The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sufiyyah Hamzah, 2024-06-19 20:38:17

DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA

DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA

DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN Pengenalan Kompenan Utama Dasar Sekuriti Makanan Malaysia Faktor Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Malaysia Kepentingan Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Malaysia Cabaran Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Malaysia Strategi Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Malaysia Kesimpulan


1 PENGENALAN DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA Sistem makanan berperanan bagi memenuhi keperluan pengambilan makanan harian yang sangat penting kepada fisiologi asas manusia. Sektor Agro Makanan dalam pengeluaran makanan memberi impak yang besar dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sesebuah negara. Oleh itu, Kerajaan Malaysia iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memutuskan untuk meningkatkan tahap sekuriti makanan dengan menggubal Dasar Agro Makanan Negara 2.0 (DAN 2.0) bagi tempoh 2021-2030, memandangkan Dasar Agromakanan Makanan Negara (DAN 1.0) telah tamat tamat pada tahun 2020. Dasar ini digubal untuk meningkatkan sumbangan ekonomi negara, keterangkuman, kemampanan, ketahanan terhadap kejutan kejadian global yang memudaratkan, berdaya saing selari dengan negara maju dan seterusnya dapat meningkatkan tahap sara diri (SSL). Pihak yang turut terlibat dalam merangka dasar ini termasuk sektor awam, swasta dan pakar industri. Penekanan khusus diberikan terhadap empat subsektor utama meliputi sektor padi dan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran, ternakan serta perikanan dan akuakultur. Wujudnya penggunaan pertanian pintar bagi menaik taraf produktiviti pengeluaran selain mampu meningkatkan kedudukan pendapatan petani, nelayan, penternak serta usahawan tani. Tertubuhnya satu jawatan kuasa khas untuk sekuriti makanan iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai DasarSekuriti Makanan Negara (FCSS) dan dibantu oleh Jawatankuasa Eksekutif (Dipengerusikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan). Jawatankuasa ini bertujuan untuk merancang dasar sekuriti makanan dengan menyeluruh dan berterusan.


Satu daripada keperluan asas manusia ialah makanan. Tanpa makanan manusia tidak dapat meneruskan kehidupan kerana makanan membekalkan nutrient dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan manusia .Sekuriti makanan merujuk kepada kewujudan bekalan makanan dan kemampuan untuk memperolehinya. Menurut Pertubuhan Makananan Dan Pertanian Bangsa–Bangsa Bersatu (FAO), sekuriti makanan wujud apabila semua manusia memperolehi makanan berkhasiat yang mencukupi pada bila-bila masa sahaja. Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan di Malaysia mencukupi beberapa faktor utama yang bersama sama memastikan kebutuhan makanan di Malaysia. 2 DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA KOMPONEN UTAMA


KETERSEDIAAN MAKANAN Salah satu faktor pelaksanaan dasar sekuriti makanan di Malaysia ialah untuk memastikan ketersediaan makanan di Malaysia. Ketersediaan makanan ini merujuk kepada kecukupan pengeluar makanan melalui produksi domestik, import dan juga stok makanan negara. Ketersediaan kuantiti makanan yang mencukupi dan berkualiti yang dibekalkan melalui pengeluaran domestik mahupun import pengeluaran makanan tersebut juga perlu mencukupi mengikut keperluan rakyat yang hidup di negara Malaysia. Hal ini bertujuan untuk mengatasi masalah atau isu kekurangan bekalan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya krisis makanan dalam Negara Malaysia. Perkara ini termasuk produksi daripada Pertanian, Penternakan, Perikanan serta sistem distribusi makanan yang memastikan makanan dapat mencapai pasaran yang sepatutnya dan mencukupi. 3 DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA KETERSEDIAAN MAKANAN AKSES MAKANAN Faktor seterusnya ialah akses kepada sumber makanan yang mencukupi oleh individu. Akses makanan ini adalah merujuk kepada kebolehcapaian makanan yang mencukupi kemampuan individu dan kemampuan ketua rumah untuk memperoleh makanan, baik secara fizikal mahupun ekonomi. Faktor ekonomi pula seperti pendapatan dan harga makanan sangat mempengaruhi kebolehcapaian makanan oleh individu mahupun ketua keluarga. Selain itu, pembangunan infrastruktur seperti pasar, pengangkutan dan juga fasiliti penyimpanan makanan yang bagus dan lengkap juga sangat mempengaruhi kebolehcapaian makanan dan memastikan pelaksanaan dasar sekuriti makanan di malaysia berlanjutan. Infrastruktur yang baik sangat penting untuk pengedaran makanan dengan sangat efektif dan mengurangkan pembaziran makanan. Peningkatan dalam rantai bekalan makanan membantu memastikan makanan tetap tersedia dan terjangkau bagi semua lapisan masyarakat. KOMPONEN UTAMA


4 KESTABILAN Kesimpulannya, Dasar Sekuriti Makanan di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor untuk dilaksanakan secara menyeluruh dan perlu dititikberatkan dalam usaha membekalkan makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal pasaran domestik dan memastikan pengeluaran makanan sentiasa berlanjutan dan mencukupi kebutuhan setiap rakyat di Malaysia. Mereka tidak akan menghadapi risiko untuk menghadapi risiko untuk mengakses makanan walaupun berlakunya kejutan pasaran seperti krisis ekonomi dan sebagainya. Kestabilan juga merupakan faktor yang penting dalam pelaksanaan dasar sekuriti makanan di Malaysia. Kerajaan perlu memastikan pasaran dengan harga makanan stabil dalam pasaran domestik di mana mana kawasan atau negeri di Malaysia ini. Hal ini kerana apabila berlaku isu kekurangan makanan di suatu tempat menyebabkan harga makanan akan naik dan tinggi .Perkara ini akan menjejaskan sebahagian keluarga atau individu yang mempunyai pendapatan rendah untuk mengakses makanan. Oleh itu, kerajaan perlu bijak dalam mengambil tindakan untuk mengatasi isu ini sebagai contoh subsidi untuk petani, tarif import yang menguntungkan negara dan perundangan atau peraturan yang sentiasa memastikan keamanan sumber makanan. Kestabilan pasaran makanan ini sangat penting untuk memastikan sekuriti makanan, individu atau isi rumah mesti mempunyai akses untuk makanan pada sepanjang masa.


5 Daripada perbincangan komponen utama Dasar Sekuriti Makanan Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dasar ini diperkenalkan. Antaranya adalah: DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA FAKTOR PELAKSANAAN Pada zaman penjajahan British, penduduk Tanah Melayu hanya bergantung kepada ekonomi tanaman tuai seperti kelapa sawit dan getah. Makanan tempatan seperti beras seringkali terjejas akibat pemerintahan British yang pada ketika itu lebih memfokuskan tanaman eksport. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan mula memberi perhatian kepada ketersediaan makanan yang mencukupi bagi penduduknya. Pelbagai program mula diperkenalkan bagi meningkatkan pengeluaran makanan. Sehingga kini, beberapa inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia termasuklah Dasar Agromakanan Negara (2011- 2020) dan Dasar Agromakanan Negara (2021-2030). Dasar-dasar ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, meningkatkan pengeluaran makanan tempatan serta memastikan ketersediaan dan keterjangkauan makanan yang mencukupi. Hal ini juga termasuk dalam objektif pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti petani serta menyumbang kepada keselamatan makanan negara melalui pelbagai insentif dan sokongan kepada petani dan komuniti luar bandar. BERLAKU ISU KELAPARAN DAN MALNUTRISI


6 Terdapat pelbagai cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara. Antaranya ialah krisis ekonomi. Malaysia pernah dilanda krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998 disebabkan oleh kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham serta ketidakstabilan dalam sistem kewangan. Krisis ini telah menyebabkan banyak syarikan pengeluaran makanan gulung tikar serta menyebabkan orang ramai hilang pekerjaan. Maka, pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keterjangkauan makanan bagi penduduk dapat dikekalkan semasa krisis ekonomi berlaku. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah diversifikasi ekonomi. Diversifikasi ekonomi merujuk kepada usaha memvariasikan produk untuk mengurangkan kerugian dan meningkatkan keuntungan. Diversifikasi ekonomi mengurangkan ketergantungan terhadap beberapa sektor tertentu seperti gas dan minyak, dengan cara memperkaya sektor-sektor lain seperti industri makanan dan pertanian. Dasar Sekuriti Makanan Malaysia menyokong dan mempromosikan industri makanan dan pertanian ini, bagi mencipta peluang pekerjaan baru, memastikan bekalan makanan yang berterusan serta membantu dalam diversifikasi ekonomi. KEADAAN EKONOMI YANG TIDAK STABIL


PERUBAHAN IKLIM YANG TIDAK MENENTU Sejarah bencana alam di Malaysia telah menyumbang kepada faktor penting dalam pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan di Malaysia. Contohnya, peristiwa banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 yang melibatkan beberapa buah negeri telah menyebabkan banyak kerugian besar terutamanya dalam sektor pertanian. Peristiwa banjir yang berlaku telah memberi kesan kepada pengeluaran makanan, terutamanya padi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia. Rentetan daripada peristiwa ini, kerajaan telah mewujudkan program bantuan dan pemulihan seperti Pelan Tindakan Kecemasan seperti yang terkandung dalam Dasar Sekuriti Makanan Malaysia, yang merangkumi penyediaan stok makanan dan pengedaran bantuan makanan untuk memastikan ketersediaan makanan yang berterusan. Pelan ini juga menyediakan bantuan kewangan dan teknikal kepada petani yang terjejas oleh bencana alam untuk memastikan mereka dapat pulih dan terus mengusahakan tanaman mereka. Melalui perbincangan ini, jelaslah bahawa Dasar Sekuriti Makanan Malaysia mengandungi banyak manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan sahaja untuk memastikan bekalan makanan tersedia berterusan, malahan juga memastikan penduduk di Malaysia tidak hilang sumber pendapatannya. 7


KEPENTINGAN PELAKSANAAN DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA KESELAMATAN MAKANAN 8 PERTAMBAHAN PENDUDUK MENGATASI KEKURANGAN NUTRISI Menurut laporan Jabatan Tangkaan Malaysia, setakat suku ketiga 2021, terdapat 32.67 juta orang tinggal di Malaysia, meningkat 0.2 peratus pada tahun yang sama hingga 2022. Dengan jumlah penduduk Malaysia yang terus meningkat, adalah penting untuk memastikan ketersediaan makanan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk. Keselamatan makanan merupakan bahagian penting dalam aktiviti perniagaan dan pembangunan ekonomi kerana ia dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa. Keselamatan makanan sangat penting untuk memastikan orang ramai mendapat pengambilan nutrisi yang mencukupi. Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, peratusan kanak-kanak yang mengalami masalah terbantut meningkat kepada 21.8% pada 2019 berbanding 20.7% pada 2018. Peningkatan ini menyerlahkan kepentingan pengambilan nutrisi untuk tumbesaran kanak-kanak dan keperluan untuk diet yang sihat untuk penduduk.


KELESTARIAN SUMBER AKSES MAKANAN Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (2021), kuasa beli isi rumah jatuh sebanyak 16.7% dalam tempoh sedekad berikutan kenaikan harga barangan pengguna. Koperasi boleh membantu mengurangkan harga dengan memotong perantara dalam rantaian bekalan supaya barangan sampai kepada pengguna secara langsung. Perubahan iklim boleh memberi kesan kepada keselamatan makanan, seperti menyebabkan kegagalan penuaian bijirin, mengurangkan kualiti dan kuantiti hasil padi. Pertanian pintar boleh membantu mengurus dan memantau aktiviti pertanian dengan lebih cekap untuk meningkatkan hasil tanaman. 9


CABARAN PELAKSANAAN DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA 10 Isu ketiadaan dasar sekuriti makanan yang kukuh dan menyeluruh di Malaysia merupakan cabaran besar yang dibahaskan oleh golongan pakar. Tahap sekuriti makanan di Malaysia kini dihubungkan dengan tahap sara diri melalui rancangan pembangunan (RMK) dan Dasar Pertanian Negara (DPN), yang tidak memberikan perhatian khusus kepada sektor makanan. Hal ini menyebabkan isu seperti perebutan tanah, subsidi dan stok simpanan makanan tidak dapat diselesaikan secara efektif. Sebagai contoh, Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) 2008-2010 yang telah menelan kos sebanyak RM4 bilion. (i) Ketiadaan suatu dasar sekuriti makanan yang kukuh dan menyeluruh Malaysia belum pernah memiliki dasar sekuriti makanan jangka panjang yang khusus meskipun sektor ini amat penting untuk kesejahteraan dan kestabilan negara. Ketiadaan dasar ini menyebabkan isu seperti saiz tanah dan pengambilan tanah pertanian bagi pembangunan sektor lain sukar untuk diselesaikan. DPN lebih utamakan kepada tanaman eksport seperti getah dan kelapa sawit, yang mana tidak memberi tumpuan kepada tanaman makanan.


10 Pengabaian terhadap sektor pertanian, khususnya makanan. Kerajaan lebih memberi penekanan kepada sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan dan tanaman komoditi eksport yang merupakan tanaman pertanian yang dihasilkan secara besaran dengan tujuan perdagangan antarabangsa. Ia mengakibatkan kedudukan dan sumbangan sektor pertanian dalam ekonomi negara semakin menyusut, pelaburan dalam sektor makanan berkurangan dan penggunaan tanah untuk pertanian semakin menurun. Tahap Self Sufficiency Level (SSL) yang rendah disebabkan oleh kesanggupan menerima import dengan harga rendah mengakibatkan peralihan tenaga buruh dan pengambilan tanah pertanian untuk pengembangan sektor lain. Hal ini dapat meluaskan lagi ketergantungan terhadap bekalan makanan import dan membuatkan bekalan makanan dalam negara menjadi kurang terjamin. Pengabaian ini menyebabkan Malaysia dihadapkan dengan kekurangan import makanan yang semakin meningkat dan ketidakupayaan untuk menghasilkan makanan yang cukup. (ii) Pelaksanaan dasar pembangunan yang tidak seimbang 11


Globalisasi dan liberalisasi membawa kesan negatif terhadap sekuriti makanan di Malaysia. Masalah seperti ketegangan ekonomi, kenaikan harga minyak, konflik dan perubahan iklim menjadi cabaran yang melintasi sempadan negara dan mempengaruhi bekalan makanan. Meskipun Malaysia bergantung pada pasaran global untuk memenuhi keperluan makanan, namun ia tidak menjamin keselamatan makanan sepenuhnya terutamanya dalam konteks ketidakstabilan harga beras yang hanya sedikit didagangkan secara antarabangsa yang menimbulkan kerisauan. Kewujudan masalah-masalah global ini membawa kesan negatif kepada keselamatan penduduk dan kestabilan negara. Oleh itu, amat diperlukan dasar-dasar yang kukuh bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin. (iii) kesan negatif globalisasi dan liberalisasi terhadap sekuriti makanan 12


STRATEGI PELAKSANAAN Meningkatkan adaptasi teknologi dalam sistem makanan. Memperluaskan pembangunan teknologi berasaskan mitigasi iklim. mengurangkan pembaziran dalam sistem makanan. STRATEGI 1 : PELUASAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA Meningkatkan adaptasi teknologi dalam sistem makanan. Memperluaskan pembangunan teknologi berasaskan mitigasi iklim. mengurangkan pembaziran dalam sistem makanan. STRATEGI 2 : PEMERKASAAN, PENYELIDIK & PEMBANGUNAN Melaksanakan kajian dan survey berteraskan sekuriti makanan. Membangunkan indikator pengukur berkaitan sekuriti makanan. Membangunkan sistem big data analisis sekuriti makanan. STRATEGI 3 : PEMERKASAAN DATA SEKURITI MAKANAN Memperkenalkan insentif berteraskan sekuriti makanan. Memperluaskan kerjasama startegik antarabangsa dalam bidang sekuriti makanan. Memudahcara penglibatan sektor swasta dalam sistem makanan. STRATEGI 4 : PELUASAN KOLABRASI STRATEGIK Memperkukuhkan pemantauan berkaitan sekuriti makanan. Mmeperkukuhkan infranstruktur dalam sistem makanan. Memperkasa advokasi berkaitan sekuriti makanan. Memperkukuh akta dan peraturan bagi menjamin keampanan sumber dan bekalan makanan. 13 STRATEGI 5 : PENGUKUHAN GOVERNANS JABATAN & AGENSI


Perubahan landskap global telah mendorong kepada perubahan tahap sekuriti makanan negara. Oleh itu, DAN 2.0 memainkan peranan sebagai satu kerangka yang menyatupadukan semua pihak berkepentingan dalam merealisasikan semua aktiviti yang terkandung dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021 - 2030). Pelaksanaan yang berkesan mampu memberi pencapaian yang lebih tinggi kepada sektor agro makanan dan Malaysia dalam indeks sekuriti makanan global kelak. KESIMPULAN DASAR SEKURITI MAKANAN MALAYSIA 14


Siti Nor Aswani 072614 15 AHLI KUMPULAN Umie Nurliela Nurul Syukrina Nurulhuda Auni Nurul Natasha Nur Sufiyyah Nurul Fatihah 073708 073022 072710 073906 074939 073133 Nur Izzah Sofiyyah 073582


Click to View FlipBook Version