The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tun Dr. Ismail merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amatlah diperlukan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10300922, 2021-08-13 15:13:23

TOKOH NEGARAWAN - TUN DR. ISMAIL DATO' ABDUL RAHMAN

Tun Dr. Ismail merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat berjasa kepada negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam melaksanakan urusan negara amatlah disegani. Berdiri sebagai orang kuat di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri menunjukkan bahawa bakat serta ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amatlah diperlukan.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN SK SERI SAUJANA #SESAMEDEKA2021
#SESAMELANGKAUIHARAPAN

Tun Dr Ismail
Hj Dato’ Abdul

Rahman

Tokoh Negarawan Malaysia

ISI KANDUNGAN

Biodata
Pendahuluan
Biodata Tokoh
Pendidikan Tokoh
Kerjaya Tokoh
Sumbangan Tokoh
Nilai Kepimpinan Tokoh
Kesimpulan
Rujukan

BIODATA

ALYA MARISSA BINTI JUMAIDI
HANIZAM
6 INTAN

[email protected]
SEK KEB SERI SAUJANA

Pendahuluan

Sebagai warga Johor, saya amat berbangga dengan tokoh kemerdekaan
TUN DR. ISMAIL HJ DATO’ ABDUL RAHMAN yang menjadi sumber
inspirasi kepada anak muda dalam memperjuangkan kemerdekaan
negara kita, Malaysia. Anak kelahiran Johor ini secara tidak langsung
telah menaikkan semangat “BANGSA JOHOR” dan “MUAFAKAT
JOHOR”.
Beliau adalah orang kanan Tunku Abdul Rahman dalam proses
pembentukan Malaysia dan selepas kemerdekaan Malaysia. Beliau
ada bersama Tunku Abdul Rahman dalam proses menuntut
kemerdekaan dari British. Selepas kemerdekaan, beliau dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri yang kedua. Beliau banyak menyumbang
dalam bidang perhubungan antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri.
Tun Dr. Ismail merupakan duta pertama daripada Malaysia ke Amerika
Syarikat dan mendapat pentauliahan duta negara dari Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan memegang jawatan ini sehingga 1959.

Biodata Tokoh

Tun Dr. Ismail dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru dalam
kalangan keluarga elit Melayu yang terkenal di Johor. Beliau adalah anak
kepada pasangan Dato' Abdul Rahman bin Yassin dan Zaharah binti Abu
Bakar.
Dato' Abdul Rahman bin Yassin berketurunan Keluarga Orang Kaya Ahat yang
berasal daripada Padang, Muar.
Dato' Abdul Rahman Yassin adalah tokoh yang dihormati di negeri Johor.
Beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor pada tahun 1895 ketika berusia
25 tahun. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah kerani
dalam pentadbiran awam, Pesuruhjaya Daerah, Majistret dan Bendahari dan
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Beliau juga merupakan speaker Dewan
Negara yang pertama pada September 1959 16 sehingga 31 Disember 1968.
Tun Dr. Ismail telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin binti Dato'
Mohd. Seth. Toh Puan Norashikin merupakan anak kepada bekas Pegawai
Kanan Kerajaan Negeri Johor. Pasangan ini dikumiakan seramai enam orang
anak, empat lelaki dan dua perempuan iaitu Tawfik, Zailah, Badariah, Tarmizi,
Zamakshari dan Ariff

Biodata Tokoh

Tun Dr. Ismail merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua. Beliau
menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak menjadi Perdana
Menteri pada 22 September 1970 menggantikan Tunku Abdul Rahman.
Tun Dr. Ismail pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kabinet. Antara
jawatan yang pernah disandang beliau adalah Menteri Kehakiman dan Keadilan.
Menteri Perusahaan dan Perdagangan, Kementerian Dalam Negeri dan Menteri
Sumber Asli.
Kredebiliti Tun Dr. Ismail juga terserlah apabila beliau dilantik menjadi Duta Besar
Tanah Melayu pertama ke Amerika Syarikat dan Wakil Tetap pertama Tanah
Melayu ke PBB.
Pada 9 Jun 1966, Tun Dr. Ismail telah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh DYMM
Tuanku Ismail Nasirudin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang
Dipertuan Agong Malaysia Ke-Empat. Beliau merupakan orang pertama yang
dianugerahkan gelaran "Tun“.
Dalam kalangan rakyat dan pemimpin negara, beliau dipandang sebagai seorang
negarawan berdedikasi terhadap amanah diberikan. 2 Ogos 1973 beliau
meninggal dunia akibat serangan jantung dan dimakamkan di Makam Pahlawan
yang merupakan pemimpin pertama disemadikan di situ

Pendidikan Tokoh

Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awal awal di Sekolah Bukit Zaharah, “Our family was unique among the Malay
Johor Bahru sebelum memasuki English College, Johor Bahru pada
tahun 1922. families in the sense that my father was
Di English College beliau belajar bargaul dengan pelbagai kaum di mana
bahasa pengantaraan merupakan Bahasa Inggeris. prepared to make financial sacrifices to
Pada 1935, Tun Dr. Ismail meneruskan pengajian ke Kolej Perubatan King give his children the best education”.
Edward VII di Singapura sehingga 1937. beliau tidak menamatkan
pengajian beliau. Namun ini tidak mematahkan semangat beliau. -Tun Dr. Ismail
Mei 1940, Tun Dr. Ismail telah berangkat ke Australia untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan di Queen's College, Universiti
Melbourne.
Tun Dr. Ismail merupakan anak Melayu pertama yang memperolehi ijazah
dalam bidang perubatan daripada Universiti Melbourne pada 1945.

Kerjaya Tokoh

Tun Dr. Ismail mula bertugas sebagai Pegawai Perubatan Tetap di Horsham
Base Hospital, Victoria selama 12 bulan selepas tamat pengajian.
Setelah setahun bertugas, Tun Dr. Ismail telah diberi tugas sebagai
Pentadbir di Horsham Base Hospital.
Selepas pulang ke Tanah Melayu pada tahun 4 Julai 1945, Tun Dr. Ismail
telah memulakan tugasnya sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan
Perubatan Johor Bahru.
Tun Dr. Ismail telah mula terbabit dalam politik negeri Johor sebelum
menyertai UMNO pada 1951. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan
Negeri Johor dan Majlis Kerja Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1948.
Tun Dr. Ismail hanya menjadi ahli UMNO setelah Tunku Ahdul Rahman
mengambil alih pucuk pimpinan UMNO.
Pada1953, Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua
UMNO. Jawatan Naib Yang Dipertua UMNO ini disandang beliau selama 15
tahun iaitu sehingga tahun 1968.

Kerjaya Tokoh

Tun Dr. Ismail pernah dilantik menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Johor,
Majlis Kerja Kerajaan Negeri Johor (EXCO) daripada tahun 1948 hingga
1954. 1956 beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian
yang pertama.
Tunku Abdul Rahman turut memilih beliau sebagai salah seorang ahli
rombongan ke London pada Februari 1956 bagi rundingan kemerdekaan
Tanah Melayu. Beliau telah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Amerika
Syarikat yang pertama dan pada masa yang sama sebagai wakil Malaysia
ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
Sebaik pulang ke tanah air, khidmat dan pengalaman luas beliau dalam
politik amat diperlukan menyebabkan beliau dilantik sebagai Menteri
Perdagangan dan Perindustrian buat kali kedua serta Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri antara tahun 1960-1967.

Kerjaya Tokoh

Atas sebab-sebab kesihatan, Tun Dr. Ismail bersara seketika daripada
bidang politik negara dan menjalani rawatan kanser di London. Desakan
keadaan selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, Tun Dr.Ismail kembali
melibatkan diri dalam kancah politik demi kepentingan negara.
Beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri
dan bertanggungjawab membantu Tun Abdul Razak meredakan ketegangan
dalaman ini sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN)
Apabila keadaan negara telah pulih sepenuhnya, Tun Abdul Razak telah
sebulat suara dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua dan melantik
Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1971.

Sumbangan Tokoh

Tun Dr. Ismail telah menampilkan prestasi yang amat membanggakan dan
banyak membantu meringankan tugas serta tekanan yang dihadapi oleh Tun
Abdul Razak ketika itu. Tun Dr. Ismail juga pernah memangku jawatan Perdana
Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar
negara.
Di samping itu, Tun Dr Ismail terpaksa berhadapan konfrontasi Malaysia-
Indonesia yang berlaku pada 1963 kerana Indonesia tidak mengiktiraf
penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Bagaimanapun, ketegasan
beliau sebagai seorang pemimpin Malaysia berkaliber terserlah apabila mampu
menyangkal semua tuduhan dilemparkan Indonesia terhadap Malaysia.
Jasa paling besar Tun Dr. Ismail adalah mengembalikan keyakinan rakyat
Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Menurut Tun Suffian "it was during the
agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can
be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the
restoration of public confidence in the Government's determination to restore
law and order after the May 13th incidents."

Sumbangan Tokoh

Sumbangan pemikiran beliau yang luar biasa memberi inspirasi kepada
Akademi Perubatan Malaysia menganjurkan Pidato Tun Dr. Ismail setiap dua
tahun sekali. Sebagai mengenang jasa beliau, namanya terpahat di Kolej Tun
Dr Ismail, UPM, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM, Batu Pahat Johor
dan Taman Tun Dr Ismail di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Sebagai
menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti Malaya menganugerahkan
Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang kepada beliau pada tahun
1964.

Nilai Kepimpinan Tokoh

Tun Dr. Ismail seorang pemimpin yang sangat tegas dalam menyatakan
pendiriannya dalam sesatu perkara, jujur, amanah dan berprinsip terutama
dalam pelaksanaan tugasnya dalam kepimpinan Negara.
Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah “Jangan sapu ke bawah
permaidani”. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang
Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya
tercetus Peristiwa 13 Mei.
Latarbelakang keluarga serta pendidikan yang diterima beliau telah membentuk
peribadi dan sifat kepimpinan beliau. Bakat kepimpinan beliau dalam politik
diwarisi daripada ayah, abang serta ipar beliau yang juga turut terbabit dalam
dunia politik.
Selain itu, keperibadian beliau sebagai seorang doktor telah menjadikan beliau
seorang pemimpin yang teliti dalam membuat setiap keputusan.

Kesimpulan

Tun Dr. Ismail adalah merupakan seorang tokoh politik Malaysia yang amat
berjasa kepada negara. Ketokohan serta sikap tegas beliau dalam
melaksanakan urusan negara amatlah disegani. Berdiri sebagai orang kuat di
bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri menunjukkan bahawa bakat serta
ketokohan Tun Dr. Ismail dalam pentadbiran negara amatlah diperlukan.
Tun Dr. Ismail adalah seorang pemimpin yang jujur, berprinsip dan tegas dalam
menyatakan pendiriannya mengenai sesuatu perkara, terutamanya berkaitan
dengan pelaksanaan tugasnya sebagai pemimpin negara. Tun Dr. Ismail
bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata yang lazim, beliau lebih merupakan
seorang pentadbir yang cekap dan memang sewajarnya beliau menjadi orang
kanan kepereayaan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Jika beliau
mempunyai umur yang panjang, mungkin kini beliau tersenarai sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Razak.
Walaupun tidak bercita-cita menjadi seorang ahli politik, namun beliau berjaya
menjadi seorang ahli politik yang disegani dan ketokohan beliau sebagai ahli
politik sukar untuk dicari ganti.

Rujukan

Tokoh Negara Malaysia. Tun Dr. Ismail Dato’ Hj Abdul Rahman. http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tun-drismail-
dato-hj-abdul-rahman.html

Mengenal Negarawan. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/11/279270/mengenal-negarawan

Tun Dr. Ismail: Biografi Dan Peranan Di Awal Kemerdekaan (1951-1959).
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22942/070_087.PDF

Tokoh Sejarah Malaysia. Tun Dr. Ismail Dato’ Hj Abdul Rahman. http://tokohsejarahmalaysia-
2a1.blogspot.com/2011/07/tun-dr-ismail-bin-dato-hj-abdul-rahman.html


Click to View FlipBook Version