PERATURAN PERTANDINGAN
________________________________
PROGRAM LIGA
PENALTI
1000 LIGA
PERATURAN PERTANDINGAN LIGA PENALTI 1000 LIGA
1. PENGELOLAAN
1.1 Kejohanan dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Alor Gajah dan Kelab Bola Sepak
Feeto.
1.2 Tarikh pertandingan adalah pada 8 Oktober 2022 ( Sabtu ).
1.3 Pertandingan akan diadakan di Kompleks Sukan Rakan Muda Alor Gajah.
2. PERATURAN AM
2.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut UNDANG-UNDANG / PERATURAN
PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM).
2.2 Sebarang kejadian luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur.
2.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan
adalah muktamad.
2.4 Sebarang bantahan perlu menyertakan surat iringan dan wang bayaran sebanyak
RM 300.00 dan bayaran tidak akan dikembalikan.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan terdiri daripada seorang pemain sahaja. Hanya pemain-pemain yang
berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.
3.2 Pendaftaran pasukan hendaklah menggunapakai Borang Pendaftaran Dalam Talian.
3.3 Pihak Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan berhak membatalkan mana-
mana pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Semua masa perlawanan dijalankan secara liga.
4.2 Perlawanan akan dijalankan secara SEPAK PENALTI.
4.3 Setiap INDIVIDU mewakili diri sendiri dalam perlawanan ini.
4.4 Pada pusingan liga, seorang pemain hanya boleh mengambil tiga(3) kali tendangan
bagi setiap perlawanan, melainkan sekiranya seri.
4.5 Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 32 kumpulan. Kedudukan
pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan secara susunan.
4.6 Segala bantahan hendaklah dikemukakan kepada penganjur dalam tempoh 10 minit
selepas perlawanan tamat dan bantahan hendaklah dibuat secara bertulis bersama-
sama dengan wang bantahan sebanyak rm 300.00. Wang Bantahan tidak akan
dikembalikan sama ada bantahan berjaya atau tidak.
4.7 Format pertandingan adalah secara perlawanan liga. Pada pusingan awal dan satu
(1) pasukan terbaik bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah singkir.
Manakala perlawanan suku, separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah
mati.
5. KELEWATAN DAN TARIK DIRI
5.1 Hanya lima belas (15) minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas
itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3 – 0 dan 3
mata penuh.
6. FORMAT KIRAAN MATA
6.1 MENANG : 3 MATA
6.2 SERI : 1 MATA
6.3 KALAH : 0 MATA
6.4 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama,
kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke
perlawanan akhir :
• Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
• Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak.
• Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan
yang banyak menyempurnakan tendangan penalty akan diumumkan sebagai
pemenang.
• Jika masih seri, sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalty bagi
menentukan pemenang.
7. PERALATAN
7.1 Setiap pasukan akan disediakan dua (2) biji bola sepak bersaiz 5 jenis ‘Match ball
atau Replica ball’. Selepas berakhir pertandingan, peralatan ini harus dikembalikan
semula kepada Pihak Penganjur.
8. PAKAIAN
8.1 Semua pemain diwajibkan memakai “shin-guard” pelindung tulang kering dan kasut
bola (boot).
8.2 Ketua Ketua pasukan diwajibkan memakai ikatan berwarna dilengan kiri jersinya
setiap kali perlawanan diadakan.
9. PENGADIL
9.1 Pengadil pertandingan akan disediakan oleh Pihak Penganjur.
9.2 KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.