KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
TAKLIMAT PENGURUSAN PERMOHONAN
CUTI PERISTIWA SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2021
TARIKH : 25 NOVEMBER 2020 (RABU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN (GOOGLE MEET)
1. Semua PPD jelas tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan permohonan
Cuti Peristiwa.
2. Tidak berlaku ralat semasa pengisian senarai sepadu dalam tapak Excel.
3. PPD dapat menghantar senarai sepadu kepada JPN lebih awal daripada tarikh
penghantaran yang ditetapkan.
KANDUNGAN TAKLIMAT
2.1 2.2 2.3 2.4
Isu-isu Peraturan-peraturan Tapak Excel
Berkaitan Tarikh Akhir
Permohonan Permohonan Cuti Pengisian Penghantaran
Cuti Peristiwa Peristiwa Permohonan Senarai Sepadu
Cuti Peristiwa Permohonan
Cuti Peristiwa
ISU-ISU
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan
1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.
2. Pemakaian.
Peraturan-Peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998
3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini –
"guru bęsar" atau "pengetua" ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan
yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah;
"cuti peristiwa" ertinya hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh
apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah;
"hari ganti" ertinya hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi
menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab
yang diluluskan oleh Pendaftar.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998
4. Kaedah-kaedah penggal sekolah.
Kaedah-kaedah penggal sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah
mendapat kelulusan Menteri.
5. Cuti.
Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan
Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya
sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998
6. Hari sekolah.
(1) Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus
sembilan puluh hari.
(2) Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati
bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh
hari.
7. Cuti peristiwa.
(1) Guru besar atau pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu
sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari bagi mana-mana satu
tahun.
(2) Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998
8. Daftar kehadiran murid.
(1) Kehadiran murid ke sekolah semasa hari sekolah hendaklah direkodkan
dalam daftar kedatangan murid pada setiap hari yang murid itu hadir.
(2) Nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah hendaklah
dibatalkan dari daftar itu pada hujung sesuatu bulan yang berkenaan.
(3) Guru besar atau pendaftar boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap
seseorang murid yang gagal hadir sekolah bagi tempoh tiga hari berturut-
turut tanpa apa-apa sebab munasabah.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998
9. Pemberitahuan cuti.
Guru besar atau pengetua hendaklah memberitahu ibu bapa murid secara bertulis mengenai hari
ganti, cuti penggal sekolah dan cuti peristiwa.
10. Kuasa menutup sekolah.
(1) Guru besar atau pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi suatu tempoh
tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam.
(2) Penutupan sekolah di bawah subperaturan (1), hendaklah diberitahu kepada Pendaftar
secara lisan dan bertulis dengan seberapa segera yang praktik dan hari yang sekolah itu
ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain.
Dibuat 8 April 1998
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
1.1 Hari Sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak
kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari.
1.2 Pengetua atau Guru Besar hendaklah mengadakan hari ganti
jika didapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah
kurang dari satu ratus sembilan puluh (190) hari.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
2.1 Pengetua atau Guru Besar dengan kelulusan Pendaftar, boleh
memilih hari tertentu sebagai Cuti Peristiwa yang hendaklah tidak
melebihi empat (4) hari bagi mana-mana satu tahun.
2.2 Cuti Peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan
cuti penggal sekolah, sepertimana yang diterangkan dalam
Pekeliling Cuti Peristiwa.
2.3 Cuti Peristiwa itu tidak boleh diambil melangkau hari
seterusnya.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
2.4 Cuti Peristiwa bagi acara rasmi sekolah hendaklah diambil
sehari selepas aktiviti atau peristiwa dilaksanakan.
2.5 Cuti Peristiwa bagi acara keagamaan / perayaan boleh
diambil sebelum, semasa atau selepas perayaan.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
2.6 Pihak sekolah hendaklah merancang cuti peristiwa melalui penggubalan
takwim sekolah pada hujung tahun semasa (2020) dan perlu hantar ke
PPD pada bulan Disember (2020).
2.7 Permohonan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan hendaklah dipohon sekali
sahaja bukan beransur-ansur. Sekiranya ada perubahan tarikh cuti
peristiwa yang telah diluluskan oleh pihak pendaftar, sekolah hanya
menulis surat pemakluman pertukaran Tarikh Peristiwa dan Cuti
Peristiwa kepada JPN PPD.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
2.8 Pihak sekolah hendaklah mengisi permohonan Cuti Peristiwa di tapak
Excel yang telah JPN bekalkan dan menghantar permohonan tersebut ke
PPD sebelum atau pada 10 Disember 2020 (Khamis).
2.9 PPD hendaklah menghantar senarai sepadu semua permohonan Cuti
Peristiwa sekolah dalam tapak Excel yang dibekalkan sebelum atau pada
30 Disember 2020 (Rabu). Pihak JPN tidak menerima permohonan
yang tidak lengkap dan tidak mencukupi bilangan sekolah di daerah
masing masing.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
3.1 Cuti Perayaan adalah cuti yang telah diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2 Cuti Perayaan adalah wajib diambil semua sekolah.
3.3 Cuti Perayaan tidak perlu dipohon lagi kerana semua
sekolah wajib ambil.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
4.1 Pengetua atau Guru Besar hendaklah
memberitahu ibu bapa murid secara
bertulis mengenai hari ganti, cuti penggal
dan cuti peristiwa.
TATACARA PERMOHONAN CUTI
PERISTIWA DAN CUTI PERAYAAN
5.1 Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi
suatu tempoh tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam.
5.2 Penutupan sekolah di bawah Subperaturan (1), hendaklah diberitahu
kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan seberapa segera yang
praktik dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti sekiranya
bilangan persekolahan tidak mencukupi seratus sembilan puluh (190)
hari.
Tapak Excel Permohonan Cuti Peristiwa akan dikongsikan
melalui
Group WhatsApp Timbalan PPD SPS atau Pegawai Meja Cuti Peristiwa PPD
TAPAK EXCEL PERMOHONAN CUTI PERISTIWA
CARA-CARA MENGISI
BORANG PERMOHONAN
CUTI PERISTIWA
Buka tapak Excel, telitikan sheet CONTOH PENGISIAN untuk mengetahui cara mengisi borang
Bagi Sekolah Rendah, Guru Besar hendaklah memilih sheet RENDAH
Bagi Sekolah Menengah, Pengetua hendaklah memilih sheet MENENGAH
Kolum warna KUNING (A, D, E, F, G, H, I) diisi oleh pihak sekolah dengan menggunakan
HURUF BESAR
Kolum J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U adalah Cuti Peristiwa yang dirancang dan diisi
oleh pihak sekolah dengan menggunakan HURUF BESAR
CONTOH 1:
TATACARA 2.4
Cuti Peristiwa bagi acara rasmi sekolah hendaklah diambil sehari selepas
aktiviti atau peristiwa dilaksanakan.
CONTOH 2:
TATACARA 2.5
Cuti Peristiwa bagi acara keagamaan / perayaan boleh diambil sebelum,
semasa atau selepas perayaan.
CONTOH 3:
TATACARA 2.5
Cuti Peristiwa bagi acara keagamaan / perayaan boleh diambil sebelum,
semasa atau selepas perayaan.
CONTOH 4:
TATACARA 2.5
Cuti Peristiwa bagi acara keagamaan / perayaan boleh diambil sebelum,
semasa atau selepas perayaan.
Kolum V diisi oleh PPD
Kolum B, C, W, X diisi oleh JPN
Lawatan Sambil Belajar bagi murid Tahun 6 / Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3
(Cuti Peristiwa hendaklah melibatkan SEMUA GURU dan MURID)
Cuti Pertengahan Penggal bermula pada 27.03.2021 (Sabtu), 26.03.2021 (Jumaat) TIDAK
DIBENARKAN mengambil Cuti Peristiwa. (Tatacara 2.2 : Cuti Peristiwa itu tidak boleh
diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah)
Perkhemahan Unit Beruniform pada 13.08.2021 (Jumaat) dan permohonan Cuti Peristiwa pada
16.08.2021 (Isnin) adalah TIDAK DIBENARKAN. (Tatacara 2.3 : Cuti Peristiwa itu tidak boleh
diambil melangkau hari seterusnya)
CARTA ALIR
PROSES KERJA
PERMOHONAN
CUTI PERISTIWA
BAGI TAHUN 2021
PERINGATAN
01 02
Surat Permohonan Tapak Excel diisi
Cuti Peristiwa dengan lengkap
dengan menggunakan
ditujukan kepada HURUF BESAR
SPS JPN melalui PPD
PERINGATAN
03 04
Sebarang pindaan TARIKH cuti Sebarang ralat adalah
peristiwa yang telah diluluskan tanggungjawab pihak
hendaklah DIMAKLUMKAN kepada
JPN melalui PPD selewat-lewatnya sekolah dan PPD
berkenaan.
2 minggu / 14 hari dari tarikh cuti
baharu yang ditetapkan.
SESI
SOAL JAWAB
SOALAN LAZIM (FAQ) PENGAMBILAN CUTI PERISTIWA
PENGATURCARAAN MAKLUMAT
CUTI PERISTIWA JPN
https://sites.google.com/view/cutiperistiwa2021/home
SEKIAN
TERIMA KASIH