RUMAH
KUNING
2022
AHLI JAWATANKUASA
Watak ‘Lebah’ dan ’Bunga Matahari’ telah dipilih sebagai maskot
bagi pasukan rumah Kuning Tahun 2022.
‘Lebah’ telah dipilih kerana serangga ini sangat rajin, sentiasa
bekerjasama dan tidak pernah kenal erti berputus asa. Watak ‘Lebah’ ini
diambil supaya menjadi simbol kepada rumah Zuhal untuk terus berjaya
serta sentiasa berusaha untuk melakar kecemerlangan dalam bidang sukan.
Sifatnya yang bekerja keras, rajin dan bekerjasama menjadi pemangkin
semangat ahli-ahli rumah Kuning supaya sentiasa tidak cepat pantang
menyerah terutamanya dalam setiap acara sukan yang diambil.
Selain itu, watak ‘Bunga Matahari’ yang menyinar dan sentiasa
memberi manfaat kepada orang lain sangat bersesuaian dengan rumah
Kuning. Bunga Matahari ini menjadi lambang rumah Kuning yang sentiasa
bersinar dan saling membantu antara satu sama lain.
Warna kuning pada Lebah dan Bunga Matahari ini mewakili
sinaran tenaga suria sekaligus melambangkan semangat ahli-ahli rumah
Kuning yang sentiasa membara dan sanggup menyahut cabaran.
Oleh itu, rumah Kuning akan terus ke mercu kejayaan berbekalkan
semangat lebah sekaligus mencapai moto kami:
“Sting Like A Bee, Shine Like a Sunflower’”
‘”Menyengat Seperti Lebah, Bersinar seperti Bunga Matahari’