The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAYATI BINTI JAMAAIN KPM-Guru, 2023-08-24 05:37:06

APA ITU PROGRAM MINDA SIHAT?

APA ITU MINDA SIHAT

PROGRAM MINDA SIHAT UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SUNGAI UDANG , KLANG


APA ITU PROGRAM MINDA SIHAT? Program Minda Sihat dilaksanakan sebagai langkah pencegahan masalah emosi , memperkasa masalah sosioemosi , menyokong kesejahteraan mental dan melaksanakan intervensi dalam membantu muridmeningkatkan kemahiran gaya daya tindak dengan baik serta merujuk murid yang di kenalpasti kepada pihak bertanggungjawab dengan prosedur yang betul


OBJEKTIF PROGRAM MINDA SIHAT Meningkatkan kesedaran kesejahteraan sosioemosi dan mental dalam kalangan murid Meningkatkan keupayaan murid meregulasi emosi dan kemahiran daya tindak dengan baik dan merujuk murid yang mengalami masalah emosi , psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul


PENDEKATAN: PENCEGAHAN Mempromosikan aktiviti kesejahteraan emosi , gaya hidup sihat dan teknik relaksasi, mindfullness dalam kalangan murid Membimbing murid menguruskan emosi dengan baik melalui peningkatan kemahiran gaya daya tindak Mengenalpasti keperluan dan sebab masalah emosi murid berdasarkan dapatan senarai semak keperluan emosi murid Melaksanakan saringan minda sihat untuk pengesanan awal masalah emosi , psikologi dan mental murid Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut :


PENDEKATAN: PERKEMBANGAN Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat , positif,rasional dan kreatif melalui aktiviti seperti bimbingan individu dan kelompok, Program Mentor Mentee , Pembimbing Rakan sebaya (PRS) dan sebagainya Meningkatkan kawalan diri , konsep kendiri positif , keyakinan diri dan daya tahan (resilien) Meningkatkan kemahiran meregulasi emosi melalui sesi bimbingan individu , kelompok dan latihan dalam kumpulan yang berterusan dan meningkatkan kemahiran membantu dalam aspek pengurusan emosi kepada PRS dan kursus Bantuan Awal Psdikologi Dilaksanakan melalui :


PENDEKATAN: PEMULIHAN Perlaksanaan intervensi minda sihat kepada murid yang di kenal pasti berada pada kategori krisis / khusus melalui proses saringan minda sihat 1 Intervensi dilaksanakan menggunakan Modul Program Minda Sihat,Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA), Kementerian Pendidikan Malaysia atau Modul KesihatanRemaja ,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melaksanakan sesi kaunseling /Bimbingan secara berterusan dan berfokus bagi meningkatkan kemahiran mendapatkan bantuan serta kemahiran gaya daya tindak murid Dilaksanakan melalui :


PENDEKATAN: KRISIS Mengenalpasti murid yang di kenalpasti berada pada kategori krisis melalui proses saringan minda sihat 1 & 2 Mengenalpasti murid yang mengalami tanda-tanda awal kemurungan dan gangguan /kecelaruan mental contoh skozofrenia,kecelaruan bipolar,psikososial negatif (idea, perancangan ,cubaan dan tindakan memudaratkan diri / orang lain) Melapor dan membincangkan kes krisis dengan puru besar bagi membantu murid Mengadakan konsutasi dengan ibu/bapa/penjaga untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di klinik kesihatan berdekatan Melaksanakan tindakan kesegeraan bersama -sama ibu/bapa/penjaga bagi merujuk murid yang mengalami situasi krisis (memudaratkan diri dan orang lain) kepada pegawai kesihatan di klinik kesihatan berdekatan Menyediakan laporan perkembangan murid mengikut SPI Bil 7/2011 Perlaksanaan Standard Operating Procedure (SOP)1:3:7 kepada Unit Pengurusan Kaunselingdan Kerjaya Murid ,Bahagian Pengurusan Sekolah melalui PPD dan JPN Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan ,sokongan emosi,konsultasi ibu/bapa/penjaga untuk menyokong kesejahteraan emosi dan mental bagi memastikan murid selamat,sihat dan kebajikan terjaga semasa berada di institusi pendidikan Dilaksanakan melalui :


JADUAL PERLAKSANAAN MINDA SIHAT


GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING ANDA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SUNGAI UDANG , KLANG PN HAYATI BT JAMAAIN GBKSM SESI PAGI EN MEGAT ABDUL ZAKI B MEGAT ABDUL HAMED GBKSM SESI PETANG EN MUHAMMAD B ABDUL NASIR GBKSM SESI PAGI


Click to View FlipBook Version