The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46171735, 2021-03-13 12:57:00

Dadah Isaac

Dadah Isaac

]

Dadah

Definisi

Dadah merujuk kepada bahan-bahan yang dihasilkan daripada tanaman atau bahan sintetik,
yang boleh menyebabkan berlakunya perubahan ‘mood’, persepsi dan tingkah laku serta
mempunyai kesan-kesan psikoaktif terhadap penagihnya.

_____________________________

i. Penekanan ii. Perangsang

-untuk menekan sistem saraf dan - merangsang sistem saraf dan
mengurangkan rasa kesakitan. menghasilkan perasaan seronok

Fungsi Dadah

iii. Halusinogenik iv. Kombinasi

- mengubah fungsi sistem deria, iaitu - mengabungkan kesan-kesan daripada
deria penglihatan, deria pendengaran penekanan, peransang dan
halusinogenik.
dan deria rasa.

Jenis Dadah Gambar
Bil Nama
1. Ganja

2. Candu

3. Ecstasy
( pil khayal )

4. syabu

5. heroin

Mengapa mereka menjadi penagih dadah?

Ini adalah kerana …………………………………………………………………………………………….
1. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu rasa dan perasaan selepas pengambilan dadah.
2. Mereka dipengaruhi kawan baik yang suka menghasut untuk membuat kejahatan.
3. Mereka ingin mencari keseronokkan sementara kerana jiwa muda yang sedang bergelora.
4. Mereka terlalu tertekan dengan pelbagai masalah dengan mencari jalan yang singkat.
5. Mereka ditipu oleh orang dipercayai yang ingin melariskan dadah dan kaut keuntungan.
6. Mereka dilahir dalam persekitaran yang mempunyai sejarah penagihan dalam keluarga.

Kesan-kesan Penagihan Dadah

1. Mereka akan mendapat penyakit yang sukar diubati seperti HIV, hepatitis B dll.
2. Mereka akan hidup dalam dunia yang penuh halusinasi dan khayalan.
3. Mereka akan dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat di sekeliling.
4. Mereka akan terjerat sehingga mereka mempunyai rekod buruk dalam hidup.
5. Mereka akan hilang pertimbangan sehingga mencederakan orang tersayang.
6. Mereka akan kehilangan segala-galanya termasuk ahli keluarga yang dicintai.

Cara-cara Mencegah Dadah Durjana

1. Gaya Hidup Sihat
- sentiasa berfikiran positif dan terbuka
- menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah
- mengawal emosi sepanjang masa
- menjaga hubungan kekeluargaan yang baik
2. Peranan orang sekeliling
- sentiasa mengambil berat orang di sekitar
- meluangkan masa dengan ahli keluarga
- menjadi mata dan telinga kepada pihak penguatkuasa
- mengaktifkan aktiviti sosial seperti kejiranan
3. Pendidikan
- memberi pendedahan awal tentang bahayanya dadah sejak awal pendidikan
- membuat pemantauan terhadap anak muda dari sekolah hingga university
4. Negara & Kerajaan
- mengetatkan penguatkuasaan terhadap pihak yang terlibat dengan dadah
- mengadakan kempen sepanjang masa dengan kerjasama agensi swasta

Nasihat Untuk Semua

Wahai anak bangsaku, bangkitlah daripada dibuai
mimpi-mimpi yang indah. Hidup kita akan menjadi lebih
indah tanpa campur tangan musuh kita, iaitu dadah.
Dadah bukan musuh yang calang-calang, dadah musuh
dalam selimut yang sentiasa menunggu peluang untuk
menghancuri hidup kita.

Wahai anak bangsaku, sedarlah kita telah dicipta
dengan perjalanan hidup yang penuh warna-warni.
Janganlah kalian menghitamkan masa kini dan masa
depan dengan bersahabat dengan dadah. Bersama-
sama kita melenyapkan dadah dalam dunia ini. Nescaya
usaha kita tidak pernah akan sia-sia.

Wahai anak bangsaku, lebih baik mencegah daripada
merawat. Jika tersalah langkah akan membuat kita
merana seumur hidup. Mengapa kita perlu begitu susah
payah. Akan lebih baik kita mencegah sebelum menjadi
parah.

Hang Tuah Pahlawan Melaka,

Sembah setia kepada negara,

Rakyat bebas negara merdeka,

Tanpa dadah hidup sejahtera.


Click to View FlipBook Version