The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jesferbiah97, 2022-02-24 01:44:27

Coffee Table Books

Coffee Table Books

PETIKAN KATA-KATA/
UCAPAN PENGERUSI SPANS

Tun Pehin Sri Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng

(1/1974 – 1/4/1977)

“Tugas di PSC menuntut ketulusan dan sikap amanah yang tinggi kerana yang penting tidak berlakunya pilih
kasih dalam pemilihan, baik untuk jawatan sebagai penjawat awam mahupun calon penerima biasiswa pelajaran.
Jika tersalah pilih implikasi dan kesannya amat besar. Bukan sahaja kewibawaan dan nama baik Suruhanjaya
itu terjejas, ia juga boleh menyebabkan perkhidmatan awam negeri tidak mempunyai penjawat yang sesuai,
sehingga boleh menjejaskan keberkesanannya pada jangka panjang. Untuk itu, kata beliau mereka berusaha
sebaik mungkin untuk memilih calon yang paling sesuai berdasarkan kelayakan, pengalaman, ketrampilan dan
sikap yang ditunjukkan semasa sesi temu duga dijalankan.” (Jeniri, ms 119) –

“Kita memang dapat lihat potensi calon ketika sesi temuduga. Yang kita ambil kira dalam keputusan ialah
kesesuaian calon dari segi kelayakan akademik, cara menjawab soalan, personaliti, pengalaman dan sama ada
calon itu bersedia dihantar dihantar dan dipindahkan ke mana-mana tempat di negeri ini pada masa depan.”

“Biasanya kami membuat keputusan secara perundingan atau konsensus sebelum seseorang calon dipilih. Hal
ini untuk memastikan pilihan kami tepat dan kami tidak dikritik kemudian hari.”

(Sumber : Buku Abang Salahuddin Dari Lamin Dana ke Astana : Jeniri Amir (muka surat 120 )

Tan Sri Datuk Amar Haji Hamdan Sirat

(15/12/1989 – 14/6/2000)

“I have an excellent mixture of members in my team at PSC. There are educationists, a former Resident, a former
Director of Agriculture, a former Permanent Secretary to a Ministry and a Ketua Masyarakat, which is good and
wholesome blend of personalities with about 200 years combined experience in administration between them.
Most of them are graduates and experienced Head’s of Department at the Ministry or Resident levels. I tap their
talent for the benefit of the organisation. They know their job well and the PSC is a think tank institution whose
power and standing can be reckoned with”

“But academic achievement alone is not all that matters in Civil Service. Coupled with knowledge and skill of
officers is discipline. To be discipline is to know General Orders and other rules and regulations which are in
force. Failure to observe and practise the General Orders would render an officer to compromise his or her
professional status of an elite Civil Service.”

pg
048

Datu Abdul Ghafur bin Shariff

“Merujuk kepada Laporan Suruhanjaya Reid, keadaan berkecuali perkhidmatan awam, iaitu tidak berpihak kepada
mana-mana parti politik adalah ciri pemerintahan yang harus dipelihara bagi menjamin sebuah pentadbiran yang
cekap. Dalam konteks sifat berkecuali ini juga maka SPANS harus dilihat sebagai sebuah badan yang bebas.
Kebebasan SPANS berpaksikan kepada dua faktor. Pertama, ianya bebas daripada sebarang tindakan yang
boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh SPANS. Kedua, dalam menjalankan tugasnya sebagai badan
separa-kehakiman, SPANS harus peka dengan undang-undang ‘substantive’ dan undang-undang ‘procedural’.
Bagi menegak keadilan, Ahli-Ahli SPANS diingatkan untuk membuat keputusan disiplin berpandu kepada
keadilan asasi (natural justice).”

(27.4.2018)

“Peranan SPANS amat ketara bagi memastikan “government” dan “governance” dalam pentadbiran Negeri
mempunyai talian yang rapat agar penjawat awam peka dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka dari
semasa ke semasa. Apapun yang penting adalah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya dalam memilih
mahupun menaikkan pangkat para penjawat awam yang mantap, dedikasi dan berkaliber bagi kesinambungan
kecemerlangan yang wujud sekian lama semenjak zaman kolonial.”

(31.7.2018)

Dalam mendepani cabaran dan arus perubahan dinamika politik semasa, adalah sangat penting mempunyai para
pemimpin yang kental dan tahan lasak. Perumpamaan bahawa menerajui Perkhidmatan Awam sama seperti
melayari sebuah kapal yang tiada destinasi yang tertentu dan harus mengharungi cabaran perjalanan yang tidak
menentu sepanjang pelayaran.

Terdapat dua faktor penting yang perlu dalam mengemudi Perkhidmatan Awam ke suatu destinasi tanpa carta.
Pertama, keupayaan dari segi fizikal seperti penggunaan teknologi dan sistem yang canggih. Kedua, faktor
modal insan. Kedua-dua faktor ini, berpaksi kepada keberkesanan dan kecekapan kepimpinan, pengalaman
dan kemahiran serta nilai-nilai yang dikongsi bersama oleh para penjawat awam sebagai sebuah pasukan yang
berprestasi tinggi.

(31.1.2019)

Dalam memastikan pentadbiran kerajaan dan sektor awam dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta
memenuhi akan kehendak/ekspektasi rakyat, adalah menjadi kriteria penting dalam memilih individu-individu
bagi menjawat jawatan awam dibuat berdasarkan meritokrasi, kelayakan dan mempunyai penghayatan nilai
yang tinggi.

(27.2.2019)

pg
049

Sebuah institusi yang dilahirkan oleh Perlembagaan, SPANS mempunyai peranan yang penting dalam mentadbir
dan mengurus Perkhidmatan Awam Negeri bagi memenuhi ekspektasi rakyat. Dalam melaksanakan peranannya
dengan efektif, SPANS perlu mematuhi akan peraturan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan, Kaedah-
Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Perintah-Perintah Am.

SPANS juga perlu diberikan kebebasan bagi memastikan keputusan yang dibuat lebih bermakna tanpa sebarang
pengaruh. Selain itu SPANS hendaklah menjadi entiti yang berkecuali dan tidak bergantung dengan mana-
mana pihak dalam melaksanakan kuasanya dengan bijaksana seperti badan kehakiman dalam menegakkan nilai
integriti dalam perkhidmatan awam.

Bagi memastikan SPANS terus dihormati dan relevan, Suruhanjaya hendaklah mengenalpasti dan mengemukakan
pandangan dengan pihak berkepentingan dalam menyelesai isu-isu yang bertentangan dengan prosedur,
peraturan dan perundangan sedia ada.

(3.12.2019)

SPANS perlu sentiasa bersedia pada setiap masa bagi mengawal disiplin penjawat awam agar tidak berlakunya
tahap pelanggaran disiplin yang serius. Kewaspadaan ini mengkehendaki Ahli-ahli SPANS mempunyai kecerdasan
mental dan fizikal dalam menggalas tugas mengurus serta mengawal disiplin para Penjawat Awam. Justeru itu,
peranan Ketua Jabatan juga dilihat sangat signifikan bagi memastikan masalah disiplin di Kementerian, Jabatan
dan PBT dapat dikawal. Ini kerana masalah disiplin yang tidak terkawal mampu menjadi barah yang menular
secara senyap dalam Perkhidmatan Awam.

(15.7.2020)

Kemahiran mengurus bos adalah mantra yang sangat berkuasa sekira ianya dilaksanakan dengan betul di mana
ianya mampu membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi dalam merealisasikan visi dan misi mereka
kepada pelanggan dan pihak berkepentingan. Memahami bagaimana bos berfikir dan bekerja adalah merupakan
kunci utama bagi mewujudkan satu perkongsian yang produktif. Kerja anda akan menjadi efektif sekiranya anda
mengetahui petua untuk menguruskan bos anda. Mengurus bos bukan bermakna bodek atau mengampu bos.
Mengurus bos adalah jalinan hubungan mesra dengan bos untuk mencapai hasil yang sebaik mungkin untuk diri
anda, bos anda dan juga organisasi tempat anda bekerja.

(18.8.2020)

Imej sering dikaitkan dengan penampilan fizikal seseorang. Walau bagaimanapun imej boleh ditafsirkan sebagai
gambaran mental atau cerminan terhadap individu yang terpapar pada pandangan atau tanggapan seseorang
atau pihak lain. Penjawat awam hendaklah mempamerkan imej seseorang yang berpengetahuan, kompeten,
berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, mempunyai sikap yang positif, memiliki nilai moral
dan etika yang tinggi dan mempunyai keinginan untuk sentiasa memperbaiki dan memantapkan diri dengan
pembelajaran berterusan. Selain daripada menitikberatkan imej diri atau personaliti yang dijelaskan tadi, hubungan
baik penjawat awam dengan rakyat dan pemegang taruh amat penting, malahan, Kerajaan juga perlu melihat

pg
050

pelbagai sudut imej seperti rekabentuk bangunan, tahap teknologi dan kemudahan terkini dalam meningkatkan
imej dan kepercayaan masyarakat terhadap penjawat awam. Ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan
dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif sejajar dengan perkembangan arus perdana.

(8.2.2021)
Keadilan amat penting dalam proses menjatuhkan sesuatu hukuman sebab ianya dilihat agak subjektif dari segi tafsiran.
Walau bagaimanapun keadilan boleh diterjemahkan melalui tiga (3) prosedur perlindungan seperti keadilan semulajadi
(Natural Justice), keadilan bersifat kefalsafahan dan keadilan yang bertentangan dengan kepentingan awam. Selain
itu, isu diskriminasi juga boleh menyebabkan ketidakadilan berlaku dalam mengenakan hukuman yang secara jelas
melanggari hak kemanusiaan dan perundangan hubungan pekerja.
 
Dalam memastikan Suruhanjaya menjalankan fungsi kawalan tatatertib dengan lebih efektif dan efisyen, kefahaman
tentang kuasa, hukuman dan kemahiran dalam menjatuhkan hukum amat penting. Ini hanya dapat direalisasikan
dengan pembelajaran dan latihan berterusan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

(25.3.2021)

pg
051

KERATAN AKHBAR EDISI
KHAS SEMPENA ULANG
TAHUN KE-60 PENUBUHAN
SPANS (1 NOVEMBER 2021)

KERATAN AKHBAR YANG DIPETIK DARIPADA
SURAT KHABAR NEW SARAWAK TRIBUNE
KELUARAN 1 NOVEMBER 2021

pg
053

KERATAN AKHBAR
YANG DIPETIK
DARIPADA

SURAT KHABAR
NEW SARAWAK

TRIBUNE
KELUARAN
2 NOVEMBER

2021

pg
054

pg
055

KERATAN AKHBAR YANG DIPETIK DARIPADA SURAT
KHABAR NEW SARAWAK TRIBUNE KELUARAN
6 NOVEMBER 2021

pg
056

LENSA 1961 - 2021

VISI & MISI

[te.la.dan] | ‫لادنت‬ Empowering in British English
(ɪmˈpaʊərɪŋ)
Definisi :  perbuatan dll yg patut diturut atau diikut; contoh:
Perangainya yg lemah lembut itu menjadi ~ kpd teman-temannya. ADJECTIVEhaving qualities that give a person or a group
Hal yg baik buat ~. meneladan meniru; mencontoh: Kita hendaklah of people the  means  to take more control of their lives and
~ cara-cara mereka membangunkan negara mereka. meneladani become stronger and more independent
menunjukkan teladan kpd; memberi teladan kpd: Guru hendaklah Such experiences can be empowering.
~ muridnya. 
(Kamus Pelajar Edisi Kedua) Source : https://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/
Sumber : https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=teladan empowering

When something is the best it can be or reaches the highest
point, it is exemplary and thus worth imitating. Exemplary comes
from the Latin exemplum, meaning “sample” or “example.” While
some people and things are held as examples of what not to do,
an exemplary person or thing is always a positive example.

Source : https://www.vocabulary.com/dictionary/exemplary

pg
059

LAPORAN TAHUNAN

PERKARA 36(8), Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) ini
PERLEMBAGAAN disediakan selaras dengan tuntutan Artikel 36(8), Perlembagaan Negeri Sarawak.
NEGERI SARAWAK Menurut Artikel tersebut, Suruhanjaya hendaklah menyediakan satu laporan tahunan
mengenai perkhidmatannya kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak dan salinannya diedarkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri.

pg
061

pg
062

pg
063

pg
064

pg
065

pg
066

pg
067

KERATAN AKHBAR/
DOKUMEN/SURAT/MINIT

SURUHANJAYA SEBAGAI
BADAN EKSEKUTIF

OLEH GOVERNOR (1963)

SURAT PENGHARGAAN
SURUHANJAYA KEPADA
BEKAS PENGERUSI
SURUHANJAYA YANG
PERTAMA

pg
069

KEMUDAHAN AHLI-AHLI
SURUHANJAYA (1963)

pg
070

KERATAN AKHBAR THE SARAWAK TRIBUNE,
FRIDAY, 14th JULY 1961

Sumber : Jabatan Muzium, Sarawak

pg
071

KERATAN AKHBAR THE SARAWAK TRIBUNE,
WEDNESDAY, 16TH DECEMBER 1959

Sumber : Jabatan Muzium, Sarawak

pg
072

SARAWAK GAZZETTE,
31ST AUGUST 1963

Sumber : Pustaka Negeri Sarawak

pg
073

Sumber : Jabatan Muzium Sarawak

pg
074

pg
075

TABLE OF PRECEDENCE
IN SARAWAK, 1970

pg
076

pg
077

pg
078

MR RLV WILKES DILANTIK
SEBAGAI PENGERUSI PSC
NORTH BORNEO (SABAH),
MULAI 1 MAC 1963 - 1965

pg
079

pg
080

pg
081

ARAHAN PENURUNAN
KUASA 2004

pg
082

KUCHING: Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Sarawak menerima penarafan cemerlang lima bintang
dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan
(IAKKP) 2017 yang dianjurkan Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak,
Jabatan Perdana Menteri.
Majlis Penyampaian Sijil IAKKP 2017 disempurnakan
Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Mansor Man
di Bilik Gerakan, Bangunan Sultan Iskandar di sini
semalam.
Mansor berkata, Program Inspektorat Anugerah Khas
Keselamatan Perlindungan (IAKKP) diperkenalkan
pada 2013 oleh Pejabat KPKK Malaysia, Jabatan Perdana Menteri sebagaimana yang diumumkan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali
Hamsa pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan 2012.
“Tujuan utama anugerah khas ini adalah untuk mempertingkatkan tahap keselamatan perlindungan di semua kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan bagi menjaga kerahsiaan dan aset kerajaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini
semalam.
Menurutnya, IAKKP 2017 yang dilaksanakan pada tahun lepas merupakan pelaksanaan kali keempat.
“Projek perintis kepada program ini adalah 2013 yang dilaksanakan terhadap kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak
berkuasa tempatan.
“Pada 2014 pula pelaksanaan ini telah difokuskan terhadap jabatan persekutuan, badan berkanun persekutuan, jabatan persekutuan peringkat
negeri dan jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri,” jelasnya.
Pada majlis tersebut, Mansor turut menyampaikan sijil Anugerah IAKKP kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), 4 Bintang,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) 4 Bintang, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 4 Bintang dan Mahkamah Tinggi
Kuching 3 Bintang.
Turut hadir Pengarah KPKK Negeri Sarawak A’ssri Ramli, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor, Pengarah Unit Keselamatan dan
Penguatkuasaan Negeri Jabatan Ketua Menteri Datuk Dr Chai Khin Chung, pegawai dan wakil jabatan persekutuan dan negeri.

pg
083

BANGUNAN / PEJABAT
PENTADBIRAN 1961 - 2021

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN NEGERI
SARAWAK (PEMERINTAHAN RAJAH BROOKE)
MAHKAMAH, COUNCIL NEGRI DAN SEKRETARIAT

Sumber : Jabatan Muzium Sarawak

pg
085

BANGUNAN / PEJABAT SPANS

PEJABAT SPANS DI
AURORA CHAMBERS
(1961-1974)

BERPINDAH KE BANGUNAN
YAYASAN SARAWAK
(1974-2002)
BANGUNAN BAITUL MAKMUR
(2002- NOVEMBER 2010)

BANGUNAN WISMA SATOK,
TINGKAT 9 DAN 10

(NOVEMBER 2010-KINI)

pg
086

PEJABAT SPANS DI AURORA
HOTEL KUCHING - 1961

Sumber : Jabatan Muzium Sarawak

pg
087

PEJABAT SPANS (1988) DI BANGUNAN
YAYASAN SARAWAK, JALAN TUN
ABANG HAJI OPENG, KUCHING

Sumber : Jabatan Muzium, Sarawak

pg
088

BORANG PERMOHONAN
TERDAHULU

BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI
DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK:

BORANG SPA NEGERI 1 (PINDAAN 1/88)

pg
090

BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN
DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK:
BORANG SPA NEGERI 1 (PINDAAN 1/88)

pg
091

BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI
DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK:

BORANG SPA NEGERI 2

pg
092

BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN DI
DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK :
BORANG SPA NEGERI 2

pg
093

GAMBAR KENANGAN

CIK SELINA KEDIT
KERANI PERTAMA
YANG BERTUGAS

DI PEJABAT
SURUHANJAYA PADA

TAHUN 1961

Sumber : Puan Selina Albright, UK

pg
095

MODEL KERETA PENGERUSI SPANS
PERTAMA PADA TAHUN 1961.

pg
096


Click to View FlipBook Version