulis-penulis ASAS 50 dan penulis-penulis muda angkatan lima puluhan. Sistem ini tidak banyak
berbeza dengan sistem Fajar Asia yang telah diperkenalkan pada tahun 1943 dulu.

SISTEM EJAAN PBMUM

Sistem ini dikemukakan sebagai cadangan oleh PBMUM di Kongres Persuratan dan
Bahasa Melayu Ke-III pada tahun 1956.

Menolak penggunaan huruf- Cadangan-Cadangan Memisahkan penggunaan 'pun',
huruf kembar atau rangkap PBMUM baik yang berertikan
'juga' atau sebaliknya.
konsonan
Tidak ada perbezaan antara
Ejaan Malaya hendaklah segera fonem 'ain' dan fonem
disatukan dengan ejaan 'hamzah'.
Indonesia

EJAAN KONGRES (1956)

Hasil daripada perbincangan kertas cadangan ASAS 50 dan PBMUM, maka beberapa keputusan telah
dibuat dan sistem yang dipersetujui dikenali sebagai Ejaan Kongres. Dalam tahun 1957, Dewan Bahasa dan
Pustaka menerbitkan risalah bahasanya dengan judul 'Kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu'. Sistem
baru ini adalah merupakan sistem sepenuhnya yang diterima dalam Kongres 1956 itu.

EJAAN MELINDO

Oleh kerana terdapat beberapa desakan daripada pengguna bahasa, maka sebuah jawatankuasa telah dibentuk
untuk menghalusi Ejaan Kongres dan membuat hubungan dengan pihak Indonesia bagi tujuan penyelarasan. Akhimya
hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila sidang pertama antara jawatankuasa Ejaan Rumi Baru Persekutuan dengan
Jawatankuasa/PanitiaEjaan (Indonesia) yang berlangsung pada 7 Disember 1957. Dalam perundingan
tersebut satu persetujuan telah diambil berdasarkan kepada gagasan iaitu ejaan yang dipersetujui hendaklah disebut
Ejaan Melayu-Indonesia atau singkatannya "Ejaan Melindo".

Persetujuan yang dicapai dalam sistem ejaan Melindo :

Sistem ini mengandungi 6 huruf vokal (a,e,e,i,o dan u), tiga diftong (ay, aw dan oy).
Fonem f, s dan z hendaklah digunakan untuk menggambarkan kata-kata asing.

Sistem ini dijangkakan akan digunakan sepenuhnya dalam tahun 1964 tetapi kerana
terdapat perselisihan politik antara Malaysia dan Indonesia, persetujuan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya. Seterusnya, Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura
berpendapat bahawa Sistem Ejaan Rumi Bahasa Kebangsaan Singapura hendaklah selaras
dengan Sistem Ejaan Melindo sebagaimana yang telah disetujui oleh negara-negara Nusantara.
Di samping itu, Kongres tersebut telah menyarankan agar nama Melindo ditukar kepada
Malindos singkatan daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura.

SISTEM EJAAN BARU (1972)

Seperti yang mana kita tahu, sistem ejaan Melindo ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya perselisihan politik
antara Malaysia dan Indonesia. Tetapi usaha ini hanya disambung semula pada tahun 1966 iaitu setelah tamatnya
konfrantasi antara dua negara ini. Beberapa rundingan telah diadakan dengan menghasilkan kesefahaman yang lebih
konkrit antaranya:

Mengadakan usahasama yang berterusan dalam merancangkan pembinaan bahasa untuk jangka masa yang panjang.
Meningkatkan bahan-bahan berkenaan dengan bahasa dan sastera.
Menyelaraskan pemakaian istilah-istilah.

Akhimya setelah mengadakan beberapa kali pusingan rundingan, maka pada tahun 16 Ogos 1972, pelaksanaan
ejaan bersama Indonesia-Malaysia yang dikenali dengan nama Sistem Ejaan baru (di Malaysia) dan Sistem Ejaan
yang disempumakan (di Indonesia) telah diistiharkan penggunaan rasminya

PERANAN DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM

EJAAN RUMI

DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)

Pengenalan

Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dinaiktaraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi
Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi kuasa
autonomi bagi menggubal dasarya yang khusus, seperti menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa
dan sastera serta menjalankan kegiatan penerbitan buku secara kompetitif menurut prinsip dan profesion penerbitan.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi lebih penting schingga penubuhan ini diktiraf oleh kerajaan sebagai
Badan Berkanun oleh Akla Parlimen 1959 dalam memantapkan lagi bahasa sastera.

Tujuan Penubuhan DBP

Memainkan peranan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi
Bertanggungjawab menyalurkan atau menyebarkan istilah baru secara berkesan kepada semua pihak yang
memerlukannya.
Mencetak / menerbitkan / membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain
bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud
mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa
Menyusun kamus am dan kamus istilah dalam berbagai-bagai bidang ilmu.

CABARAN SISTEM EJAAN
RUMI MASA KINI

PENGENALAN

Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu
pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara, khususnya pada zaman kemasyuran
Kesultanan Melayu Melaka (Dewan Bahasa, Mac 2012). Namun begitu, pada era kini, kebanggaan
terhadap bahasa Melayu semakin tenggelam oleh kerana pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi
hari demi hari.

Cabaran Sistem Ejaan Rumi masa kini

Persaingan dengan bahasa Inggeris

Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak
dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan
hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris (Ridzuan Kamis, 2012).
Seterusnya tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh penggunaan bahasa Inggeris begitu sukar ditepis,
malah terpaksa diterima kerana bahasa itu merupakan bahasa ilmu dan komunikasi sejak berzaman
lamanya. Dalam erti kata lain, bahasa Melayu sendiri banyak meminjam perkataan daripada bahasa
Inggeris lalu diserapkan ke dalam kosa kata bahasa Melayu.

Persepsi negatif terhadap bahasa Melayu

Bahasa Melayu sebenarnya bukan menghadapi masalah bahasa, tetapi masalah luar daripada bahasa itu
sendiri, iaitu permasalahan yang berkaitan dengan sikap atau persepsi tidak yakin terhadap kemampuan bangsa
tersebut. Permasalahan ini telah menular daripada golongan rakyat bawahan sehinggalah ke peringkat golongan
pemimpin (Hamdan & Rohana, 2012).

Kemampuan guru mengajar bahasa Melayu

Ini kerana akibat kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu yang menyebabkan subjek ini terpaksa diajar oleh guru
opsyen lain. Faktornya pada masa kini, kegilaan para pentadbir sekolah untuk mendapatkan guru-guru Bahasa Melayu yang
berkualiti mengajar di sekolah mereka sudah tiada lagi seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an. Pada mereka, subjek Bahasa
Melayu bukan lagi subjek penting yang harus menduduki tempat tertinggi di sekolah. Di samping itu, isu ini berlaku kerana
kekurangan pengetahuan dalam kalangan guru bahasa Melayu itu sendiri. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, jelaslah
bahawa penggunaan bahasa Melayu pada peringkat yang paling asas pun masih belum mantap dalam kalangan bakal guru
yang sedang mengikuti program pengkhususan Bhasa Melayu, inikan pula guru-guru yang tidak terlatih langsung dalam ilmu
bahasa ini (Dewan Bahasa, Mei 2010).

Pencemaran bahasa akibat pengaruh teknologi semasa

Penggunaan sistem mesej singkat (SMS), yang menular terutama dalam kalangan remaja dan pelajar. Hal ini
merujuk bahasa singkatan yang sering digunakan seperti "ko” (engkau), “amik” (ambil), “yg” (yang), “dr” (dari),
“mkn” (makan), “askum” (assalamualaikum) dan “awk” (awak). Hal ini menunjukkan betapa tercemarnya bahasa
Melayu dalam konteks komunikasi massa. Perkataan yang disingkatkan ini dilihat mencemarkan budaya fikir
bangsa Malaysia. Hal ini menampakkan tiada kesedaran patriotik terhadap bahasa sendiri. Jika perkara ini
dibiarkan bahasa Melayu akan terus terpinggir dan seakan-akan hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa lain
di dunia komunikasi.

Penggunaan bahasa rojak

Bahasa rojak ialah bahasa yang terhasil campuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan
juga bahasa-bahasa lain ke dalam pertuturan dan penulisan (Ridzuan Kamis, 2012). Kecenderungan mencampur
adukkan bahasa timbul dipercayai kerana didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu bahasa atau
merasakan perkataan bahasa Inggeris boleh meberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya
daripada menggunakan bahasa Melayu.

Pengaruh dialek terhadap bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah bahasa yang berkembang secara evolusi dan unik bertambah pula dengan adanya dialek
daerah, seperti dialek Utara, dialek Kelantan, dialek Terengganu dan dialek Perak, serta sukuan Sabah, bahasa sukuan
Sarawak dan sebagainya. Terdapat beberapa sarjana bahasa menyatakan banyak dialek dan slanga dalam bahasa Melayu
sedikit sebanyak menjadi penghalang dan kekangan kepada perkembangan serta kebakuan bahasa Melayu. Jika dilihat
dalam konteks negara Malaysia sendiri, dialek percakapan yang wujud sebenarnya atas faktor geografi dan asal usul serta
susur galur keturunan.

RUMUSAN

Kesimpulannya, diharapkan agar kita dapat bersama mengangkat tulisan Rumi
ini yang merupakan khazanah negara ke pentas dunia. Oleh hal yang demikian, kita
sebagai penduduk asal Malaysia perlu untuk bersama-sama mengkaji bahasa dan
tulisan supaya tak jatuh dek zaman. Selanjutnya, kita haruslah bersama berganding
bahu untuk memikirkan cara bagi mengatasai segala cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam memartabatkan tulisan Rumi ini. Di samping itu, terdapat beberapa pihak yang
perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan
rumi ini. Akhir sekali, semoga kita dapat bersama-sama melibatkan diri serta
membantu dalam memajukan dan mengekalkan tulisan Rumi ini hingga ke akhir
zaman.

RUJUKAN


Click to View FlipBook Version