BUKU PERATURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED
YBE 1203
TEL : 082 240580
FAX : 082 240580
EMEL : [email protected]
1
KANDUNGAN MUKASURAT
3
1: Peraturan-peraturan Am Sekolah Bahagian Kuching 4-9
9
Fasal 1 : Pakaian Seragam sekolah 10
11
Fasal 2 : Rambut
11-12
Fasal 3 : Waktu persekolahan dan kehadiran pelajar 12
12-13
Fasal 4 : Tidak mementingkan masa 13
13
Fasal 5 : Kebersihan 14
14-15
Fasal 6 : Berbohong / menipu dan bersubahat 15
15
Fasal 7 : Amalan murni 16
16
Fasal 8 : Yuran 16
17
Fasal 9 : Perhimpunan 17
17
Fasal 10 : Bilik Darjah 17
18
Fasal 11 : Gerak kerja kurikulum 18
18-19
Fasal 12 : Kegiatan Kokurikulum 19-20
20
Fasal 13 : Amal Ibadat
Fasal 14 : Harta Benda Sekolah
Fasal 15 : Salah Laku Umum
Fasal 16 : Lawatan Sambil Belajar
Fasal 17 : Pelawat
Fasal 18 : Kantin
Fasal 19 : Pusat Sumber Sekolah
Fasal 20 : Makmal Sains
Fasal 21 : Bilik Kaunseling dan Kerjaya
Fasal 22 : Makmal Komputer
Fasal 23: : Bilik-bilik Khas / Kawasan larangan
Fasal 24 : Kes salahlaku kategori berat
Fasal 25 : Kesalahan yang tidak dicatat
2
PERATURAN-PERATURAN AM SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING
PENGENALAN
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 9/1975, menyatakan tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan sekolah
masing-masing secara bertulis.Peraturan ini hendaklah mengandungi maksuyang jelas dan murid-murid metilah
mengetahuinya. (Kementerian Pendidikan Malaysia, pekelililng-pekeliling Ikhtisas dan Surat-surat Siaran DBP,
Kuala Lumpur, 1988 ms.162)
Penggubalan peraturan-peraturan sekolah adalah berasaskan peraturan pelajaran yang terkandung di dalam
surat-surat pekeliling (kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri) yang di keluarkan dari semasa ke
semasa:
Nilai-nilai agama, Rukun Negara, latar belakang sosio budaya masyarakat setempat, kemudahan dan keadaan
fizikal sekolah dan prinsip-prinsip asasi disiplin dan peraturan ini dinamakan Peraturan Sekolah (.Kementerian
Pendidikan Malaysia., Pengukuhan Disiplin Peringkat Sekolah. DBP, KL, 1998 m.s 18)
Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu dididik agar mematuhi peraturan dan disiplin yang dapat memenuhi apa
yang dihasratkan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Negara inginkan seorang insan yang bukan hanya
berpengetahuan tinggi, tetapi juga seorang yang berbudi pekerti mulia dan mempunyai amalan hidup yang sihat.
3
TATACARA DISIPLIN SEKOLAH
FASAL 1 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
KP (BS) 8591 /Jid. 11/ (2) Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983
Pakaian seragam murid-murid sekolah.
KP (BS) 8591 /Jid. 11/ (39) Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1985
Pakaian seragam murid-murid sekolah. (pindaan)
1) PAKAIAN MURID LELAKI
a) BAJU
i) Warna putih bersih
ii) Berlengan pendek, berkolar dan mesti berbutang putih sepenuhnya.
iii) Mempunyai satu poket sahaja iaitu di sebelah kiri bahagian dada.
iv) Kaki baju hendaklah di masukkan ke dalam seluar secara sempurna.
v) Bersaiz sederhana besarnya dengan pemakai.
vi) Dibenarkan memakai singlet putih sahaja di bahagian dalam.
vii) Memakai lencana dan tanda nama di bahagian atas poket.
b) SELUAR
i) Berseluar panjang
ii) Berwarna biru kehitam-hitaman.
iii) Labuhnya di antara buku lali dan tapak kaki.
iv) Lebar kaki seluar berukuran 16 inci hingga 18 inci sehingga paras lutut dan tidak dibenarkan berlipat.
v) Saiz lebar pinggang seluar hendaklah kurang daripada 1.5 inci.
vi) Bentuk seluar adalah potongan ‘slack’ dan bukan bentuk ‘jeans’.
vii) Butang besi / logam tidak dibenarkan.
viii) Hanya poket bertebuk di sisi kiri dan kanan seluar dan di bahagian belakang sahaja dibenarkan.
ix) Poket bahagian belakang (punggung) boleh ditutup tetapi dengan hanya satu penutup sahaja dan tidak
berlapis.
x) Pemakaian ‘buckles’ tidak dibenarkan.
4
c) TALI PINGGANG
Tali pinggang sekiranya digunakan mestilah berwarna hitam, lebarnya tidak melebihi 1 inci dengan
kepala tali pinggang tidak melebihi 1.5 inci dan tanpa hiasan.
d) STOKIN
Semua pelajar mesti memakai stokin berwarna putih sahaja.
e) KASUT
i) Kasut mesti dipakai sepanjang sesi persekolahan.
ii) Warna kasut adalah putih/hitam bersih sahaja.
iii) Kasut Kanvas
iv) Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu pembelajaran.
v) Kasut berbentuk kung-fu atau kasut kulit dilarang sama sekali.
vi) Tali kasut mesti dipakai bagi kasut jenis bertali.
f) AM
i) Pakaian seragam yang ‘fancy’, bertampal dan berconteng tidak dibenarkan.
ii) Pemakaian songkok hitam atau kopiah putih sahaja dibenarkan untuk upacara keagamaan atau majlis
berkaitan.
5
2) PAKAIAN MURID PEREMPUAN MUSLIM
a) BAJU
i) Baju kurung berpesak, potongan tradisional dan berleher teluk belanga.
ii) Berwarna putih bersih dan tidak jarang.
iii) Saiznya sederhana dengan pemakainya.
iv) Lengan bajunya tidak berlipat dan digalakkan memakai butang kelip.
v) Labuhnya separas dengan lutut.
vi) Memakai simis (kain dalam wanita) bagi semua pelajar.
vii) Coli/ bra mesti dipakai.
b) KAIN SARUNG
i) Kain susun atau kain kembang labuh.
ii) Berwarna biru ‘torquise’ sahaja.
iii) Tidak jarang
iv) Labuhnya di antara buku lali dan tapak kaki.
v) Saiznya sederhanan dengan pemakainya.
vi) Kain dalam mesti dipakai.
c) MINI TELEKUNG / TUDUNG
i) Semua mesti memakai tudung berwarna putih bersih tanpa sebarang hiasan.
ii) Boleh berbentuk tiga segi atau bulat dan hendaklah bertangkup pada bahagian hadapan.
iii) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada pada bahagian hadapan dan belakang.
iv) Anak tudung mesti dipakai dan warna yang dibenarkan hanya warna putih atau hitam sahaja.
v) Jarum peniti bagi mengemaskan pemakaian tudung mesti dipakai pada sebelah kiri dankanan tudung.
d) STOKIN
Semua murid mesti memakai stoking berwarna putih sahaja.
6
e) KASUT
i) Kasut mesti dipakai sepanjang sesi persekolahan.
ii) Warna kasut adalah putih/hitam bersih sahaja.
iii) Kasut Kanvas
iv) Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu pembelajaran.
v) Kasut berbentuk ballet atau kasut kulit dilarang sama sekali.
vi) Tali kasut mesti dipakai bagi kasut jenis bertali.
f) AM
Pakaian seragam yang ‘fancy’, bertampal dan berconteng tidak dibenarkan.
3) PAKAIAN MURID PEREMPUAN BUKAN MUSLIM
a) BAJU
i) Memakai ‘pinafore’iaitu baju berwarna putih bersih dan skirt berwarna
‘torquise’.
ii) Pemakaian baju kurung dibenarkan.
iii) Labuh ‘pinafore’ hendaklah melepasi paras lutut.
iv)Saiz hendaklah sederhana dengan pemakainya.
v) Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai pada sebelah kiri dada ‘pinafore’.
b) STOKIN
Semua pelajar mesti memakai stoking berwarna putih sahaja.
c) KASUT
i) Kasut mesti dipakai sepanjang sesi persekolahan.
ii) Warna kasut adalah putih/hitam bersih sahaja.
iii) kasut Kanvas
iv) Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu pembelajaran.
v) Kasut berbentuk ballet atau kasut kulit dilarang sama sekali.
vi) Tali kasut mesti dipakai bagi kasut jenis bertali.
7
4) PAKAIAN PENGAWAS LELAKI
a) Baju berlengan panjang @ pendek.
b) Bertali Leher.
c) Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam/putih.
d) Memakai kot / blazer dalam upacara rasmi.
e) Warna pakaian adalah pilihan sekolah.
f) Peraturan lain adalah sama seperti murid biasa.
5) PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH PEREMPUAN MUSLIM
a) Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam/putih.
b) Digalakkan memakai kot / blazer dalam upacara rasmi.
c) Warna pakaian adalah pilihan sekolah.
6) PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH PEREMPUAN BUKAN MUSLIM
a) Baju berlengan panjang @ pendek.
b) Pemakaian baju kurung dibenarkan.
c) Kasut kanvas atau kulit berwarna hitam./putih
d) Warna pakaian adalah pilihan sekolah.
e) Peraturan lain adalah sama seperti murid biasa.
7) PAKAIAN SUKAN, PERMAINAN DAN PENDIDIKAN JASMANI
a) Memakai baju T putih atau baju T sukan sekolah masing-masing.
b)Bagi murid perempuan Muslim, baju hendaklah berkolar, berlengan panjang
dan memakai tudung.
c) Berseluar trek berwarna gelap.
d) Berkasut sukan.
e) Semua murid yang menyertai aktiviti mesti menutup aurat.
8
8) PAKAIAN PERSATUAN, KELAB DAN BADAN BERUNIFORM
a) Memakai pakaian kelab, persatuan atau badan berunifom yang lengkap atau pakaian
seragam sekolah.
b) Bagi pelajar perempuan Muslim, mini telekung / tudung mesti dipakai dan yang dibenarkan mengikut
peraturan sekolah sahaja
c) Berkasut yang sesuai.
d) Semua murid yang menyertai aktiviti mesti menutup aurat.
FASAL 2 RAMBUT
KP (BS) 8543 / Jid.11 / (58) Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1976
Potongan rambut murid-murid
1) RAMBUT MURID LELAKI
a) Rambut bahagian hadapan tidak melepasi garisan tengah dahi.
b)Rambut bahagian sisi tidak menutup kedua-dua telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi garis tengah hidung.
c) Rambut bahagian belakang tidak melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
d) Rambut bahagian atas tidak melebihi 3 inci panjangnya.
e) Rambut berfesyen seperti di bawah tidak dibenarkan,
i) Pendek atau nipis di bahagian sisi dan tebal di tengah.
ii) Menyimpan ekor.
iii) Fesyen-fesyen lain yang difikirkan tidak sesuai oleh pihak sekolah. Misalnya, membotakkan kepala
dan mewarnakan rambut.
2) RAMBUT MURID PEREMPUAN
a) Rambut sentiasa kemas dan bersih.
b) Rambut yang panjang hendaklah diikat pada bahagian belakangnya.
c) Pengikat rambut hanya berwarna gelap.
d) Rambut tidak diwarnakan.
e) Rambut berfesyen / pemakaian barang-barang hiasan yang difikirkan tidak sesuai oleh pentadbir
sekolah tidak dibenarkan. ( Misalnya pemakaian anting-antig dan barang-barang kemas).
9
FASAL 3 WAKTU PERSEKOLAHAN DAN KEHADIRAN MURID
1. Waktu persekolahan (tertakluk kepada ketetapan sekolah)
- Isnin hingga Khamis (0700 – 1230 Tahap 1 & 0700-1.00 Tahap 2)
- Jumaat (0700 – 1130)
2. Kehadiran ke sekolah adalah wajib.
3.Murid mesti berada di dalam kawasan sekolah 10 minit lebih awal sebelum
waktu persekolahan.
4. Murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran
pentadbir sekolah.
5. Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah
melalui surat atau surat akuan daripada ibu bapa, penjaga atau doktor.
Tindakan berikut akan diambil sekiranya murid tidak datang ke sekolah:
6) Surat amaran pertama akan dihantar sekiranya tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut atau 10 hari
(tidak berturut) tanpa surat akuan.
7) Surat amaran ke dua akan dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 5 hari. Berturut-turut atau 10 hari
(tidak berturut) selepas amaran pertama.
8) Surat amaran terakhir akan dihantar selepas 7 hari tidak datang ke sekolah beturut-turut atau 20 hari (tidak
berturut) selepas amaran ke dua.
9) Jika 14 hari tidak datang atau 20 hari (tidak berturut) selepas amaran terakhir maka surat makluman
kepada ibu bapa / buang sekolah akan dihantar.
10
FASAL 4 TIDAK MEMENTINGKAN MASA
1) Berkeliaran pada waktu pembelajaran.
2) Sengaja lewat ke sekolah.
3) Sengaja lewat ke perhimpunan.
4) Makan di kantin luar waktu rehat.
5) Membeli di koperasi di luar waktu yang dibenarkan.
6) Lewat pulang ke asrama.
7) Lewat masuk ke bengkel, makmal, pusat sumber, perpustakaan dan kelas amali solat.
FASAL 5 KEBERSIHAN
1) KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI
a) Murid wajib
i) Menjaga kebersihan diri terutama rambut, kuku, gigi dan seluruh badan.
ii) Memakai pakaian yang bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah.
b) Murid dilarang
i) Memakai haruman yang terlalu kuat baunya.
ii) Berkuku panjang dan memakai varnish kuku.
iii) Memakai barang kemas dan perhiasan.
iv) Membawa atau menggunakan alatan solek ( seperti ‘lipstik’ dan ‘eye shadow’)
v) Mencukur, mencabut atau mewarnakan bulu kening.
vii) Membuat sebarang tanda atau tattoo di bahagian anggota badan
viii) Membuat tindik telinga kecuali pada pelajar perempuan.
2) KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH
a) Murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat dalam kawasan sekolah. Gunakan tong sampah
atau bekas yang disediakan.
b) Makan dan minum hanya dibenarkan di kantin sahaja.
11
3) KEBERSIHAN TANDAS
a) Pastikan tandas bersih selepas digunakan.
b) Semua sampah dan tuala wanita hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
c) Pastikan tapak kasut bersih sebelum masuk ke dalam tandas.
d) Jangan membawa sebarang makanan ke dalam tandas.
e) Jangan menconteng pada mana-mana bahagian di dalam tandas.
f) Pelajar hendaklah menggunakan air dan elektrik dengan berjimat cermat.
4) KEBERSIHAN KELAS
a) Kebersihan lantai, papan hitam, cermin tingkap dan kaki lima kelas adalah tanggungjawab kelas
masing-masing.
b) Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
c) Menconteng mana-mana bahagian dan peralatan di dalam kelas adalah satu kesalahan.
FASAL 6 BERBOHONG / MENIPU DAN BERSUBAHAT
Perbuatan berbohong, menipu, menghasut dan bersubahat adalah satu
kesalahan.
FASAL 7 AMALAN MURNI
1) Murid hendaklah sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain.
2) Murid hendaklah mengamalkan sikap baik dan berbudi bahasa setiap masa.
3) Ucapan salam dan selamat hendaklah menjadi amalan setiap murid sepanjang masa.
4) Murid hendaklah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan tekun.
5) Sentiasa mengamalkan kebersihan.
12
6) Sentiasa menjaga keselamatan diri, harta benda sendiri, sekolah dan hak milik orang lain
7) Sentiasa tertib ketika bergerak ke bengkel,makmal, bengkel, perpustakaan dan seumpamanya.
8) Menghormati dan menghayati lagu kebangsaan, lagu sekolah ketika lagu dinyanyikan.
9) Murid hendaklah hormat dan mengaminkan doa dan azan ketika dibacakan.
10) Murid hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat seperti memadamkan suis lampu, kipas, air
selepas digunakan.
FASAL 8 YURAN
1) Murid mesti menjelaskan semua yuran yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.
2) Yuran hendaklah dijelaskan pada masa yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.
FASAL 9 PERHIMPUNAN
( TERTALUK KEPADA KETETAPAN SEKOLAH )
KP ( BS)8591 / Jid.11/ (26)
Surat Pekeliling Ikhtisas bil.4/1984 Perhimpunan sekolah.
1) Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan setiap Selasa atau hari-hari lain yang difikirkan sesuai
oleh pentadbir sekolah.
2) Murid mesti berada di tempat perhimpunan 5 minit lebih awal.
3) Pada hari perhimpunan pelajar mestilah beratur mengikut tatacara yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.
4) Sewaktu perhimpunan semua pelajar dikehendaki diam, memberi perhatian serta digalakkan membuat
catatan.
5) Pergerakan pergi dan balik ke tempat perhimpunan hendaklah dengan beratur mengikut
kelas masing-masing.
13
FASAL 10 BILIK DARJAH
1) Murid tidak dibenarkan berada di bilik-bilik darjah sebelum waktu belajar dan pada waktu rehat
kecuali pelajar yang bertugas.
2) Murid hendaklah bangun dan memberi salam / ucap selamat kepada guru atau pelawat yang masuk
ke dalam bilik darjah dan ucapan terima kasih diberi semasa guru atau pelawat meninggalkan bilik
darjah.
3) Murid yang ada urusan pda waktu murid hendaklah meminta kebenaran daripada guru untuk keluar
dan hendaklah memakai pas keluar.
4) Murid hendaklah membuat kerja masing-masing dan tidak bising semasa ketiadaan guru.
5) Murid dikehendaki menutup semua tingkap dan pintu sebelum beratur diluar kelas pada waktu
balik pada setiap hari. Pastikan keadaan bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih dan
beratur.
6) Murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah selepas waktu persekolahan kecuali mendapat
kebenaran pihak sekolah.
7) Murid dibolehkan membawa makanan dan minuman tetapi tidak boleh makan dan minum di dalam
bilik darjah.
FASAL 11 GERAK KERJA KURIKULUM
1) Kehadiran murid dalam semua peperiksaan dan ujian adalah wajib dengan mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.
2) Murid diwajibkan menduduki peperiksaan dan ujian dengan penuh tanggungjawab.
3) Perbuatan mengganggu perjalanan peperiksaan atau ujian dalam bentuk apa jua sekalipun adalah
satu kesalahan.
4) Bagi peperiksaan dalaman, murid mestilah menggunakan kertas jawapan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.
5) Bagi peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM murid wajib mematuhi segala
peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau majlis Peperiksaan Malaysia.
6) Semua kerja kursus, latihan, kerja kelas dan rumah yang diberikan oleh guru hendaklah
disempurnakan dan diserahkan pada masa yang ditetapkan.
14
7) Semua program kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah, PPDK / PPG dan JPN adalah
wajib bagi pelajar berkenaan.
8) Semua peralatan pembelajaran yang perlu untuk gerak kerja kurikulum hendaklah disediakan oleh murid.
FASAL 12 KEGIATAN KOKURIKULUM
1. Murid Tahun 3 – Tahun 6 hendaklah mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya SATU sukan dan
permainan, SATU kelab dan persatuan serta SATU badan beruniform.
2. Kehadiran dalam semua aktiviti kokurikulum adalah diwajibkan.
3. Peraturan persatuan / kelab / badan beruniform hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
4. Penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan, menunjuk
tingkahlaku terpuji dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.
5. Murid yang hadir untuk kegiatan kokurikulum tidak dibenarkan mengganggu aktiviti-aktiviti murid lain,
termasuk kelas-kelas yang sedang belajar.
6. Murid yang mengiuti aktiviti anjuran sekolah / PPDK / PPG/ JPN Kementerian Pelajaran di luar kawasan
sekolah mestilah mendapat kebenaran bertulis ibubapa.
7.Murid tidak dibenarkan menjadi ahli kelab-kelab atau persatuan luar dan dilarang menyertai aktiviti-aktiviti
anjurannya tanpa kebenaran pentadbir sekolah.
8.Murid yang tidak menghadiri kegiatan kokurikulum mestilah mengemukakan surat akuan doktor.
9. Hari Rabu ditetapkan sebagai hari kegiatan kokurikulum. Murid-murid digalakkan memakai uniform
lengkap sepanjang hari tersebut. (tertakluk kepada ketetapan sekolah).
FASAL 13 AMAL IBADAT
1. Murid Islam diwajibkan mengamalkan ajaran Islam.
2. Murid Islam diwajibkan mengikuti aktiviti agama yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.Murid bukan Islam dibolehkan pengamalan kehendak ajaran agama masing-masing.
4. Murid dilarang sama sekali menghina kesucian agama atau agama-agama lain.
15
FASAL 14 HARTA BENDA SEKOLAH
KP ( BS)8543 / Jid.H/ (12)
Surat Pekeliling “professional” Kementerian .
Bil 8/1968 tatatertib di sekolah-sekolah no.6
1. Semua murid mesti bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah (bangunan, papan
tulis, kerusi / meja dan apa juga harta benda milik sekolah)
2. Perbuatan merosak/membinasakan dan menconteng harta benda sekolah adalah satu kesalahan.
3. Pelajar dilarang sama sekali memindah, mengambil atau menukar harta benda yang dipinjam dalam
apa jua bentuk tanpa kebenaran.
4. Alatan dan perabot yang dipinjam atau dipindahkan hendaklah diserahkan semula dan disimpan ditempat
yang ditetapkan.
FASAL 15 SALAH LAKU UMUM
1. Murid dilarang melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik.
2. Sebarang surat rasmi daripada murid kepada pihak luar mestilah melalui guru besar / pengetua.
3. Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen.
4. Berjudi atau mengunjungi tempat perjudian adalah dilarang.
5. Membawa, menyimpan dan bermain semua jenis bahan letupan disekolah adalah dilarang.
6. Ketika di kawasan sekolah murid dilarang mengeluarkan bunyi yang berlebihan atau melampau yang
boleh mengganggu suasana dengan apa cara sekali pun.
7. Murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan dalam kawasan sekolah.
8. Penggunaan premis sekolah mestilah mendapat kebenaran guru besar/pengetua.
9. Sebarang aduan tentang salahlaku pelajar di luar kawasan sekolah akan disiasat dan jika sabit kesalahan
akan diambil tindakan.
FASAL 16 LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah.
2. Murid mesti mendapatkan kebenaran ibubapa/ penjaga.
3. Sebarang lawatan mestilah disertai guru pengiring.
16
FASAL 17 PELAWAT
Murid tidak boleh menerima pelawat tanpa kebenaran penolong kanan ,guru besar / pengetua.
FASAL18 KANTIN
1. Murid tidak dibenarkan membeli dan makan di kantin pada waktu pembelajaran.
2. Murid mestilah beratur sewaktu membeli makanan.
3. Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan.
4. Segala kertas atau pembungkus makanan mestilah dibuang ke dalam tong sampah.
5. Tempat penyediaan makanan dan minuman serta ruang yang dikhaskan untuk guru dan kakitangan sekolah
adalah kawasan larangan bagi murid.
6. Perbuatan merosakkan harta benda kantin adalah satu kesalahan.
FASAL 19 PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Murid hanya dibenarkan memasuki pusat sumber jika ada guru atau pengawas perpustakaan/ pusat sumber.
2. Murid wajib mematuhi masa dan jadual yang telah ditetapkan.
3. Perbuatan menconteng, mengoyak atau merosakkan bahan bacaan adalah satu kesalahan.
4. Murid dilarang membawa masuk makanan, minuman atau bahan bacaan lain ke dalam pusat sumber tanpa
kebenaran.
5. Murid dilarang membawa keluar sebarang bahan bacaan dari pusat sumber tanpa kebenaran.
6. Murid wajib mematuhi peraturan khusus perpustakaan / pusat sumber yang ditetapkan.
FASAL 20 MAKMAL SAINS / BILIK SAINS
1. Murid hanya dibenarkan memasuki makmal bersama guru.
2. Murid wajib menjaga keselamatan diri, rakan dan harta benda makmal.
3. Murid wajib mematuhi peraturan khusus makmal yang ditetapkan.
17
FASAL 21 BILIK KAUNSELING DAN KERJAYA
1. Murid - pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kaunselor.
2.Murid wajib mematuhi peraturan khusus penggunaan bilik kaunseling yang ditetapkan.
FASAL 22 MAKMAL KOMPUTER / BILIK KOMPUTER
1.Murid hanya dibenarkan memasuki makmal komputer bersama guru.
2. Murid wajib menjaga keselamatan diri, rakan dan harta benda makmal komputer.
3. Murid wajib mematuhi peraturan khusus makmal komputer yang ditetapkan.
FASAL 23 BILIK-BILIK KHAS LAIN / KAWASAN LARANGAN
1. Murid dilarang berada tanpa kebenaran di bilik khas / kawasan larangan seperti :,
a) Pejabat Sekolah dan laluan ke pejabat sekolah / bilik pengetua.
b) Bilik Guru, Bilik Disiplin dan Bimbingan dan Kaunseling
c) Bengkel KH, Bilik Masakan dan Jahitan.
d) Makmal Sains
e) Bilik Komputer
f) Pusat Sumber Sekolah ( Perpustakaan dan Bilik APD )
g) Bahagian dalam kantin
i) Bilik SPBT
j) Bilik Pendidikan Seni
k) Bilik Cetak
l) Dewan Sekolah
m) Stor Sukan
n) Bilik Rawatan / Gigi
18
o) Bilik Isolasi
p) kotak suis
q) Tandas Guru
r) Tangki air / najis
s) Tapak Semaian / rumah pertanian
v) dan kawasan larangan yang ditetapkan oleh pentadbir sekolah.
2. Murid wajib menjaga keselamatan diri, rakan dan harta benda sekolah sewaktu berada di bilik khas /
kawasan larangan.
3. Murid wajib mematuhi peraturan khusus sewaktu berada di bilik khas / kawasan larangan.
FASAL 24 KES SALAH LAKU KATEGORI BERAT
1. Berjudi.
2. Mencuri.
3. Memukul / mencederakan
4. Melawan / mengancam
5. Peras ugut
6. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram
7. Membawa senjata merbahaya
8. Menceroboh
9. Mencabul kehormatan / meliwat
10. Tunjuk perasaan / berpiket / merusuh / mengganggu ketenteraman sekolah.
11. Sengaja menimbulkan sesuatu yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau
dan perpecahan kaum.
12. Merayu undi / menyokong / menentang / menyebar apa-apa risalah politik bagi mana-mana parti /
pertubuhan politik.
13. Membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak yang berkuasa.
14. Sengaja merosakkan harta kerajaan / sekolah.
15. Sengaja merosakkan harta guru / pelajar / kakitangan sekolah.
19
16. Membuli / raging
17. Bercumbuan / berkhalwat.
18. Melacur / bohjan / bohsia.
19. Mengintai.
20. Membawa / menyimpan / menghisap rokok.
21. Mengambil / menyimpan / mengedar dadah.
22. Mengambil / memiliki bahan-bahan mengkhayalkan.
23. Meminum minuman keras, memabukkan.
24. Mengucapkan kata-kata lucah/ menyimpan/ membawa dan mengedar bahan- bahan lucah.
25. Melayari laman web lucah / menyalahgunakan kemudahan internet / komputer.
26. Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah dua kali amaran.
27. Menunjukkan sikap bongkak / penghinaan pada guru / kakitangan sekolah.
28. Tidak sembahyang dan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan bagi murid Muslim.
29. Melanggar peraturan-peraturan yang ditubuhkan oleh Sekolah / Pejabat Pelajaran Kuching /Jabatan
Pelajaran Sarawak.
30. Melanggar peraturan –peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut perkiraan guru besar sebagai
perlanggaran tatatertib yang berat.
FASAL 25 KESALAHAN YANG TIDAK TERCATAT
KP ( BS)8591 / Jid.U (17)Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 81 / 1983 mengenakan hukuman biasa terhadap murid-
murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan peraturan
sekolah.
1. Sebarang kesalahan yang tidak tercatat atau tidak tersenarai kerana faktor masa dan keadaan tetapi dianggap
satu perlanggaran disiplin dan tatatertib sekolah, tindakan disiplin masih boleh diambil ke atas murid yang
melakukannya.
20