The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thhibamaallarganeson, 2021-06-16 05:06:39

E-FOLIO: SAINS DAN TEKNOLOGI

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
E-FOLIO

TAJUK: SAINS DAN TEKNOLOGI

NAMA PENSYARAH: PN SALINA BT MAT SEHOR

NAMA AHLI KUMPULAN : NO.MATRIK

NAMA 10DLS20F1030
10DAT20F1023
1. THHIBA MAALLAR A/P GANESON 10DAT20F1027
2. SHARMILA A/P VIJAYAN 10DAT20F1007
3. LOGEESHVARY A/P MANIARASU
4. VARSINI A/P SANKARAN

PENGENALAN

Sains dan teknologi dilihat sebagai satu perkara yang prima dalam kehidupan
manusia sejak memasuki abad ke 21. Perkembangannya dilihat tumbuh ibarat
cendawan selepas hujan apabila kos menggunakan teknologi semakin
berpatutan dan dikomersialkan sesuai dengan kehidupan manusia. Mungkin
kehadiran teknologi pada zaman dahulu tidak mempunyai ekosistem yang
seimbang untuk disokong. Kini, perkembangan yang pesat dirai malah menjadi
perlumbaan antara negaranegara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.Dari
segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk
mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan
eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena
yang terjadi di alam. Selain itu, ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bukti
yang merangkumi kebenaran hukum – hukum alam yang berlaku dan dapat
diperoleh daripada kaedah saintifik. Secara umumnya sains ialah sebagai
sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan
pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan
fenomena-fenomena yang terjadi dengan sistematik tentang struktur dan
perilaku dari segala fenomena yang ada di dunia ini. Teknologi dari segi
bahasa, perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología).
(téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang
bermaksud "pembelajaran, kajian". Manakala dari segi istilah pula, teknologi
merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia.

KESAN

Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari.
Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan.
Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang
menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang
dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan
teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam
sejagat.

Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya
dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal
mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar
mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang
manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan
kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan
teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar
kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak
hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologjuga mengundang
kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa
yang telah Islam utarakan.

Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi
pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk
alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut
mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa
kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang
timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi.
Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa
kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang
terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom

atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk
menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada
kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara
itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk
membina sendiri sebuah bom nuklear.

Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar
memandangkan amalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor
mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan
radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia
memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan
mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan
ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha
pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi
dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih.
Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan
kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan
tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi
oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada.

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini
memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu
mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan.
Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah
terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat.
Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit
suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari.
Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat.
Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana
mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni.
Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda

mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web
yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran
golongan tersebut dan akan merosakkan pembangunan nafs mereka.

Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini
berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai “penggodam” di
mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah.
Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar
boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh
menyebabkan fitnah.

Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan
makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian
genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti
tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran
tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan
adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan
pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah
sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian
tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga
memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing
(allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.

Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil
kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke
organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang
induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu
untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan
agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi “stem cell” yang banyak
kelebihannya dalam membantu
mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan

“embryonic stem cell”
bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak
membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok
pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai
Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan.
Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak
mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu
sebenarnya kita juga yang menciptakannya.

CARA-CARA

Dalam era globalisasi ini,tindak kejahatan yang mendorong kita membayar
mahal untuk melindungi kita dari segala bentuk kejahatan teknologi
perkembangan kerana kita tidak mungkin memprediksi dan dimana tindak
kejahatan itu terjadi sebaiknya kita harus mengatasi masalah ini agar tidak
menanggulangi lagi, dengan mengaplikasikan langkah-langkah yang lebih
berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk menghapuskan masalah
tersebut.

Peranan dari segi agama
Agama merupakan senjata yang mampu membantu mereka mengelakkan diri
daripada bersifat negatif. Agama hindu merupakan agama tertua di dunia.
Agama ini memaparkan evolusi pemikiran manusia dari satu zaman ke satu
zaman. Bagi penganut agama Hindu, karma yang berkaitan kelahiran semula
ditentukan oleh tindakan individu dalam kewujudan sebelum ini. Karma secara
amnya menerangkan bahawa perbuatan baik atau jahat seseorang akan
menetukan kelahiran seterusnya. Sememangnya, perbuatan negatif seperti
menonton pornografi, rompakan bank dan sebagainya membawakan dosa
seseorang. Oleh itu, setiap penganut Hindu akan berusaha mencapai moksa
dengan mengelakkan perbuatan dosa dan menambahkan pahala.

Peranan utama untuk mengatasi masalah perkembangan teknologi ialah
memberi didikan agama kepada anak-anak.. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu , ibu bapa yang
memberi didikan agama kepada anak-anak biar la cukup untuk melahirkan
modal insan yang baik. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari
segi ekonomi tetapi muflis nilai keagamaan. Hal ini demikian kerana, remaja
kini terjemah dengan kesan-kesan negatif. Menurut diisi agama Hindu,
mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan ilmu agama kepada
anakanak mereka kerana itu merupakan benteng untuk arus modenisasi kini.

Peranan ibu bapa

Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam masalah tersebut. Mereka
haruslah sentiasa mengawasi anak-anak saat mereka sedang menonton TV dan
melakukan akses Internet. Ibu bapa dalam memberi perhatian, dan
membimbing anak-anak dalam pelajaran dan permainan perlu dipertingkatkan.
Bila anak-anak sudah berlebihan menggunakan komputer, maka ibu bapa
segera mengelakan perbuatan tersebut dan memberi ketergantungan dengan
memberikan pembelajaran yang menarik bagi anak-anak. Hal ini dapat
menghindari anak-anak untuk menoton atau mengakses segala sesuatu yang
berhubungan dengan Pornografi dan kekerasan yang dapat menghancurkan
moral.

Selain itu, Ibu bapa haruslah meletakan komputer di ruang tamu rumah. Bila
computer berada di ruang keluarga, keluasaannya untuk melanggar peraturan
pun terbatas kerana ada anggota keluarga yang lalu lalang. Hal ini demikian
kerana, ibu bapa sentiasa dapat memperhatikan anak-anak.
Ibubapa perlu mengadakan waktu untuk bermain komputer. Sehingga anak
sudah mampu mengatur waktu dengan lebih baik.

Peranan kerajaan

Kerajaan perlu memberikan peranan yang amat penting dalam isu ini. Kerajaan
haruslah mendorong untuk menggunakan ‘software filter’. Sekarang terdapat
software yang menyerangi Situs Phising, judi, Pornografi dan lain-lain lagi. Hal
ini demikian kerana, kerajaan haruslah mengumumkan dan memperkenalkan
peraturan iaitu, harus menggunakan ‘software filter’ di sekolah, cybey cafe dan
tempat-tempat mengakses internet.

Selain itu pegawai kerajaan haruslah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk
membanteras masalah ini. Mereka mengawasi dan meronda kawasan bank
untuk mengelakkan ‘hacker’ boleh menghindari virus pada ATM mesin di bank
dan mengelakan untuk memcuri sejuta-juta duit dari bank. Dalam hal ini,
kerajaan haruslah memberikan latihan dan khusus-khusus yang sewajarnya pada

masa ke masa untuk menambahbaikkan kualiti pengawai kerajaan dan Pihak
kerajaan boleh cuba menguatkuasakan undang-undang negara tersebut seperti
memberi hukuman rotan, hukuman penjara seumur hidup, hukuman denda yang
banyak dan memberi hukuman gantung sampai mati kepada mereka yang
merompak. Ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Peranan pihak bank

Pihak bank juga sentiasa menambahbaikkan sistem untuk mengelakkan
daripada masalah-masalah ini. Sistem keselamatan mesin ATM perlu
dipertingkatkan dengan penggunaan Sistem Kedudukan Global (GPS) secara
bijak dan sistem CCTV lebih baik serta pengwujudan sistem Pusat Kawalan
Utama (CMS). CMS berfungsi sebagai pemantau supaya sebarang cubaan
mencuri ATM disalurkan terus kepada syarikat kawalan keselamatan atau polis
bagi memudahkan mereka bertindak secepat mungkin. Polis juga perlu
meningkatkan usaha kawalan, termasuk menubuhkan pasukan khas bagi
menangani kes rompakan mesin ATM. Pihak bank harus mengalakan pegguna-
penguna untuk menggunaka kemudahan perkhidmatan ATM adalah antara
aplikasi komersil yang dimasukkan di dalam Mykad. Melalui kemudahan ini,
Mykad mampu untuk berfungsi sepenuhnya sebagai kad ATM yang mana boleh
digunakan untuk tujuan pengeluaran wang, pemindahan, pertanyaan dan segala
urusan dari ATM.

Mykad dilengkapi dengan teknologi cip yang mempunyai ciri keselamatan yang
tinggi. Teknologi ini menggunakan pengesahan biometric dan melalui proses
enkripsi bagi tujuan perlindungan data yang direkodkan. Proses capaian yang
dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah “SAM” iaitu secure Access
module bagi tujuan jaminan keselamatan ke atas data tersebut daripada sebarang
pemalsuan atau pengklonan. Di dalam ‘Mykad’ kita boleh memasukkan
maklumat 3 akaun bank berlainan serentak. Atas dasar itu kerajaan telah
menggesah perbankan agar menaik taraf terminal ATM
mereka agar ‘Mykad’ dapat diterima pakai. Pemegang ‘Mykad’ boleh
menjalankan urusniaga di ATM.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sains dan teknologi adalah komponen yang mustahak dalam
kehidupan manusia serta memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan
hidup manusia. Sinergi antara dua komponen ini dapat membawa ketamadunan
manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Persis kata peribahasa Melayu, kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Namun begitu, dalam
mengejar kemajuan diharapkan usaha untuk memastikan ia dimanfaatkan oleh
segenap pelusuk manusia tanpa mengira darjat atau latar belakang juga diberi
perhatian. Masih banyak negara yang ketinggalan dari segi aplikasi sains &
teknologi. Sekiranya sains & teknologi tersebut penting untuk kebajikan
manusia seperti penghasilan air bersih dan pertanian yang efisien maka ia wajar
disokong serta diberikan secara percuma atas dasar kemanusiaan. Semoga sains
& teknologi menjadi komponen yang dimanfaatkan oleh manusia untuk
kebaikan dan bukannya kemudaratan.

PENDAPAT

Sains merupakan pembelajaran dan kajian tentang satu perkara manakala
teknolgi pula adalah ciptaan manusia untuk menyelesaikan sesuatu masalah
berdasarkan fakta dan kajian saintifik. Oleh itu, kedua-duanya saling berkait
antara satu sama lain kerana ia memerlukan input dari kedua-dua pihak. Kita
sebagai manusia yang bijak seharusnya menjadikannya sebagai agenda utama
dalam mencapai kemajuan pada hari ini kerana ia akan membawa setiap sudut
kehidupan manusia ke alaf yang baharu

CADANGAN

Ekoran kemajuan sains dan teknologi, terciptalah pelbagai alatan yang
memudahkan urusan harian manusia. Penciptaan kenderaan canggih
membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana ke sini dalam masa yang
singkat. Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak
perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan.
Walaupun kepentingan sains dan teknologi diakui, namun kesedaran
orang ramai, khususnya pelajar tentang perkara ini masih
kurang. Sehubungan dengan itu, cadangan untuk memupuk budaya sains dan
teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan
“dunia sains dan teknologi” kepada anak-anak. Selain memberitahu
anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam
kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak
mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering
diadakan. Tujuannya adalah untuk menanam minat anak- anak terhadap
sains dan teknologi sejak awal lagi. Bagi anak-anak yang menunjukkan minat
mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut
dapat disuburkan.

Sesetengah pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran
yang sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran
Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, harus mengadakan
ceramah untuk membetulkan tanggapan
tersebut. Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu
bapa.Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh
diundang untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya
budaya sains dan teknologi pada era globalisasi. Langkah ini penting untuk
membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu

dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan
kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori.
Selain itu, pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa.
Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Ganjaran
yang setimpal perlu disediakan untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil
bahagian. Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains
dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan
generasi muda di negara ini.

Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak
kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dengan berbuat demikian,
lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang
tersebut. Pada masa yang sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah
menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi
untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan. Di samping
itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar
diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang
tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus
memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang
sains dan teknologi.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains
dan Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu
yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa
ke semasa. Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan
teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu. Selain itu, peraduan
menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains
dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah. Kempen yang
berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam

kalangan generasi muda di negara ini.

Sesungguhnya, bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah
kepada kehidupan manusia. Semua masyarakat Malaysia hendaklah
memantapkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu, kesedaran semua pihak
tentang kepentingan sains dan teknologi amatlah penting. Dengan adanya
kesedaran sedemikian, usaha pemupukan budaya sains dan teknologi dalam
kalangan pelajar akan mencapai
matlamatnya. Akhir kata, sama-samalah kita memainkan peranan dalam
memartabatkan bidang sains dan teknologi demi kemajuan negara.

PENGAJARAN

Perkembangan sains dan teknologi merujuk perubahan dalam penghasilan alat-alat
yang memudahkan kehidupan manusia. Produk seperti kereta, komputer, televisyen,
dan telefon bimbit menjadi bukti perkembangan sains dan teknologi tersebut.
Sesungguhnya, kemajuan dalam bidang ini mendatangkan banyak pengajaran
kepada kita.

Pengajaran yang paling ketara terhasil menerusi sains dan teknologi adalah kita
dapat memudahkan urusan di pejabat. Pengenalan sistem online memudahkan
jabatan kerajaan dan swasta berkomunikasi di antara satu sama lain. Impaknya,
teknologi ini menjimatkan penggunaan kertas kerana urusan surat-menurat diganti
dengan komunikasi menerusi sistem online tersebut.

Selain itu, kita juga dapat manfaat dalam sistem komunikasi atau perhubungan.
Penggunaan internet membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja di
pelosok dunis ini menerusi satu sentuhan jari sahaja. Perkara ini boleh merapatkan
hubungan di antara ahli keluarga, sahabta, dan kenalan kerana kosnya yang begitu
murah.

Tambahan pula,kita hendaklah berusaha untuk memajukan sains dan teknologi. Hal
ini kerana, sektor pendidikan turut menerima tempias pengenalan sains dan teknologi
tersebut. Penggunaan komputer menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran di
sekolah lebih menarik serta efisien. Lantaran itu, para pelajara akan lebih mudah dan
cepat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru mereka.

Seterusnya, ibu bapa haruslah mengajar anak anak tentang kepentingan sains dan
teknologi sejak kecil lagi. Ia turut membantu kehidupan suri rumah menjadi lebih
mudah dan teratur. Penciptaan pelbagai jenis mesin dapat menggantikan tenaga
wanita dalam menguruskan rumah tangga mereka. Sebagai contoh, penggunaan
mesin basuh, periuk elektrik, dan pengisar makanan. Maka, bebanan yang dipikul

sebagai suri rumah akan berkurangan dan kehidupan seharian mereka menjadi lebih
menarik.

Kesimpulannya, sains dan teknologi membawa seribu satu pengajaran kepada
manusia. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang melihat teknologi dan sains
sebagai suatu perkara yang menjadikan manusia semakin malas. Bak kata pepatah,
sekali air bah sekali pantai berubah yang menyaksikan kehidupan manusia bakal
ditentukan oleh penghasilan sains dan teknologi yang sentiasa berubah. Oleh itu,
setiap lapisan masyarakat hendaklah menggunakan kemajuan sains dan teknologi
yang ada dengan sebaiknya.

SUMBER RUJUKAN

Puan Norkumala binti Awang (09/02/2006) Artikel
http://www.ikim.gov.my/index.php/2006/02/09/sains-dan-teknologi-
suatu-kelebihan-atau-kemudaratan/

Pravinator (Monday, October 5, 2015) Berita astro awani
http://pravinatormeister.blogspot.com/2015/10/cara-cara-mengatasi-
masalah.html

Halimaton Binti Hassan Shazalli (05/22/2019 13:00)
https://halimatonhassanshazalli.site123.me/my-blog/contoh-karangan-
kebaikan-perkembangan-sains-dan-teknologi-kepada-manusia

Shaarmini (17:56:00)
http://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2014/01/cara-memupuk-
budaya-sains-dan-teknologi.html?m=1

Halimaton Binti Hassan Shazalli (05/22/2019 13:00)
https://halimatonhassanshazalli.site123.me/my-blog/contoh-karangan-
kebaikan-perkembangan-sains-dan-teknologi-kepada-manusia

22 MEI 2021
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-sains-dan-teknologi.html

Mohd Yusof Hj. Othman,
http://istech2017.blogspot.com/p/definisi-sains-teknologi_19.html


Click to View FlipBook Version