The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shanice Wong, 2021-01-17 06:08:19

Bab 2 Peta Topografi

Bab 2 Peta Topografi

Geografi Tingkatan 2 Bab 2 Peta Topografi

Peta Topografi
– menunjukkan keadaan bentuk muka bumi sesebuah kawasan
– mempunyai garisan grid secara melintang dan menegak
– mempunyai tajuk, petunjuk dan skala

Garisan grid – garisan-garisan dalam peta topografi yang dilukis secara
menegak dan melintang
a) Garisan Timuran
– garisan grid yang dilukis secara menegak
– garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah timur
– garisan grid dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah
timur

b) Garisan Utaraan
– garisan grid yang dilukis secara melintang
– garisan yang menunjukkan kedudukan sesuatu tempat ke arah utara
– garisan grid dinomborkan dan nilainya semakin bertambah ke arah
utara

Rujukan Grid – kombinasi antara nilai garisan timuran dan utaraan
pada titik persilangan.

-nilai garisan timuran dibaca dahulu diikuti dengan nilai garisan utaraan

i) rujukan grid 4 – digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
kawasan yang luas dalam segi empat grid.

ii) rujukan grid 6 – digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
objek atau ciri geografi yang lebih kecil dengan spesifik

Ciri Pandang Darat Fizikal Dan Budaya
a) Ciri pandang darat fizikal – merujuk pelbagai ciri semula jadi
b) Ciri pandang darat budaya – merujuk ciri buatan manusia

i) Tanah Pamah
Pertanian – tanaman padi sawah, nanas
Pengangkutan – jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang
Petempatan – rumah
Kemudahan Sosial – sekolah, hospital

ii) Tanah Beralun
Pertanian – tanaman getah, kelapa sawit
Petempatan – rumah

iii) Tanah Tinggi
Pertanian – tanaman teh, sayur-sayuran
Pelancongan – penginapan
Kuasa Hidroelektrik – empangan

iv) Pinggir Laut
Perikanan – petempatan nelayan, pelabuhan
Pelancongan – tempat berkelah, jeit

v) Saliran
Sumber air – paip saluran air
Pengangkutan – jeti, pangkalan bot

vi) Tumbuhan Semula Jadi
Pembalakan – kem pembalakan, petempatan
Pelancongan – laluan pejalan kaki

Mentafsir peta topografi
Langkah
1) perhatikan peta secara keseluruhan
2) kenal pasti ciri pandang darat fizikal dan budaya
3) kaitkan ciri pandang darat fizikal dengan budaya
4) tafsirkan peta


Click to View FlipBook Version