KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 / 2026 SEMESTER 2 TAHUN 2 NAMA PELAJAR : NUR IZZATI BINTI MOHAMAD PAISAL NO ANGKA GILIRAN : 2021052340132 NO KAD PENGENALAN : 030317-08-0764 KUMPULAN / UNIT : PISMP AMB JUN 21/26 PENDIDIKAN ISLAM 1 KOD KURSUS : EDUP3143 NAMA KURSUS : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : ENCIK ARMAN BIN ABD SANI TARIKH HANTAR : 7 MAC 2024 Pengesahan Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami ....................................................... Tandatangan Pelajar Tarikh: ..............................
i ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN Isi kandungan i 1.0 Pengenalan 1 2.0 Faktor Ketaksamaan dalam Masyarakat 1-3 3.0 Implikasi Stratifikasi Sosial Terhadap Komuniti Sekolah Dan Pendidikan 4-5 4.0 Rumusan 5 5.0 Rujukan 6
1 1.0 PENGENALAN Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial akan memberi kesan kepada peluang dan gaya hidup anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, stratifikasi sosial ialah fahaman tentang kewujudan ketaksamaan sosial dalam kehidupan sosial (Chew, 1979). Ketaksamaan dari segi kuasa, harta, penilaian dan kepuasan jiwa akan memberi kesan kepada peluang hidup (Ismail Yusoff, 2018). Perbezaan dalam kalangan masyarakat yang ditentukan melalui stratifikasi sosial telah membentuk hierarki pada struktur kehidupan manusia (Yunus & David, 2008). Sistem Hierarki mewujudkan lapisan sosial yang mana mempunyai ketaksamaan dari segi status sosial, kelas sosial dan kuasa. (Davis & Moore,1969; Karl Max, 1969) bersepakat menyatakan bahawa jawatan dan kedudukan akan sentiasa wujud dalam kehidupan sosial. Bagi memenuhi jawatan dan kedudukan tersebut, masyarakat perlulah mempunyai kemahiran dan kebolehan. Kemahiran dan kebolehan ini boleh diasah menerusi pendidikan dan latihan. Dalam pada itu, terdapat masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain dan ada juga yang bersaing antara satu sama lain. Oleh itu, bagi individu yang mahu mengubah status sosialnya mereka mestilah cemerlang dalam pendidikan. Pendidikan menjadi satu-satunya jalan supaya seseorang itu dapat keluar dari kepompong kemiskinan. 2.0 FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT Ketaksamaan merujuk kepada kelainan serta keunikan yang menjadikan seseorang itu berbeza dari yang lain. Pemikiran tentang kelainan dalam masyarakat mewujudkan ketaksamaan sosial yang mana menjadi ukuran kepada kedudukan seseorang. Ketaksamaan sosial secara umumnya ditafsirkan sebagai kedudukan manusia dalam struktur sosial yang tidak memberikan ganjaran ataupun keistimewaan sosial yang sama rata kepada semua (Idrul Hisham et. al., 2024). Suka ataupun tidak, manusia tidak dapat lari dari hakikat ketaksamaan sosial itu tetap wujud dalam pelbagai sudut kehidupan mereka. Berikut merupakan faktor ketaksamaan dalam masyarakat:
2 Kedudukan Ekonomi Pencapaian ekonomi menjadi ukuran dalam menentukan kedudukan individu dalam struktur lapisan masyarakat. Dua golongan masyarakat terbentuk dalam stratifikasi sosial iaitu golongan berkuasa seperti tuan tanah dan golongan kedua pula ialah golongan yang tidak berkuasa iaitu pekerja. Pendapatan dan pemilikan harta benda adalah dua perkara yang asas dalam menentukan kedudukan ekonomi seseorang individu dalam kehidupan sosial. Kedudukan dalam institusi ekonomi adalah sesuatu yang amat penting dalam penilaian tentang ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana institusi ekonomi mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Dalam pendidikan, terdapat kelencongan di mana, guru terpaksa pilih kasih antara murid-murid. Hal ini disebabkan status ekonomi keluarga, di mana keluarga yang berada sentiasa memberi sumbangan kepada PIBG, manakala keluarga yang berpendapatan rendah jarang sekali mengeluarkan sumbangan untuk sekolah. Justeru itu, anak yang daripada keluarga berada sentiasa mendapat kelebihan dalam erti kata lain, mereka sentiasa di dahulukan tidak kira untuk program sekolah, sukan dan seumpamanya. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, anak-anak sentiasa diberi kemewahan sehingga segala kehendak mereka dituruti (Abdullah Sani, 2005). Anak yang daripada keluarga yang kurang berkemampuan pula, jika mereka tidak mempunyai kemahiran atau bakat untuk menonjolkan diri bagi merebut peluang yang sama, mereka akan disisihkan dan ada kalanya tidak langsung diberikan peluang oleh guru. Politik dan Pentadbiran Politik merupakan salah satu contoh ketaksamaan sosial yang terbentuk melalui proses bergantung kepada hubungan kumpulan atau individu untuk distabilkan. Kedudukan politik memerlukan pengiktirafan dan sokongan daripada pihak lain untuk mencapai kedudukan tersebut. Politik dikaitkan dengan kuasa. Kuasa akan diagih-agihkan dalam unit tertentu dan ini mewujudkan ketaksamaan sosial dalam unit pentadbiran. Politik turut dikaitkan dengan ekonomi. Jika kedudukan ekonomi tergugat seperti kejatuhan mata wang Ringgit, maka keadaan politik dan kerajaan sesuatu negara juga tidak stabil. Bagi seseorang yang mempunyai kekuasaan tertinggi mampu untuk mendominasi dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuannya (Abdul Rahmat, 2018). Realiti hari ini, ramai manusia sangat mengejar harta dan pangkat sehingga sanggup untuk menikam kawan baik sendiri untuk kekal relevan dalam masyarakat.
3 Dalam senario di sekolah, kedudukan guru besar dan guru biasa amat berbeza. Semakin tinggi kekuasaan seseorang, semakin tinggi status sosialnya. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi layanan, keistimewaan dan sebagainya. Guru besar mempunyai keistimewaan yang guru lain tidak ada kerana pada kebiasaannya sesuatu ucapannya adalah seperti perkara yang wajib dipatuhi. Hal ini disebabkan kedudukan, kuasa, dan pengaruh yang mereka peroleh. Sebaliknya pula bagi guru biasa, mereka sebaiknya perlu berhati-hati dalam segala percakapan dan tindak-tanduk mereka. Jika mereka tersilap langkah, mereka berkemungkinan besar untuk dikenakan tindakan. Sebagai contohnya, guru yang dikategorikan ‘bermasalah’ akan dipindahkan ke sekolah lain agar guru-guru lain tidak berani untuk menentang tonggak kepemimpinan sedia ada. Status Sosial Pembahagian kelas dalam masyarakat biasanya berdasarkan perbezaan status kehormatan. Mereka dianggap mempunyai kelas tertentu dan bergaul hanya dengan orang tertentu sahaja. Golongan ini akan mengehadkan pergaulan dengan orang dari luar kelasnya. Mereka yang dari luar kelasnya akan dilayan sekiranya membawa keuntungan dan manfaat kepada tuan badan. Menerusi Principle of Natural Laws, golongan yang lemah akan terkeluar dan cuma mereka yang kuat akan kekal (Nor Haslina Yudistira, 2021). Realiti di sekolah hari ini, ibu bapa mempunyai ramai kenalan yang berjawatan tinggi seperti guru besar ataupun penolong-penolong kanan. Bagi menghilangkan kerisauan mereka terhadap pencapaian dan kelakuan anak mereka, ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah yang akan menjamin masa depan anaknya tidak kiralah seberapa baik dan buruknya tingkah laku anaknya. Murid tersebut pula sentiasa berada di zon selesa kerana membawa gelaran ‘anak member’ kepada guru besar ataupun penolong kanan. Oleh demikian, guru yang tidak profesional dan bersikap tidak telus akan menutup mata terhadap kesalahan yang di lakukan oleh muridnya bagi menjaga nama baik dan hubungan dengan rakan baiknya.
4 3.0 IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH DAN PENDIDIKAN Terdapat implikasi positif dan negatif tentang kewujudan stratifikasi sosial terhadap komuniti sekolah dan pendidikan. Implikasi positif stratifikasi sosial ialah di bawah organisasi sekolah mestilah mempunyai kepelbagaian status dan susun lapis masyarakat. Tidak semua orang boleh menjadi pemimpin, maka seorang pemimpin khasnya guru besar mestilah memacu sekolah ke arah kecemerlangan dibantu oleh murid, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru bagi mencapai visi sekolah yang ingin dicapai bersama. Setiap orang dalam organisasi sekolah membawa peranan dan nilai yang berbeza bagi menjayakan visi misi sekolah. Pengurusan yang baik merupakan syarat asas ke arah kejayaan institusi pendidikan secara keseluruhan (Ahmad Kilani Mohamed, 2003). Jika tidak ditadbir dengan baik, status hubungan antara ahli sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain di dalam institusi sekolah boleh menjadi rumit dan kompleks. Masalah boleh wujud sekiranya peranan dan ekspektasi berbeza tidak dapat diterima dalam masyarakat. Konflik hubungan manusia juga berlaku sekiranya ahli kumpulan lain enggan menerima fahaman kumpulan lain. Ada kumpulan lebih selesa menggunakan corak dan tampuk kepimpinan yang lama bagi mentadbir urusan sekolah, ada juga yang lebih bersifat kekinian yang tidak mahu pengekalan tetapi mahu kepada perubahan gaya pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, setiap ahli masyarakat seharusnya saling memahami bagi mengelakkan berlaku masam muka sehingga menjadi barah dalam masyarakat. Implikasi negatif pula dilihat dari segi pembelajaran murid yang mewujudkan persaingan dalam pendidikan secara tidak sihat. Penindasan berlaku apabila status sosial menjadi keutamaan dan keadilan tidak lagi menjadi tonggak utama. Anak-anak dari golongan kelas pertama sememangnya mempunyai jalan yang mudah disebabkan mereka mempunyai duit bagi merancang cara kehidupan seperti yang mereka mahukan. Orang yang berduit dan berkuasa akan didahulukan tidak kira semasa di sekolah, pasar raya dan sebagainya. Anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan pula tidak dilayan dan diberi peluang secara sama rata di sekolah. Mereka terpaksa berusaha dan berlumbalumba dua kali ganda bagi menyaingi satu matlamat yang sama.
5 Murid-murid tidak bersaing sesama mereka akan tetapi murid bersaing dengan kekuasaan murid lain. Murid di sekolah seharusnya bersaing dengan kebolehan dan kemahiran yang telah dipelajari dan sejauh manakah mereka mengamalkan pembelajaran tersebut. Murid sekolah rendah terutamanya tidak sepatutnya didedahkan dengan perlakuan negatif ini. hal ini kerana, ia akan memberi kesan kepada sikap dan perkembangan murid. Pihak sekolah sewajarnya menitikberatkan isu ini agar tidak berlaku di sekolah dan para pentadbir dan guru seharusnya bersikap profesionalisme yang mana tidak mencampurkan urusan kerja dan urusan peribadi. Stratifikasi sosial telah mewujudkan pengkelasan sekolah yang mempunyai matlamat dan tujuan yang berbeza dalam aspek penubuhannya. Penubuhan pelbagai jenis sekolah membawa kepada fungsi sekolah yang berbeza-beza. Penerimaan menjadi kunci paling penting agar tidak berlakunya salah faham dan konflik dalam sesebuah organisasi atau pentadbiran. Begitu juga dengan keadilan dan profesionalisme yang sememangnya menjadi teras utama dalam institusi pendidikan. 4.0 RUMUSAN Stratifikasi sosial membawa kebaikan dan keburukan bergantung pada cara ahli masyarakat bertindak balas dengannya. Terdapat banyak faktor yang mewujudkan ketaksamaan dalam masyarakat sekali gus membentuk susun lapis dalam masyarakat. Ahli masyarakat sepatutnya tidak perlu berasa terancam bahkan mereka sepatutnya saling melengkapi antara satu sama lain. Hasil daripada ketaksamaan dalam masyarakat telah memberi sedikit sebanyak kesan terhadap komuniti sekolah dan pendidikan khasnya. Setiap ahli masyarakat seharusnya menerima perbezaan dan kelainan pada setiap individu serta bersikap terbuka dengan perubahan yang berlaku pada masa kini.
6 5.0 RUJUKAN Abdul Rahmat. (2018). Kepemimpinan Pendidikan. Zahir Publishing. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=RjgmEAAAQBAJ&oi=fnd&pg=P A1&dq=seseorang+yang+mempunyai+kekuasaan+tertinggi+mampu+untuk+mendo minasi+dan+mempengaruhi+orang+lain+untuk+mencapai+tujuannya&ots=Fm1opO 9qGp&sig=U7XnEW5_-08Jy4nqjIp6SKM-HOw&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. PTS Professional. Ahmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusan pendidikan di sekolah: huraian menurut perspektif Islam. Penerbit UTM. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=QYNV77rYUhIC&oi=fnd&pg=PA 1&dq=status+hubungan+antara+ahli+sesuatu+kumpulan+dengan+kumpulan+lain+ di+dalam+institusi+sekolah+boleh+menjadi+rumit+dan+kompleks+jika+tidak+ditadb ir+dengan+baik&ots=QJgikxzzXZ&sig=LErSS3Q1HHApTGd_Z8yZScLRbU&redir_esc=y#v=onepage&q=baik%20anggota&f=false Chew Peh Ting. (1979). Konsep asas sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Davis, R. E. (1969). The two-dimensional flow of a stratified fluid over an obstacle. Journal of Fluid Mechanics, 36(1), 127–143. https://doi.org/10.1017/s0022112069001558 Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar & Mohd Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi Dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Ismail Yusoff. (2018). Pengenalan Sains Sosial (Edisi Kedua). UUM Press. https://books.google.com.my/books?id=rxQQEAAAQBAJ&dq=Stratifikasi+Sosial+m erujuk+kepada+satu+sistem+yang+mana+terdapat+pelbagai+kategori+manusia+d alam+sesuatumasyarakat.&lr=&source=gbs_navlinks_s Karl Max. (1969). Colonism and Modernization. Doubleday & Co., Inc. Nor Haslina Yudistira. (2021). Tokoh Tokoh Utama yang Memberi Sumbangan dalam Bidang Sosiologi. https://waqafilmunusantara.com/wpcontent/uploads/2021/08/102_AR1.pdf Yunus Kaya & David Brady. (2008). “Stratification.” Internasional Encyclopedia of the Social Sciences, (2nd ed.). Duke University, Durham North Carlifornia.