SMK SERI TITIWANGSA (SSNWPKL)
JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR
Tel: 03-40214882 Faks: 03-40242504
Emel : [email protected]
MINIT MESYUARAT ASRAMA BIL. 4/2019
Tarikh : 15 November 2019
Masa : 8.30 pagi (Jumaat)
Tempat : Depan Bilik Pengetua
Pengerusi : En. Zainudin bin Mohamad (Pengetua)
Kehadiran :
1. En. Zainudin bin Mohamad Pengetua
2. En. Mohd Arif bin Mohd Ali PK Pentadbiran
3. En. Kamarul Nizar bin Mohd Ismail PK HEM
4. Pn. Nur Rabbuaah binti Hj. Ismail Ketua Warden
5. Cik Nazirah Ayuni binti Raslishah Warden
6. Pn. Nurul Hidayah binti A.M Salim Warden
7. En. Mohd Khairul Hisham bin Md Yusoff Warden
8. En. Mohd Khairul Anuar bin Mohd Zainuddin Warden
9. Pn. Fatimatul Izati binti Abdullah Penyelia Asrama
10. En. Abdul Azim bin Abdul Aziz Penyelia Asrama
Tidak Hadir:
1. En. Alex Harry a/l Anthony
2. En. Abdullah bin Abdul Hamid
1.0 UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran warden-warden ke Mesyuarat Asrama Bil. 4/2019 dan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Semua ahli mesyuarat sebulat suara menerima Minit Mesyuarat Asrama Bilangan 3/2019.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Merujuk maklum balas Mesyuarat Asrama bil. 3/2019:
Para 4.1.3: Isu murid-murid membawa pinggan sendiri sepanjang Ramadan telah berjaya
diselesaikan.
Para 4.2.1: Penyusunan murid dalam setiap dorm pada tahun 2020 perlu disemak semula.
Para 4.3.1: Penggunaan kad keluar masuk tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Cadangan
menggunakan sistem Kad Merit (QR code) perlu dipanjangkan dalam mesyuarat PIBG
yang akan datang.
Para 4.3.3:Bermula tahun 2020, pemakaian Baju Korperat akan digantikan dengan Baju
Glory bagi urusan keluar masuk murid ke asrama.
Para 5.1: Pagar yang rosak berhampiran surau lelaki telah dibaik pulih.
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN
4.1 Prosedur Pengurusan Keluar Masuk Asrama
Pengerusi memaklumkan bahawa kebenaran keluar murid yang dimaklumkan
melalui aplikasi ‘Whats app’ kepada pengetua perlu dilampirkan kepada warden
yang bertugas untuk tujuan makluman.
Makluman
4.2 Program SISKA
Program Sistem Keluarga Angkat Asrama akan dilaksanakan pada tahun 2020
dengan jurulatih setiap sukan sebagai guru angkat dan guru-guru akademik
bertindak sebagai pembantu.
Makluman
4.3 Jaringan Luar
Kerjasama yang terjalin antara asrama dengan badan NGO Wahyouth akan tetap
diteruskan dengan lebih banyak aktiviti dan program yang menarik.
Makluman
4.4 Program Akademik
Bermula tahun 2020, tuisyen di luar kawasan dan bukan kendalian sekolah adalah
tidak dibenarkan sama sekali. Namun demikian, jika tuisyen hanya melibatkan
hari-hari pulang bermalam, pihak sekolah tidak mempunyai halangan.
Makluman
4.5 Prosedur Kemasukan Murid
4.5.1 Murid yang layak menduduki asrama perlu diberi surat tawaran
menduduki asrama untuk tujuan rekod dan pengisian i-asrama.
Tindakan: Penyelia Asrama
4.5.2 Sekiranya murid asrama melakukan kesalahan berat sewaktu berada dalam
kawasan asrama, tindakan akan dikenakan mengikut SOP yang ditetapkan.
Makluman
4.6 Pembahagian Tugas Warden dan PenyeliaAsrama
Perincian tugas warden dan penyelia dibaca oleh Pengerusi seperti yang terdapat
dalam senarai edaran.
Makluman
4.7 Penguatkuasaan disiplin dan tindakan
Rekod/laporan disiplin murid yang dibuat oleh warden perlu diserahkan kepada
penyelia untuk difailkan.
Makluman
4.8 Penggunaan Bilik Khas
4.8.1 Dorm hoki lelaki di blok D akan dikosongkan.
Makluman
4.8.2 Bilik TV, Bilik Sakit dan Bilik Permainan tiada di asrama lelaki.
Makluman
4.8.3 Buku Log Penggunaan setiap bilik khas akan disediakan oleh Penyelia
Asrama.
Tindakan: Penyelia Asrama
4.8.4 Penyewaan bilik kepada orang awam akan diuruskan oleh Penyelia Asrama.
Tindakan: Penyelia Asrama
4.9 Kemudahan WiFi di Pejabat Asrama
Penyelia asrama perlu menyediakan kertas kerja dan surat kebenaran untuk memohon
pemasangan Wifi.
Tindakan: Penyelia Asrama
4.10 Penyusunan murid dalam dorm
Murid akan dicampur dalam satu dorm tanpa mengambil kira sukan dan tingkatan
bermula tahun 2020 sekiranya pemasangan CCTV telah selesai dilakukan pada bulan
Disember 2019. Jika pemasangan CCTV tidak dapat diselesaikan, pembahagian
murid dalam dorm akan mengikut sukan yang sama dan bercampur tingkatan.
Makluman
4.11 Masalah kemudahan asrama
Kemudahan asrama akan ditambah baik dari masa ke masa bagi mengekang masalah
kecurian yang kerap berlaku. Oleh itu, pemasangan CCTV di setiap koridor akan
dapat mengurangkan masalah kecurian dan memudahkan urusan pelaksanaan
tindakan oleh warden dan badan disiplin. Walau bagaimanapun, pemasangan CCTV
ini mungkin akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada
peruntukan yang ada.
Tindakan: Penyelia Asrama
4.12 Taklimat asrama
Taklimat mengenai peraturan asrama kepada ibu bapa perlu diadakan untuk memberi
gambaran dan kefahaman mengenai perjalanan dan kemudahan yang terdapat di
asrama. Taklimat tersebut perlu disertakan dengan gambar dan pembaikan yang telah
dilakukan sepanjang tahun bagi meningkatkan keselesaan murid.
Tindakan: PK Hem dan Penyelia Asrama
4.13 Penyelenggaraan kelengkapan asrama
Rujuk anggaran penyelenggaraan.
4.14 Padlock akan dipasang oleh penyelia asrama. Murid hanya perlu membawa
manga untuk mengunci loker masing-masing.
Tindakan: Penyelia Asrama
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Warden aspuri memohon agar mesin air Coway ditamatkan kontrak kerana
bayaran ansuran dibuat melalui kutipan daripada murid aspuri sebanyak RM 1
sebulan bagi setiap murid dan perkara ini sangat membebankan pihak aspuri. Oleh
itu, pengerusi memutuskan supaya duit hasil sewaan tapak ‘vending machine’
akan digunakan untuk membayar ansuran mesin air Coway tersebut.
Makluman
5.2 Atas faktor keselamatan dan kesihatan, mesin penyejuk air di asrama lelaki akan
dialihkan ke kawasan dewan makan.
Makluman
5.3 Hari Terbuka Asrama adalah pada hari pendaftaran yang akan datang, iaitu pada
01 Januari 2020.
Makluman
5.4 Antara aktiviti yang dirancang pada tahun 2020 ialah Lawatan Penanda Aras ke
asrama-asrama terpilih. Selain itu, Pertandingan Dorm Tercantik juga akan
diadakan pada setiap bulan. Dorm yang tercantik akan diberikan hadiah.
Kertas kerja program akan dibuat oleh Ketua Warden.
Tindakan: Ketua Warden
5.5 Sambutan Hari Raya Asrama akan dibuat serentak dengan sambutan Hari
Raya di sekolah.
Makluman
5.6 Sambutan Hari Lahir akan diadakan setiap bulan dengan pembahagian
kad/cenderamata.
Makluman
5.7 Prep berfokus SPM (tanpa guru) akan bermula pada bulan Jun 2020 manakala
kelas tambahan malam bersama guru akademik akan bermula pada bulan Ogos
2020. (Rujuk Takwim)
Makluman
5.8 Pertandingan nasyid untuk acara keagamaan akan diteruskan.
Makluman
5.9 Murid dibenarkan pulang bermalam pada hari cuti umum.
Makluman
6.0 PENUTUP
Pengerusi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warden atas
komitmen dan usaha yang telah diberikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,