The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahminaauni06, 2021-07-01 04:29:45

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI T3

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI T3

SEKOLAH BERASRAMA PENUH
INTEGRASI KUBANG PASU

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3

TAJUK:
KEGIATAN EKONOMI DI KUALA
NERANG,KEDAH

DISEDIAKAN OLEH:
Nurdianah Syahmina Auni binti Ahmad
Tingkatan 3 Ihsan

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 3. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SBP Integrasi Kubang
Pasu,Encik Harris Ganae bin Nainar kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini.Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya,iaitu Puan Asmaniza binti Yop
kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan
ini.Sepanjang penyediaan laporan ini,saya diberi tunjuk ajar oleh beliau

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya,iaitu Encik
Ahmad bin Che Man dan Puan Norni Suriani binti Ismail yang memberikan
bantuan dan sokongan kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Tanpa sokongan dari pihak-pihak yang terlibat,tidak mungkin saya akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya kerana tugasan ini memerlukan
motivasi,usaha buah fikiran bagi memastikan ianya berjalan lancer.

PENDAHULUAN

Saya,Nurdianah Syahmina Auni binti Ahmad pelajar kelas 3 Ihsan telah
menjalankan kajian tentang kegiatan ekonomi di Kuala Nerang,Kedah.
Saya telah menjalankan kajian ini selama satu minggu bermula daripada 21
Jun sehingga 27 Jun 2021.
Antara sebab saya memilih kawasan Kuala Nerang ,Kedah adalah kerana
Kawasan ini mempunyai banyak sektor ekonomi yang membantu serta
memudahkan tugasan kajian lapangan saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan di Kuala Nerang,Kedah bertujuan
untuk:
• Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama di Kuala Nerang,Kedah.
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi utama

di Kuala Nerang,Kedah.
• Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama tersebut Kuala

Nerang,Kedah.

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

PETA KAWASAN KAJIAN DI KUALA NERANG,KEDAH

TAFSIRAN PETA

Kawasan kajian saya adalah sekitar Kuala Nerang,Kedah.Lingkungan Kawasan
kajian saya adalah lebih kurang sepuluh kilometer persegi..Kawasan ini dibawah
pentadbiran Majlis Daerah Padang Terap.

Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan kajian saya ialah hutan dan
rumput.

Pandang darat budaya yang terdapat di kawasan kajian saya ialah masjid,pokok
getah,sawah padi,pokok kelapa,jalan raya,petempatan dan sekolah.

Penduduk disini kebanyakkan beragama Islam,Buddha dan Hindu.Kebanyakkan
penduduk dsini bekerja sebagai petani,penoreh pokok getah,guru,doktor,polis
dan berbagai lagi.

Kajian yang dibuat mendapati kegiatan ekonomi utama di sini ialah dalam
sektor primer iaitu Pertanian.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian menggunakan kaedah berikut:
• Merujuk kepada sumber internet

Kaedah pertama yang saya gunakan ialah dengan merujuk kepada sumber internet
untuk mencari maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi utama di Kuala Nerang,Kedah.
• Pemerhatian

Selain itu,saya juga menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengenal pasti jenis
kegiatan ekonomi utama di Kuala Nerang,Kedah.Hal ini kerana dengan adanya
covid-19 yang menghalang saya untuk turun ke padang untuk mencari maklumat.
• Rujukan kepustakaan

Akhir sekali,saya menggunakan kaedah rujukan kepustakaan untuk mengetahui
kepentingan kegiatan ekonomi utama di Kuala Nerang,Kedah.

HASIL KAJIAN

Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan di kawasan Kuala Nerang,Kedah ialah
pertanian iaitu penanaman pokok-pokok getah dan sawah padi .

Gambar tanaman padi

HASIL KAJIAN

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan kajian
saya.Antaranya ialah tanah pamah.Hal ini kerana kawasan tanah pamah sesuai untuk
menanam tumbuhan,Sebagai contoh penanaman pokok getah dan padi.
Selain itu,faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu
Saliran.Hal ini demikian kerana dengan adanya pengairan yang baik dapat
memudahkan lagi proses penanaman.Contohnya,penanaman sawah padi.

Gambar contoh pokok getah

HASIL KAJIAN

Kepentingan kegiatan pertanian di kawasan ini ialah memberikan peluang pekerjaan kepada
orang ramai.Hal ini demikian menyebabkan kadar pengganguran di negara kita
berkurang.Antara contoh pekerjaan dalam bidang pertanian ialah penoreh getah dan

Selain itu,kepentingan kegiatan pertanian ini juga ialah kemajuan ekonomi negara.Hal ini
kerana kegiatan ini dapat menyumbangkan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan
mengurus dan mentadbir negara.Sebagai contoh,pengeksportan hasil-hasil tanaman ini keluar
negara.

Gambar penoreh getah

Gambar beras

RUMUSAN

Hasil daripada maklumat-maklumat serta data yang telah berjaya diperolehi
melalui kaedah-kaedah kajian yang telah saya jalankan.Setiap objektif kajian yang
telah dinyatakan pada awal kajian telah pun dicapai.

Terdapat banyak halangan semasa melaksanakan tugasan ini.Antaranya ialah
masalah internet dan fakta-fakta palsu yang terdapat di internet.

Walaupun begitu,saya berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasa saya dengan
jayanya kerana telah banyak tenaga dan usaha yang digunakan untuk menyiapkan
tugasan kajian lapangan ini.

Sepanjang kajian ini saya telah dapat mengesan beberapa kelemahan dan
kekurangan kajian lapangan saya.Saya berharap dapat melakukan yang terbaik
dalam melaksanakan kajian lapangan yang akan dating dengan maklumat yang lebih
teliti dan baik serta fakta dan isi yang lebih menarik dalam kajian lapangan saya.

LAMPIRAN

Pemandangan sawah Produk keluaran hasil getah
padi


Click to View FlipBook Version