The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book ini disediakan oleh Nursyahira bt Adnan, murid 2RK1 ,SMK BUkit Baru Melaka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LY MZ, 2021-07-02 01:30:49

Pelajaran 7: Kesantunan Dakwah Rasulullah SAW

E-book ini disediakan oleh Nursyahira bt Adnan, murid 2RK1 ,SMK BUkit Baru Melaka.

Pelajaran 7 :



Tuntutan mencontohi sifat-sifat Rasulullah (SAW) lemah lembut

1) Lemah lembut > Rasulullah ( SAW ) seorang yang
lemah lembut. Contohnya baginda
sentiasa menggunakan tutur kata yang
baik dan intonasi suara yang sesuai
walaupun ketika berada di pasar. Selain
itu, baginda juga membalas kejahatan
manusia dengan kebaikan.

2) Pemaaf > Rasulullah ( SAW ) juga merupakan
seorang pemaaf. Contohnya, baginda
memaafkan perbuatan penduduk
Mekkah yang pernah mencaci dan
menghina baginda.

3) Memohon keampunan untuk orang Ø Rasulullah ( SAW ) selalu mendoakan
lain umatnya agar diampuni oleh Allah
SWT walaupun mereka pernah
menyakiti baginda. Contohnya,
baginda telah tercedera dalam
perang Uhud. Baginda tetap berdoa
memohon keampunan untuk
kaumnya. Hal ini diriwayatkan oleh
Abdullah bin Mas’ud ( R.A ) bahawa
Rasulullah ( SAW ) berdoa :

‫ ﻓﺈﻧﮭم ﻻ ﯾﻌﻠﻣون‬،‫اﻟﻠﮭم اﻏﻔر ﻟﻘوﻣﻲ‬
Allahummaghfir li qaumi fa innahum la
ya’lamun.
“Ya Allah ampunilah kaumku, (mereka
berbuat demikian) karena mereka tidak
mengetahui.”

4) Bermesyuarat Ø Rasulullah ( SAW ) sentiasa
bermesyuarat agar keputusan yang
terbaik dapat diperoleh. Contohnya,
Rasulullah ( SAW ) menerima
cadangan Salman Al-Farisi ( R.A )
untuk menggali parit semasa perang
Khendak.

5) Berazam dan bertawakkal kepada Ø Rasulullah ( SAW ) sentiasa berazam dan
Allah SWT bertawakkal ketika melaksanakan
sesuatu pekerjaan. Contohnya, Rasulullah
( SAW ) bertegas untuk menuju ke
Madinah Uhud setelah bermesyuarat
dengan para sahabat.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah :

1) Bersifat lemah lembut agar dapat menarik perhatian orang lain mendekati Islam.
2) Memupuk sifat pemaaf kerana sifat ini dapat mengelakkan pepecahan.
3) Memohon keampunan untuk orang lain sebagaimana mereka mahu didoakan sedemikian.
4) Mengamalkan mesyuarat dalam organisasi agar keputusan terbaik dapat dicapai.
5) Berazam untuk melaksanakan segala keputusan mesyuarat yang telak disepakati.
6) Bertawakal kepada Allah SWT kerana hanya Allah SWT diserahkan hasil daripada segala usaha
yang telah dilakukan.


Click to View FlipBook Version