Majlis Alumni SMKPW 28 OKTOBER 2023 (SABTU) 2:00 PTG-6:00 PTG DEWAN SMK PUTERI WILAYAH, KG BARU, KUALA LUMPUR TAHUN ALUMNI SMKPW PIBG SMKPW SMK PUTERI WILAYAH KG. BARU, KUALA LUMPUR
MASA PERKARA 1:00 pm Pendaftaran ahli 2:00 pm Kehadiran tetamu jemputan 2:15 pm Ucapan aluan Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Sekolah Bacaan doa (En Yuskhairi bin Yahsan) 3:00 pm Ucapan Pengerusi Alumni SMKPW Ucapan YDP PIBG SMKPW Ucapan Perasmian Pelancaran Tabung Sejahtera Pengumuman Аjk Penaja Ice Breaking Jamuan Pelantikan Ajk Alumni sesi 2023/2024 Persembahan Slaid Cabutan bertuah (Pn. Subaina binti Muhamad) (Prof. Madya Dr. Emelia binti Osman) (Pn. Dahanum binti Soyono) Pengetua SMKPW 5:00 pm Lawatan Menggamit Memori Sesi Bergambar 6:00 pm Bersurai Tentatif Majlis
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillahir rahman nir rahim Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi pada hari ini, 28 Oktober 2023 hari yang penuh bersejarah. Dengan izin-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis Alumni SMK Puteri Wilayah (SMKPW) bagi tahun 2023. Setelah sekian lama kita meninggalkan SMK Puteri Wilayah, mungkin hari ini, buat pertama kalinya kita bersua kembali menjalin ukhwah yang pernah terjalin suatu masa dahulu Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru dan rakan-rakan atas pengorbanan dan sokongan yang diberikan hingga kita dapat merealisasikan perjumpaan kita pada hari ini. Kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami, diucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya, jasa yang guru-guru taburkan tidak ternilai harganya. Tidak terhitung bilangannya. Tanpa guru tidak mungkin kami dapat mengenal abjad A,B,C... dan seterusnya melangkah ke tahap yang kami berdiri sekarang. Ada yang berjaya dalam bidang akademik, kerjaya, profesionalisme mahupun sebagai suri rumah. Siapa pun kami hari ini, jasa, nasihat dan teguran daripada guru-gurulah menjadikan kami seorang insan. Banyak pengalaman dan kenangan yang kami kutip sepanjang kami bergelar pelajar di sini. Jatuh bangun kami, tangis tawa kami, kami kongsikan dengan guru-guru yang kami kasihi. Justeru, pengalaman dan kenangan itulah yang menjadi pemangkin semangat kami hingga hari ini. Semoga pertemuan kita pada hari ini, menjadi kenangan terindah, dan titik permulaan untuk kita terus mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Apa yang saya harapkan, datangnya kita sebagai penyeri, pulangnya kita tersemat di hati. Pertemuan ini bukan pertama kali, pasti ada pertemuan yang akan dinanti. Jika majlis ini kurang berseri, jari sepuluh disusun rapi, salah dan silap mohon ampuni, segala khilaf dari diri sendiri. Sekian, terima kasih. SUBAINA MUHAMAD Pengerusi Majlis Alumni SMKPW 2023
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama meraikan majlis ‘Sirih Pulang ke Gagang’ bersama alumni SMK Puteri Wilayah (SMKPW). Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), saya amat teruja dan gembira dapat berada dalam majlis yang penuh bermakna ini. Majlis seumpama ini mengimbau kembali asal usul pendidikan, menghargai nilai-nilai yang telah dipelajari di sekolah, dan menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang telah membimbing para alumni. Sesungguhgnya kejayaan penganjuran majlis pada hari ini membuktikan bahawa sekolah kita bukan hanya sebuah bangunan bata, tetapi sebuah gedung ilmu yang menyatukan insan-insan dengan kecintaan dan ikatan naluri yang mendalam terhadap SMKPW. Selaku wakil ibubapa, PIBG menjadi jambatan yang menghubungkan pihak sekolah dengan alumni SMKPW. Hasrat untuk menghidupkan jentera alumni bersama warga SMKPW telah lama dirancang, dan syukur alhamdulillah, akhirnya ia menjadi realiti. Diharapkan selepas ini pelbagai aktiviti bermanfaat bersama warga sekolah akan dapat dilaksanakan dengan lebih rancak dengan penglibatan alumni. Peranan alumni kepada pihak sekolah melalui sokongan kewangan dan moral adalah sangat signifikan dalam memacu kecemerlangan pelajar-pelajar. Anda adalah ‘role model’ yang dapat menyuntik inspirasi dan mencurahkan manfaat kepada warga SMKPW dalam usaha membentuk modal insan cemerlang duniawi dan ukhrawi. Diharapkan pertemuan pada hari ini akan membuahkan ukhwah yang erat dan berkekalan di antara alumni, sekolah, dan PIBG. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis High Tea ‘Sireh Pulang ke Gagang”. Semoga usaha jalinan silaturrahim ini direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T PROF. MADYA DR. EMELIA BINTI OSMAN Yang Dipertua PIBG SMK Puteri Wilayah
Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Hebatkan SMK Puteri Wilayah Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat, kurnia dan izin-Nya dapat kita semua bertemu dalam majlis yang indah dan amat bermakna ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penggerak majlis ini kerana tanpa usaha dan kesungguhan kalian tidaklah kita dapat bersama -sama di sini dalam usaha mengeratkan silaturahim antara kita dan mencipta memori indah yang terpahat dalam lipatan sejaarah pada hari ini. Seterusnya saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis ini. Hadirin yang dihormati, Sekolah merupakan pemangkin utama dalam merealisasikan agenda pembangunan negara. Sehubungan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa penubuhan sekolah ini sebenarnya bukan sahaja sebagai tempat menuntut ilmu tetapi juga sebagai tempat untuk melahirkan seseorang yang dapat memimpin dan membangunkan negara Malaysia. Kejayaan ini telah dibuktikan apabila ramai bekas pelajar SMK Puteri Wilayah yang kebanyakannya telah berjaya dalam kehidupan serta menjadi pemimpin-peminpin hebat bagi sesebuah organisasi. Hadirin yang dimuliakan, Tujuan utama Majlis Hi-Tea Alumni SMK Puteri Wilayah Sirih Pulang ke Gagang ini diadakan bagi menghimpunkan bekas-bekas pelajar, warga pendidik dan kakitangan SMK Puteri Wilayah dalam suasana muhibbah agar hubungan baik dan keakraban dapat terjalin semula. Di samping itu, penganjuran majlis ini juga sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti murid serta meningkatkan kemudahan dan fasiliti sekolah yang perlu dibaiki dan ditambah baik dari semasa ke semasa terutamanya yang berkaitan dengan kemudahan komputer dan pendigitalan sekolah yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hadiri yang dikasihi, SMK Puteri Wilayah sejak penubuhannya pada tahun 1965 yang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kampung Bharu telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang . Adalah diharapkan agar mereka yang telah berjaya ini tampil untuk memberi sumbangan dan bantuan atau berkongsi ilmu, kemahiran, kepakaran dan pengalaman kepada pihak sekolah. Saya sebagai pengetua SMK Puteri Wilayah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Subaina binti Muhammad yang merupakan bekas murid batch 1998 yang telah menerajui Jawatankuasa Majlis Hi Tea Alumni sebagai Pengerusi kerana telah berjaya melaksanakan majlis ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Hi Tea yang terdiri daripada bekas pelajar, guru-guru dan AJK PIBG yang telah membantu dengan penuh dedikasi bagi menentukan kejayaan majlis ini. Sesungguhnya saya amat berbesar hati dengan komitmen yang telah diperlihatkan oleh Jawatankuasa Majlis Hi-Tea Alumni Sirih Pulang ke Gagang untuk menjayakan majlis pada petang ini dengan menghimpunkan seramai mungkin Alumni SMK Puteri Wilayah. Tidak ketinggalan juga kepada semua pihak sama ada yang dapat hadir atau tidak hadir kerana sudi memberi sumbangan dan komitmen yang padu bagi merealisaskan Majlis Hi-Tea Alumni SMK Puteri Wilayah Sirih Pulang ke Gagang. Semoga majlis ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Hadirin yang dirahmati, Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa pelaksana atas jemputan ke majlis yang sungguh bermakna ini. Saya amat berharap, matlamat yang dihasratkan melalui penganjuran majlis ini dapat dicapai sepenuhnya. Saya juga mendoakan semoga Persatuan Alumni SMK Puteri Wilayah dapat ditubuhkan dan akan terus bergerak maju seiring dengan perkembangan dunia terkini dengan adanya barisan kepimpinan yang proaktif, efektif dan berfikiran global. Dengan lafaz Bismillahirramnirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Hi Tea Alumni SMK Puteri Wilayah Sirih Pulang ke Gangang Tahun 2023. Sekian, terima kasih. PN. DAHANUM BT SOYONO Pengetua SMK Puteri Wilayah
PENGERUSI: PN SUBAINA BINTI MUHAMAD NAIB PENGERUSI: PN ROHANA BINTI SUIB SETIAUSAHA: PN ZANARIAH BINTI MOHD NOR NAIB SETIAUSAHA: PN AISHAH BINTI YUNUS BENDAHARI: PN SHANTY ANDY Ahli Jawatankuasa Induk
Penyambut Tetamu Pn.Rohana binti Suib Pn. Zanariah binti Mohd Nor Pengacara Majlis Pn. Daing Zarina binti Daing Mokhtar Pendaftaran Pn. Yang Salwati binti Mior Rasdi (K) Pn. Nabila Huda Ustazah Rohana binti Mamat Buku Program Pn. Roshamiza Adilah binti Abdullah Pn. Nor Shamsiah binti Kassim Keceriaan Pn. Paggie Yan (K) Pn. Noraini binti Zain Pn. Hjh Zawiah binti Hj Ahmad Pn.Rohanie binti Amil Azlini binti Abdul Ghani Siti Noor Azlina binti Mamat Norrizah binti Mat Backdrop / Photobooth Pn. Aishah binti Yunus (K) Pn. Maisarah Cikgu Rose Mazira binti Mohamad Cikgu Saridah Aini binti Abdullah Cikgu Zabidah binti Yakub Siaraya Cikgu YM Tengku Sulaiman (K) Cikgu Puteri Iriena Emielia binti Alias Cenderahati Pn. Shanty Andy (K) Pn. Yantimah binti Ali Jamuan Pn. Noralizah binti Mohamed Ali (K) Pn. Suraya binti Abdul Rahman Pn. Norhayati binti Abd. Rahman Cikgu Masturi binti Adam Persembahan Pn. Suzanna binti Taib Pn. Rohana binti Mohd Suib Kebersihan Pn. Mariam binti Haji Mohd Hassan Pn. Aishah binti Daud Semua yang hadir Fotografi Pn. Roziah binti Abdul Razak Pn. Fauziah binti A. Rahim Sidang Redaksi SMKPW Peralatan En. Yusrizal En. Ponam Ahli Jawatankuasa Pelaksana
BERKIBAR BENDERA MALAYSIA JAYA LAHIRLAH DIKAU MENABUR JASA MENUNTUT ILMU PENUH DI DADA MAJU SEKOLAH PUTERI WILAYAH BERJANJI KAMI PELAJAR PUTERI BERTEKUN MENJUNJUNG BUDI BERKAT DIDIKAN GURU SEJATI BERBAKTI UNTUK PERTIWI Lagu Sekolah SMKPW
PENGETUA SMK PUTERI WILAYAH GURU-GURU SMK PUTERI WILAYAH PIBG SMK PUTERI WILAYAH AJK ALUMNI SMK PUTERI WILAYAH ALUMNI SMK PUTERI WILAYAH PENAJA-PENAJA Penghargaan