Sidang ridaksi majalah
Isi kandungan KANDUNGAN MUKA SURAT SEJARAH SMK RAJA MUDA MUSA 5 OBJEKTIF 7 VISI, MISI & SLOGAN 8 LENCANA & LAGU SEKOLAH 9 PIAGAM PELANGGAN 10 KATA ALU-ALUAN PENGETUA SEMAJA 11 BARISAN PENTADBIR, GURU & STAF 13 GURU & STAF YANG BERPINDAH MASUK, BERPINDAH KELUAR DAN BERSARA 17 BADAN PENGAWAS 33 WARNA–WARNI ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN 43 ANALISIS SPM 2021 47 LAPORAN KOKURIKULUM 49 LAPORAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 55 MURID-MURID ALIRAN PERDANA 62 MURID-MURID PPKI 94 WARNA-WARNI WARGA SEMAJA 102 UNIT UNIFORM, KELAB/PERSATUAN & SUKAN/PERMAINAN 114 PENGHARGAAN 148 3
pendahuluan (EDITOR : PN. AZLIZA BINTI RAHMAT & PN. NAZIMAH BINTI MOHAMAD NAZERI) 4
SMK RAJA MUDA MUSA, TELUK INTAN. (MENAPAK DI HAMPARAN SEJARAH WARISAN BANGSA) Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1965 dengan menumpang bangunan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan dan SRJK (C) Chong Min, Teluk Intan selama dua tahun. Namanya ketika itu ialah Sekolah Menengah Rendah Teluk Intan. Murid-murid terdiri dari kelas Peralihan hingga ke tingkatan tiga. Pada tahun 1967, sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri terletak di Jalan Padang Tembak, bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Bangunan ini mempunyal lapan buah bilik darjah, dua buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, lima buah bilik stor, dua buah tandas guru, dua buah tandas murid dan tempat letak basikal. Manakala padang dan gelanggang permainan terpaksa berkongsi dengan Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Pada tahun 1970, sekolah ini telah mendapat kelulusan untuk menukar nama kepada Sekolah Menengah Raja Muda Musa, Teluk Intan. Nama ini mengambil sempena nama DYTM Raja Muda Perak iaitu DYTM Tuanku Datuk Seri Raja Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz SPCM, JP, PJK. Sekolah Ini juga telah menawarkan kelas tingkatan empat dan lima.. Oleh kerana bilangan pelajar sekolah ini telah meningkat dari tahun ke tahun, bangunan sekolah ini tidak sesuai lagi beroperasi di tapak yang yang terhad dan terbatas. Pada tahun 1978, pembinaan bangunan barunya di Pekan Baru, Teluk Intan telah dijalankan. Sekolah ini telah berpindah sepenuhnya ke bangunan baharu pada 9 Julai 1979. Bangunan ini mempunyai 14 bilik darjah dengan dilengkapi kemudahan-kemudahan lain. 5
Pada 2 Januari 1989 Asrama Putera telah dibina di bawah pentadbiran sekolah inl. Asrama ini dikendalikan oleh seorang Penyelia Asrama, seorang Warden, seorang Jaga dan dua orang Pembantu Am Rendah. Pada tahun 1992, tanah seluas 10 ekar telah diluluskan untuk membina sebuah asrama baru bernilai RM1.9 juta. Pembinaan asrama baru telah siap dan mula beroperasi pada 1 Disember 1995. Bilangan pelajar yang menghuni asrama pada ketika itu seramai 103 orang. Sebuah kelas telah diwujudkan iaitu Kelas Reka Cipta (Tingkatan 4 Sains 2) pada tahun 1996. Bilangan murid sekolah ini pada 31 Januari 1996 adalah seramai 1,469 orang dengan bilangan 39 buah kelas Aliran Perdana dan tiga buah kelas Pendidikan Khas. Pada tahun 1996 Juga sebuah bilik komputer telah siap dan didirikan dengan dilengkapi 20 buah komputer. Seterusnya bilangan pelajar semakin bertambah pada tahun 1997 laltu, 1,725 orang dengan jumlah kelas sebanyak 44 buah kelas Aliran Perdana dan tiga buah kelas aliran Pendidikan Khas. Pada 16 Januari 1998 sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A, dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menempatkan empat orang guru kanan laitu Ketua Bidang Sains, Ketua Bidang Kemanusiaan, Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Bidang Vokesional dan Teknik. Guru Kanan Pentadbiran dan Guru Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) juga digantikan dengan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM. Bilangan murid meningkat ke 1,761 orang dengan bilangan kelasnya 44 buah kelas Aliran Perdana dan lima buah kelas Pendidikan Khas. Seramai 155 orang pelajar termasuk 23 orang pelajar Pendidikan Khas telah ditempatkan di asrama. Pada tahun 2002 sebuah bangunan Unit Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran atau Learming Disability) telah didirikan. Pada tahun 2010 sekolah ini telah menyiapkan sebuah surau tanpa dinding. Surau ini didirikan dengan perbelanjaan sendiri melalui kutipan derma daripada individu, pihak swasta dan Majlis Agama Islam Negeri Perak. Surau Ini memerlukan RM50,000.00 lagi laltu kos tambahan untuk membina beranda dan kekisi (sekeliling surau, tempat wuduk lelaki & perempuan) . Seterusnya Pada tahun 2010, sebuah bangunan mata pelajaran MPV telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya pada 2011. Kelas Ini diberikan nama RJP (Rekaan Jahitan Pakalan) untuk Menengah Atas. Tahun 2014 pula sekolah telah menawarkan kelas PAV (Pendidikan Asas Vokasional) bagi pelajar Tingkatan Satu. 6
Semua warga sekolah dapat memahami dan menghayati visi dan misi. 01 Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum 02 Melahirkan murid yang berdisiplin dan berhemah tinggi. 03 Meningkatkan kecekapan profesionalisme dan keberkesanan dalam pengurusan sekolah. 04 OBJEKTIf SMK RAJA MUDA MUSA 7
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara “Gagah Berusaha Pasti Berjaya” visi, misi dan slogan smk raja muda musa 8
BUKU Melambangkan kepentingan akademik yang menjadi tujuan asal perjalanan sekolah ini. OBOR YANG MENYALA Melambangkan ilmu pengetahuan adalah suluh budiman yang sentiasa menerangi hidup seseorang RODA Melambangkan kemajuan teknologi yang amat diperlukan dalam pembinaan kemajuan negara WARNA KUNING Warna DiRaja diambil sempena nama sekolah dari DYTM Raja Muda Perak WARNA BIRU Melambangkan perpaduan, persefahaman semangat berkerjasama dan muhibah WARNA MERAH DAN PUTIH Melambangkan sifat keberanian, kegigihan, dan kemurnian serta kemuliaan cita-cita Berdiri Megah Dan Indah Semaja Milik Kita Bersatu Tenaga Menjunjung Cita-cita Dengan Semangat Muhibah Berdisiplin Giat Maju Amalan Kami Semua Bersumpah Setia Membukti Kata-kata Demi Negara Tercinta Semaja Oh Semaja Takkan Kami Persiakan Ilmu Dicari Cita Dikejari Berjaya Terus Berjaya Berdisiplin Giat Maju Amalan Kami Semua Bersumpah Setia Membukti Kata-kata Demi Negara Tercinta Lencana dan lagu sekolah 9
Memastikan program kurikulum, kokurikulum dan sahsiah akan dapat melahirkan warga sekolah berilmu , berakhlak mulia, berketerampilan, berkemahiran serta berfikiran kreatif dan kritis melalui usaha memastikan : Sukatan pelajaran dapat diselesaikan mengikut tempoh yang dirancangkan. Penilaian dalaman berjalan lancar dan bermanfaat ke arah peningkatan prestasi akademik murid. aktiviti terancang kokurikulum menyumbang ke arah prestasi akademik murid. Sentiasa menyedia dan meningkatkan prasarana bagi menanam dan menghayati budaya ilmu dalam kalangan murid. Kami guru-guru dan staf sokongan SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan, berikrar akan sentiasa berdedikasi dan menumpukan seluruh usaha kami untuk Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan mesra dan segera kepada semua pelanggan. Mewujudkan suasana mesra, harmoni, prihatin dan penyayang antara warga sekolah. Berusaha meningkatkan iklim sekolah yang ceria, kemas dan teratur. Sentiasa bersahsiah cemerlang dan keperibadian yang tinggi Sedia menerima teguran dan kritikan membina demi meningkatkan kualiti perkhidmatan. PIAGAM PELANGGAN 10
Kata alu-aluan pengetua semaja 11
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Segala puji bagi Allah kerana dengan keizinanNya majalah SEMAJA dapat dihasilkan dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada sIdang Majalah Semaja 2022/23 yang telah bertungkus lumus bekerja keras dengan semangat kerja sepasukan yang cemerlang dalam usaha menerbitkan majalah untuk tatapan pembaca. Juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menyempurnakan majalah sekolah ini. Alhamdulillah, warga pendidik SEMAJA telah berjaya menempuh setiap cabaran dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah baik dari aspek disiplin, sahsiah, kurikulum, dan kokurikulum bagi melahirkan anak didik SEMAJA yang menepati hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Terima kasih juga kepada PIBG yang memberi sokongan penuh dalam usaha murni ini. Sebagai Pengetua, menggunung harapan saya agar kita dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara, budaya kerja cemerlang, berfokus dan berintegriti dalam usaha mengangkat dan memartabatkan sistem pendidikan negara kita. Dalam usaha menjamin kecemerlangan pendidikan amatlah diharapkan agar warga pendidik SEMAJA mengambil inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di sekolah. Selain itu gandingan ibu bapa dalam aktiviti yang dianjurkan PIBG juga penting dalam menempa kejayaan sekolah. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas. Saya menyeru kepada semua warga SEMAJA agar dapat meningkatkan lagi usaha dengan lebih gigih dalam mengharungi dunia pendidikan yang kian mencabar ini. Sesungguhnya, kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan SEMAJA menjadi fokus utama kejayaan sekolah pada masa hadapan. HJ. AMIR BIN KAMARUDIN, PENGETUA SMK RAJA MUDA MUSA. Kata alu-aluan pengetua semaja 12
BARISAN PENTADBIR, GURU DAN STAF (EDITOR : EN. ROSLAN BIN ABDUL RAZAK) 13
BARISAN PENTADBIR 14
BARISAN PENDIDIK 15
BARISAN STAF SOKONGAN 16
TERIMA KASIH atas jasamu CIKGU (EDITOR : PN. YIN POH YAN) 17
EN. ABDUL HAFIZ BIN BAHARI EN. MOHD ZAHARI BIN KASIO EN. AIRUL SHAHRIL BIN ABDUL RANI PN. NOR AZLIANA BINTI AWANG 18
PN. ROSLINA BINTI ABDUL HAMID PN. SHOVEENAPRIyA A/P THIAGU EN. BADI’UZZAMAN BINTI WOK GHAZALI (STAF) PN. UMMI KALSOM BINTI ISKANDAR 19
EN. HAMLI BIN HASSAN Mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Raja Muda Musa yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2022 Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam Takziah 20
SELAMAT BERSARA (EDITOR : PN. YIN POH YAN) 21
• Kaunselor • Graduan Universiti Putra Malaysia • Tempoh Berkhidmat : 1983 - 2022 TUAN HAJI MOHD DAUD BIN MOHD RAMLI 22
SELAMAT BERSARA TN. HJ. MOHD DAUD BIN MOHD RAMLI 23
PUAN LEE WAI CHUNG • Guru Bahasa Inggeris • Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) • Tempoh Berkhidmat : 1987 - 2022 24
SELAMAT BERSARA Puan LEE WAI CHUNG 25
EN. THIYAGA RAJAN A/L MUNUSAMY • Guru Bahasa Inggeris • Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia • Tempoh Berkhidmat : 1986 - 2023 26
SELAMAT BERSARA EN. THIYAGA RAJAN A/L MUNUSAMY 27
• Guru Pendidikan Islam • Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia • Tempoh Berkhidmat : 1987 - 2023 USTAZAH YONG RUSMIDA BINTI MAHMOOD 28
SELAMAT BERSARA USTAZAH YONG RUSMIDA BINTI MAHMOOD 29
PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI (EDITOR : PN. YIN POH YAN) 30
SELAMAT DATANG CIKGU ! 31
SELAMAT DATANG CIKGU ! 32
BADAN PENGAWAS (editor : Pn. Zarina binti hassan) 33
PENGAWAS SEKOLAH S E S I P A G I 34
PENGAWAS SEKOLAH S E S I P E T A N G 35
PENGAWAS PUSAT SUMBER S E S I P A G I 36
PENGAWAS PUSAT SUMBER S E S I P E T A N G 37
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA S E S I P A G I 38
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA S E S I P E T A N G 39
PENGAWAS SPBT 40
PENGAWAS KOPERASI 41
MAJLIS KETUA TINGKATAN 42
WARNA-WARNI ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN (editor : pn. Azyan fatini binti abdul rahim) 43
MAJLIS apresiasi kurikulum
MAJLIS penyampaian keputusan cemerlang spm 2021 45
ANALISIS SPM 2021 (EDITOR : PN. SITI RAFIZAH BINTI ROZALI) 47
Murid Terbaik SPM 2021 Keputusan Gabriel Raj A/L Xavier 6A 2B Nurin Jazlina Binti Mohamad Pani 6A 1B 3C Jenny A/P Robert 6A 3B 1C Nurin Khairina Binti Mohamad Pani 6A 3C 1D Siti Nurzulaikha Binti Zulkefle 6A 1B 1C 1D Faris Syameel Bin Ferdaus 5A 1B 2C 2D Noorsyahirah Binti Salimun 4A 1B 4C Mohamad Ammar Bin Mohamad Zamri 4A 1B 1C 3D Yulia Salsabila Binti Sukanto 4A 3C 1D 1E Subashini A/P Armugum 4A 1B 3C 1D 75 71.6 78.05 70.93 73.12 5.89 6.14 5.85 6.19 6.15 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 2017 2018 2019 2020 2021 PERATUS LULUS % GPS ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2021 48
LAPORAN KOKURIKULUM (EDITOR : TN. HJ. ASRAPI BIN MUNAWAR) 49
BIL ACARA NAMA PEMENANG / KATEGORI KEDUDUKAN 1 ENGLISH CYBERSPACE CHALLENGE (ECC) KATEGORI : DARE TO SPELL COMPETITION MUHAMMAD ARHAB HURAIRAH BIN NORZAIDI PERINGKAT DAERAH (NAIB JOHAN) 2 PENULISAN KREATIF BAHASA MELAYU KATEGORI : MENENGAH ATAS NUR ALIA NATASHA BINTI AZMAN PERINGKAT DAERAH (JOHAN – MENGARANG SAJAK) (NAIB JOHAN – MENGARANG ESEI) KATEGORI : MENENGAH ATAS KANCHANA A/P SARAVANNAN PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KE-3 – MENGARANG CERPEN) 3 PENULISAN KREATIF BAHASA TAMIL KATEGORI : MENENGAH RENDAH JEGATHIS A/L ANANTHAN PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KE-5 – MENGARANG CERPEN) KATEGORI : MENENGAH ATAS MOGANAMBIGAI A/P SIVAN PERINGKAT DAERAH (TEMPAT KE-3 – MENGARANG CERPEN) 4 BAHAS ALA PARLIMEN INTAN NUR ATIQAH BINTI MOHD FAIZAL MUHAMMAD SYAMIR BIN RIZAL NURZURAIDA BINTI MOHD ZURAIDI NUR FATIHA NAJWA BINTI MUSTAFA NOR HAZIRAH DAYINI BINTI SAIDUL ZURAIMI PERINGKAT DAERAH (NAIB JOHAN) PERTANDINGAN KOAKADEMIK 50