MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK: PENGERTIAN DAN KONSEP TASAWWUR ISLAM SERTA CIRI-CIRI
KEISTIMEWAAN ISLAM
E-FOLIO NO MATRIK
M01SOP21F007
NAMA PELAJAR M01SOP21F009
NUR QALMIESHA BINTI HILMY M01SOP21F003
NUR NAJIHA BINTI AMINUDDIN M01SOP21F011
NURASHIKIN BINTI MOHD NAZROL
NUR AISHAH BINTI MOHD BADRUL HISHAM
NAMA PENSYARAH: PN. NORHAYATI BINTI ALI
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL PERKARA 4
1. Penghargaan 4-5
2. Pendahuluan 5-6
3. Pengertian dan Konsep Tasawwur Islam
4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam 6-7
7-8
1.1 Al-Thabat wa al-Murunah ( tetap dan anjal) 9
10
1.2 Tawazun (Keseimbangan) 11
1.3 ‘Alamiyyah (Sejagat) 12
1.4 Waq’iyyah (Realistik) 13
1.5 Wasatiyyah (Kesederhanaan) 14
1.6 Rabbaniyah (Ketuhanan)
1.7 Syumuliyyah (Lengkap dan Sempurna)
5. Kesimpulan
6. Rujukan
2|Page
PENGHARGAAN
Asaalamualaikum dan selamat sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan E-Folio ini dengan
penuh jayanya.
Pertama kali, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan menjulang sepenuh
penghargaan kepada Puan Norhayati Binti Ali, Pensyarah Mata Pelajaran Pendidikan
Islam (MPU 13012) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau
juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan, Nur
Najiha Binti Aminuddin, Nurashikin Binti Mohd Nazrol dan Nur Aishah Binti Mohd
Badrul Hisham atas kerjasama yang diberikan. tidak lupa juga penghargaan buat ibu
bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental
sepanjang penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan
teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi
ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan sempurna.
3|Page
PENGENALAN
Islam perlu dipersembahkan dalam citra dan imej yang betul dalam perspektif.
Gambaran sebenar tentang islam yang mencukupi keseluruhan hidup manusia
menterjemahkan maksud dan konsep bahawa agama ini diturunkan sebagai
pembawa rahmat kepada seluruh alam. Ini supaya manusia boleh mencapai
kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Justeru dalam topik ini kita akan
melihat dan membincangkan maksud tasawwur islam. Di sampaing itu, kita akan
membicarakan skop pembincangan mengenai tasawwur islam melalui huraian aspek
kewujudan, ilmu pengetahuan, manusia dan alam. Kita juga akan meneliti beberapa
istilah yang berkaitan dengan tasawwur islam seperti istilah agama, islam, ibadah,
akhlak dan dakwah.
PENGERTIAN DAN KONSEP TASAWWUR ISLAM
Perkataan tasawwur berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermula dengan
kata dasar sawwara. Hasil daripada kata dasar ini menerbitkan perkataan tasawwur
yang bererti memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang dapat dikhayalkan dan
menjelaskan gambaran sebenar ke atas sesuatu serta menghasilkan rupa dalam akal.
Daripada definisi tersebut, tasawwur bermaksud memberikan gambaran sebenar ke
atas apa yang disampaikan kepada akal fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam
diri untuk difahami. Apabila perkataan tasawwur dipadukan dengan perkataan islam,
maka ia membentuk tasawwur islam yang bererti gambaran bentuk islam hakiki. Hal
ini menunjukkan tasawwur islam bertujuan menjelaskan prinsip-prinsip asas islam
secara keseluruhan dan seterusnya menggambarkan agama islam sebagai suatu
tasawwur yang menganggap manusia sebagai agama yang bersifat fleksibel dan
global. Tasawwur Islam dalam konteks Syumul Tasawwur. Syumul ialah suatu
tasawwur yang menganggap manusia sebagai salah satu daripada makhluk-makhluk
Allah yang amat lemah dan kehidupannya bergantung kepada rahmat Allah SWT.
Keimanan manusia kepada Allah SWT perlu mengatasi segala kepercayaan pada
perkara-perkara lain. Manusia juga perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan
kepada Allah SWT secara lengkap dan sempurna kerana Allah SWT sentiasa menilai
segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa. Ini bertepatan
dengan perkataan syumul yang bermaksud sempurna, lengkap, menyeluruh dan ia
selaras dengan matlamat islam yang berorientasikan kepada dua bentuk
penghayatan iaitu kehidupan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini diakui oleh al-
Syahid Hassan al-Banna dalam bukunya Risalah Islam ada menyebutkan, “Islam
merupakan suatu perutusan yang mempunyai jangka masa yang panjang dan meliputi
setiap zaman”. Pengisian lebarnya merangkumi segala bangsa di seluruh pelosok
dunia. Manakala tunjangannya meliputi semua urusan dunia dan akhirat. Islam adalah
agama yang syumul. Ini sesuai dengan fitrah islam yang menyediakan segala
keperluan yang diperlukan oleh manusia.
4|Page
Daripada perkara-perkara yang sekecilnya sehinggalah kepada perkara-perkara yang
besar, segalanya sudah diberikan panduan di dalam al- Quran dan al-Sunnah.
Bukan itu sahaja, malah Islam sudah memberi panduan bagaimana memelihara jasad
dan roh seseorang manusia dan kaitan di antara | hubungan manusia dengan Allah
SWT, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk
yang lain.
CIRI – CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
1. Al-Thabat wa al-Murunah (tetap dan anjal)
Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara
yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan
perlaksanaannya. Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek
akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan secara qat’i (pasti) dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah.
Konsep al-thabat dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap
Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara-perkara berkaitan
akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Sementara dalam
konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara
dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu juga beberapa prinsip dalam
muamalat seperti pengharaman riba, gharar (unsur-unsur yang tidak ketentuan),
kewajipan saling meredai dalam berakad dan lain-lain. Selain itu, hukum jenayah yang
diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith seperti hukum hudud dan qisas tidak boleh
diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi perkaraperkara yang
dijelaskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba.
Perkara-perkara ini ditentukan secara qat’i dan tidak mungkin berubah sampai bila-
bila. Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.
Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara pokok
dan dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan
cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan maslahah
manusia sepanjang peredaran zaman. Hal ini menjadikan agama Islam yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai dan bersifat senang dan mudah untuk
diamalkan. Islam mementingkan kemudahan dan tidak sesekali menyusahkan
umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Sebagai contoh, solat adalah wajib
dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun. Walaubagaimanapun, jamak dan
qasar dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa
hukum Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi
keutamaan kepada keselesaan penganutnya.
5|Page
Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah
s.w.t. yang bermaksud;
2. Tawazun (Keseimbangan)
Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada
semua aspek kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan
jasmani, kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.
Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan
kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan
umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan
aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya. Umpamanya, seseorang
tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan keperluan
menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu juga
sebaliknya, umat Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan
kepentingan beribadat kepada Allah. Islam juga tidak membenarkan penganutnya
mementingkan aspek kehidupan dunia sehingga mengabaikan kehidupan akhirat,
begitu juga sebaliknya.
Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan
dalam satu gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan
manusia menjadi sempurna dan sejahtera.
6|Page
Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang
bermaksud:
3. ‘Alamiyyah (Sejagat)
‘Alamiyyah bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan
masa, tempat dan ruang. Malah, Islam sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa
dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu. Aspek ‘alamiyyah merangkumi tiga
bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah.
Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai
kedudukan yang sama di sisi Allah s.w.t. Tidak ada bangsa yang lebih mulia daripada
bangsa lain kerana faktor bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-mata. Faktor
tunggal yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah tahap ketakwaan
kepada Allah s.w.t. Semakin bertakwa, maka semakin tinggilah kedudukan orang
tersebut di sisi Allah.
7|Page
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Manifestasi kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah
merangkumi makhluk yang lain. Allah s.w.t. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja,
malah Allah s.w.t. juga merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain. Oleh itu, ajaran
Islam diturunkan bukan sahaja untuk menjaga kebahagiaan dan kebajikan makhluk
manusia sahaja, tetapi juga makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan
lain-lain.
Dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
8|Page
4. Waq’iyyah (Realistik)
Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian
dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan
hidup manusia. Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa
mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika
sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam
menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara mereka, dan adat itu pula tidak
mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip
Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam.
Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-hukumnya, Islam
tidak membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga manusia
tidak mampu menunaikannya. Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk
beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari
rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah,
kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya,
turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak.
Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu, pada
masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia di alam
ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf
ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi umpamanya,
Islam tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan sama rata antara manusia.
Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi keupayaan fizikal, mental,
kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu, anugerah dan habuan
ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari segi usaha
dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.
Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi
anugerah) rezeki.
(Surah al-Nahl: 71)
Namun begitu, Islam juga memerintahkan agar manusia yang dianugerahkan dengan
kelebihan rezeki itu tidak melupai golongan yang kurang bernasib baik. Realiti dalam
kehidupan manusia menunjukkan bahawa sentiasa terdapat golongan miskin dan
kurang bernasib baik yang perlu dibantu. Oleh sebab itu, Islam mewajibkan anda
berzakat dan memberikan pahala/ganjaran yang besar kepada mereka yang
bersedekah.
Ringkasnya, semua bukti menunjukkan bahawa Islam adalah realistik, malah telah
berjaya diamalkan dengan baik sehingga Islam dapat membina tamadun yang
cemerlang serta menjadi pelopor dalam pelbagai bidang kehidupan.
9|Page
5. Wasatiyyah (Kesederhanaan)
Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam. Islam menolak semua
unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap melampau bukan sahaja ditegah
dalam aspek kehidupan di dunia seperti pemakanan, mengumpul harta dan
sebagainya. Malahan, dalam aspek keakhiratan seperti beribadat dan berzikir,
sekiranya dilakukan secara melampau, juga tidak dibenarkan.
Islam amat menitikberatkan kesederhanaan dalam semua perkara kerana sifat
kesederhanaan ini sesuai dengan fitrah manusia. Dalam aspek pemakanan
umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh manusia makan dan minum dari makanan dan
minuman yang baik. Namun pada masa yang sama juga Allah s.w.t. mengingatkan
manusia agar tidak melampaui batas.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
… dan makanlah dan minumlah dan (tetapi) jangan kamu melampaui batas kerana Ia
(Allah) tidak suka orang yang melampaui batas.
(Surah al-A’raf: 31)
Melampaui batas dalam apa jua aktiviti sekalipun, termasuk dalam pemakanan
merupakan sesuatu yang membahayakan diri manusia. Hal ini termasuk melakukan
ibadat. Sikap melampaui batas dalam beribadat akhirnya akan menyebabkan
seseorang berasa susah, tertekan dan akhirnya menjadi jemu.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yang bermaksud:
Lakukan amalan ibadat (sunat) sekadar yang kamu mampu, kerana Allah s.w.t. tidak
jemu sehingga kamu sendiri nanti yang akan jemu.
(HR. al-Bukhari)
Namun ini tidak pula bermakna umat Islam mesti bersederhana dalam melaksanakan
akidah Islamiyyah. Ertinya beriman kepada semua rukun iman secara sederhana
sahaja dan tidak benar-benar yakin. Keimanan kepada Allah dan semua rukun iman
mestilah dilakukan dengan penuh yakin tanpa sebarang keraguan. Keimanan yang
tidak kukuh dan ragu-ragu tidak diterima oleh Allah s.w.t.
WASATIYYAH
“Bekerjalah kamu untuk urusan duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-
lamanya Dan bekerjalah kamu untuk urusan akhiratmu seolah-olah kamu akan
mati besok hari”
10 | P a g e
6. Rabbaniyah (Ketuhanan)
Al-Rabbaniyyah merupakan konsep yang menjadi akar umbi atau dasar utama
tasawwur (pandangan hidup) Islam. Ia menjadi tunjang yang hanya mempunyai satu
kiblat, iaitu bernisbahkan terhadap keesaan Allah S.W.T. Nama lain yang diberi ialah
tasawwur i’tiqadi kerana diwahyukan oleh Allah S.W.T. (Ramli Awang, 1997:87), tidak
seperti tasawwur lain yang didorong oleh asakan falsafah barat dan pemikiran kendiri
yang tidak bergerak di atas landasan hakikat.
Al-Rabbaniyyah berasal dari perkataan Rabb. Menurut Haron Din (1992:27), ia
bermaksud Pemilik yang berkuasa, yang menguruskan dan Dialah yang paling tinggi.
Meskipun ungkapan al-Rabbaniyyah atau Rabbani berbeza, tetapi kedua-duanya
masih selari dan berpaksikan kekuasaan Allah S.W.T. Al-Azhari (Ramli Awang,
1997:89) yang mengambil hujah Abu al-Abbas menyatakan bahawa al-Rabbaniyyah
bererti al-‘alim. Definisi daripada Ibn Manzur pula (Ramli Awang, 1997:89) merujuk
kepada orang yang berilmu tentang Rabb, manakala Ibn Kathir (Ramli Awang,
1997:91) menjelaskannya sebagai al-‘Ulama wa al-‘Ubbad (mereka yang berilmu lagi
‘abid). Dalam konteks tasawwur Islam, al-Rabbaniyyah mencerminkan sifat Islam
sebagai agama yang yang benar kerana disyari’atkan oleh Allah S.W.T. selaku Rabb
sekalian alam untuk umat manusia sehingga ke akhir zaman.
Secara umum, pemahaman terhadap konsep al-Rabbaniyyah boleh dijelaskan
melalui sifat kewujudan Allah S.W.T. (Haron Din, 1992:30). Kehebatan Allah S.W.T.
yang bersifat esa, berdiri sendiri tanpa sebarang pergantungan, tidak beranak dan
tidak diperanakkan. Allah S.W.T. sahaja sebagai Pencipta. Kewujudan Allah S.W.T.
dapat dibuktikan dengan kewujudan ciptaan-Nya, sama ada yang jelas atau tersirat.
Seluruh isi alam meliputi langit dan bumi ialah ciptaan yang jelas, manakala ciptaan
yang tersirat diceritakan di dalam al-Qur’an dan hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Begitu juga dengan 99 nama dan 20 sifat wajib Allah S.W.T. yang mencerminkan
keagungan dan kekuasaan mutlak Allah S.W.T. sebagai Khaliq (Pencipta). Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah S.W.T. kepadamu. Adakah Pencipta
selain Allah S.W.T. yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
Tidak ada Tuhan selain dia; Maka Mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?”
(al-Fathir, 35: 3)
Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud,
“Dia Pencipta langit dan bumi. bagaimana Dia mempunyai anak Padahal Dia tidak
mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala
sesuatu.” (al-An’am, 6: 10)
11 | P a g e
7. Syumuliyyah (Lengkap dan Sempurna)
Islam merupakan agama atau sistem hidup yang syumul atau menyeluruh yang
aturan-aturannya berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat
manusia, dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil yang ada dalam kehidupan
kita seharian. – Al-Quran telah menjelaskan semua perkara yang berkaitan dengan
kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. َ ْ اب ِت ْب َيانا ً لّك ء ٍ ي َ َ ك ا ْل ِكت َ ْ ش ُ ّ ل َ ون َ ّز ْلنَا َع َلي
“Dan Kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu”. (An-
Nahl: 89) – Islam juga merangkumi setiap persoalan dunia & akhlak.
Ciri-ciri Syumuliyyah islam dan undang-undang Kehakiman Bernegara Keadilan
Akhlak Ilmu UNDANG-UNDANG Islam telah mengemukakan undangundang kepada
manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan
hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman seperti hukuman
hudud dan qisas. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan
manusia seperti hukum nikah, muamalah, Hukum yang bersangkut kehakiman,
hukum berkait dengan urusan hubungan dengan orang bukan sesama manusia
dengan Islam, hukum Allah seperti solat, haji, antarabangsa, hukum puasa dan ibadat
lain. berkait dengan pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah
yang melakukan kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau
tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau
keduaduanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Surah al-Isra’ 17:23) KEADILAN Adil Lafaz al-’adlu mengandungi beberapa makna,
di antaranya ialah al-inshaf wa al-sawiyyat ertinya berada di pertengahan dan
menyamakan. Al-adl bermakna al-istiwa (keadaan lurus), ia bermakna jujur, adil,
seimbang, sama, sesuai dan sederhna. Ia memberi makna juga memberi hak kepada
yang berhak dan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Islam telah
memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada
yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan adalah wajib diberikan kepada
semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga. Surat Al-Anbiya ayat
47: َ ل أَتَ ْي َنا بِ َها َو َك َفى بِ َنا َ َ مثْ َقا َ م َوا ِز َ ف ٌ ض ُع ال ْ َ قيَا َ م ِة َفل تُ ْظل َ ُ ق ْ َون َ َ ين ال ْ ِ ط ِليَ ْوم ِ ال ْ ِ م َن ْ س س
ْ خ ْرد َ ٍ ش ْيئئا َوإ ِ ْ ن َكا َ ل َ ن ِ حبّ ٍة ِ ن٤٧ “ سب ِ َ )َ حا ِ ين )مKami akan memasang timbangan yang
tepat pada hari kiamat, Maka Tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. dan
jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya.
dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan”
12 | P a g e
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai umat islam kita perlu mengenali ciri-ciri keistimewaan islam
agar dapat meningkatkan keimanan sebagai umat islam. Contohnya umat islam dapat
menanam rasa cinta lebih kepada agama islam serta sentiasa melaksanakan perintah
Allah yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. Selain itu, ciri-ciri keistimewaan islam
memberi banyak manfaat kepada umat islam di dalam kehidupan seharian agar
sentiasa beriman kepada Allah dan hidup lebih teratur.
13 | P a g e
RUJUKAN
1. https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/tasawwur-islam-ciri-ciri-dan-
keistimewaan/
2. https://www.coursehero.com/file/76966489/Bab-211-Ciri-ciri-Keistimewaan-
Islam-blankppt/
3. CIRI-CIRI TASAWWUR ISLAM: AL-RABBANIYYAH | RiDzUaN aL-firDhAuS
(wordpress.com)
4. CIRI-CIRI - Syumuliyyah Islam.pptx - Pengenalan – Syumul bermaksud
lengkap dan sempurna. – Islam merupakan agama atau sistem hidup yang
syumul atau | Course Hero
14 | P a g e