Sambutan
Hari Guru
2021
Peringkat Daerah Mersing
"BERGURU DEMI ILMU
DEMI GENERASI BAHARU"
Dirasmikan Oleh :
YB Puan Hajah Alwiyah binti Haji Talib
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Endau
08.12.2021
Hari Rabu / 10.00 pagi Kod QR Kehadiran
Hotel Seri Malaysia
Mersing
Isi Kandungan
Kata Aluan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Endau 3
Kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing 4
Aturcara Sambutan 5
Sejarah Hari Guru 6
Tema Hari Guru 7
Lagu Negaraku 8
Lagu Bangsa Johor 9
Lagu Mersing Hebat 10
Lagu Guru Malaysia 11
Ikrar Hari Guru 12
Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru 2021 13
Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru 2021 14-16
Program Terima Kasih Cikgu Daerah Mersing 17-19
Anugerah Inovasi PPD Mersing Tahun 2021 21
Anugerah Guru Inovatif Tahun 2021 22
Anugerah Amalan Terbaik TS25 Tahun 2021 23-24
Anugerah Kecemerlangan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Tahun 2020 25
Tokoh Kepimpinan 2021 27-28
Tokoh Guru 2021 29
Penghargaan Penaja 30-37
Sekalung Budi 38
KATA ALUAN
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
YB Puan Hajah Alwiyah binti Haji Talib
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Endau
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya
panjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah
kurnianya, kita semua diberikan kesempatan menjalin
silaturrahim dan menjalin ukhuwah bagi meraikan
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing tahun
2021.
Secara peribadi saya sangat mengagumi dan menghargai semua guru yang
tidak pernah jemu mendidik anak bangsa, khususnya di Daerah Mersing ini
dan di seluruh negara amnya atas segala pengorbanan dan sumbangan besar
mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar. Cikgu, andalah insan terpilih
dan bertuah kerana dengan amanah besar ini, anda menduduki satu darjat
yang paling dimuliakan dalam masyarakat sepanjang zaman.
Hari Guru dimaktubkan dalam kalendar setiap tahun pada tanggal 16 Mei
bagi meraikan, memperingati dan memberi penghormatan kepada warga
guru dengan tema Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Ia bertepatan
dengan situasi yang kita semua hadapi. Cabaran pelaksanaan pendidikan
norma baharu, pandemik COVID-19, kepantasan perkembangan teknologi,
perubahan gaya hidup dan kerjaya, telah banyak merubah cara pemikiran
dan corak kerja kita.
Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru khususnya di daerah
Mersing ini dan di seluruh negara amnya. Selamat Hari Guru, terima kasih
cikgu! Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Jasamu dikenang, namamu
dijulang.
Biar penat berdiri, jangan penat memberi.
Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk.
Biar penat bercakap, jangan penat berharap.
Sekian, Terima kasih.
3
KATA ALUAN
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
Tuan Haji Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang masih
memberi kesempatan untuk kita meraikan hari
yang penuh bermakna buat warga pendidik di
Malaysia.
Hari Guru dimaktubkan dalam kalendar setiap tahun pada tanggal 16 Mei
bagi meraikan, memperingati dan memberi penghormatan kepada warga
guru dengan tema Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Ia bertepatan
dengan situasi yang kita semua hadapi. Cabaran pelaksanaan pendidikan
norma baharu, pandemik COVID-19, kepantasan perkembangan teknologi,
perubahan gaya hidup dan kerjaya, telah banyak merubah cara pemikiran
dan corak kerja kita.
Bagi membolehkan kita tetap kekal relevan, kita perlu bergerak seiring
perubahan. Menghadapi perubahan, memerlukan ilmu. Mendapatkan ilmu
memerlukan kita berguru.
Berguru merupakan proses pembelajaran berterusan yang tiada
berpenghujung. Ilmu itu pula seluas lautan yang tidak akan habis diteroka.
Seorang guru, harus terus berguru untuk mendapatkan ilmu selagi ada
kudrat dan kemampuan. Jangan ada perasaan jemu dan putus asa.
Murid-murid kita merupakan generasi pewaris negara, maka menjadi
tanggungjawab kita memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran,
kebolehan dan bekalan ilmu dunia akhirat untuk kesejahteraan masa
hadapan.
Tema Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu adalah bertepatan untuk
menyampaikan maksud dan memberi semangat baharu kepada guru dan
murid untuk terus menuntut ilmu dengan niat ikhlas merentasi halangan
agar ilmu itu kekal memberi berkat.
Selamat Hari Guru. Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu.
Sekian, Terima kasih.
4
Aturcara Sambutan
HARI GURU DAERAH MERSING
DISEMBER 8 2021
10.00 pagi Pendaftaran
10.15 pagi Ketibaan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
10.30 pagi Ketibaan Perasmi
Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Mersing Hebat
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Ucapan Perasmian oleh YB Pn. Hjh. Alwiyah binti Hj. Talib
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Endau
Persembahan Multimedia
Bacaan Ikrar
Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia
Penyampaian Hadiah
- Anugerah Inovasi PPD Mersing Tahun 2021
- Anugerah Guru Inovatif Tahun 2021
- Anugerah Amalan Terbaik TS25 Tahun 2021
- Anugerah Kecemerlangan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Tahun 2020
Penyampaian Anugerah Tokoh
- Tokoh Kepimpinan 2021
- Tokoh Guru 2021
Penyampaian Cenderamata Perasmi
1.00 tgh Nyanyian Lagu Negaraku
Jamuan dan bersurai
5
SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang
sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah
Melayu (Fedral Legistative Council) telah menerima cadangan-
cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education
Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen
tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada
peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara
guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk menunjukkan kecekapan guru melalui
seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebaginya yang
diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan
Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih
berkesan.
6
TEMA HARI GURU 2021
Berguru Demi Ilmu,
Bina Generasi Baharu
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan
profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru
merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu
memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran
dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learning). Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh
daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang
autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.
Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai
kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga
insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.
Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada
berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati
kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas
untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan
kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka
bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang
mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang
memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa
hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru
menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada
ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi
baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu" ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid
dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan
niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.
7
LAGU NEGARAKU
NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA
8
LAGU BANGSA JOHOR
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
ANUGERAHKAN DIA
SEGALA KEHORMATAN
SIHAT DAN RIA
KEKAL DAN MAKMUR
LUASKAN KUASA
MENAUNGKAN KAMI
RAKYAT DIPIMPINI
BERZAMAN LAGI
DENGAN MERDEKA BERSATU HATI
ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH SELAMATKAN SULTAN
9
LAGU MERSING HEBAT
KAMI WARGA PELAJARAN
SATU VISI PENUH HARAPAN
SATU MISI TEMPUHI CABARAN
DEMI MENCIPTA KEHEBATAN
EFEKTIF, BADAR, AMANAH
TAWAKKAL DAN JUGA HIKMAH
JADIKANLAH TERAS DAN WADAH
LAHIRKAN GENERASI BERMARUAH
MERSING HEBAT, TERUS HEBAT
ITULAH SLOGAN KERAMAT
MERSING HEBAT, KEKAL HEBAT
IKRAR JANJI KUKUH TERPAHAT
DEMI KEPENTINGAN NEGARA
SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK SEMUA
MENCIPTA SEJARAH MARTABAT BANGSA
MERSING HEBAT PASTI BERJAYA
10
LAGU KAMI GURU MALAYSIA
KAMI GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
PUTERA PUTERI NEGARA KITA
PADA SERI PADUKA
KAMI TUMPAHKAN SETIA
RUKUN NEGARA KITA
PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA
DI BIDANG PEMBANGUNAN
KAMI TETAP BERSAMA
MEMBANTU, MEMBINA
NEGARA YANG TERCINTA
AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
11
IKRAR HARI GURU
BAHAWASANYA KAMI
GURU-GURU NEGARA MALAYSIA
DENGAN INI BERIKRAR
MENDUKUNG TERUS CITA-CITA KAMI
TERHADAP TUGAS KAMI
DAN MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI
PADA CITA-CITA MURNI PEKERJAAN KAMI
KAMI AKAN BERBAKTI
KEPADA MASYARAKAT
DAN NEGARA KAMI
KAMI SENTIASA MENJUNJUNG
PERLEMBAGAAN NEGARA
KAMI MENGAMALKAN
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
PADA SETIAP MASA
12
JAWATANKUASA INDUK
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING 2021
Penaung Tuan Haji Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Pengerusi En. Azamani bin Ghazali
TPPD (Pengurusan Sekolah)
Timbalan Pengerusi 1 Tn. Hj. Wan Nadzri bin Wan Mohamed
TPPD (Perancangan)
Timbalan Pengerusi 2 En. Azman Achuthan bin Abdullah
TPPD (Pembelajaran)
Timbalan Pengerusi 3 En. Nor Azmi bin Mohd Nor
TPPD (Pembangunan Murid)
Setiausaha Pn. Sabariah binti Kadim
PPPD Prasekolah & Rendah
Bendahari En. Yahaya bin Ramli
PPPD Pendidikan Swasta
AHLI JAWATANKUASA En. Fitrizan bin Azizan
PPPD Sumber dan Teknologi Pendidikan
En. Jamaluddin bin Shahran
PPPD Menengah dan Tingkatan 6 Pn. Rohayu binti Rospiluji
Pen. Pegawai Tadbir
Pn. Siti Hawa binti Ahmad
Kaunselor Pendidikan Daerah Tn. Hj. Zulkefli bin Muhammad
Pengerusi MPSM
Tn. Hj. Alias bin Talib
SIP+ En. Baharom bin Mohammed
Pengerusi MGB
Pn. Norhafidzah binti Kamsan
SISC+ En. Mohamad Fauzi bin Abdul Wahab
Juruteknik Komputer
13
JAWATANKUASA PENGELOLA
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING 2021
Penaung Tuan Haji Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Pengerusi En. Azamani bin Ghazali
TPPD (Pengurusan Sekolah)
Timbalan Pengerusi 1 Tn. Hj. Wan Nadzri bin Wan Mohamed
TPPD (Perancangan)
Timbalan Pengerusi 2 En. Azman Achuthan bin Abdullah
TPPD (Pembelajaran)
Timbalan Pengerusi 3 En. Nor Azmi bin Mohd Nor
TPPD (Pembangunan Murid)
Setiausaha Pn. Sabariah binti Kadim
PPPD Prasekolah & Rendah
Bendahari En. Yahaya bin Ramli
PPPD Pendidikan Swasta
Penyelaras En. Jamaluddin bin Shahran
PPPD Menengah dan Tingkatan 6
Ziarah Prihatin TKC Sektor Pengurusan Sekolah
Unit Psikologi dan Kaunseling
Kebersamaan Memacu Sektor Perancangan
Pendidikan Johor
14
JAWATANKUASA PENGELOLA
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING 2021
Bacaan Yassin dan Solat Hajat Unit Pendidikan Islam, SPb
Jemputan Sektor Pengurusan
Sijil dan Hadiah Sektor Pembelajaran
Rakaman dan Multimedia Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, SPb
Tajaan dan Sumbangan Pengetua SMK Pai Chee
Hebahkan dan Seranta Guru Besar SK Mersing Kanan
Tokoh Guru Guru Besar SK Sri Mersing
Tokoh Kepimpinan Pengetua SMK Mersing
Anugerah Guru Sektor Pembangunan Murid
PengurusPentasdanIstiadat Guru Besar SK Bandar Mersing
Sambutan dan Protokol Guru Besar SK Seri Pantai
Pendaftaran Guru Besar SJK (C) Pai Chee
Pengangkutan Pengetua SMK Anjung Batu
15
JAWATANKUASA PENGELOLA
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MERSING 2021
Buku Program Guru Besar SK Sawah Dato’
Jamuan dan Persiapan tempat Pengetua SMK Sri Mersing
Kawalan Keselamatan Pengetua SMA Al-Khairiah Al-Islamiah
PA Sistem Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, SPb
Juruacara Guru Besar SK Pulau Sibu
Guru Besar SK Nitar 1
Bacaan doa Guru Besar SRA Bersepadu
Bacaan Ikrar Hari Guru Guru Besar SJK (T) Mersing
Teks Ucapan Perasmi Guru Besar SK Tenglu
Teks Ucapan PPD SISC+
Majlis Agama Kristian Pengetua SMK Pai Chee
Majlis Agama Hindu Guru Besar SJK(T) Mersing
Majlis Agama Buddha Guru Besar SJK(C) Jemaluang
16
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
Program
Terima Kasih Cikgu
Daerah Mersing
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING
17
Penerima Program
Ziarah Prihatin TKC
EN. ZULKEFLI BIN MOHD AMIN
SK SAWAH DATO'
EN. ABD RAHIM BIN KADRI
SMK MERSING
EN. MOHD NIZAM BIN AHMAD@ABU
SK FELDA TENGGARIH 1
EN. HAZANI BIN CHE THE
SMK NITAR
PN. LIYANA BINTI ISKANDAR
SMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH
18
PENYUMBANG PROGRAM ZIARAH PRIHATIN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING
MPSM & MGB
19
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
Penyampaian
Hadiah
-ANUGERAH INOVASI
PPD MERSING TAHUN 2021
-ANUGERAH GURU INOVATIF
TAHUN 2021
-ANUGERAH AMALAN TERBAIK
TS25 TAHUN 2021
-ANUGERAH KECEMERLANGAN
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI (KBAT) TAHUN 2020
20
Anugerah Inovasi PPD Mersing
Tahun 2021
A Z I A N B I N T I A B D R A H M A N
SISC+ SAINS SOSIAL
MOHD SHAHRIN BIN ZAKARIA
SISC+ TVET
NORHAFIDZAH BINTI KAMSAN
SISC+ BAHASA
OLLY ROZITA BINTI MOHAMED ZAIN
SISC+ SAINS DAN MATEMATIK
21
Anugerah Guru Inovatif
Tahun 2021
AMNAHMALIHAH BINTI MARZUKI
SK TANAH ABANG
KATEGORI : INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
TAJUK : S.O.S HAND
NORAINI BINTI SAIDON
SMK FELDA TENGGAROH
KATEGORI : INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH
TAJUK : PETUA DMA (DIA MINAT AKU)
CHOW YONG QUAN
SJK (C) JEMALUANG
KATEGORI : INDIVIDU PRASEKOLAH
TAJUK : DIGITAL MATH WORKBOOK
NOR AZLIN BINTI MAT ZIN
SMK UNGKU HUSIN
KATEGORI : INDIVIDU PRA-U
TAJUK : DROP POINT
NOR BAZLIN BINTI MOHAMMAD (K)
HIDAYATUNNISA BINTI ABDUL HALIM
FARHANA IDAYU BINTI ZAMERI
SK PUSAT AIR TAWAR
KATEGORI : BERKUMPULAN
TAJUK : RIKEM
22
Anugerah Amalan Terbaik TS25
Tahun 2021
PUADE BIN JAMAK
SK TERIANG
N ANIHAM BIN ABDUL MAJID
SK PULAU SIBU
SHARIFAH LISA BINTI SYED ALI HASSAN
SK (FELDA) TENGGAROH 3
KOO CHEE KEONG
SJK (C) PAI CHEE
MAIMON BINTI ISMAIL
SK TELOK LIPAT
SIM EE HWA
SMK PAI CHEE
23
Anugerah Amalan Terbaik TS25
Tahun 2021
PANG KOON SING
SJK (C) KG HUBONG
NORLELA BINTI DAUD
SK MERSING KANAN
KHAIRUDDIN BIN YAACOB
SK SRI MERSING
ABD RAZAK BIN HUSAIN
SK KEM ISKANDAR
MARIAM BINTI MOHD NOOR
SMK NITAR
ZAPRIUDIN BIN BUJANG
SK (FELDA) TENGGAROH 1
24
Anugerah Kecemerlangan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) Tahun 2020
SMK SRI MERSING
SK SERI PANTAI
25
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
Penyampaian
Anugerah Tokoh
-TOKOH KEPIMPINAN 2021
-TOKOH GURU 2021
26
TOKOH KEPIMPINAN
2021
Pengenalan Tokoh
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dari Universiti
Malaya, berasal dari Muar Johor, juga merupakan mantan Penolong Pegawai
Pelajaran Daerah Mersing yang bersara pada 24 November 2006. Itulah dia
tokoh kepimpinan guru bagi tahun 2021.
Biodata Tokoh
Yang Berbahagia Tuan Hj. Abdul Samad bin Alias dilahirkan pada tanggal 24
November 1950. Anak pertama dari tiga orang adik beradik ini dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dilimpahi kasih sayang ibu dan
bapa.
Beliau menjalani zaman persekolahan awal di Sekolah Rendah Ismail 2 dan
meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Tinggi Muar.
Pada tahun 1970, beliau melanjutkan pengajian beliau di Maktab Perguruan
Pulau Pinang dan berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada
tahun 1975.
Sejarah Pendidikan Tokoh
Beliau menjalani zaman persekolahan awal di Sekolah Rendah Ismail 2, dan
meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Tinggi Muar.
Pada tahun 1970, beliau melanjutkan pengajian beliau di Maktab Perguruan
Pulau Pinang dan berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada
tahun 1975.
27
Sejarah Perkhidmatan Tokoh
Sejarah perkhidmatan beliau sebagai guru bermula pada tahun 1972 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing sebelum menyambung pelajaran di
Universiti Malaya pada tahun 1975.
Pada tahun 1978 beliau telah diamanahkan berkhidmat di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Mersing sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (HEM) dan seterusnya menjawat jawatan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran. Atas kecemerlangan beliau, Tuan Hj. Abdul Samad Bin Alias
telah dilantik sebagai pengetua di sekolah yang sama pada tahun 1990.
Pada tahun 1993 beliau seterusnya ditugaskan berkhidmat sebagai pengetua
di SMK NItar. Sinar kepimpinan beliau bertambah menyerlah dari
memimpin sekolah beliau diamanahkan pula mentadbir sekolah-sekolah
dan pemimpin-pemimpin sekolah apabila dilantik sebagai Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Mersing pada tahun 1996 sebelum menamatkan
perkhidmatan beliau pada tahun 2006.
Anugerah Perkhimatan Tokoh
Atas kecemerlangan sepanjang dalam perkhidmatan, beliau telah menerima
beberapa anugerah. Antaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
pada tahun 1990 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004.
Selain itu beliau juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Warga Emas Daerah
Mersing pada tahun 2013.
Sumbangan Tokoh
Antara sumbangan beliau ialah sebagai Penolong Presiden GPMS Daerah
Mersing, Penasihat PIBG SMK Nitar, Pakar Motivasi Sekolah, AJK Persatuan
Persilatan Daerah Mersing, AJK Persatuan Sepak Takraw Daerah Mersing,
dan AJK Kelab Bermotosikal Jaguh Daerah Mersing.
Tuan Hj. Abdul Samad Bin Alias
Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan 2021 Daerah Mersing
28
TOKOH GURU 2021
Biodata Tokoh
Nama : Murthazar bin Mohd
Tarikh Lahir : 7 Ogos 1959
Tempat Lahir : Mersing Johor
Sejarah Pendidikan Tokoh
Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing
Sekolah Menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing
: Maktab Perguruan Kuala Terengganu (1983-1985)
Maktab
: MPTI Johor Bahru (1993 ) Sijil Khas Perguruan
Universiti : Universiti Putra Malaysia (1998-2001)
Sejarah Perkhidmatan Tokoh
1986-1988 : SK Pulau Tinggi
1989 : SK Tenggaroh 1
1989-1993 : SK Bandar Mersing
1994-1995 : SK Sri Mersing (Penyelia Petang)
1995-1996 : SK Pulau Sibu (Guru Besar)
1996-1998 : PPD Mersing HEM (Penyelia Pendidikan)
2003-2006 : PPPD Kurikulum (USK)
2007-2015 : PPPD (SPK/HEM)
2016-2019 : SK Telok Lipat (Guru Besar)
Anugerah Perkhidmatan Tokoh
Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum Maktab Perguruan Terengganu (1985)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (1996)
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (2007)
Anugerah Inovasi Ketua Sektor (Pengurusan Perkhidmatan) JPN Johor
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM (2017)
Anugerah Inovasi Ketua Sektor (Pengurusan Perkhidmatan) JPN Johor
Sumbangan Tokoh
AJK Majlis Pengakap Daerah
Penolong Pentadbir Kadet Remaja Daerah
Naib Pengerusi Majlis Sukan Sekolah Daerah Mersing
AJK Majlis Guru Besar (MGB)
Ahli Perwakilan MGB Daerah
En. Murthazar bin Mohd
Penerima Anugerah Tokoh Guru 2021 Daerah Mersing
29
SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
Penghargaan
Penaja
Terima Kasih kepada penaja yang terlibat
8.12.2021 / HOTEL SERI MALAYSIA MERSING
30
31
32
33
34
35
36
Terima
Kasih
37
Sekalung Budi
Pengerusi dan Jawatankuasa Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Mersing bagi Tahun 2021
Merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada:
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia
Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Yang Berusaha Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri
Tuan Pegawai Pendidikan daerah Mersing
Majlis Pengetua Sekolah Menengah Daerah Mersing
Majlis Guru Besar Derah Mersing
Para Guru dan Kakitangan Sokongan Sekolah-Sekolah Daerah Mersing
PIBG Sekolah-Sekolah Daerah Mersing
38
Catatan