The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL INTEGRATIF MANSTREEM GARAM (MANSALT) TINGKATAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d085828, 2022-06-17 23:55:14

MODUL INTEGRATIF MANSTREEM GARAM (MANSALT) TINGKATAN 4

MODUL INTEGRATIF MANSTREEM GARAM (MANSALT) TINGKATAN 4

PANDUAN
GURU

INOVASI PAK-21:

MMAONTDIS(NUMTGLRAKEINNEASMTTAEALGGNTAR) AR4 ATIMF

MUHAMMAD AFZAN ZAMI BIN AMRAH @ AMRAM ROZITA BINTI YAHAYA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

Pengenalan 1

Konsep Utama

Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 2
Pembelajaran berasaskan Projek 2
Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Projek 3
Objektif Modul 3

Senario Masalah 4
Arahan Tugasan 5
Hasil Pelajar 6

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 12

Kemahiran Abad ke-21 yang Diterapkan 13

Rancangan Pengajaran Pembelajaran Integratif 14
dan Berasaskan Projek
25
Perancangan Pembelajaran Mingguan


Rubrik Pemarkahan 26
Infografik 29
Pemprosesan Ikan Masin dan Pekasam 30
Pembentangan


Soalan Pengukuhan Standard Kandungan Garam 33
Soalan Objektif 42
Soalan Struktur
46
Skema Jawapan Soalan Pengukuhan

MODUL INTEGRATIF MANSTREEM
GARAM (MANSALT) TINGKATAN 4

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFZAN ZAMI

PENGENALAN

Pembelajaran integratif merupakan satu teori pembelajaran yang menerangkan
satu pergerakan ke arah pembelajaran secara bersepadu yang dapat membantu
pelajar untuk membina satu hubungan elemen merentas kurikulum. Pembelajaran
integratif ini merupakan satu proses dalam membuat perkaitan atau hubungan
antara konsep dan juga pengalaman dimana pengetahuan dan kemahiran boleh
diaplikasikan ke atas satu topik, isu atau cabaran yang kompleks atau lebih rumit.
Modul Integratif MANSTREEM Garam (MANSALT) dibangunkan sebagai panduan
kepada guru untuk mengajar topik garam Tingkatan 4 secara integratif.
Pembangunan modul ini adalah berpandu kepada kurikulum organik dan boleh
dilentur serta aplikasi pembelajaran berasaskan projek yang bertujuan untuk
mengintegrasikan dan menggabungkan kurikulum yang berdiri secara sendiri
dalam senario pendidikan di Malaysia secara teradun.

Kurikulum organik dan boleh lentur ini merujuk kepada satu struktur
kurikulum yang boleh dibentuk mengikut perubahan yang berlaku dalam
persekitaran pembelajaran. Struktur ini selaras dengan Pembelajaran Abad ke-21
(PAK21) dan perkembangan yang dilalui dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.
Pendekatan yang digunakan dalam bidang pendidikan semakin berkembang yang
pada awalnya bermula dengan STEM dan berkembang kepada STEAM sebelum
STREAM. Kini, MANSTREEM wujud sebagai satu pendekatan yang lebih besar dalam
bidang pendidikan. MANSTREEM menguasai dan menggabungkan lebih banyak
cabang ilmu serta elemen merentas kurikulum dalam pendekatannya. MANSTREEM
merujuk kepada penggabungan sembilan elemen iaitu:

AN S

M ART & Nationhood Science T

Moral LANGUAGE & Citizenship Technologies
Values & Computing

Religion Engineering Mathematics
R E Entrepreneurship M

E

1

KONSEP UTAMA

Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 adalah satu penerapan inovasi dalam
teknologi yang menawarkan teori rangka kerja dan praktikal dalam perkembangan dan
peningkatan dalam kemahiran, pengalaman dan sikap dalam kalangan pelajar dan
guru.

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini juga turut merangkumi pemikiran secara
kritis dan kreatif selaras dengan kemahiran digital dan teknologi, kemahiran
komunikasi, kebolehan untuk memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan untuk
penyelesaian masalah dan konteks kehidupan yang sebenar.

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini juga didefinisikan sebagai kemampuan
untuk berkebolehan dalam mengajar dan memastikan setiap penyampaian dapat
diserap oleh pelajar. Ini juga dapat ditakrifkan sebagai kemampuan untuk
membezakan kaedah pembelajaran supaya semua pelajar lebih bersedia untuk belajar
dengan cara serta keunikan tersendiri, kemampuan pelajar dan tahap kesediaan
pelajar.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah yang berorientasikan masalah
dalam memacu aktiviti pembelajaran yang memerlukan pelajar untuk memberikan
penyelesaian masalah atau menjawab persoalan yang diberi kepada mereka.
Pembelajaran berasaskan projek ini berpusatkan penglibatan pelajar secara aktif yang
dikategorikan mengikut latar belakang pelajar, penyiasatan yang konstruktif, penetapan
matlata, kerjasama, komunikasi dan refleksi dalam dunia sebenar (Kokotsaki, Menzies &
Wiggins, 2016).

Kaedah ini berfokuskan pada dua matlamat utama iaitu pelajar akan menjalankan
aktiviti projek berpandukan pada soalan atau masalah dan aktiviti tersebut perlulah
menghasilkan satu produk akhir sebagai solusi atau jawapan kepada soalan utama yang
diajukan. Pembelajaran berasaskan projek juga menempatkan pelajar dalam persekitaran
penyelesaian masalah yang realistik dan kontekstual yang akan menggalakkan pemikiran
kreatif dan kritis pelajar.

Pelajar juga akan berperanan secara aktif dalam membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, menyiasat atau mendokumentasi kerana kaedah ini menggalakkan persoalan
dari pelajar, merancang dan menjalankan penyiasaran, menjalankan pemerhatian dan
membuat rumusan berdasarkan perkara yang telah diteroka. Pembelajaran berasakan
projek ini merupakan salah satu kaedah yang berjaya dalam abad ke-21 dimana kaedah
ini juga melahirkan pelajar dan pemikir yang berdikari.

2

Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Projek

Melibatkan pelajar dalam tugasan di dunia
sebenar dan membolehkan mereka untuk

mencari penyelesaian secara sendiri supaya idea
serta kemahiran mereka dapat dikembangkan
sepenuhnya.

Pelajar dapat mengasah kemahiran bersosial kerana
pelajar akan bekerja secara kolaboratif atau

bekerjasama dalam satu kumpulan dan menjadi lebih
profisen dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21

seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berunding
dan kolaborasi.

Menggalakkan dan membantu pelajar lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran,
menetapkan matlamat dan lebih berdisiplin dalam

pembelajaran.

Objektif Modul

Merapatkan jurang pengajaran berdasarkan teori dan aplikasi dalam
kehidupan seharian. Modul ini dibangunkan berdasarkan pada
pengetahuan bersepadu daripada pelbagai sumber, pengalaman
dan kemahiran menggunakan pelbagai pandangan untuk memahami
dan menyelesaikan isu atau masalah secara holistik.

Mendedahkan pelajar kepada peluang atau bidang-bidang kerja
pada masa hadapan sepanjang proses pembelajaran.

Panduan kepada guru untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan
projek kepada pelajar bagi standard kandungan garam.

3

SENARIO MASALAH

Terdapat sebuah perkampungan nelayan di negeri pantai semenanjung
Malaysia yang mengekalkan tradisi turun temurun dengan menghasilkan
perniagaan ikan masin dan ikan pekasam untuk dikomersialkan ke seluruh
negara Malaysia. Dalam pada itu, produk ikan masin dan ikan pekasam ini
menggunakan hasil laut yang ditangkap oleh penduduk kampung itu
sendiri demi mencari sesuap nasi demi menyara kehidupan harian
sekeluarga. Bertan-tan ikan tangkapan nelayan ditangkap oleh nelayan
untuk dijual kepada pengusaha ikan masin dan ikan pekasam yang
menawarkan harga yang cukup murah dan segar dari laut.

Penyediaan hasil laut seperti ikan masin dan ikan pekasam ini
memerlukan modal yang agak sederhana. Ianya disebabkan oleh
pembuatannya hanya memerlukan ikan yang sesuai digunakan, merendam
dalam air garam dan juga pengeringan di bawah panas matahari atau
sebahagian daripada pengeluar menggunakan api yang perlahan untuk
menyalai ikan. Pengeringan udara terbuka menggunakan matahari dan
angin telah diamalkan sejak zaman dahulu kala untuk mengawet ikan.
Produk ikan lazimnya akan tahan lama sekiranya diawet melalui kaedah
tradisional seperti pengeringan, penyalaian dan penggaraman. Sudah
pastinya setiap teknik yang digunakan ini memerlukan cara yang betul
untuk menghasilkan ikan masin yang baik untuk dijual kepada pelanggan
dan pemborong.

Kebiasaannya ikan masin banyak dijual dan dimakan semasa musim
tengkujuh. Hal ini adalah kerana aktiviti nelayan ke laut adalah terhad dan
mereka tidak dapat turun ke laut kerana ombak besar. Penggemar ikan
masin ini akan makan bersama nasi putih bersama ikan kering atau ubi
kayu yang direbus dan dimakan bersama dengan air kopi. Secara amnya
hasil laut kering ini perlu dihasilkan dengan memperbaharui teknik
pengeringan dengan menggunakan teknologi yang lebih baharu supaya
ianya seiring dengan peredaran zaman dan ekonomi semasa. Produk
seperti ikan masin dan pekasam harus diperbanyakkan lagi dijual di
pasaran kerana ianya menjadi permintaan orang ramai untuk menambah
selera makan.

Lantaran daripada itu, Pegawai R&D dari syarikat Y ingin bekerjasama
dengan pihak sekolah di dalam menyediakan produk-produk terpilih untuk
dijual semasa Hari Karnival Kokurikulum. Kelas 4T telah dipilih untuk
menyediakan ikan kering dan ikan pekasam untuk dijual di Hari Karnival
Kokurikulum Peringkat sekolah tersebut. Kelas 4T juga diminta untuk
membuat perancangan di dalam bentuk infografik supaya ahli kumpulan
dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang proses untuk menghasilkan
ikan masin dan pekasam yang berkualiti mengikut kehendak dan
kesesuaian pasaran terkini.

Akhir sekali, anda diminta untuk membentangkan hasil projek yang
lengkap dengan menyatakan cara pemprosesan ikan masin dan pekasam,
pelaksanaan reka bentuk label produk yang menarik perhatian orang ramai
serta mengira kos dan keuntungan hasil daripada jualan produk tersebut.

4

ARAHAN TUGASAN

Pelajar akan di bahagikan ke dalam beberapa
kumpulan kecil (3 - 4 orang) dan akan
menjalankan aktiviti seperti di bawah;

1.Membina infografik pemprosesan ikan masin dan ikan
pekasam.

2.Memproses ikan segar untuk dijadikan ikan masin dan
ikan pekasam.

3.Merekabentuk label pembungkusan ikan masin dan
ikan pekasam.

4.Mengira kos dan keuntungan hasil jualan ikan masin
dan ikan pekasam.

5.Membentang hasil produk yang lengkap berdasarkan
infografik yang telah dihasilkan.

6.Mempromosi dan menjual produk.

5

HASIL PELAJAR

Berikut merupakan perkara-perkara yang terlibat dan hasil yang perlu dicapai
oleh pelajar di akhir projek:

Pelajar yang Terlibat

Seramai 3 – 4 orang ahli kumpulan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4T

Bidang Pembelajaran
Kimia Tingkatan 4

6.0 Asid, Bes dan Garam

Matematik Tahun 6

3.0 Wang

Sains Tingkatan 1

1.0 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik

Pendidikan Islam Tingkatan 2

2.0 Hadis

Pendidikan Islam Tingkatan 3

6.0 Akhlak Islamiyyah

Pendidikan Moral Tingkatan 3

2.0 Diri, Keluarga dan Persahabatan
3.0 Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

2.0 Pembangunan Produk

Pendidikan Moral Tingkatan 4

5.0 Insan Bermoral

Bahasa Melayu Tingkatan 4

1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

6

Standard Kandungan

Kimia Tingkatan 4

6.8 Garam, Hablur dan Kegunaan dalam Kehidupan Harian
6.9 Penyediaan Garam

 

Matematik Tahun 6

3.1 Pengurusan Kewangan
3.3 Penyelesaian Masalah

 

Sains Tingkatan 1

1.1 Sains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Harian
1.5 Ketumpatan
1.6 Langkah dalam Penyiasatan Saintifik

 

Pendidikan Islam Tingkatan 2

2.5 Hadis: Mencari yang Halal
 

Pendidikan Islam Tingkatan 3

6.12 Merumus Konsep Bersyukur dan Mengamalkannya secara Beradab dan
Istiqamah.

 

Pendidikan Moral Tingkatan 3

2.1 Anugerah Alam Ciptaan Tuhan
3.1 Hidup Bersatu Padu dalam Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan
Bahasa
3.4 Tanggungjawab Sosial

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

2.1 Penghasilan Produk

Pendidikan Moral Tingkatan 4

5.2 Individu Berkeperibadian Mulia

Bahasa Melayu Tingkatan 4

1.6 Mempersembahkan Maklumat secara Lisan tentang Sesuatu Perkara dalam
Pelbagai Situasi

7

Standard Pembelajaran
Kimia Tingkatan 4

6.8.1 Menyatakan maksud garam.
6.8.3 Memberi contoh garam serta kegunaannya dalam kehidupan harian.
6.9.2 Menghuraikan penyediaan garam terlarutkan berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
6.9.3 Menghuraikan penyediaan garam tak terlarutkan berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.

Matematik Tahun 6

3.1.1 Mengenal harga kos, harga jual, untung, rugi, diskaun, rebat, baucer, bil,
resit, invois, aset, liabiliti, faedah, dividen dan cukai perkhidmatan.
3.1.2 Menentukan harga kos, harga jual, untung, rugi, diskaun, rebat, faedah,
dividen dan cukai perkhidmatan.
3.3.1 Menyelesaikan masalah harian melibatkan harga kos, harga jual, untung,
rugi, diskaun, rebat, baucer, bil, resit, invois, aset, liabiliti, faedah, dividen dan
cukai perkhidmatan, pengurusan kewangan dan risiko dalam situasi harian.

Sains Tingkatan 1

1.1.1 Menghubungkaitkan aktiviti seharian dengan Sains.
1.1.7 Memerihalkan inovasi teknologi
1.5.6 Membuat inovasi objek, makanan atau minuman menggunakan konsep
ketumpatan
1.6.3 Menjalankan satu penyiasatan saintifik bagi menyelesaikan satu masalah
yang mudah

Pendidikan Islam Tingkatan 2

2.5.7 Mengelakkan perkara haram dan syubhah secara beradap dan istiqamah.

Pendidikan Islam Tingkatan 3

6.12.4 Menjelaskan cara bersyukur berserta contoh

8

Pendidikan Moral Tingkatan 3

2.1.4 Menjana idea tentang cara menghargai anugerah ciptaan Tuhan
2.1.6 Mempraktikkan langkah-langkah menghargai ciptaan Tuhan demi
kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat majmuk.
3.1.6 Mengamalkan budaya hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama,
bangsa, budaya dan bahasa.
3.4.1 Memberi contoh tanggungjawab sosial dalam konteks hidup bermasyarakat.

Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3

2.1.6 Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk.
2.1.7 Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian.

Pendidikan Moral Tingkatan 4

5.2.6 Mengamalkan keperibadian mulia dalam kehidupan harian.

Bahasa Melayu Tingkatan 4

1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan
serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.

9

Hasil Pelajar Berdasarkan Elemen MANSTREEM

M Sikap tolong menolong dalam satu pasukan

untuk membentuk produk yang baik.
Sentiasa bertoleransi dengan pendapat yang
Moral Values dikemukakan oleh ahli kumpulan yang lain.
Nilai Murni Meminta pelajar untuk menghargai sesuatu
ciptaan yang diperkenalkan semenjak dahulu
A lagi.

Art & La
nguage Menghasilkan infografik yang kreatif untuk
Seni & Bahasa merancang pembuatan produk.
Membentangkan hasil produk yang lengkap
tanpa ada sebarang kesalahan maklumat.

N Memelihara kepentingan produk ikan masin

Nationhood & dan ikan pekasam untuk mendatangkan

Global Ci
tizenship impak yang positif kepada masyarakat.
Kenegaraan &
Memupuk kesedaran kepada masyarakat
Warganegara Global
tentang kepentingan menjaga warisan

produk turun temurun.

Memperkenalkan kepelbagaian produk

buatan Malaysia ke seantero dunia.

Merancang dan mengenal pasti senario

masalah.

Mengkaji keterlarutan garam dalam

s penghasilan ikan masin dan pekasam.


Menghuraikan penyediaan produk dengan
Science
Sains menggunakan garam yang sesuai digunakan.

t Membandingbeza jenis ikan yang sesuai

Technology & digunakan dalam penghasilan produk yang
Comp
uting
Teknologi & baik.

Pengkomputeran Menganalisis kandungan garam untuk

pemprosesan produk.

Merekabentuk label setiap produk mengikut

kumpulan.

Merekabentuk infografik dengan

menggunakan aplikasi digital untuk

pemprosesan produk.

Menggunakan sistem solar yang berimpak

tinggi untuk mengeringkan produk.

10

r Menghasilkan produk makanan yang sesuai
diambil oleh masyarakat tidak mengira agama.
Religi
on Bersyukur dan sentiasa melindungi keindahan
Agama semula jadi yang diciptakan oleh Tuhan.

E Menginovasikan cara pembuatan produk
dengan mengurangkan kemasinan garam.
Engine
ering Membina poster slogan semasa Hari Karnival
Kejuruteraan untuk menarik perhatian orang ramai.

E Mempromosikan produk yang dihasilkan ke
pasaran tempatan.
Entrepren
eurship Menjual produk di Hari Karnival Kokurikulum.
Keusahawanan
Mengira kos dan keuntungan yang diperolehi
M selepas produk terjual.
Mengukur sukatan garam terhadap ikan yang
Mathe
matics digunakan.
Matematik

11

PERANCANGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)

1) Menggunakan kaedah pembelajaran secara integratif yang
berorientasikan pelajar bagi subtopik garam yang merangkumi
standard kandungan 6.8 dan 6.9 di dalam bidang pembelajaran
6.0 iaitu Asid, Bes dan Garam.

2) Pendekatan Integratif MANSTREEM
Pembelajaran yang mengintegrasikan disiplin ilmu mengikut elemen
yang berikut:
M: Moral Values - Nilai-nilai Moral
A: Art & Language - Seni dan Bahasa
N: Nationhood & Global Citizenship - Kenegaraan dan Warganegara Global
S: Science - Sains
T: Technology & Computing - Teknologi & Pengkomputeran
R: Religion - Agama
E: Engineering - Kejuruteraan
E: Entrepreneurship - Keusahawanan
M: Mathematics - Matematik

3) Pembelajaran berasaskan Projek.

4) Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21).

12

KEMAHIRAN ABAD KE-
21 YANG DITERAPKAN

1) Kerja Sepasukan (Teamwork)
Pelajar akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan yang terdiri
daripada 3-4 orang.

2) Mahir Berkomunikasi (Communication Skills)
Pelajar akan mengembangkan kemahiran komunikasi mereka
melalui penjanaan idea semasa projek dilaksanakan dalam reka
bentuk infografik serta sesi pembentangan.

3) Berfikir dengan Kritis (Critical Thinking)
Pelajar digalakkan untuk bertukar fikiran antara satu sama lain untuk
menyelesaikan masalah berdasarkan senario yang diberikan dan
menghasilkan produk ikan masin dan ikan pekasam.

4) Berfikir secara Kreatif (Creative Thinking)
Pelajar menumpukan sepenuh perhatian mereka untuk menghasilkan
produk ikan masin dan ikan pekasam dengan menggunakan
peralatan teknologi terkini.

5) Kemahiran Digital (Digital Literacy)
Menggunakan teknologi maklumat untuk merekabentuk label
pembungkusan, mempromosikan produk yang dihasilkan dan
membuat infografik.

13

KEJORP
NAKSASAREB
NAD FITARGETNI
NARAJALEBMEP
NARAJAGNEP
NAGNACNAR

15

maJ 6 : narajalebmeP hopmeT

16

17

18

19

20

21

22

23

24

PERANCANGAN
PEMBELAJARAN

6 JAM (2 MINGGU)

MINGGU AKTIVITI CATATAN

Penerangan subtopik garam

Guru menerangkan definisi garam dan
pengaplikasian garam dalam kehidupan
harian.

Pembentukan kumpulan

Terdiri daripada 3 – 4 orang dalam satu
kumpulan.

Pengagihan tugasan

Guru menerangkan senario masalah

kepada pelajar. Perbincangan
dalam
Guru menerangkan rubrik mengenai
kumpulan
1 infografik, penghasilan produk dan bersama
dengan rakan-
pembentangan kepada pelajar.
rakan
Pengumpulan maklumat


Guru bertanya berkenaan dapatan

maklumat mengenai infografik dan

penghasilan produk melalui sumber yang

dirujuk (maujud/digital).

Pelajar menjalani pembelajaran

berasaskan projek berdasarkan rubrik

pemarkahan yang telah dijelaskan.

Pemprosesan ikan masin dan pekasam

Penerangan cara pemprosesan ikan

masin dan pekasam.

25

Reka bentuk infografik

Pelajar merekabentuk infografik

berdasarkan elemen yang mereka

jumpai dalam carian sumber sumber

yang dirujuk.

Penilaian tahap penguasaan dan
kefahaman pelajar

Guru meminta murid menjawab soalan

kuiz pengukuhan yang disediakan. Pelaksanaan
reka bentuk
Persiapan produk untuk Hari Karnival
infografik
Kokurikulum Peringkat Sekolah


(Tarikh dijangka dalam tempoh tiga Guru
bertindak
minggu)
sebagai
2 Pelajar akan mempromosikan dan fasilitator

menjual hasil produk ikan masin dan untuk
membimbing
pekasam yang telah dihasilkan.
pelajar
Pembentangan kumpulan menghasilkan

Pelajar diminta untuk membentangkan produk
mereka sendiri

hasil produk yang lengkap dengan

menyatakan cara pemprosesan ikan

masin dan pekasam, pelaksanaan reka

bentuk label produk yang menarik

perhatian orang ramai serta mengira

kos dan keuntungan hasil daripada

jualan produk tersebut.

Guru menilai pembentangan dan hasil

produk pelajar mengikut rubrik

pemarkahan yang disediakan.

26

27


.nakanugid gnay taya .nakanugid gnay taya .asahabatat .asahabatat Penulisan
malad asahabatat naigahabes adapirad nahalasek nahalasek maklumat
nahalasek asahabatat nahalasek
kaynab tapadret iaynupmem kadit iaynupmem kadit
tapadret nad salej nad kiab nagned nad kiab tagnas
nad salej kadit silutid gnaruk nagned silutid tamulkam nasiluneP nagned tamulkam
tamulkam nasiluneP
tamulkam nasiluneP nasiluneP


.nakanugid .salej gnaruk nad kiranem .salej nad .salej tagnas nad Kreativiti
anraw naiagablepek gnaruk gnay anraw kiranem gnay anraw kiranem tagnas
anot nakanuggneM anot nakanuggneM
rusnu adaiT gnay anraw anot
nakanuggneM


.pakgnel .pakgnel kadit nad .kiab nad pakgnel .kitametsisreb nad Kandungan
kadit nad kiranem kiranem gnaruk kifargofni ,kiranem kifargofni pakgnel ,kiranem maklumat
ayrak nakaideyneM tagnas gnay
kadit kifargofni ayrak nakaideyneM kifargofni ayrak
ayrak nakaideyneM nakaideyneM

Kenyataan Kurang Memuaskan Sederhana (2) Baik (3) Cemerlang (4) Kumpulan:
Markah (1)


Tarikh:)HAKRAM 02( KIFARGOFNI NAHAKRAMEP KIRBUR

28


.kudorp nalisahgnep .kudorp .kudorp .kudorp Kerjasama
nagnacnibrep malad naklisahgnem nalisahgnep malad nalisahgnep kumpulan
salab mulkam irebmem aedi gnabmuynem anacnerem
gnacnibreb
kadit nalupmuk ilhA nalupmuk nalupmuk kajib nad
ilha aumeS aedi gnabmuynem
ilha aumes ripmaH
nalupmuk
ilha aumeS

.uluhadret rebmus .ajahas .aynhunepes haloid .iridnesret ayrak
adapirad taigalpid naigahabes haloid nad uluhadret adapirad niales
itapadid tamulkaM tamulkam anam
nad uluhadret rebmus adapirad -anam urinem kadiT
rebmus adapirad libmaid tamulkaM

taigalpid
tamulkaM
Keaslian

29


.kiranem .kiranem gnaruk .kiranem .kiranem Label
kadit gnay anraw gnay anraw gnay anraw anot tagnas gnay pembungkusan
anot nad iauses kadit nad iauses kudorp anraw anot nad
kudorp nasukgnubmep anot nad iauses iauses tama kudorp
lebal kutneb akeR gnaruk kudorp nasukgnubmep nasukgnubmep
nasukgnubmep lebal kutneb akeR lebal kutneb akeR

lebal kutneb akeR

.kiab .amasajrek .gnisam .nalupmuk utas
nagned amasajrek nakirebmem -gnisam sagut malad amasajrekeb
nakirebmem kadiT gnaruk nalupmuk nakigahabmem
ilha naigahabeS nalupmuk ilhA ilha aumeS
Kerjasama

kumpulan

.kiab .kiab .kiab .kiab
kadit naadaek malad gnaruk naadaek gnay naadaek tagnas naadaek
malad adareb
adareb kudorp nad malad adareb kudorp nad kudorp malad adareb
kudorp naklisahgnem kudorp nad kudorp naklisahgnem kutnu kudorp nad kudorp
nakpatetid gnay
kutnu nakpatetid naklisahgnem asam tukigneM naklisahgnem
gnay asam ihibeleM kutnu amal gnay kutnu tapec gnay
asam libmagneM asam libmagneM
Penghasilan produk


Kenyataan Kurang Memuaskan Sederhana (3) Baik (4) Cemerlang (5) Kumpulan:
Markah (2)


Tarikh:
)HAKRAM 51(
MASAKEP NAD NISAM NAKI KUDORP NASESORPMEP KIRBUR

30


.kudorp .kiab gnaruk .kiab .icnirepret Ketepatan
nagnudnak itapenem nagned nakiapmasid nagned tamulkam tagnas maklumat

kadit nakiapmasid tamulkam nad nakiapmaynem gnay tamulkam
tamulkam nad nanikayekreb gnaruK nad nanikayekreb nakiapmaynem
nad nanikayekreB
nanikayekreb kadiT gnaruK

.nagnatnebmep nahab .nagnatnebmep .sneidua nagned .sneidua nagned
adapek sukof aynah nahab adapek sukof nagnatnebmep nagnatnebmep
nad nagnatnebmep anarek nagnatnebmep nahagnetrep rihka aggnih
gnajnapes idajret ek aggnih atam nagnubuh
rihka id nad atam nagnubuh naklakegnem
atam nagnubuh adaiT lawa id alibapa idajret naklakegnem ayajreB
aynah atam nagnubuH ayajreB
Teknik

penyampaian


.nakpatetid gnay .nakpatetid gnay .kiab .rutaret gnay Struktur
tamulkam itapenem tamulkam itapenem gnay naiapmaynep naiapmaynep pembentangan
kadit naiapmaynep gnaruk nad salej gnaruk
numan naiaruh nagned nad salej nagned nad kiranem
nad salej kadit isi naksalejnem heloB isi nakiaruhgnem tagnas gnay
gnay isi nakiaruhgneM isi nakiaruhgnem
naayapuekreB naayapuekreB

Kenyataan Kurang Memuaskan Sederhana (3) Baik (4) Cemerlang (5) Kumpulan:
Markah (2)


Tarikh: )HAKRAM 52( NAGNATNEBMEP KIRBUR

31


.naklisahid .sneidua .iamar gnaro .sneidua Bahan
nagnatnebmep naitahrep kiranem helo nakanugid naitahrep kiranem pembentangan
asaib aynai numan
nahab adaiT gnaruk gnay nagnatnebmep upmam gnay
nagnatnebmep nagnatnebmep
kipot nagned
nahaB naiausesreB kipot nagned
naiausesreB

.salej kadit .salej gnaruk .salej nad imahafid .salej tagnas nad
nad imahafid tapad nad imahafid gnanes gnay imahafid gnanes
kadit ,dradnats kadit gnaruk ,dradnats
asahab nakanuggneM kadit asahab dradnats asahab tagnas gnay
nakanuggneM nakanuggneM dradnats asahab

nakanuggneM
Bahasa

SOALAN
PENGUKUHAN

STANDARD
KANDUNGAN

GARAM

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

SKEMA
JAWAPAN
SOALAN
PENGUKUHAN

47

48


Click to View FlipBook Version