Taju k : Kes Dr MOhamad khir toyo Taju k : Kes Dr MOhamad khir toyo NAMA AHLI KUMPULAN: 1.MOHAMAD RIZAIDIN BIN MOHD NIZAM (299896) 2.NURUL ARMARLIN BINTI ABD RAHMAN (299894) 3.NISA MUSLIHA BINTI SHAHRUDDIN (299323) 4. MUHAMAD AFIQ UZAIR BIN SHAMSUL BHARI (298279) 5. OOI ZUE QI (299408) 6. LIM HUI YIN (299972) 7. NURUL QISTINA BINTI AZMI (299903) 8.SYED AHMAD SYAWAL MIRZA ALKAFF BIN SYED MOHAMAD NADZIR (297437) 9. MUHAMMAD FARIS BIN MAWARDI (297986)
NO PERKARA MUKA SURAT 1 1.0 Pengenlan 1 2 2.0 Objektif Kajian 2 2.1 Mengkaji latar belakang kes Mohamad Khir Toyo 3 2.2 Mengenal pasti isu-isu utama dan akibat daripada kesalahan rasuah tersebut. 4-5 2.3 Menilai langkah-langkah yang diambil untuk menangani atau menyelesaikan kes Mohamad Khir Toyo. 6 2.4 Menganalisis bagaimana kes ini memberi pengaruh kepada individu, organisasi, dan masyarakat secara amnya. 7 2.5 Membincangkan langkah pencegahan dan penyelesaian untuk mengatasi masalah rasuah pada masa hadapan. 8 3 3.0 Kesimpulan 9 ISI KANDUNGAN
1.0 pengenalan Nama : Dr. Mohamad Khir Bin Toyo Tarikh Lahir : 6 Ogos 1965 Tempat Lahir: Tanjung Karang, Selangor Kerjaya : Ahli Politik Politik Ketua UMNO (Sungai Burung Timur) ADUN Sungai Panjang Menteri Besar Selangor Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Pengerusi Barisan Nasional Selangor 1993 1999 2000 2002
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengkaji latar belakang kes Mohamad Khir Toyo. 2.2 Mengenal pasti isu-isu utama dan akibat daripada kesalahan rasuah tersebut. 2.3 Menilai langkah-langkah yang diambil untuk menangani atau menyelesaikan kes Mohamad Khir Toyo. 2.4 Menganalisis bagaimana kes ini memberi pengaruh kepada individu, organisasi, dan masyarakat secara amnya. 2.5 Membincangkan langkah pencegahan dan penyelesaian untuk mengatasi masalah rasuah pada masa hadapan. 1
2.1 LATAR BELAKANG kes Datuk Dr Mohamad Khir Toyo telah terlibat dalam jenayah rasuah bermula pada 29 Mei 2007. Kes rasuah melibatkan pembelian hartanah iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah banglo yang besar berharga 3.5 juta. Pembelian hartanah tersebut melibatkan antara Mohamad Khir Toyo dan Samsudin Hayroni yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd. Hartanah yang terlibat itu telah berpindah hak milik daripada Saiful Aznir iaitu Ketua Eksekutif Pemodelan Kebangsaan Sdn Bhd kepada Samsudin Hayroni pada 23 Disember 2004. Selain itu,Saiful Aznir ingin menjual hartanah tersebut kepada Datuk Sumadi Ismail. Datuk Sumadi Ismail yang merupakan kenalan Shamsudin Hayroni telah menyebarkan berita kepada Datuk Mohamad Khir Toyo tentang hartanah yang ingin dijual oleh Saiful Aznir. Lantaran itu, Shamsudin Hayroni membuat pembelian hartanah pada harga RM 6.5 juta diatas nama syarikat Ditamas Sdn Bhd. Isu ini lebih berkonflik apabila jumlah hartanah yang dijual kepada Datuk Mohamad Khir Toyo lebih rendah pada harga asal pada tahun 2004. Datuk Dr Mohamad Khir Toyo telah memberi rasuah berbentuk wang sejumlah Rm1.5 juta secara berperingkat tanpa sebarang resit sebagai pembuktian kepada Nasir Ismail yang merupakan kontraktor untuk pengubahsuaian rumah yang berkonsep bali. Pengubahsuaian yang berkonsep bali itu turut merangkumi pembinaan gazebo, trek ‘jogging’, air pancut, kolam renang, dan kolam kehidupan akuatik. Pada tahun 2007,Shamsudin Hayroni bersedia untuk menjual hartanah tersebut dengan jumlah RM 5.5 juta setelah Datuk Dr. Khir Toyo berhasrat untuk membeli hartanah yang dimilikinya ketika itu.Tetapi, harga jualan hartanah itu tidak dipersetujui olehnya dan berkeras untuk membeli dengan harga Rm3.5 juta. Shamsudin Hayroni bersetuju untuk menjual hartanah tersebut dengan harga yang ditetapkan oleh Mohamad Khir Toyo. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau membimbang projek-projek di Selangor akan terjejas kerana kuasa di pegang oleh kerajaan negeri Selangor yang mana ketika itu adalah Datuk Dr Khir Toyo
29 Mei 2007- Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah kerana isu memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo dengan harga bernilai RM 3.5 juta. Khir Tayo membeli aset tersebut daripada Shamsuddin Hayroni merupakan Pengarah Syarikat Dtamas ketika itu. 23 Disember 2004- Khir Toyo telah membeli aset tersebut dengan harga RM 3.5 juta. Beliau didapati bersalah kerana harga RM 3.5 juta tersebut tidak memadai bagi aset yang telah dibeli. 30 Mei 2013- Melalui perbicaraan kes,didapati bahawa tanah yang dibeli oleh Shamsuddin adalah atas arahan Khir Toyo sendiri. Buktinya, Khir Toyo sendiri telah mula bertanyakan harga tanah tersebut pada 2004. Shamsuddin yang membeli tanah tersebut dengan harga RM 6.5 juta terpaksa menjual kepada Khir dengan harga RM 3.5 juta kerana bimbang urusan bersama Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. ISU UTAMA
AKIBAT 23 Disember 2011 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman 12 bulan terhadap Khir Toyo. Khir Toyo didapati bersalah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang penjawat awam untuk memenuhi kepentingannya. ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor. Ketika itulah, beliau memperoleh tanah dan banglo bernilai RM 3.5 Juta pada harga di bawah pasaran.
2.3 langkah menangani kes PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam. Dr Mohamad Khir Toyo Dr Mohamad Khir sebelum ini dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Tingi Shah Alam pada 23 Disember 2011 dan hukuman itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 Panel membuat keputusan itu selepas memutuskan hukuman penjara adalah paling sesuai dalam kes berkenaan manakala hukuman khidmat kerja masyarakat tidak memadai
Kesalahan rasuah yang beliau disabitkan serta hukuman penjara yang diterima telah memberi gambaran negatif terhadap reputasi dan integriti beliau sebagai pemimpin politik. Ini telah menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai mengenai kesanggupan dan kejujuran beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Kontroversi yang melibatkan skandal hartanah, terutamanya berkaitan dengan pembelian sebuah rumah besar dengan nilai yang didakwa tidak munasabah, juga telah mengundang kritikan tajam daripada orang ramai dan golongan pengkritik. Ini memberi gambaran bahawa pemimpin politik harus menjaga integriti dan transparansi dalam urusan peribadi mereka. Kes ini telah mempengaruhi reputasi politik Dr. Mohamad Khir Toyo serta keupayaannya untuk kembali ke arena politik dengan keyakinan yang sama sebelumnya. Ia turut memberikan pengajaran penting tentang kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam, serta kesannya terhadap imej seorang pemimpin kepada masyarakat. 2.4 Bagaimana kes ini memberi pengaruh
2.5 Langkah pencegahan dan penyelesain untuk mengatasi masalah rasuah pada masa hadapan Mohamad Khir Toyo ialah seorang ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Malangnya, pada 2011, dia didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara. Langkah-langkah pencegahan rasuah yang boleh diambil daripada kes Mohamad Khir Toyo atau pengalaman beliau adalah: Latihan dan kesedaran. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya latihan dan kemahiran dalam kalangan penjawat awam ia dapat memberi latihan kepada kakitangan mengenai etika perniagaan, integriti dan risiko rasuah. Selain itu, latihan dan kemahiran juga sangat penting bagi mencegah dan menyelesaikan masalah rasuah kerana ia dapat meningkatkan kesedaran tentang akibat undang-undang dan reputasi tindakan rasuah. Mewujudkan jawatankuasa pemantau dalam organisasi. Jawatankuasa ini perlu diwujudkan dan bertindak sebagai orang dalam pagi pihak SPRM. Jawatankuasa ini bertujuan untuk memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan suatu organisasi dan melaporkan apa-apa kecurigaan berlakunya kegiatan tidak berintegriti oleh ahlinya. Hasilnya, amalan rasuah yang berlaku dalam organisasi yang diapantau dapat dihapuskan atau setidaknya dikurangkan dengan signifikan.
Kesimpulan Jelaslah bahawa janganlah sesekali memilih jalan yang mudah dalam mendapatkan sesuatu perkara. Kesalahan menyalahguna jawatan atau kuasa mampu memberikan impak yang negatif kepada diri, masyarakat dan negara. Kegiatan rasuah ini harus dibanteras dari mula sebelum ia merebak menjadi satu virus yang mampu merosakkan imej negara dan masyarakat. Pihak SPRM perlu memperkasakan penguatkuasaan undang-undang negara dalam membanteras isu berkaitan rasuah.