The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Johor yang saya kagumi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Isyanti Ng, 2021-04-20 21:05:51

Tokoh Pemimpin Johor

Buku Skrap Tokoh Pemimpin Johor yang saya kagumi.

Keywords: TMJ,TUNKU MAHKOTA JOHOR

TOKOH
PEMIMPIN
JOHOR

Dianjung seperti Condong yang akan
payung, diambak menongkat, rebah yang

seperti Kasur. akan menegak.

Tuah yang
disembah, junjung

yang dipanjat.

Kain perai baju pun perai,
Letak mari atas peti;

Hancur badan tulang berkecai,
Budi TMJ dibawa mati.

Inilah tokoh
pemimpin yang saya

kagumi

DULI YANG AMAT MULIA TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM

D.K., S.P.M.J, S.S.I.J, P.I.S

TUNKU MAHKOTA JOHOR

i

1. Kandungan…………………………………..ii
2. Pendahuluan…………………………………1
3. Penghargaan………………………………..2
4. Biodata tokoh pemimpin…………………….3
5. Pendidikan tokoh…………………………….6
6. Kerjaya tokoh………………………………..7
7. Sumbangan tokoh……………………………8
8. Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi…….11
9. Penutup/kesimpulan………………………...15
10.Sumber rujukan………………………….....16
11.Lensa……………………………………….17

ii

Asslammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua
yang membaca buku skrap ini. Pertama sekalinya saya bersyukur
kerana berjaya menyiapkan buku skrap tentang Tokoh
Kepimpinan Johor yang amat saya kagumi.

Penghasilan buku ini telah memberikan
pengalaman dan kemahiran baharu kepada saya terutamanya
dalam meningkatkan penggunaan ilmu teknologi maklumat dalam
pelajaran saya. Selain itu, saya juga mendapat banyak pengetahuan
am yang baharu dalam bidang kepimpinan yang boleh dijadikan
contoh dan teladan yang baik.

Saya berharap generasi muda masa kini akan dapat
menghayati Tokoh Kepimpinan secara empati untuk membentuk
jati diri dan memiliki pemikiran yang lebih terbuka.

1

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ingin saya tujukan buat ibu bapa tercinta
kerana telah banyak mengajar dan membantu saya dalam penggunaan teknologi maklumat.
Mereka jugalah yang telah menyediakan kelengkapan seperti komputer, jaringan internet dan
sebagainya untuk memudahkan saya menyiapkan buku skrap ini.

Seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah saya iaitu Cikgu Sarimah Binti Yusof yang menjadi
sumper inspirasi kepada saya dan membantu saya dalam bidang kepimpinan. Beliau telah
banyak membantu saya untuk mencari idea, mencari bahan-bahan tentang kepimpinan dan
tidak putus-putus memberikan semangat serta informasi penting untuk dimuatkan dalam
menghasilkan buku skrap ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pihak penganjur
yang telah memberikan ruang dan peluang untuk saya telibat
dalam menghasilkan buku skrap ini.

Sekian, Terima Kasih.

2

• Nama : Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

• Tarikh Lahir : 30 Jun 1984.

• Pasangan : Che Puan Besar Khaleeda Bustaman.

• Nama Ayah : Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

• Nama Ibu : Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil

Alallahi Shah II Afifurlah

3

• Nama : Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan
Iskandar

• Tarikh Lahir : 22 NOVEMBER 1958

• Pasangan : Raja Zarith Sofea

• Baginda merupakan anakanda ketiga baginda dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni
Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom binti Abdullah. Baginda
merupakan Sultan Johor ke-25 dan terkini serta merupakan Sultan Johor era moden ke-5 dari Kerabat
Temenggong.

• Nama : Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan
Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah

• Tarikh Lahir : 14 OGOS 1959

• Baginda merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Takzim dan isteri kepada Duli Yang Maha

Mulia Sultan Ibrahim,Sultan Johor ke 5. Baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor, sebaliknya

memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri

Johor Baginda ialah puteri kepada Sultan Perak ke-33.

4

Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda binti Bustamam

Baginda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur merupakan isteri kepada
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan
Ibrahim. Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Kebangsaan Taman Seri Gombak Selangor pada tahun 2000 hingga 2003,
Sekolah St. George's Hanover Square, London pada tahun 2003 hingga 2004,
Sekolah Menengah Westminster Academy London pada September 2004 hingga
Julai 2008 dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur pada tahun 2012

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan

YM Che' Puan Khaleeda direstui untuk berkahwin

di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah

disempurnakan oleh YBhg Mufti Johor, Datuk

Mohd Tahrir Samsudin.

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda pertama, puteri sulung yang diberi nama YAM

Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Baginda dikurniakan anakanda kedua,

putera sulung yang diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, yang dilahirkan pada

14 Oktober 2017. Seterusnya, baginda dikurniakan anakanda ketiga, putera kedua yang diberi nama YAM

Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 16 Julai 2019. 5

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail mendapat pendidikan awal
persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan di Sekolah Rendah

Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru.

Selepas itu, beliau melanjutkan persekolahan di Australian International
School Singapore.

Pada tahun 1999, Duli Yang Amat Mulia Tunku melanjutkan pelajaran di
Hale School, Perth, Australia sehingga akhir tahun 2002.

8 April Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada oleh datuknya, Almarhum Sultan Johor dan
2006 meletakkan baginda yang kedua dalam barisan takhta.

26 Kini pertama seiring selepas kemangkatan Sultan Iskandar.
Januari
Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor
2010
Sebagai bakal Raja, pendidikan dan disiplin yang tinggi amat dititikberatkan kepada
17 Julai Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail. Dengan titah perkenan Seri Paduka nendanya
2003 - 11
Dis 2004 Almarhum Sultan Iskandar,
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah menjalani latihan ketenteraan sebagai
15 Dis 2004 Pegawai Kadet di ‘Indian Military Academy‘ (I.M.A), Dehra Dun, India dan telah

ditauliahkan pangkat Leftenan dalam upacara tamat latihan
14 Dis 2006
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ditempatkan di Unit 61 Cavalry Tentera Darat

India, Jaipur, India selama dua tahun

6

• Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar
terhadap bola sepak Johor ke arah yang lebih profesional.

• Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola sepak
Negeri Johor. Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha
Kerajaan Johor.

• Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar telah
berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor pada 21 Julai 2015.

• Antara sukan kegemaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ialah polo dan bola sepak.
Kecemerlangan Duli Yang Amat Mulia Tunku dalam sukan polo amat terserlah. Kehebatan Duli
Yang Amat Mulia berkuda terbukti jelas apabila Duli Yang Amat Mulia Tunku dianugerahi ‘Best In
Riding‘ di Dehra Dun, India yang selanjutnya mengangkat kecemerlangan kepada ‘Indian Military
Academy‘ (I.M.A).

• Kini DYAM Tunku Mahkota Johor bergiat aktif dalam bidang bola sepak. Selaku Presiden Persatuan

Bola Sepak Negeri Johor sejak 16 Februari 2012, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail telah

membangun, menerajui dan mengangkat pasukan bola sepak Johor ke tahap berprestasi tinggi dan

disegani. Kecemerlangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail dalam bidang bola sepak semakin

menyerlah apabila dilantik sebagai Penasihat kepada Presiden FAM pada 3 Oktober 2014.

7

Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor
dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak Johor ke
arah yang lebih professional. Sumbangan baginda dalam bidang

sukan sangat menyerlah sehingga sukan bola sepak kembali
gemilang dikalangan rakyat.

8

KEBAJIKAN

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sering memberikan
sumbangan kebajikan dan sangat prihatin kepada rakyatnya.

Baginda juga berkenan memberikan sumbangan kepada
usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew, supaya dapat membantu lebih ramai
rakyat yang memerlukan terutamanya golongan asnaf dan daif yang
memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

9

PEMBANGUNAN

Pembinaan TMIYC Muar

Pembinaan Kompleks Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar
merupakan visi Tunku Ismail untuk memperkasakan pembangunan
golongan belia Johor terutama di daerah Muar.

TMIYC Muar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi manfaat golongan muda dan
menjadi tumpuan belia tempatan untuk pelbagai aktiviti termasuk secara berkumpulan. “Pusat berkeluasan 11
hektar berkenaan akan mempunyai kemudahan baru seperti padang bola sepak sintetik beserta lampu limpah,
gelanggang extreme, hab e-sports, gelanggang futsal berbumbung serta asrama,”.

Pembinaan Stadium Sultan Ibrahim dan Bandar Sukan JDT.

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor. Stadium ini berfungsi sebagai
stadium baru Johor Darul Ta’zim FC untuk Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium itu

menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor

sebelumnya sejak tahun 1964. Stadium Sultan Ibrahim adalah projek hasil daripada visi baginda dan bakal

memuatkan 40,000 sehingga 45,000 tempat duduk.

Projek pembinaan Stadium Sultan Ibrahim bermula sejak dua tahun yang lalu, dan merupakan

salah satu kejayaan besar dalam sejarah bola sepak JDT apabila tampil sebagai kelab pertama di negara ini yang

memiliki stadium sendiri.

10

Mempunyai
Motivasi Yang

Kuat.

Mempunyai Tegas dan
Visi Yang Integriti
Besar.

Mengutamakan NILAI Memimpin
Konsistensi Dengan Telus
Dalam KEPIMPINAN Dan Bersikap
Kejayaan.
Terbuka.

Mewujudkan Memotivasikan
Budaya Yang dan

Menyeronokkan. Melengkapkan
Keperluan Ahli

Pasukan.

11

TMJ iaitu Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier
Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim adalah pemilik
Kelab Bola sepak Johor Darul Takzim (JDT). Baginda
berjaya memimpin kelab yang berusia 3 tahun merangkul
banyak kejuaraan di peringkat negara dan Asia.

Mempunyai Visi Yang Besar.

TMJ seorang pemimpin yang mempunyai Visi yang Besar. Apabila
TMJ mengambil alih pengurusan bola sepak negeri, baginda mahu
menjadikan sukan ini sebagai wadah penyatuan Bangsa Johor. Hal ini
kerana bola sepak adalah sukan yang paling popular dalam kalangan
rakyat. Kaki bangku pun suka mengambil tahu tentang sukan bola
sepak. Akhirnya usaha baginda telah tercapai dengan kemenangan
demi kemenangan oleh pasukan bola sepak JDT.

Mempunyai Motivasi Yang Kuat.

TMJ sanggup memimpin Persatuan Bola sepak Negeri
Johor kerana terkesan oleh rayuan penyokong supaya
menyelamatkan bola sepak negeri. Rayuan itu dijadikan
sebagai motivasi oleh baginda bagi mengembalikan
kegemilangan pasukan yang sekian lama pudar.

12

Mengutamakan Konsistensi Dalam Kejayaan.

TMJ seorang yang konsisten dalam menguruskan pasukan dibawah kepimpinannya.
Cara TMJ yang konsisten berjaya apabila menyasarkan JDT sentiasa berada dalam
kelompok empat teratas dalam saingan Liga Super. Hasilnya, JDT berjaya menjuarai
liga itu dua kali berturut-turut.

Memotivasikan dana Melengkapkan Keperluan Ahli Pasukan.

TMJ selalu berkongsi kata-kata semangat yang dipaparkan dalam bentuk grafik premium beserta
penjelasan dalam dwibahasa untuk pasukannya dan penyokong JDT. TMJ tidak pernah meruntuhkan
semangat ahli pasukan samaada menang ataupun kalah.
Kata-kata semangat adalah motivasi dalaman, dan itu sahaja tidak cukup. TMJ merupakan seseorang
pemimpin yang memastikan keperluan ahli pasukan tersedia dengan lengkap. Pelbagai kemudahan
diberikan untuk pasukan di bawah kepimpinannya.

13

Mengkaji masalah dan Mencadangkan Penyelesaian Masalah

TMJ seorang ketua yang berjaya menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.
Baginda tidak serkap jarang sebaliknya memperincikan masalah-masalah yang
berlaku. Baginda tidak hanya mengkritik, malahan menyenaraikan cadangan
yang praktikal bagi menyelesaikan masalah. Sikap ini berjaya menambat hati
ramai ahli pasukan di bawah kepimpinannya.

Mewujudkan Budaya Yang Menyeronokkan.

Apabila TMJ memimpin, baginda membawakan budaya kerja yang
menyeronokkan ahli pasukan. Ramai ahli pasukannya yang ingin
terus berkhidmat untuk JDT semata-mata kerana TMJ dan budaya
yang dipimpin oleh baginda. Baginda sangat disanjung dan disukai
oleh ramai orang kerana sikap dan budaya yang dibawanya dalam
kepimpinan sangat menyeronokkan.

Memimpin Dengan Telus Dan Bersikap Terbuka.

Setiap kali memulakan sesi pertemuan dengan penyokong dan wartawan, 14
TMJ berkata, “Macam biasa, tanyalah apa yang awak hendak tanya,
tentang JDT, apa sahaja.” Sikap baginda itu menyebabkan pelanggan
(penyokong) berasa yakin, terjamin, dan selamat apabila bersama-sama
JDT. Tidak cukup dengan itu, TMJ membuka hak pemilikan kelab kepada
penyokong melalui sebuah yayasan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya
menyiapkan buku skrap ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat banyak manfaat dan
ilmu yang baharu untuk dipelajari sepanjang proses menyiapkan buku skrap ini. Antaranya ialah
saya mempelajari tentang nilai-nilai murni seperti nilai kesungguhan dan tekad dalam mencapai
visi yang dirancang, perancangan hala tuju sangat penting dalam mencapai sesuatu tujuan dan
toleransi dan semangat sepasukan penting dalam sesuatu organisasi.

Nilai dalam kepimpinan ini sangat penting untuk diterapkan dalam diri generasi
muda. Di samping itu, saya juga dapat menambahkan lagi ilmu mengenai teknologi maklumat
dalam pembelajaran. Saya belajar mencari maklumat dan mengumpulkan maklumat daripada
pelbagai sumber di dalam buku skrap ini.

Semasa membuat kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Saya
mempunyai masalah untuk mencari sumber-sumber lain kecuali untuk sumber internet. Saya tidak
berkesempatan untuk mencari maklumat di perpustakaan kerana kesuntukan masa.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam penghasilan buku skrap ini. Saya berharap agar hasil buku skrap ini dapat
memberi manfaat kepada semua.

15

BERITA
HARIAN
ONLINE

UTUSAN GURU
MALAYSIA BIMBINGAN

ONLINE DAN
KAUNSELING

SUMBER
RUJUKAN

FACEBOOK IBU BAPA
“JOHOR

Southern Tigers”

WIKIPEDIA

16

'Sikap dan pengetahuan
bezakan TMJ dengan orang lain‘

Itulah tokoh pemimpin yang saya kagum dan menjadi idola
saya untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa akan

datang.

17


Click to View FlipBook Version