The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fiqazati14, 2020-02-29 01:07:53

eBULETIN SKBU2 BIL 1/2020

Buletin SKBU2 Bil 1/2020

FEBRUARI BIL 1/ 2020

eBULETIN SKBU2

SIDANG EDITOR SK BANDAR UDA 2 TERUS
MELAKAR KEJAYAAN
PENAUNG:
PUAN NOORAYU BINTI JAYUS Pembukaan tahun 2020 untuk SK Bandar Uda 2 telah
dimulakan dengan pelbagai kejayaan yang amat
PENASIHAT: membanggakan.
PUAN SITI ANITA BINTI MISRAN
Ini membuktikan SKBU2 bukan sahaja melahirkan
KETUA EDITOR: insan yang cemerlang dalam akademik, malah turut
CIK SYAFIQAH IZZATI BT melahirkan insan yang cemerlang dalam
SUHAIMI kokurikulum.

EDITOR CILIK: Pihak sekolah berharap agar kejayaan ini akan
1) AMJAD BIN HUSAINI dapat diteruskan pada masa akan datang.Kerjasama
2) ASYRAAF ELMAN BIN AKMAL yang berterusan daripada PIBG,KSIB,guru dan
HIJAZ murid pasti akan dapat membuahkan lebih banyak
3) NOEL MUKHSIN BIN MD kejayaan seterusnya membawa nama SKBU2 ke
YUZAIRIF persada dunia.

ASIA-PACIFIC ADOLESCENT ROBOT ASSOCIATION (APAR),

ANGLICAN HIGHSCHOOL, SINGAPORE

PENULIS: SYAFIQAH IZZATI

19 Jan - Pasukan robotik SK Bandar Uda 2 seramai 12

orang telah menyertai pertandingan Asia-Pacific

Adolescent Association (APAR) yang bertempat di

Anglican Highchool, Singapura. Dalam pertandingan

ini, pasukan SKBU2 telah berjaya mendapat 3 pingat

emas, 2 perak dan 1 gangsa. Pemenang pingat emas

terdiri daripada adik Asyraaf Elman, Ahmad Ahnaf

Sharique, Amjad, Afif Hakeem, Muhammad Aqmal

dan Nuraisy Adam Firas.

Pemenang pingat perak pula terdiri daripada

adik Muhammad Lutfi Hadi, Muhammad Mifzhal,

Raja Zafran Ameer dan Ahmad Emran. Pingat gangsa Pasukan Robotik SK Bandar Uda 2 bergambar
diraih oleh adik Noel Mukhsin dan Muhammad bersama medal masing-masing.
Emile Zaki. Tahniah dan syabas diucapkan kepada

semua pasukan robotik dan guru pengiring iaitu

Cikgu Kua Chan Yong dan Cikgu Syafiqah Izzati.

FEBRUARI BIL 1/2020

PASUKAN RAGBI SKBU2 KEJOHANAN RAGBI MSSD
JOHOR BAHRU

PENULIS: NOEL MUKHSIN

22 Jan - Pasukan Ragbi SK Bandar Uda 2 seramai 13
orang telah menyertai Kejohanan Ragbi MSSD Johor
Bahru. Dalam pertandingan ini, pasukan SKBU2
telah berjaya mencapai tempat ketiga kategori Cup.
Pemain ragbi SKBU2 bagi kejohanan ini terdiri
daripada Eryyan Ersyad, Thaqif Azhar, Tengku Irfan,
Awwal Zulkarnain, Luqman Hakim, Muhammad
Fayyad, Muhammad Zikri, Adam Irfan, Zhafran
Hakim, Muhammad Naqib, Muhammad Aqmal,
Syahmi dan Muhammad Audadi. Adik Luqman Hakim
dan Muhammad Thaqif telah berjaya untuk mewakili
pasukan Johor Bahru ke MSSJ. Tahniah dan terima
kasih diucapkan kepada Cikgu Muhammad Furqan
dan ibu bapa yang sentiasa menyokong dan
memberikan yang terbaik untuk pasukan Ragbi SK
Bandar Uda 2.

KEJOHANAN RAGBI MSSJ THAQIF DAN LUQMAN SKBU2
JOHOR BAHRU

PENULIS : ASYRAAF ELMAN

19 Feb- Murid SKBU2 iaitu Muhammad Thaqif dan
Luqman Hakim telah menyertai Kejohanan Ragbi MSSJ
bertempat di padang Majlis Perbandaran Pasir Gudang
selama empat hari. Pasukan Johor Bahru telah berjaya
mendapat Naib Johan dalam kategori cup.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak cemerlang
SKBU2 iaitu adik Thaqif dan Luqman atas
kecemerlangan yang ditunjukkan dalam sukan Ragbi.
Semoga terus kekal cemerlang pada masa akan datang. 

#GoTheKillerBees!

FEBRUARI BIL 1 / 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT ZON
JOHOR BAHRU

PENULIS: ASYRAAF ELMAN

PASUKAN OLAHRAGA SKBU2 DI EDUCITY SPORTS COMPLEX

10 Feb - Pasukan olahraga SK Bandar Uda 2 Dalam kejohanan ini SKBU2 telah berjaya
sekali lagi telah berjaya menempa nama dalam memperoleh 2 pingat emas, 4 pingat perak, 2
Kejohanan Olahraga Peringkat MSS Zon yang pingat gangsa dan 1 acara mendapat tempat
telah diadakan di EduCity Sports Complex. keempat. Dengan itu, seramai 5 orang murid
Peserta yang telah mewakili SKBU 2 dalam SKBU2 berjaya untuk mewakili zon skudai ke
kejohanan ini terdiri daripada murid-murid peringkat MSSD yang akan berlangsung pada
tahun 4, 5 dan 6. Antara acara yang telah 24 - 27 Februari 2020 di EduCity Sports
berjaya dimenangi adalah seperti berikut: Complex.

Emas Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai
- 100m P11 {Eriss Firzanah Syazany} tanda usaha dan pengorbanan yang dilakukan
- 80m Lari Berpagar L11 {Afif Hakeem} oleh semua peserta dan guru-guru yang
berdedikasi. Terima kasih  dan tahniah
Gangsa diucapkan kepada guru-guru yang sudi
- Lompat Jauh{Muhammad Shaeef} melatih pasukan olahraga sekolah iaitu Cikgu
- 200m L11 {Mohammad Fathi Najmi} Kua Chan Yong, Cikgu Suliazliza dan Cikgu
- 80m Lari Berpagar P12 {Nia Adriana} Nor Ashmawi Akbar.
- 4 x 200m P11

Gangsa
- 80m Lari Berpagar P12{Ain Shafiqah Putri}
- 4 x 200m L12

FEBRUARI BIL 1 / 2020

KEJOHANAN MEMANAH MSSD
JOHOR BAHRU 2020

PENULIS: SYAFIQAH IZZATI

13 Feb - Kejohanan Memanah MSSD Johor Bahru telah
berlangsung selama dua hari bertempat di SK Sri Tebrau, Johor
Bahru. Pasukan memanah perempuan SKBU2 telah berjaya
menduduki tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Ini
merupakan satu peningkatan yang baik bagi pasukan memanah.
Tahniah diucapkan kepada guru dan murid yang telah terlibat.

KEJOHANAN CATUR MSSD
DAERAH JOHOR BAHRU

PENULIS: AMJAD HUSAINI

5 Feb - Seramai 10 orang murid SKBU2 telah menyertai
Kejohanan Catur MSSD Johor Bahru yang bertempat di
Dewan Sri Tebrau. Pasukan ini telah berjaya mencapai
kedudukan individu terbaik daripada adik Qistina Aisha
iaitu tempat ke 15 dalam daerah. Keseluruhannya, pasukan
lelaki menduduki tempat ke-9 manakala pasukan
perempuan pula menduduki tempat ke-11 daripada 50
pasukan. Tahniah kepada semua peserta dan guru-guru
iaitu Cikgu Siti Fairus dan Cikgu Hanapiah.

KEJOHANAN GOLF MSSD
JOHOR BAHRU 2020

PENULIS: SYAFIQAH IZZATI

29 Jan - Kejohanan Golf MSSD Johor Bahru telah berlangsung
selama dua hari bertempat di IOI Palm Villa Golf & Country
Resort, Johor Bahru. SKBU2 telah menghantar dua orang
peserta iaitu adik Rania Hannah dan Nur Afiq Qusyairi dalam
kejohanan ini. Adik Rania Hannah berjaya tersenarai dalam
kedudukan Top 10 manakala adik Nur Afiq Qusyairi
tersenarai dalam Top 20. Tahniah diucapkan kepada kedua-
dua peserta dan juga kepada guru pengiring iaitu Cikgu Faez
dan Cikgu Adnan.

FEBRUARI BIL 1/ 2020 1

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERINGKAT ZON SKUDAI

PENULIS: AMJAD & ASYRAAF

22 Feb - Pasukan SK Bandar Uda 2 yang terdiri
daripada 14 orang guru dan 36 orang murid yang
terdiri daripada murid tahun 4 ,5 dan 6 telah
menyertai Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon
Skudai yang telah diadakan di SK Bukit Indah,
Johor Bahru. Dalam pertandingan ini, pasukan
SKBU2 telah berjaya manjadi Johan dalam dua
kategori yang disertai iaitu Bicara Berirama dan
Bercerita Tahap 2.

Peserta Bicara Berirama terdiri daripada
29 orang murid tahun 4, 5 dan  6 manakala bagi
Pertandingan Bercerita Tahap 2 diwakili oleh adik
Aliya Qaisara akan mewakili Zon Skudai ke
peringkat daerah yang akan dijalankan pada bulan
Mac nanti. SK Bandar Uda 2 juga telah menyertai
beberapa pertandingan lain seperti Sahibba,
Berpidato, Bahas ala Parlimen dan Pertandingan
Bercerita Tahap 1 dan 2. Tahniah diucapkan
kepada semua guru dan murid yang telah terlibat.

ANUGERAH NILAM PERINGKAT
DAERAH JOHOR BAHRU

PENULIS: AMJAD HUSAINI

18 Feb - Seorang murid SKBU2 telah membawa
nama sekolah dalam Anugerah Nilam Peringkat
Daerah Johor Bahru iaitu adik Aiman Shakir Bin
Abdul Shukor. Dalam pertandingan ini, adik Aiman
Shakir telah berjaya menjadi Naib Johan.

Pertandingan ini telah bertempat di SMK Mohd
Khalid, Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada adik
Aiman Shakir atas kejayaan yang diperoleh. Jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada guru pengiring
iaitu Cikgu Muhammad Faez dan semua guru yang
terlibat atas segala jasa dan pengorbanan yang telah
diberikan.

FEBRUARI BIL 1 / 2020 1
TERUSKAN BERUSAHA!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak pasukan bola jaring dan pasukan akuatik atas satu
peningkatan yang membanggakan. Teruskan tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik
pada masa hadapan.

sekalung penghargaan

BARISAN PENTADBIR BERWAWASAN
GURU-GURU DEDIKASI

PIBG & KSIB BERWIBAWA
MURID-MURID CEMERLANG SKBU2

Layari laman Facebook dan Telegram rasmi
SK Bandar Uda 2 untuk mendapatkan info lanjut

INFO IBU BAPA SKBU2 2020
SK BANDAR UDA 2


Click to View FlipBook Version