The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL ATIYYAH BINTI TAJUDIN IPG-Pelajar, 2024-03-23 11:21:08

INKLUSIF RPI

INKLUSIF RPI

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU OLEH NURUL ATIYYAH TAJUDIN


ISI KANDUNGAN


1 ISI KANDUNGAN PROSES PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ........................................2 1.0 PENGENALAN.....................................................................................................................2 2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT.........................................................................................2 3.0 PRASIDANG.........................................................................................................................2 4.0 SIDANG PERTAMA ............................................................................................................3 5.0 PELAKSANAAN DAN PEREKODAN RPI......................................................................3 RINGKASAN BORANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU..............................................4 LATAR BELAKANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU................................................4 FOKUS PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU...............................................4 BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ...........................................................5 PENGENALAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ..........................5 SEBAB PEMILIHAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU .................5 KEPENTINGAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU.........................5 SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN.........................................................................6 MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU.......7 GAMBAR BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ....................................7 QR CODE BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU....................................8 RUJUKAN.............................................................................................................................................9


PROSES PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


2 PROSES PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 1.0 PENGENALAN Murid berkeperluan Pendidikan khas adalah insan istimewa yang perlu diberikan hak yang sama rata terutamanya dalam bidang Pendidikan. Sesuai dengan keistimewaan yang ada pada diri mereka, pelbagai pendekatan yang sesuai dengan kebolehan diri mereka telah dilakukan dalam usaha untuk mencapai objektif utama Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, Rancangan Pendidikan Individu adalah satu inisiatif yang sangat baik bagi mengenal pasti masalah, kekuatan dan keupayaan serta intervensi yang sesuai untuk murid berkeperluan Pendidikan Khas (Siti Hajarat Ramly et al, 2017). Berikut merupakan proses penyediaan dan pelaksanaan rancangan Pendidikan individu yang dilakukan. 2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT Proses yang pertama dalam penyediaan dan pelaksanaan rancangan Pendidikan individu ialah proses pengumpulan maklumat. Proses ini kebiasaannya dijalankan oleh guru kelas. Proses ini adalah untuk mengenal pasti laporan perubatan dan terapi atau perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh murid berkeperluan khas. Kaedah ini dijalankan selama tiga minggu pertama persekolahan dan menggunakan instrumen yang bersesuaian. Proses ini adalah untuk melengkapkan bahagian A dalam RPI. Dalam proses ini, saya dapat mengenal pasti masalah responden dimana ianya mempunyai masalah pembelajaran di bawah kategori lembam (slow learner). Responden merupakan murid tahun 5 kenanga yang berada di dalam program pendidikan inklusif. Murid ini juga tidak memerlukan perkhidmatan sokongan dan perubatan. 3.0 PRASIDANG Dalam proses prasidang pula, ia melibatkan jawatankuasa Pendidikan khas sekolah JPKS yang terdiri daripada pengerusi (PK1 atau PKPK), pelaksana RPI, guru kelas, guru mata pelajaran dan guru kemahiran. Guru bimbingan kaunseling dan kumpulan pelbagai kebolehan juga terlibat jika perlu. Ahli-ahli ini perlu melakukan mesyuarat bagi meneliti dan melakukan perbincangan dengan terperinci bagi isu utama yang dikenal pasti bagi MBPK (Sitti Hasnah Bandu et al., 2012). Hasil perbincangan dicatat dalam borang rumusan prasidang sebagaimana dalam lampiran di bawah.


3 4.0 SIDANG PERTAMA Seterusnya, langkah yang seterusnya dalam proses penyediaan dan pelaksanaan rpi ini adalah sidang pertama. Menurut Suhaimie Moridan et al. (2015), dalam sidang pertama ini perbincangan akan dilakukan untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa murid. Ia mestilah dilakukan dalam tempoh masa tiga bulan dari hari pertama murid berkeperluan khas masuk ke sekolah. Dalam sidang ini, ahli-ahli yang terlibat terdiri daripada para pentadbir, guru PKPK atau PPKI, guru pelaksana RPI, ibu bapa, guru kelas, guru mata pelajaran dan guru kemahiran. Jika perlu guru bimbingan kaunseling dan kumpulan pelbagai kebolehan juga terlibat. Dalam sidang yang pertama ini, ibu bapa wajib menandatangani surat persetujuan sebagaimana lampiran di bawah. 5.0 PELAKSANAAN DAN PEREKODAN RPI Dalam proses pelaksanaan dan perekodan ini, ia perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan. Pelaksana RPI dan guru mata pelajaran perlu untuk melakukan perbincangan serta menilai prestasi murid berkeperluan khas setiap dua atau tiga minggu dan ianya perlu untuk direkodkan dalam borang rancangan Pendidikan individu. Intervensi perlu untuk diteruskan dengan mengubah kepada aktiviti yang baru jika MBPK tidak menunjukkan perubahan dalam tempoh masa tersebut. Jika MBPK menunjukkan perubahan yang positif, pelaksana RPI boleh meneruskan dengan isu utama yang lain.


BORANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


: : 8 Masalah Pembelajaran 08.04.2012 11 DBB 124 BPKHAS/RPI/SR/2023 BORANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN A (Maklumat Diri) 1. Kod Sekolah : 2. Tahun: 3. Nama Sekolah : 4. Program Pendidikan Khas : a) Sekolah Pendidikan Khas: b) Program Pendidikan Khas Integrasi: c) Program Pendidikan Inklusif: 5. Nama Murid : 6. Tarikh Lahir : 7.Umur : 8.Kelas : 9. Kategori : 10. Diagnosis : 11. Pengetahuan Sedia Ada : 12. Keupayaan : 13. Keperluan Perubatan : 14. Keperluan Perkhidmatan : Sokongan 15. Keperluan Alat Sokongan : 5 KENANGA CHE MOHD AMZAR AKIF BIN CHE KOB Tidak Tidak Tidak Murid minat bermain dengan bahan maujud. Memahami dan mudah memberi respon terhadap arahan guru. Murid mengetahui cara melakukan solat dengan betul. Lembam (Slow Learner) SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL KALONG 2024


BAHAGIAN B (Fokus RPI) 16. Kurikulum yang diikuti : 17. Fokus RPI : a) Kefungsian : b) Akademik : 18. Cabaran Utama : 19. Matlamat / Jangka Panjang : 20. Matlamat Jangka Pendek 21. Strategi Intervensi (Aktiviti berkenaan aspek kefungsian atau akademik) 22. Pencapaian Meningkatkan fokus Amzar di dalam kelas 1. Murid akan mengunakan kit solat berjemaah untuk memahami kedudukan solat berjemaah mengikut kategori-kategori tertentu. 23. Tarikh Mula : 24. Tarikh Semak : Murid boleh menunjukkan tatacara solat berjemaah mengikut kategori yang tertentu dengan betul. Murid kurang fokus dalam pembelajaran. KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5


25. Keputusan Inventori Minat Kerjaya Pendidikan Khas (IMKPK) Murid Tahun 6 : BAHAGIAN C (Perakuan) : 26. Tarikh Sidang Pertama : a) Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga: ………………………………………… b) Tandatangan Guru: …………………………………………… ( ) c) Disemak Oleh: ………………………………………… ( ) d) Disahkan Oleh: ………………………………………….. ( ) 27. Tarikh Sidang Penilaian : a) Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga: ………………………………………… ( ) b) Tandatangan Guru: ………………………………………… ( )


RINGKASAN BORANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


4 RINGKASAN BORANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU LATAR BELAKANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Nama murid yang ingin melaksanakan RPI ialah Che Amzar Akif bin Che Kob. Murid ini merupakan seorang murid berkeperluan Pendidikan khas kategori masalah pembelajaran. Murid ini merupakan murid lembam. Antara cabaran utama Amzar ialah kurang fokus di dalam kelas. FOKUS PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Fokus penulisan RPI ini adalah untuk murid lembam (slow learner) yang mempunyai masalah dari segi akademik. Lembam atau slow learner adalah keadaan di mana murid mempunyai potensi intelektual yang rendah. Kebiasaannya murid ini memerlukan masa yang lebih lama dan berulang-ulang untuk memahami sesuatu pembelajaran di sekolah (Anggi Anggraeni, 2022).


BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


5 BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENGENALAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Bahan bantu RPI yang digunakan untuk Amzar sebagai intervensi ialah penggunaan kit solat berjemaah. Kit ini dapat membantu Amzar untuk menentukan kedudukan solat berjemaah mengikut kategori yang betul. Hal ini juga akan dapat membantu Amzar untuk lebih fokus di dalam kelas. Kit solat berjemaah ini juga perlu untuk digunakan dengan bimbingan guru supaya ianya digunakan dengan cara yang betul. SEBAB PEMILIHAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Antara sebab pemilihan bahan bantu RPI ini adalah kerana kit solat berjemaah ini membantu Amzar untuk lebih fokus di dalam kelas. Hal ini kerana, antara salah satu kelebihan Amzar yang dapat dikenal pasti ialah mempunyai minat terhadap bahan maujud. Selain meningkatkan kefahaman dan fokus Amzar, ia juga sekaligus menarik minat Amzar untuk sentiasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. KEPENTINGAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Kepentingan bahan bantu RPI ini adalah kit ini dapat menarik minat murid. Hal ini kerana ia mempunyai tekstur yang menarik dan mudah untuk digunakan oleh murid. Selain itu, murid perlu fokus dalam menggunakan kit solat berjemaah ini. Secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan fokus murid serta membantu dalam mengawal tingkah laku serta emosi murid di dalam kelas.


6 SENARAI PERALATAN YANG DIPERLUKAN 1. Gambar orang dan sejadah yang telah disurih 2. Kadbod hitam 3. Polistrin 4. Gam pemanas 5. Laminating paper 6. Lidi sate 7. Pembalut 8. Salotape 9. Gunting 10. Pisau.


7 MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 1. Guru perlu untuk mengimbas QR code yang telah disediakan. 2. Guru menerangkan nota kepada murid. 3. Murid diminta untuk memberikan contoh berdasarkan kategori di dalam nota tersebut. 4. Murid perlu untuk menyucuk lidi yang mempunyai gambar mengikut kedudukan yang diinginkan. 5. Aktiviti ini boleh diulang mengikut kategori Jemaah dewasa lelaki, Jemaah dewasa dan kanak-kanak lelaki, Jemaah dewasa lelaki dan perempuan, Jemaah dewasa dan kanak-kanak lelaki dan perempuan dan seterusnya. 6. Guru boleh membuat ujian tentang kedudukan solat berjemaah kepada murid tanpa merujuk nota yang diberikan. GAMBAR BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


8 QR CODE BAHAN BANTU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU


RUJUKAN


9 RUJUKAN Anggraeni, A. (2022). Rancangan Program Pengembangan Pendidikan Individual untuk Siswa Lambat Belajar (Slow Learner). Nathiqiyyah, 5(2), 48-55. Bahagian Pendidikan Khas. (2020). KPM -Portal Bahagian Pendidikan Khas. Dipetik daripada https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pendidikankhas Bandu, S. H. B., Jelas, Z. M., Yasin, M. H. M., & Tahar, M. M. (2012). Cabaran Penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di Sekolah Pendidikan Khas Integrasi. In Seminar Internasional Pelajar Pasca Siswazah Pendidikan Khas, January (pp. 1- 14). Moridan, S. B., Malaysia, F. P. U. T., Sihes, M. D. A. J. B., & Yusof, S. B. M. (2015). Sikap Guru Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu Pendidikan Islam Di Pendidlkan Khas. In International Education Postgraduate Seminar 2015 (p. 304). Ramly, S. H., & Alias, A. (2017). Aspek kekeluargaan Model Epstein mempengaruhi tahap penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan rancangan pendidikan individu murid berkeperluan khas. In Proceedings of International Conference on Special Education (Vol. 2).


LAMPIRAN


BPKHAS/RPI/PS/2023 BORANG RUMUSAN PRASIDANG 1. NAMA MURID : CHE AMZAR AKIF BIN CHE KOB 2. KELAS : 5 KENANGA 3. KEUPAYAAN MURID : Murid dapat mendengar dan memahami arahan dengan baik. mempunyai minat yang tinggi terhadap bahan maujud. 4. CABARAN UTAMA: Murid kurang fokus di dalam kelas. 5. MATLAMAT: Meningkatkan fokus murid di dalam kelas. 6. CADANGAN STRATEGI: Menggunakan bahan bantu yang maujud untuk meningkatkan fokus kerana murid mempunyai minat yang sangat tinggi dengan bahan bantu maujud.


SURAT PERSETUJUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Alamat Ibu Bapa atau Penjaga ....................................................... ...................................................... ...................................................... Tarikh:.................................. _____________________________________________________________ Kepada, Pengetua/Guru Besar ..................................................... ..................................................... ..................................................... Tuan/Puan, PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 1. Saya ........………………………………..................................................... sebagai ibu/bapa/penjaga sah (No. Kad Pengenalan: .........................................) kepada …..……………………………………....... (No. Kad Pengenalan: ...........................................) dengan ini mengesahkan telah membaca, memahami seluruh kandungan dokumen Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini seterusnya bersetuju untuk melepaskan Kementerian Pendidikan Malaysia daripada sebarang liabiliti atas persetujuan yang saya berikan. Sekian, terima kasih. Yang benar, .................................................... ( ) Nama Penuh: No. Kad Pengenalan: Tarikh:


SEKIAN TERIMA KASIH OLEH NURUL ATIYYAH TAJUDIN


Click to View FlipBook Version