Plagiat adalah perbuatan yang mengambil perkataan, idea, gambar, dan sebagainya daripada
seorang penulis(pemilik) dan mempersembahkannya sebagai kepunyaan diri sendiri. Perbuatan ini
melanggar etika dalam penulisan kerana adanya unsur ketidakjujuran dalam penulisan tersebut. Ini
kerana, penulis itu mencuri dan menciplak hasil karya penulis(pemilik) yang lain tanpa memberikan
kredit kepada penulis asal. Hal ini berlaku kerana, penulis kesuntukkan masa untuk mengejar tarikh
penghantaran tugasan dan lambakan tugasan yang perlu dihantar dalam tempoh masa yang
terdekat, kekurangan maklumat, sikap penulis yang malas untuk mengeluarkan idea, sikap penulis
yang ingin menyiapkan tugasan dengan cepat dan kurangnya kesedaran tentang plagiarisme
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi amalan plagiat:
➢ Bermula dari individu itu sendiri.
➢ Penulis perlulah lebih teliti dalam menghasilkan penulisan ilmiah dengan mendapatkan
maklumat sendiri tanpa menciplak hasil karya penulis lain.
➢ Penulis juga haruslah menyatakah sumber rujukan. Hal ini penting untuk memberi kredit
kepada penulis asal.
➢ Seorang penulis itu perlulah mahir dalam menyusun kata-kata atau melakukan paraphrasing.
Hal ini demikian supaya penulisan yang dihasilkan tidak menggunakan ayat penulis asal
tetapi tidak pula mengubah maksud asal yang ingin disampaikan.
➢ Para pensyarah sepatutnya memberikan bimbingan dan kesedaran kepada para pelajar
tentang cara menulis penulisan ilmiah yang baik tanpa unsur plagiat. Hal ini kerana, jika
pensyarah itu sendiri bersifat acuh tak acuh berkemungkinan besar pelajar tidak berasa
bersalah untuk melakukan plagiat