The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadimanfahrin, 2020-12-04 03:23:33

Perayaan masyarakat di malaysia

KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6



PERAYAAN




MASYARAKAT




DI MALAYSIA













UNTUK PERHATIAN:

CIKGU JURISTINA AKANG





NURUL IMAN FAHIRAH BINTI FAZLI


6 IXORA

SK MALAWA

PENGENALAN








• Malaysia merupakan sebuah negara yang yang merayakan

pelbagai perayaan mengikut agama dan suku kaum. Di

Malaysia mempunyai 6 jenis perayaan yang utama iaitu

Hari Raya , Tahun Baru Cina ,Deepavali ,Krismas ,Pesta

Kaamatan (Sabah) dan Pesta Gawai [ Sarawak ]. Setiap

satunya mencirikan bangsa dan agama yang dianuti.




• Ini merupakan bukti bahawa Malaysia merupakan sebuah

negara yang harmoni dan muhibah. Semua kaum dan

agama berkongsi nilai perpaduan yang sama. Malaysia

menjadi model perpaduan bangsa dan negara.

PENGHARGAAN







Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
sejarah saya iaitu Cikgu Justina Akang atas tunjuk ajar untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini.



Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami

yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami dalam
menyiapkan folio saya dan pelajaran saya keseluruhannya. Walaupun
mereka sentiasa sibuk, namun bantuan mereka sehingga terhasilnya

folio ini amat saya hargai.



Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang sama-
sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Tq semua guys.



Terima kasih sekalung budi.



Ikhlas Nurul Iman Fahirah

OBJEKTIF KAJIAN












❑ Menyatakan perayaan masyarakat yang

terdapat di Malaysia

❑ Menjelaskan tujuan sambutan perayaan di

Malaysia

❑ Membandingkan amalan sambutan

perayaan dahulu dan kini

❑ Menghuraikan keunikan sambutan perayaan

dalam kalangan masyarakat di Malaysia

KAEDAH KAJIAN









Kaedah Primer:


• Kaedah primer ini lebh kepada pemerhatian dan sesi
soal jawab bersama ibubapa dan keluarga terdekat

yang boleh menjadi sumber kepada kajian ini.





Kaedah sekunder:


• Kaedah yang digunakan dalam kajian ini lebih

berfokus kepada maklumat sekunder iaitu melalui

media massa dengan melayari internet . pelbagai

sumber berhubung dengan kajian saya ini diperolehi


dengan mudah dengan adanya bantuan teknologi.


• Kaedah lain seperti media cetak,suratkhabar dan

majalah yang terdapat di rumah.





PERAYAAN





DEEPAVALI





PESTA GAWAI












• Pesta gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan
masyarakat dayak sarawak dan kalimantan barat tetapi pada
kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut
oleh masyarakat dayak yang merangkumi pelbagai etnik.

• Di sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik dayak terutamanya kaum
iban atau dikenali sebagai kaum dayak laut pada zaman dahulunya
yang merupakan kaum majoriti, kaum bidayuh atau dayak darat,
orang ulu seperti kayan, kenyah dan murut dan kaum-kaum etnik
yang lain-lain.

• Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb
Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada
tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian
utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula
dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang.
Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

RUMUSAN KAJIAN









• Rakyat malaysia sangat istimewa kerana walaupun terdapat pelbagai bangsa dan agama, kita


bukan sahaja mampu mengekalkan keamanan, malah boleh turut merayakan perayaan kaum lain

bersama-sama. Realitinya, setiap perayaan utama kaum dikongsi bersama seolah-olah ia adalah


perayaan kebangsaan. Kita juga dapat melihat bahawa rakyat di malaysia telah berjaya mengatasi


semangat induvidualistik, mengetepikan kepentingan peribadi kaum masing-masing untuk

mencapai keamanan. Buktinya, setiap perayaan adalah milik semua orang. Semua orang


meraikannya.

SAMB…






PERAYAAN DAN RUMAH TERBUKA DI MALAYSIA


Tidak terdapat sebuah perayaan di Malaysia yang tidak dijadikan sebagai


aktiviti kebudayaan kebangsaan setiap tahun. Namakan saja apa perayaan,

pasti akan ada aktiviti RUMAH TERBUKA. Semua orang berkumpul menikmati


dan berkongsi rasa gembira dan juadah secara bersama. Semua orang

memahami fungsi dan peranan mereka masing-masing. Siapa menjadi tuan


rumah dan siapa menjadi tamu. Kitaran perayaan yang dinantikan setiap tahun


dan pastinya sebagai pengukuh dan penguat perpaduan rakyat Malaysia.

Rumah Terbuka adalah symbol kebersamaan rakyat Malaysia dalam melakukan


semua perkara ibarat ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

RUMUSAN KAJIAN









PERAYAAN SUMBER PERPADUAN NEGARA


• Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di negara ini, berjaya

membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. kepelbagaian

sambutan perayaan adalah kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan

agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dan berupaya mencapai semangat 1malaysia.


• Menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi

kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip

rukun negara.


• Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara. oleh itu, rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada


untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum

SAMB…








AMALAN PERAYAAN MEMPERKUKUH PERPADUAN


• Amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan bukan sahaja mengeratkan perpaduan, malah mengukuhkan lagi
persefahaman dan saling menghormati antara kaum, agama dan budaya di kalangan rakyat. Ini dapat memberi

peluang kepada pelbagai kaum untuk saling mengenali budaya dan adat resam masing-masing.

• Bazar ramadhan bukan lagi milik orang melayu muslim, tetapi satu pesta yang ditunggu setiap tahun dan dikongsi

semua bangsa dan agama. Limau mandrain bukan sahaja dibeli oleh bangsa Cina ketika menyambut tahun baru.

Malah menjadi makanan buah bagi setiap orang. Maruku bukan lagi hak orang india, tetapi menjadi resepi semua
kaum di malaysia. Begitu juga rendang dan ketupat serta nasi impit sudah sinonim sebagai makanan pengerat

semua bangsa di Malaysia.

• Inilah simbol perpaduan kaum di negara Malaysia yang kami cintai

RUJUKAN







1.Buku Teks Sejarah Tahun 6



2. Buku Rujukan Sejarah (SASBADI)




3.https://www.bharian.com.my/rencana/komentar
/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-

masyarakat-pelbagai-kaum




4.https://www.google.com/amp/s/sejkssrt6t2u6.w
ordpress.com/2017/08/21/perayaan-masyarakat-

di-malaysia/amp/



5.http://www.academia.edu/17578768/Perayaan_

Di_Malaysia



6. http://anyflip.com/dwhq/dzud/basic




7. Wikipedia Malaysia


Click to View FlipBook Version