The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aynieinsyirah2003, 2022-06-11 09:07:04

ETIKA RUKUN NEGARA

MPU21032

ISI KANDUNGAN

Pengenalan rukun negara
Objektif kewujudan rukun negara
Prinsip-prinsip rukun negara
Kesan tidak menghayati rukun negara
Cara-cara menghayati rukun negara
Kesimpulan

PENGENALAN RUKUN NEGARA

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan
yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan
pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan
yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan
menghantui kehidupan bermasyarakat . Justeru, bagi membentuk sebuah negara
yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina
kecintaan (patriotisme),kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan
secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk
keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakat;
memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati Bersama secara adil dan saksama;
membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan
menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara ini dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini,
prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita
terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan
Rukun Negara dan pelbagai Langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran
rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan
dibincangkan.

Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika
dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar
belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar
belakangnya,Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari
pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang
lebih utuh dan kental.

Objektif kewujudan

rukun negara

1.mencapai perpaduan yang lebih erat

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk
membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli
masyarakatnya menggap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-
masing.Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum
dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud.Keadaan
ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum.Sungguhpun wujud unsur-unsur
perbezaan ini,melalui Rukun Negara akan dapat
membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana
semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat
kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara

2.memelihara satu cara hidup demokrati

Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan
kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini
asalkan tidak melanggar undang-undang negara.Tetapi
hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh
disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar
perasaan perkaum atau bagi memusnahkan
demokrasi.Apabila berlaku sebarang masalah yang
melanda negara,kepentingan bangsa dan negara mestilah
didahulukan.Kepentingan negara hendaklah di utamakan
lebih daripada kepentingan kaum ,jika tidak ,kestabilan
dan keselamatan negara akan terancam

3.mencipta sebuah masyarakat yang adil

Semua anggota masyaraka mempunyai peluang yang
sama untuk menikmati kekayaan negara.Masyarakt yang
adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara
dibahagikan dengan adil dan saksama.Bagi mencapa
tujuan ini pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka
mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan
piha yang lain yang lebih maju.Masayrakat adil yang kita
cita-cita kan itu bebas daripada penindasan seseorangg
terhada yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan
terhadap yang lain.

4.membentuk satu sikap yang liberal

Masyarakat negara inibebas mengamalkan agama dan
adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai
dengan matlamat perpaduan negara.kita sesungguhnya
mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat
resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai
kaum.Walaupun ada perbeaan semua anggota
masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan
satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan
itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan
kepada bangsa dan negara Malaysia

Prinsip – prinsip
rukun negara

➢ Kepercayaan kepada tuhan

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas
kehidupan beragama merupakan prinsip
penting kehidupan rakyat di negara kita.
Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang
menolak kepercayaan kepada Tuhan (athies)
seperti fahaman komunis tidak akan mendapat
tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama
telah menjadi unsur penting dalam membentuk
rohani (spiritual) masyarakat kita.

➢ KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai
kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana
negara kita mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan Raja berperlembagaan
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan
jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong
(YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula
menyabut bahawa YDPA adalah sebahagian
daripada komponen yang membentuk Parlimen
di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada
Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting
dalam saat kewarganegaraan di negara ini.
Setiap warganegara Malaysia perlu
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan
negara. Di peringkat negeri pula, rakyat

dikehendaki menumpukan taat setia kepada
raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan
terhadap prinsip ketua mampu membentuk
satu bangsa Malaysia yang patriotic dan
Bersatu padu kerana raja adalah’payung
negara’ yang menaungi.

➢ KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembangaan Malaysia dikenali sebagai
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran
Perlembagaan bermaksud ketinggian dan
keagungan undang-undang atau perlembagaan
itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia

terletak kepada kedudukannya sebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi sumber
dan punca kepada semua undang-undang
seperti yang disebut dalam Perkara 4(1)
Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk
menjamin keadilan, Kerjasama, kesepakatan
dan kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap
rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang
sama di sisi undang-undang. Justeru,
perlembagaan memberi jaminan terhadap hak
asasi, kebebasan rakyat dan keadilan social
untuk semua kaum di negara. Badan yang
dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran
dan ketinggian perlembagaan ialah badan
kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang.

➢ KEDAULATAN UNDANG – UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk
mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, tenteram, stabil dan Makmur. Justeru,
kedaulatan undang-undang menjadi elemen
penting bagi memastikan undang-undang berjalan
dengan lancar. Kedaulatan undang-undang negara
bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di
sisi undang-undang negara tanpa sebarang
diskriminasi kaum, gender mahupun kedudukan
(status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting
dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang

adalah merujuk kepada autoriti perundangan yang
paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan
untuk menegakkan kedaulatan undang-undang
pula dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas
dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin
kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita
bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar
undang-undang dan Perlembagaan Negara.

Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan
perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi.
Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai
moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti
menjadi panduan seluruh masyarakat supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan kemajuan dan
perkembangan tamadun negara yang berasaskan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

➢ KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun
amat penting dalam konteks perhubungan etnik,
terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara
sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan
mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-
persoalan sensitive kepada sesuatu kaum
berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunan,
Bahasa, budaya serta kepercayaan dan agama
yang dianutinya.

KESAN TIDAK MENGHAYATI
RUKUN NEGARA

1. Rakyat akan terjebak dengan budaya dan
perlakuan yang tidak normal.

2. Mengurangkan kesedaran rakyat berbilang kaum
tentang hidup dalam suasana harmoni.

3. Meruntukan keperibadian seseorang bangsa dan
negara.

CARA – CARA MENGHAYATI
RUKUN NEGARA

1. MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN

Masyarakat zaman sekarang tidak mengambil peduli
tentang Rukun Negara dan kesejahteraan Negara
Malaysia.Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil berat
dengan mengadakan kempen – kempen untuk memupuk
sifat patriotic dalam diri seseorang.

2.MELALUI PENDIDIKAN

Untuk memastikan para perlajar dapat memahami dan
menghormati prinsip Rukun Negara, warga pendidik iaitu
guru – guru di sekolah juga boleh mengajar para pelajar
tetang Rukan Negara dengan lebih mendalam lagi.Para
guru jugak boleh megadakan quiz tentang Rukan Negara
kerana corak pendidikan yang menarik dapat memupuk

minat pelajar.

3.PERANAN MEDIA MASSA

Media massa elektronik seperti televisyen dan internet
boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi
kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip
Rukun Negara. Media massa bercetak seperti akhbar
atau majalah boleh menerbitkan artikel tentang
kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.

KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin
dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia
penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
lemah serta sukar untuk dinagunkan dan mudah diancam

oleh kuasa asing mahupun orang dalam.

Rukun Negara diwujudkaan ekoran daripada peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 MEI 1969. Tragedi ini

telah membuka mata dan menyedarkan kita semua,
betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman

dan damai serta menghindari sifat curiga.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira

kaum serta bersikap saling menghormati antara satu
sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat

membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan poliitik dan sistem pemerintahan negara yang

demokratik.

Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai
‘Internal cohesian’ atau kuasa dalaman yang dapat

mengikat perpaduan dan semangat patriotism di
kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk

jati diri dan keperibadian rakyat.


Click to View FlipBook Version