Hakcipta © 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia
Semua hakcipta terpelihara. Semua maklumat daripada penerbitan ini tidak
boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi
semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun
termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa
mendapat keizinan daripada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2, Presint 1
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Malaysia
Tel : +603-88849190
Fax : +603-88846670
Grafik/Ilustrasi Muka Depan: Adaptasi dari grafik Vecteezy.com
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua
Jawatankuasa Penggubal Modul Latihan
Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan Inklusif),
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Modul ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua guru arus perdana dan
guru pendidikan khas yang terlibat dengan Program Pendidikan Inklusif (PPI).
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam merealisasikan
hasrat murni ini. Selain itu, modul ini juga diharapkan dapat difahami dan
dihayati sama ada pada peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah.
Pelaksanaan PPI memenuhi hasrat KPM untuk melahirkan murid yang
cemerlang menerusi pendidikan yang tidak mendiskriminasikan mana-mana
murid atas kekurangan murid. Pendidikan pada peringkat antarabangsa
meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan
“Pendidikan Untuk Semua”.
Akhirnya pada kesempatan ini, saya mengharapkan modul ini dapat memberi
nilai tambah bagi memantapkan pengoperasian PPI dan meningkatkan mutu
pendidikan Khas di negara ini.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
KANDUNGAN
KANDUNGAN................................................................................................... ii
SENARAI JADUAL ...........................................................................................v
SENARAI ILUSTRASI ......................................................................................v
SENARAI SINGKATAN ................................................................................... vi
BAB 1 ANALISIS ........................................................................................... 8
1.1 Pengenalan..................................................................................... 8
1.2 Faedah Pendidikan Inklusif............................................................. 9
1.3 Statistik dan Data Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia .... 9
1.4 Isu Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia ........... 11
1.4.1 Kesedaran dan Penerimaan ............................................. 11
1.4.2 Infrastruktur....................................................................... 11
1.4.3 Sistem Sokongan dan Bantuan......................................... 12
1.4.4 Pengurusan Bilik Darjah ................................................... 12
1.4.5 Kelayakan Murid Mengikuti Program Pendidikan Inklusif . 12
1.4.6 Penyusunan Jadual Waktu Inklusif Separa…………… 12
1.4.7 Kehendak Ibu Bapa……………………………………… 13
1.5 Kesimpulan .......................................................................... …….13
BAB 2 REKA BENTUK ................................................................................ 14
2.1 Objektif ………………………………………………………………...14
2.2 Sasaran ………………………………………………………………...14
2.3 Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru
(Pendidikan Inklusif) ..................................................................... 15
BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL ............................................................... 16
3.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif (PPI) ............................... 16
3.1.1 Dasar…………………. ...................................................... 16
3.1.2 Matlamat ........................................................................... 17
3.1.3 Objektif ………………………………………………………...18
3.1.4 Definisi Program Pendidikan Inklusif................................. 18
ii
3.1.5 Program Pendidikan Inklusif ............................................. 18
3.1.6 Sokongan PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa ............ 20
3.1.7 Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan Data
Murid (APDM) ................................................................... 20
3.1.8 Ujian Kendiri Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif ............. 22
3.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif .................. .23
3.2.1 Pengenalan....................................................................... 23
3.2.2 Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif ......... 23
3.2.3 Peranan Pentadbir Sekolah .............................................. 25
3.2.4 Peranan Guru Arus Perdana............................................. 27
3.2.5 Setiausaha PPI ................................................................. 29
3.2.6 Peranan Guru Pendidikan Khas........................................ 29
3.2.7 Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) .................. 30
3.2.8 Ujian Kendiri Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif............................................................................... 31
3.3 TOPIK 3: Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran ........... 32
3.3.1 Masalah Pembelajaran ..................................................... 32
3.3.2 Kurang Upaya Fizikal……………………………………… 43
3.3.3 Kurang Upaya Penglihatan ............................................... 47
3.3.4 Kurang Upaya Pendengaran............................................. 55
3.3.5 Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities (MD) .......... 58
3.3.6 Perkhidmatan Sokongan…………………………………… 61
3.3.7 Ujian Kendiri Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan
Pembelajaran.................................................................... 63
3.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku ....................... ……65
3.4.1 Penilaian Tingkah Laku Berfungsi..................................... 65
3.4.2 Pelan Tindakan Tingkah Laku........................................... 69
3.4.3 Strategi Modifikasi Tingkah Laku ...................................... 70
iii
3.4.4 Ujian Kendiri Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah
Laku .................................................................................. 73
BAB 4 PELAKSANAAN ............................................................................... 74
4.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif ........................................ 74
4.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ................... 75
4.3 TOPIK 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran ........ 76
4.4 TOPIK 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku .............................. 79
BAB 5 PENILAIAN....................................................................................... 80
5.1 Pengenalan................................................................................... 80
5.2 Ujian Kesedaran Program Pendidikan Inklusif.............................. 80
1. Ujian Pra................................................................................... 80
2. Ujian Pasca................................................................................ 80
5.3 Ujian Kendiri ................................................................................. 80
BIBLIOGRAFI ................................................................................................ 81
LAMPIRAN .................................................................................................... 82
LAMPIRAN A : SOALAN UJIAN KESEDARAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF............................................................... 82
LAMPIRAN B : JADUAL PERANAN GURU DAN PENTADBIR ............ 83
LAMPIRAN C : JADUAL KEKERAPAN................................................. 84
LAMPIRAN D : BORANG PEMERHATIAN ABC................................... 86
iv
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
JADUAL 1: Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional 15
Guru (PPI)
JADUAL 2: Teknik Multisensori 36
JADUAL 3: Perbezaan Definisi Umum dan Definisi Konkrit 66
SENARAI ILUSTRASI
No. Ilustrasi Halaman
10
RAJAH 1: Matlamat peningkatan pencapaian enrolmen murid 19
berkeperluan khas dalam Program Pendidikan 35
Inklusif bermula pada tahun 2012 hingga 2025 43
48
RAJAH 2: Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik) 48
53
RAJAH 3: Contoh Helaian Kerja yang Sesuai untuk Murid 54
Disleksia 58
67
RAJAH 4: Contoh Penggunaan Mnemonic 70
72
RAJAH 5: Klasifikasi B1, Persatuan Sukan Orang Buta
Antarabangsa (IBSA)
RAJAH 6: Klasifikasi B2, Persatuan Sukan Orang Buta
Antarabangsa (IBSA)
RAJAH 7: Sentuh belakang tangan sebelum memberi bantuan
atau memperkenalkan diri
RAJAH 8: Alat Sokongan PdP bagi Murid Kurang Upaya
Penglihatan
RAJAH 9: Peralatan Sokongan Murid Kurang Upaya
Pendengaran
RAJAH 10:Perkaitan Tingkah Laku
RAJAH 11:Langkah-langkah Pelaksanaan Pelan Intervensi
Tingkah Laku
RAJAH 12:Peneguhan Positif Negatif
v
SENARAI SINGKATAN
APDM : Aplikasi Pengurusan Data Murid
EMK : Elaun Murid Khas
JPKS : Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
LDP : Latihan Dalam Perkhidmatan
MBK : MBK
MDT : Multi-Disiplinary Team (Pasukan Pelbagai Disiplin)
OKU : Orang Kurang Upaya
PCG : Bantuan Per Kapita
PdP : Pengajaran dan Pembelajaran
PdPc : Pengajaran dan Pemudahcaraan
PKP : Penolong Kanan Pentadbiran
PKPK : Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
PPI : Program Pendidikan Inklusif
PPKI : Program Pendidikan Khas Integrasi
PPPM : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
RPH : Rancangan Pengajaran Harian
RPI : Rancangan Pendidikan Individu
SPK : Sekolah Pendidikan Khas
SSKI : Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI)
BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas
BBB : Bahan Bantu Belajar
PPM : Pembantu Pengurusan Murid
RMT : Rancangan Makanan Tambahan
CBK : Calon Berkeperluan Khas
SPBT : Skim Pinjaman Buku Teks
vi
3M : Membaca, menulis, mengira
PAK-21 : Pembelajaran Abad Ke-21
ASD : Autism Spectrum Disorder
PECS : Picture Exchange Communication System
ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder
WHO : World Health Organisation
IBSA : International Blind Sports Association
JAWS : Job Access with Speech
NVDA : NonVisual Desktop Access
CCTV : Closed Circuit Television System
ABP : Alat bantu pendengaran
FM : Frequency Modular
MD : Multiple Disabilities
AAC : Augmentative and Alternative Communication
ABC : Antecedent, Behaviour, Consequences
vii
BAB 1
ANALISIS
1.1 Pengenalan
Modul ini digunakan sebagai panduan latihan kepada guru arus perdana, guru
pendidikan khas dan pentadbir barisan hadapan untuk pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif (PPI). Modul ini perlu dibaca bersama-sama Garis Panduan
Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas (MBK) (Edisi 2018). Modul
ini berkuat kuasa pada tarikh Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas (MBK) (Edisi 2018) dikeluarkan.
Modul ini menjadi panduan untuk semua guru bermula pada peringkat
prasekolah hingga ke peringkat menengah bagi pelaksanaan PPI. Modul ini
mempunyai empat topik utama yang dikupas dengan terperinci berserta aktiviti
sokongan yang menarik bagi meningkatkan kefahaman guru dalam PPI pada
peringkat sekolah. Kandungan topik tersebut ialah:
Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif
Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Topik 3 : Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 4 : Strategi Pengurusan Tingkah Laku
Modul Program Pendidikan Inklusif menerangkan tentang dasar, matlamat,
objektif, definisi dan pendekatan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Pelaksanaan
Program Pendidikan Inklusif (PPI) menghuraikan langkah pelaksanaan PPI serta
peranan guru pendidikan khas, guru arus perdana dan pentadbir barisan hadapan
dalam program ini. Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
menjelaskan pedagogi yang digunakan oleh guru mengikut kategori MBK. Strategi
Pengurusan Tingkah Laku menceritakan tentang aspek penilaian tingkah laku,
pelan intervensi serta strategi modifikasi tingkah laku dalam kelas inklusif.
Akhir sekali, bagi menilai keberkesanan modul ini, penilaian modul perlu
dilaksanakan sebelum dan selepas kursus/ bengkel dilaksanakan.
8
1.2 Faedah Pendidikan Inklusif
PPI memberi peluang kepada MBK untuk menjalani PdP serta bergaul bersama
murid arus perdana yang lain. PPI bertepatan dengan ‘Public Law 94-142 part B’
yang menyatakan bahawa pendidikan inklusif memberi peluang pendidikan kepada
semua MBK. Pendidikan inklusif membolehkan MBK mendapat hak mengikuti
pendidikan dalam suasana yang tidak terhad. Antara faedah pendidikan inklusif:
i. Meningkatkan penerimaan MBK dalam kalangan murid arus perdana dan
warga sekolah.
ii. Meningkatkan akses dan peluang MBK untuk belajar dalam persekitaran
yang harmoni.
iii. Mengoptimumkan potensi MBK dalam setiap aspek perkembangan.
iv. Menggalakkan pelibatan ibu bapa dalam pendidikan MBK.
v. Menanam sikap hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara
individu yang berbeza.
vi. Mewujudkan jalinan persahabatan antara murid untuk perkembangan
sosial dan emosi yang sihat.
1.3 Statistik dan Data Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Malaysia
Laporan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) (2012) menyebut bahawa sekolah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan melaksanakan PPI adalah sebanyak 355
sekolah, iaitu 161 sekolah rendah dan 194 sekolah menengah. Hal ini mencatatkan
hanya 6 peratus MBK yang diletakkan di bawah PPI manakala 89 peratus mengikuti
PPKI dan lima peratus mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK). PPI yang
dilaksanakan pula mempunyai pelbagai cara pengurusan dan pelaksanaan
bergantung kepada sekolah tanpa satu cara yang seragam untuk semua PPI yang
dilaksanakan.
Enrolmen MBK dalam PPI direkodkan bermula pada tahun 2012 dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peratusan
enrolmen ini perlu ditingkatkan sehingga mencapai 75 peratus pada tahun 2025.
Sehingga 2018, peratusan enrolmen MBK dalam PPI adalah sebanyak 40.54
peratus (data sehingga Januari 2018).
9
Rajah 1 : Matlamat peningkatan pencapaian enrolmen murid
berkeperluan khas dalam Program Pendidikan Inklusif bermula pada
tahun 2012 sehingga 2025.
10
1.4 Isu Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Malaysia
Terdapat pelbagai isu dalam pelaksanaan PPI di Malaysia.
1.4.1 Kesedaran dan Penerimaan
Terdapat segelintir pentadbir dan guru arus perdana belum bersedia
menerima kehadiran MBK di kelas arus perdana kerana mereka belum
memahami pelaksanaan PPI di sekolah.
Mereka berpendapat kehadiran murid ini akan menyukarkan urusan
pentadbiran dan menjejaskan prestasi sekolah. Ini kerana mereka
beranggapan semua MBK mempunyai kemampuan kognitif yang rendah
ekoran daripada masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan
penyelesaian masalah matematik serta ketidakupayaan fizikal dan
pancaindera. Disebabkan hal ini, pencapaian akademik MBK menjadi
rendah dan memberi impak kepada pencapaian keseluruhan prestasi
akademik sekolah.
Penerimaan guru dan pentadbir terhadap PPI sangat berkait rapat
dengan kesediaan dan pengalaman mengendalikan MBK semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kebanyakan guru arus perdana yang
terlibat dalam PPI didapati kurang berpengalaman dan berkemahiran untuk
mendidik dan mengajar MBK.
Selain itu, pergaulan antara rakan sebaya bersama-sama MBK terhad
disebabkan rakan sebaya tidak mengenali MBK serta kurangnya
penguasaan kemahiran sosial dan interaksi MBK itu sendiri. MBK
kebiasaannya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah yang
menyebabkan mereka tidak yakin untuk bergaul dan berinteraksi dengan
rakan dan guru.
1.4.2 Infrastruktur
Pelaksanaan PPI memerlukan infrastruktur yang baik secara fizikal seperti
kelas yang kondusif dan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).
Infrastruktur juga melibatkan peralatan sokongan PdP bagi membantu MBK
belajar dengan baik.
11
1.4.3 Sistem Sokongan dan Bantuan
Pelaksanaan PPI memerlukan sistem sokongan dan bantuan yang mantap.
Namun begitu, terdapat isu kekurangan bahan bantu belajar (BBB) yang
bersesuaian bagi memenuhi keperluan PdP MBK di kelas arus perdana. BBB
ini amat penting bagi memastikan penyampaian PdP lebih efektif bagi
memahami sesuatu konsep atau kemahiran dalam kurikulum kebangsaan.
Penggunaan BBB adalah berbeza bagi setiap kategori murid yang mengikuti
PPI. Kerjasama dan komunikasi dua hala antara guru pendidikan khas, guru
pendamping MBK dan guru arus perdana sangat amat penting dalam
memberikan bimbingan serta menyediakan BBB yang relevan.
1.4.4 Pengurusan Bilik Darjah
Pelaksanaan PPI memerlukan pengurusan bilik darjah yang efektif. Apabila
jumlah murid dalam kelas arus perdana terlalu ramai, guru kurang memberi
tumpuan kepada MBK dalam kelas tersebut. Ini menyebabkan MBK
ketinggalan dalam proses PdP. Di samping itu, guru arus perdana juga
belum menguasai kaedah atau teknik khusus dalam sesi PdP bagi
mengendali MBK. Selain itu, susun atur bilik darjah juga didapati kurang
sesuai bagi memenuhi keperluan MBK di dalam kelas inklusif.
1.4.5 Kelayakan Murid mengikuti PPI
Kelayakan MBK mengikuti PPI melibatkan beberapa faktor seperti
pencapaian akademik dan tingkah laku yang positif. MBK juga perlu bersedia
dari segi kognitif, emosi dan sosial bagi mengikuti PdP arus perdana.
1.4.6 Penyusunan Jadual Waktu Inklusif Separa
Penyusunan jadual waktu antara arus perdana dan PPKI yang tidak selaras
mengakibatkan berlakunya keciciran sesetengah mata pelajaran MBK di
PPKI. Oleh yang demikian, jadual waktu guru pendamping juga turut terjejas.
Selain itu, kekerapan perubahan jadual waktu turut menjadi kekangan
kepada pelaksanaan PPI.
12
1.4.7 Kehendak Ibu Bapa
Sokongan dan kehendak ibu bapa yang tidak selari dengan kesediaan dan
keperluan MBK yang turut menjadi halangan kepada pentadbir, guru arus
perdana dan guru pendidikan khas dalam menempatkan MBK ke PPI.
1.5 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pelaksanaan PPI diharapkan dapat dilaksana dengan baik
dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan. Pentadbir sekolah dan guru
memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPI.
Tanggungjawab pentadbir dan guru berkaitan pelaksanaan pendidikan inklusif
adalah penting agar dapat membantu PPI dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Penghasilan modul ini diharapkan dapat menjelaskan kaedah pelaksanaan dan
peranan individu terlibat dalam PPI bagi meningkatkan akses peluang pendidikan
kepada MBK selaras dengan aspirasi KPM dalam transformasi pendidikan negara
seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.
13
BAB 2
REKA BENTUK
2.1 Objektif
Objektif pelaksanaan modul ini adalah untuk:
1. Memberikan pendedahan kepada pentadbir dan guru tentang pendidikan
inklusif.
2. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan murid inklusif dalam
kalangan pentadbir dan guru.
3. Menyediakan modul latihan untuk pentadbir dan guru yang terlibat dalam
PPI.
2.2 Sasaran
Sasaran pelaksanaan modul ini adalah kepada:
1. Pentadbir sekolah
2. Guru arus perdana
3. Guru pendidikan khas
14
2.3 Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (Pendidikan
Inklusif)
TOPIK ISI KANDUNGAN MASA
TOPIK 1 ± 15 min
Program Pendidikan 1. Dasar
Inklusif 2. Matlamat ± 40 minit
3. Objektif
TOPIK 2 4. Definisi ± 45 minit
Pelaksanaan Program 5. Program Pendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
a. Inklusif penuh
TOPIK 3 b. Inklusif separa
Strategi Khusus 6. Perekodan Data Murid dalam
Pengajaran dan Aplikasi Pengurusan Data Murid
Pembelajaran (APDM)
TOPIK 4 1. Peranan guru arus perdana
Strategi Pengurusan 2. Peranan guru pendidikan khas
Tingkah Laku 3. Peranan Pembantu Pengurusan
Murid (PPM)
4. Tempoh Percubaan Tiga Bulan di
Kelas Inklusif
5. Transisi ke Program Pendidikan
Inklusif
1. Masalah Pembelajaran
2. Kurang Upaya Penglihatan
3. Kurang Upaya Pendengaran
1. Penilaian Tingkah Laku ± 20 minit
2. Pelan Intervensi Tingkah Laku
3. Strategi Modifikasi Tingkah Laku
Jadual 1: Kandungan Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru (PPI)
15
BAB 3
PEMBANGUNAN MODUL
3.1 TOPIK 1 : Program Pendidikan Inklusif
3.1.1 Dasar
Dasar Pendidikan Inklusif adalah untuk memastikan MBK mendapatkan hak
yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan dan dapat
menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan
kemahiran kehidupan harian mereka; membina keyakinan diri bagi
mencapai potensi yang optimum; seterusnya meningkatkan kesedaran dan
penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan
MBK.
Pelaksanaan PPI mengambil kira dasar dalam dan luar negara.
Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu
pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK.
Di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan PPI seperti yang
berikut:
i) Akta Orang Kurang Upaya 2008:
Akses kepada pendidikan yang sama rata bagi kanak-kanak kurang
upaya juga termaktub dalam Undang-undang Malaysia, Akta 685 di
bawah Seksyen 28(1), yang menyatakan bahawa:
“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum
atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh
dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi,
atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan
vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”
16
ii) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:
“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan khas di sekolah
khas atau di sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi atau
Program Pendidikan Inklusif pada peringkat:
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah
iii) Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas (2015):
Pernyataan Dasar Pendidikan Khas KPM adalah seperti yang berikut:
(a) Memastikan MBK diberi peluang untuk mendapat akses kepada
pendidikan yang sesuai dan relevan.
(b) Memastikan program pendidikan bagi MBK sesuai dan relevan dengan
kebolehan masing-masing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang
berkualiti.
(c) Memastikan MBK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan
secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip
pendidikan untuk semua.
iv) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
“Kementerian beriltizam menggalakkan lebih ramai MBK ke dalam program
pendidikan inklusif dan meningkatkan kualiti penyediaannya secara
keseluruhan”
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)
menunjukkan bahawa komitmen KPM dalam memperkasakan pelaksanaan
PPI secara terancang dan berfokus.
3.1.2 Matlamat
Matlamat PPI adalah untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bagi MBK
belajar bersama-sama murid arus perdana dalam persekitaran tanpa halangan.
17
3.1.3 Objektif
Objektif PPI adalah untuk:
i) Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam
persekitaran tanpa halangan;
ii) membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum;
iii) memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana
bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka; dan
iv) meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta
komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
3.1.4 Definisi Program Pendidikan Inklusif
Selaras dengan pernyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013, definisi PPI adalah seperti di bawah:
“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan
khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
3.1.5 Program Pendidikan Inklusif
Pendidikan inklusif yang bersifat holistik atau menyeluruh bukan sahaja
menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi
perkembangan dan pendekatan potensi lain dalam diri setiap MBK.
Pelaksanaan PPI menggunakan Model Holistik digambarkan seperti Rajah 2.
18
--- tidak ambil kira dalam
….data inklusif
Rajah 2 : Program Pendidikan Inklusif (Model Holistik)
3.1.5.1 Inklusif penuh
3.1.5.2 MBK belajar bersama-sama murid arus perdana secara sepenuh masa dan
mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubah suai. MBK
turut terlibat dalam aktiviti kokurikulum sebagaimana murid arus perdana
yang lain.
Inklusif separa
MBK belajar bersama-sama murid arus perdana dalam inklusif separa bukan
akademik atau inklusif separa akademik.
Inklusif Separa Akademik
MBK belajar di dalam kelas arus perdana bagi sekurang-kurangnya satu
mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik atau
mana-mana mata pelajaran lain.
19
Inklusif Separa Bukan Akademik
Inklusif separa bukan akademik mengambil kira pelibatan MBK dalam aktiviti
kokurikulum dan sosialisasi.
Kokurikulum
MBK yang mengikuti aktiviti kokurikulum berjadual diambil kira sebagai
pelibatan dalam inklusif separa bukan akademik dan data boleh direkodkan
dalam sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM).
Sosialisasi
Merujuk kepada pelibatan MBK dalam aktiviti semasa waktu rehat sekolah,
sambutan Hari Guru, Hari Sukan Sekolah, Hari Kantin atau sebarang aktiviti
ekstra kurikulum yang memberikan peluang MBK berinteraksi dan bersosial
dengan murid arus perdana. Walau bagaimanapun, MBK yang terlibat dalam
inklusif separa sosialisasi tidak direkodkan dalam sistem Aplikasi
Pengurusan Data Murid (APDM).
3.1.6 Sokongan PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa
PPI Inklusif Penuh dan Inklusif Separa dengan sokongan bermaksud MBK
memerlukan sokongan dari aspek:
Sumber manusia (guru resos/guru pendamping)
Peralatan Pendidikan Khas (kanta pembesar, papan kekunci alternatif,
pembaris tetingkap)
Bahan bantu belajar (BBB)
Perabot dan infrastruktur
Prasarana mengikut keperluan MBK
3.1.7 Perekodan Data Murid dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM)
MBK Inklusif Penuh
a) MBK yang berdaftar di kelas arus perdana; dan
b) MBK PPKI yang belajar sepenuhnya di kelas arus perdana.
20
MBK Inklusif Separa
a) MBK yang berdaftar di kelas PPKI; dan
b) MBK yang belajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran akademik seperti
mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau mata pelajaran elektif
atau terlibat dalam kegiatan kokurikulum bersama-sama murid arus perdana
dan berjadual.
Perekodan Kehadiran
Rekod kehadiran MBK PPKI yang mengikuti inklusif penuh direkod di kelas arus
perdana, manakala kehadiran MBK yang mengikuti inklusif separa dicatat pada
kehadiran PPKI.
21
3.1.8 Ujian Kendiri Topik 1 : Program Pendidikan Inklusif
1. Apakah maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI)?
Jawapan : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
mentakrifkan PPI ialah program pendidikan bagi MBK (MBK)
yang dihadiri oleh MBK bersama-sama murid lain dalam kelas
yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
2. Apakah pendekatan yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam melaksanakan PPI?
Jawapan : Dua pendekatan PPI yang digunakan ialah inklusif penuh dan
inklusif separa.
3. Apakah objektif PPI?
Jawapan : Objektif PPI adalah seperti yang berikut:
i. Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk
belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
ii. Membina keyakinan diri MBK dalam menyesuaikan diri
bersama-sama murid arus perdana bagi mencapai potensi
yang optimum.
iii. Meningkatkan kemahiran kehidupan harian MBK supaya
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
dapat memberikan sumbangan kepada negara.
iv. Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah
serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
22
3.2 TOPIK 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
3.2.1 Pengenalan
Bahagian ini memberi penekanan berkaitan pelaksanaan PPI pada peringkat
sekolah oleh pentadbir dan guru. Modul ini akan memberi fokus kepada
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif, iaitu pengajaran dan
pembelajaran di kelas inklusif.
3.2.2 Pengajaran dan Pembelajaran PPI di Kelas Inklusif
3.2.2.1 Sekolah yang mempunyai PPKI
a) MBK dalam PPI belajar mengikuti kurikulum serta
kokurikulum dan pentaksiran arus perdana;
b) laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod
prestasi perlu diambil kira dalam merancang PdP murid;
c) guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif perlu
diberikan pendedahan dalam mengendali MBK;
d) guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu
bekerjasama untuk merancang PdP yang sesuai mengikut
keupayaan murid;
e) guru arus perdana menulis Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) seperti biasa dengan memasukkan keperluan
pengajaran khusus MBK;
f) Guru pendamping akan menyediakan RPH berdasarkan RPH
guru arus perdana bertujuan untuk merancang, mengubah
suai aktiviti pembelajaran dan penyediaan BBB mengikut
kesesuaian MBK (bagi guru pendamping yang mempunyai
jadual waktu persendirian atau jadual waktu kelas PPI);
g) Guru pendamping yang waktu pendampingnya tiada dalam
jadual waktu persendirian atau dalam jadual waktu kelas PPI
akan menyediakan laporan berdasarkan RPH guru arus
perdana bertujuan untuk merancang, mengubah suai aktiviti
pembelajaran dan penyediaan BBB mengikut kesesuaian
MBK.
23
h) guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu
bekerjasama untuk merancang dan melaksanakan PdP
(contoh: co-teaching, team teaching, collaborative teaching)
yang sesuai mengikut tahap keupayaan murid;
i) penulisan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi MBK
yang mengikuti PPI boleh dibuat bagi memastikan keperluan
intervensi yang bersesuaian dapat dilaksanakan;
j) MBK yang mengikuti inklusif penuh boleh dikecualikan
daripada penyediaan RPI (Rujuk Bab 5: Kod Amalan
Pendidikan MBK); dan
k) PKPK/ Penyelaras PPKI/ Guru pendamping menyediakan
Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan sekali.
3.2.2.2 Sekolah Tanpa PPKI
a) MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum
kebangsaan;
b) pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan
penyampaian boleh dilakukan bagi memudahkan MBK
menerima pembelajaran;
c) laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod
prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran
murid;
d) guru arus perdana yang mengajar di dalam kelas inklusif perlu
diberi pendedahan dalam mengendalikan MBK. Pendedahan
dalam mengendalikan MBK boleh diperoleh dari JPN/ PPD/
Jurulatih Utama Pusat/ Jurulatih Utama Negeri/ guru
pendidikan pendidikan khas di sekolah berhampiran;
e) guru arus perdana menulis RPH seperti biasa dengan
memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK; dan
f) guru arus perdana dan guru pendamping secara bersama-
sama menyediakan analisis pencapaian (jika perlu).
24
3.2.2.3 Laporan Prestasi MBK di dalam Kelas Inklusif
a) Cadangan laporan prestasi ialah sekali untuk setiap bulan
secara mingguan/ bulanan mengikut keperluan MBK.
b) MBK yang mengikuti PPI, guru pendamping hendaklah
menyediakan Analisis Pencapaian MBK enam (6) bulan
sekali.
c) laporan berkenaan hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Pendidikan Khas (PKPK)/ PKP sebagai rekod.
d) perkembangan prestasi MBK yang mengikuti PPI boleh
dibincangkan dari semasa ke semasa atau dibincangkan di
dalam Mesyuarat Panel Penempatan dan JPKS.
e) laporan berkenaan perlu disimpan di dalam fail sebagai rekod.
3.2.3 Peranan Pentadbir Sekolah
Pengetua/ Guru Besar
i) Melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang disediakan;
ii) merancang, menubuhkan dan mempengerusi JPKS; dan
iii) mengurus PCG bagi kegunaan MBK di PPI sama ada yang mengikuti
PPI secara inklusif penuh atau inklusif separa adalah mengikut
peraturan kewangan dan kelulusan kewangan semasa.
(*Mengikut peraturan kewangan dari semasa ke semasa)
Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid, PK
Kokurikulum, PK Petang (bagi sekolah yang tiada PPKI)
i) Membantu menyelaras pelaksanaan PPI;
ii) membantu menguruskan mesyuarat JPKS;
iii) mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI;
iv) memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI;
v) membantu memastikan keperluan buku teks MBK disediakan dan
mencukupi untuk MBK di PPI;
vi) menyelaras permohonan Elaun Murid Khas (EMK) bersama-sama
Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) seperti pada
SPK2/2018;
25
vii) membantu merancang dan melaksanakan LDP kepada semua guru
yang berkaitan;
viii) memohon sokongan guru pendamping yang mempunyai PPKI dari
sekolah berhampiran melalui PPD atau JPN (bagi negeri yang tiada
PPD);
ix) merancang dan menyusun jadual waktu bagi guru pendidikan khas
yang berperanan sebagai guru pendamping (jika perlu);
x) membimbing (coaching and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam
PPI; dan
xi) menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI untuk keperluan JPN/
PPD.
Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras PPKI (Sekolah yang ada
PPKI)
i) Bekerjasama dengan PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum dan
Penyelia Petang dalam melaksanakan PPI di sekolah mengikut garis
panduan yang disediakan;
ii) membantu pihak pentadbiran menubuhkan dan menguruskan
mesyuarat JPKS;
iii) mengenal pasti MBK yang berpotensi untuk mengikuti PPI;
iv) memantau perkembangan pencapaian MBK di PPI;
v) mengenal pasti guru pendidikan khas yang boleh diberikan peranan
sebagai guru pendamping;
vi) bekerjasama dengan GPK Pentadbiran dalam merancang dan
menyelaras LDP kepada guru arus perdana dan guru pendidikan khas;
vii) merancang dan menetapkan jadual waktu bagi guru pendidikan khas
yang berperanan sebagai guru pendamping tanpa menambah bilangan
waktu pengajaran sedia ada.
viii) bekerjasama dengan PK Pentadbiran dalam menjalankan bimbingan
(coaching and mentoring) guru-guru yang terlibat dalam PPI;
ix) menyediakan dan menyelaras data MBK di PPI yang berkaitan dengan
PPI untuk keperluan JPN/ PPD;
x) menyedia dan membentangkan cadangan nama murid, maklumat
murid dan kelas yang terlibat untuk pelaksanaan PPI dalam Mesyuarat
JPKS;
26
xi) memastikan semua aktiviti berkaitan pelaksanaan pelaksanaan PPI di
sekolah didokumenkan;
xii) memastikan keperluan murid di kelas inklusif disediakan;
xiii) melaksanakan proses transisi dengan memperkenalkan murid ke kelas
inklusif;
xiv) menyediakan Laporan Tempoh Percubaan Tiga (3) Bulan dengan
kerjasama guru arus perdana;
xv) menyediakan analisis prestasi dan pencapaian MBK di PPI; dan
xvi) PKPK/Penyelaras PPKI memastikan semua aktiviti berkaitan
pelaksanaan PPI di sekolah didokumentasikan.
3.2.4 Peranan Guru Arus Perdana
Semua guru arus perdana perlu membantu pihak pentadbir menjayakan
pelaksanaan PPI.
i) Guru Kelas
a) Menjadi ahli JPKS;
b) mengemas kini data dan profil MBK dalam APDM seperti Elaun
Murid Khas (EMK), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan
yang berkaitan;
c) merekod kehadiran MBK di PPI;
d) memastikan kebajikan MBK dijaga;
e) bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi membantu
MBK didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK);
f) menyediakan laporan prestasi MBK; dan
g) bekerjasama dengan guru mata pelajaran dan guru pendidikan
khas bagi membuat pemilihan “rakan inklusif” untuk MBK di PPI.
ii) Guru Mata Pelajaran yang Mengajar Kelas Inklusif
a) Menjadi ahli JPKS;
b) menerima kehadiran dan memastikan keberadaan MBK di kelas
inklusif;
c) bekerjasama dengan guru yang diberi peranan sebagai guru
pendamping dalam merancang RPH berpandukan kurikulum
kebangsaan;
27
d) melaksanakan PdP dengan menggunakan kaedah dan strategi
yang bersesuaian;
e) bekerjasama dengan guru yang diberikan peranan sebagai guru
pendamping untuk menjaga kebajikan MBK;
f) melaporkan perkembangan dan pencapaian akademik MBK; dan
g) meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri latihan berkaitan
PPI.
iii) Guru Bimbingan dan Kaunseling
a) Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada MBK dan
ibu bapa/ penjaga mereka;
b) menyediakan laporan tentang khidmat kaunseling untuk MBK;
c) bekerjasama dengan guru arus perdana/guru pendidikan khas
untuk menjaga kebajikan MBK; dan
d) merancang dan melaksanakan program bersama-sama guru arus
perdana/guru pendidikan khas untuk MBK.
iv) Guru Disiplin
a) Bekerjasama dengan pentadbir, guru arus perdana dan/atau guru
pendidikan khas berkaitan masalah tingkah laku MBK; dan
b) merekod dan menyediakan laporan atau maklumat berkaitan
disiplin bagi murid yang terlibat.
v) Guru Pemulihan Khas
a) Mengenal pasti MBK yang berada di kelas arus perdana
direkodkan sebagai murid inklusif; dan
b) mengenal pasti MBK yang berada dalam kelas Pemulihan Khas
bagi ditempatkan dalam PPI (bagi sekolah yang tiada PPKI).
vi) Guru Penyelaras SPBT Sekolah
a) Mengurus pesanan, pengagihan dan pemulangan buku teks Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) MBK.
28
3.2.5 Setiausaha PPI
3.2.6 i. Bagi sekolah yang mempunyai PPKI perlu dilantik dalam kalangan guru
pendidikan khas. Keutamaan diberikan kepada guru pendidikan khas
yang telah menghadiri kursus PPI;
ii. bagi sekolah yang tiada PPKI, dicadangkan dilantik dalam kalangan
guru bimbingan dan kaunseling atau guru yang menguruskan kebajikan
murid;
iii. menyediakan urusan surat menyurat JPKS;
iv. membantu melaksanakan PPI mengikut garis panduan yang
disediakan; dan
v. membuat dokumentasi pelaksanaan PPI.
Peranan Guru Pendidikan Khas
i. Guru pendidikan khas yang ditempatkan di sekolah harian biasa yang
mempunyai PPKI berperanan sebagai guru pendamping kepada MBK di
kelas inklusif. Guru pendidikan khas boleh berperanan sebagai guru
pendamping berdasarkan keperluan MBK di PPI yang mengikuti inklusif
separa atau penuh. Guru pendamping hendaklah dilantik oleh pentadbir
sekolah.
ii. Bagi MBK penglihatan yang berada di PPI, guru resos hendaklah dilantik
bagi membantu MBK di kelas inklusif. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil
6/2007: Garis Panduan Bidang dan Tanggungjawab Guru Resos
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan).
iii. Peranan guru pendidikan khas sebagai guru pendamping:
a) Mengenal pasti MBK dalam kelas masing-masing yang berpotensi
untuk diinklusifkan;
b) mentadbir Senarai Semak Kesediaan Inklusif (SSKI) berdasarkan
panduan yang disediakan;
c) melengkapkan borang pencapaian murid berdasarkan SSKI dan
menyediakan senarai nama MBK yang ‘bersedia’, ‘kurang bersedia’
dan ‘tidak bersedia’ untuk diinklusifkan;
d) melaksanakan pentaksiran akademik kepada MBK yang “bersedia”
dan MBK ‘kurang bersedia’ dirujuk kepada pasukan pelbagai disiplin
(MDT);
29
e) melengkapkan borang cadangan penempatan ke kelas inklusif bagi
setiap MBK yang layak;
f) guru melengkapkan surat penempatan MBK di PPI dan menetapkan
perjumpaan bersama ibu bapa/ penjaga;
g) mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diikuti oleh
MBK di PPI; membimbing dan membantu MBK semasa PdP
h) menyediakan RPI dan pelaporan kepada MBK mengikut keperluan
i) membantu guru mata pelajaran merancang RPH dan bekerjasama
menjayakan PdP menggunakan pendekatan pengajaran bersama
(team teaching/ co-teaching dan lain-lain);
j) memantau perkembangan prestasi dan pencapaian MBK di PPI;
dan
k) bekerjasama dengan guru kelas dan guru mata pelajaran bagi
membuat pemilihan “rakan inklusif” untuk MBK di PPI.
l) Memantau perkembangan MBK di PPI.
3.2.7 Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
i. Menghantar dan mengambil MBK yang mengikuti inklusif separa; dan
ii. membantu menyediakan keperluan MBK.
30
3.2.8 Ujian Kendiri Topik 2 : Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
1. Apakah perbezaan peranan guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam
pelaksanaan PPI?
Jawapan :
Guru Pendidikan Khas Guru Arus Perdana
Peranan guru pendidikan khas Guru kelas dan/atau guru mata
adalah sebagai guru resos/ guru pelajaran yang bertanggungjawab
pendamping (mana-mana yang untuk mendidik MBK menggunakan
berkaitan) kepada guru mata pendekatan PdP yang berkesan.
pelajaran.
Berusaha untuk menggalakkan
persekitaran inklusif dalam sesi PdP.
2. Berapa lamakah tempoh percubaan bagi MBK yang mengikuti PPI?
Jawapan : MBK yang mengikuti PPI perlu menjalani tempoh percubaan
tidak melebihi tiga (3) bulan.
3. Adakah pihak pentadbir sekolah boleh mengasingkan keputusan peperiksaan awam
MBK yang berada di PPI?
Jawapan : Ya. Pihak Pentadbir Sekolah boleh mengasingkan keputusan
peperiksaan awam MBK yang berada di PPI berdasarkan Surat
Pekeliling Iktisas Bil. 23/1998 Kebenaran Bagi Murid-murid
Menduduki Peperiksaan Awam.
31
3.3 TOPIK 3: Strategi Khusus Pengajaran dan Pembelajaran
Bahagian ini memberi fokus kepada strategi khusus PdP yang memaparkan serba
sedikit maklumat berkaitan MBK seperti aspek ciri-ciri murid, panduan pengajaran,
amalan atau pendekatan khusus pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, MBK
bermaksud murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli
audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada
dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai
ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan
pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana
kombinasi atau ketidakupayaan serta masalah yang telah dinyatakan di atas. Murid
ini mempunyai tahap kognitif yang pelbagai, atau berkemungkinan juga mempunyai
masalah tingkah laku, komunikasi serta masalah-masalah lain.
Strategi khusus PdP turut membincangkan keperluan PdP dan
mencadangkan sokongan secara spesifik untuk setiap kategori murid, namun guru
boleh menggunakan mana-mana strategi yang dicadangkan bagi kategori
ketidakupayaan berlainan yang mana difikirkan munasabah dan sesuai. Guru juga
digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing dalam melaksanakan sesi PdP
bersama-sama MBK.
3.3.1 Masalah Pembelajaran
Masalah Pembelajaran Spesifik (Disleksia/Disgrafia/Diskalkulia)
a. Menggunakan arahan ringkas serta ayat yang pendek dan jelas, tulis atau
lukis gambar ketika memberi setiap penerangan atau arahan sekiranya perlu.
b. Kaedah pengulangan atau latih tubi boleh digunakan bagi mengukuhkan
penguasaan 3M dan keupayaan masteri.
c. Memastikan murid memberi perhatian semasa guru memberi penerangan dan
arahan contohnya dengan menyebut nama murid tersebut.
d. Perkenalkan pasangan (buddy/Rakan Inklusif) dalam kalangan rakan sekelas
bagi membantu mereka membaca, memahami dan melaksanakan tugasan
dengan lebih baik. Pasangan buddy/Rakan Inklusif ini perlu terdiri daripada
seorang atau lebih murid yang bersedia untuk membantu rakannya.
32
e. Menyediakan aktiviti berbentuk langkah-langkah kecil dan rangka kerja untuk
menggalakkan pencapaian objektif pembelajaran.
f. Memeriksa pemahaman murid secara berkala dengan cara menggalakkan
murid menerangkan aktiviti yang sedang atau telah selesai dilakukan.
g. Menggalakkan murid mengaitkan objektif pembelajaran dengan pengetahuan
sedia ada (sebagai contoh, menggalakkan murid mengaitkan objektif
pembelajaran dengan aktiviti seharian atau pengalaman yang pernah dilalui).
h. Menggunakan minat dan kekuatan murid dalam merancang aktiviti atau
menentukan peneguhan positif yang sesuai untuk murid.
i. Mempamerkan objektif pembelajaran atau objektif aktiviti secara ringkas
sepanjang waktu (gunakan papan kenyataan dan visual yang jelas) selaras
dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).
j. Apabila menanda hasil tugasan murid, penandaan hendaklah dibuat awal agar
minda murid masih boleh mengingati dan mengikuti bimbingan guru.
k. Jalinan kerjasama yang kukuh antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat
perlu bagi mewujudkan kesinambungan pembelajaran murid di rumah.
l. Penyediaan BBB yang kreatif, menarik perhatian dan pelbagai adalah penting
bagi meningkatkan minat murid.
m. Penggunaan peralatan teknologi atau peralatan pendidikan khas seperti kad
gambar, jadual visual atau menggunakan kaedah bercerita boleh mewujudkan
interaksi dua-hala dan situasi sosial di dalam kelas.
n. Membaca
Menggunakan kaedah sight read words pada awal proses membaca.
Murid hanya perlu mengetahui sesuatu perkataan berdasarkan
susunan atau bentuk abjad sebelum mengenal abjad satu persatu.
Mengajar perkataan penting yang bermakna bagi murid terlebih
dahulu. Kemudian, bina ayat mudah dan seterusnya membuat buku
bacaan peribadi bagi murid.
Menggunakan bahan berstruktur yang spesifik seperti story boards,
cloze activities dan rangka cerita bervisual bagi membantu
meningkatkan pemahaman.
o. Matematik atau Nombor
Gunakan bahan konkrit dan maujud dalam aktiviti praktikal (hands-
on).
33
Memaksimakan penggunaan visual untuk menyokong proses
pembelajaran.
Membahagikan aktiviti kepada langkah-langkah kecil dan memberi
peluang untuk MBK berlatih secara berulang berserta dengan
peneguhan positif.
Menggunakan pelbagai jenis aktiviti bagi mengasah kemahiran yang
telah dipelajari untuk konteks yang berbeza.
Mengaitkan matematik dengan kehidupan sebenar dan kemahiran
hidup sebanyak yang mungkin.
Disleksia
a. Guru mengguna sekurang-kurangnya dua warna kapur/ marker yang berlainan
semasa menulis pada papan hitam/putih dan selang selikan warna tersebut.
Kaedah ini boleh mengurangkan kekeliruan murid untuk membaca/menyalin
baris ayat dan membantu mereka membaca/menyalin dengan lebih baik.
b. Guru juga boleh menulis nombor pada setiap garisan tulisan pada awal atau akhir
tulisan tersebut.
c. Sedia helaian kerja/nota yang mesra disleksia dan mempunyai ciri-ciri berikut;
Warna kertas: (Warna Cream/Beige) Sebilangan murid disleksia
tidak selesa dan berasa susah apabila membaca cetakan tulisan
hitam pada kertas berwarna putih. Bagi pandangan kebanyakan
murid disleksia, huruf-huruf pada kertas putih menjadi kabur dan
bergerak-gerak.
Jenis tulisan: Comics San, Tahoma, dan Arial lebih mesra disleksia
dan mampu mengurangkan kekeliruan untuk murid disleksia
membaca. Elakkan menggunakan font jenis Serifs kerana boleh
mengelirukan.
Saiz tulisan: 14pt atau lebih besar.
Teks: Elakkan teks yang panjang, gunakan ‘bullet point’. Senggang
1.5 atau berganda bagi memudahkan pembacaan. Teks tidak perlu
justify kerana ruang memanjang antara perkataan boleh
membuatkan teks sukar untuk dibaca. Warnakan perkataan yang
ingin ditekankan atau penting.
34
Rajah 3 : Contoh Helaian Kerja yang Sesuai untuk Murid Disleksia
d. Sebilangan murid disleksia akan lebih mudah membaca dengan menggunakan
kad transparensi berwarna yang diletakkan di atas helaian teks. Cuba beberapa
warna yang berbeza untuk menentukan keserasian warna untuk murid dan murid
perlu diberikan pilihan untuk menggunakan kad transparensi atau tidak. Selain
kad trasparensi, guru juga boleh membuat kad fokus membaca.
e. Sediakan kata kunci yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Perkenalkan
kata kunci yang relevan sebelum memperkenalkan topik baharu. Ini boleh
mengurangkan tekanan dan kebimbangan murid disleksia. Kata kunci ini boleh
berbentuk kad flash, power point atau poster.
f. Latih murid menggunakan peta minda/ peta konsep/ carta alir/ bullet points.
Kaedah ini boleh membantu murid merancang penulisan atau memahami topik
pelajaran dengan lebih berkesan kerana penggunaan tulisan adalah minimal dan
gambaran lebih menyeluruh.
g. Gunakan teknik multisensori. Murid disleksia biasanya belajar dengan lebih baik
apabila pembelajaran menggabungkan beberapa kombinasi auditori, visual, dan
input sentuhan-kinestetik. Guru boleh cuba menggabungkan beberapa teknik
yang berbeza seperti yang berikut:
35
Visual Auditori Kinestatik
Pembelajaran melalui: Pembelajaran melalui: Pembelajaran melalui:
Visual/pemerhatian dengar/ cakap perbuatan
Peta minda Nyanyian Action songs
Video Arahan lisan Guna bahan konkrit
Carta alir Mengeja dengan
seperti plastesin
Gambar rentak/ intonasi untuk membentuk
Mendengar huruf
Diagram/ rajah Guna abjad dalam
rakaman Suara bentuk konkrit untuk
mengeja perkataan
Mengeja perkataan
pada pasir
menggunakan jari
Guna bahan konkrit
untuk pengiraan
Jadual 2: Teknik Multisensori
h. Perkenalkan rakan membaca, buddy atau Rakan Inklusif untuk murid disleksia
bagi tujuan membantu mereka membaca dengan lebih lancar. Teknik-teknik asas
adalah:
Pasangan Membaca membantu membaca teks dengan suara yang boleh
didengari oleh murid disleksia.
Pasangan dan murid disleksia membuat bacaan secara bergilir-gilir.
Perkataan yang susah dibacakan oleh pasangan murid disleksia.
Pasangan memberi komentar kepada murid disleksia secara positif serta
dorongan untuk membaca dengan lebih baik.
i. Apabila menanda hasil tugasan murid, guru perlu cuba menanda secara positif
berfokuskan hasil yang betul. Murid boleh menjadi kurang bemotivasi apabila
selalu menerima hasil tugasan yang mempunyai banyak tanda salah. Contoh cara
menanda hasil tugasan murid disleksia adalah seperti yang berikut:
36
Minimakan bilangan kesalahan dengan memberikan tugasan yang mudah
agar murid bermotivasi untuk terus belajar. Tumpukan kepada tiga
kesalahan sahaja.
Beri tips untuk mengelakkan kesalahan yang sama pada masa akan
datang.
Kenal pasti tiga jawapan atau aspek positif dalam hasil kerja tersebut.
j. Guru juga boleh membantu murid untuk menyiapkan tugasan dengan cara;
Memastikan murid menyalin tugasan atau kerja rumah dengan betul.
Memastikan masa untuk menyiapkan tugasan adalah mencukupi.
Kurangkan aras kesukaran dan bilangan kerja rumah berbanding murid
arus perdana. Elakkan penulisan soalan atau ayat yang tidak berkaitan
dengan topik.
Format tugasan dalam bentuk audio atau oral lebih memudahkan murid
disleksia berbanding tulisan.
Benarkan murid untuk menyiapkan tugasan atau kerja rumah dengan
komputer terutamanya subjek yang melibatkan Bahasa Inggeris. Ini kerana
ejaan boleh dibetulkan secara auto correct melalui perisian Microsoft Word.
Benarkan murid menjawab soalan tugasan atau kerja rumah menggunakan
peta minda dan ilustrasi atau carta alir.
k. Penggunaan reader dan spellchecker boleh membantu murid disleksia membuat
tugasan secara kendiri.
37
Autisme
a. Kiu Masa (Jangkaan Masa)
Ingatkan murid Autism Spectrum Disorder (ASD) mengenai setiap
perubahan yang akan berlaku dalam tempoh masa lima minit dan satu
minit lagi bagi mengurangkan rasa tidak selesa murid serta memberi
kesediaan kepada murid ASD apabila wujud proses transisi, sama ada
perubahan daripada satu subjek (Matematik) kepada subjek (Bahasa)
yang seterusnya atau perubahan dalam aktiviti.
Gunakan kiu visual atau timer untuk meningkatkan pemahaman dan
memudahkan transisi aktiviti.
b. Kiu Visual
i. Gunakan strategi yang berkesan bergantung kepada tahap dan keperluan
individu seperti mengajar murid menggunakan strategi menenangkan diri jika
murid tidak dapat mengawal perasaan marahnya.
ii. Banyakkan penggunaan strategi visual seperti penggunaan objek, gambar,
lukisan dan perkataan bertulis kerana majoriti murid ASD adalah lebih
cenderung kepada pembelajaran secara visual. Ini dapat memberi maklumat
dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh murid. Misalnya jadual visual,
sistem kerja, susunan kerja dan sebagainya.
c. Modelling
Guru mesti menunjuk cara bagi membuat sesuatu kemahiran supaya murid
dapat melihat contoh dengan jelas. Misalnya, jika guru mahu murid meletakkan
kasut di satu tempat khusus sebelum masuk ke kelas, guru perlu
mendemonstrasikan pelakuan tersebut.
d. Sensory Break
Beri peluang untuk murid berehat seketika (instructional pause) setelah selesai
sesuatu tugasan. Ini adalah kerana sesetengah murid ASD perlu berjalan-jalan
di dalam kelas atau meregangkan badan.
38
e. Peneguhan
Gunakan minat, kekuatan, kemahiran, bidang kecenderungan dan ganjaran
sebagai sebahagian daripada alat pengajaran. Cara ini dapat membantu murid
berinteraksi dengan murid lain berdasarkan aktiviti tertentu.
f. Pembelajaran Berstruktur
Merancang, menyediakan dan memberi tugasan PdP secara berstruktur seperti
memberi jangkaan susunan jadual aktiviti yang bakal dilaksanakan seharian di
dalam kelas.
g. Pembelajaran Mediatif
i. Pengajaran berbantukan komputer
ii. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik bukan sahaja membantu
murid mengingat malah menyokong pemahaman mereka.
h. Guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui Modul Ibu Bapa
Program Pendidikan Inklusif) peringkat sekolah boleh membantu PdP murid
ASD di dalam kelas. Individu ini sebaik-baiknya merupakan orang yang
memahami tentang murid ASD. Kolaboratif yang kukuh antara ibu bapa dengan
pihak sekolah bagi membolehkan kesinambungan pembelajaran berlaku.
i. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) bagi sekolah yang mempunyai PPKI atau
rakan sekelas boleh menjadi penulis kepada MBK Autism yang mengalami
masalah pergerakan dan masalah motor. Mereka boleh membantu mencatat
jawapan, idea dan pemikiran murid.
j. Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin seperti Terapis
Pertuturan Bahasa, Terapis Carakerja, atau Psikologis Pendidikan diperlukan
untuk membentuk matlamat sosial dan akademik MBK Autism.
k. Penggunakan Picture Exchange Communication System (PECS), jadual visual
atau kaedah bercerita untuk meningkatkan interaksi sosial dua hala dan
pemahaman situasi sosial di dalam kelas.
39
Sindrom Down (Down Syndrome)
a. Guru menggalakkan kemahiran berinteraksi dengan murid dan memahami
pergaulan sosial melalui PdP yang tersusun seperti aktiviti dalam kumpulan
yang kecil (3-4 murid dalam satu kumpulan).
b. Sensory Break
Mengadakan rutin semasa waktu rehat untuk menggalakkan pergaulan
dengan rakan sebaya sebagai contoh; mengadakan aktiviti atau
permainan yang digemari oleh murid yang mengalami Sindrom Down.
Mengadakan aktiviti yang pendek atau memastikan terdapat masa rehat
yang pendek tetapi kerap dalam aktiviti yang panjang.
c. Komunikasi Seluruh
Tingkatkan kemahiran bertutur dengan penggunaan lebih dari satu
medium untuk berkomunikasi dengan MBK Sindrom Down, sebagai
contoh berkomunikasi dengan pertuturan yang dibantu dengan visual,
bahasa isyarat atau kiu bagi memastikan murid memahami maklumat
yang ingin disampaikan.
d. Kemahiran Motor dan Fizikal
Gunakan kertas yang bersaiz sesuai dengan keupayaan motor halus
MBK Sindrom Down (jarak garisan, saiz petak dan sebagainya).
Alat tulis yang diubah suai (bersaiz besar atau mempunyai grip).
Membiasakan murid Sindrom Down memerhati cara penggunaan
alatan/ bahan sebelum murid mengendalikan alatan.
Jika murid masih belum boleh menulis dengan baik tetapi boleh
menggunakan papan kekunci dan tetikus dengan kompeten,
penggunaan komputer disyorkan bagi membantu aktiviti menulis atau
melukis.
e. Kiu Visual
Memberikan bantuan pemprosesan visual dan memori visual seperti:
Mempamerkan objektif pembelajaran atau objektif aktiviti secara ringkas
sepanjang waktu (gunakan papan kenyataan dan visual yang jelas).
40
Menyediakan jadual kelas dan jadual individu yang menggunakan visual
yang menarik untuk memastikan MBK Sindrom Down dapat memberikan
perhatian dan tumpuan kepada PdP.
Memberikan murid contoh yang jelas untuk mencapai objektif aktiviti.
Menggunakan visual dan tulisan untuk memastikan murid dapat
memberi perhatian dan memahami arahan atau objektif aktiviti.
Menghasilkan buku panduan visual yang mengandungi maklumat
penting (contoh; peraturan sekolah, prosedur kecemasan) bagi murid.
Menggunakan buku teks atau bahan bantu mengajar yang mengandungi
visual dan gambar rajah serta mengubah suai aktiviti dengan
menggunakan kiu visual dan tulisan.
Memberi tumpuan kepada kata kunci atau maklumat penting di dalam
objektif pembelajaran.
Menggunakan bahan maujud dan kiu visual secara meluas dalam aktiviti
pembelajaran.
Menggabungkan teknologi dalam aktiviti terutamanya bagi murid yang
mempunyai kemahiran belajar menggunakan visual.
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
a. Memberi kiu atau signal melalui bunyi atau aktiviti untuk menandakan
permulaan sesi PdP atau aktiviti setiap kali sesi akan dimulakan.
b. Menyenaraikan aktiviti PdP di papan putih sebelum memulakan kelas.
c. Memberitahu murid apa yang perlu dicapai dan bahan yang diperlukan dalam
sesi PdP pada setiap permulaan sesi.
d. Sentiasa kekalkan pandangan mata dengan murid bagi mengekalkan
tumpuannya terhadap PdP.
e. Menggunakan lebih banyak BBB secara visual seperti carta, gambar dan kod
warna.
f. Menyediakan ringkasan nota bagi memudahkan murid menyalin nota dengan
teratur semasa guru mengajar.
g. Pelbagaikan aktiviti PdP yang melibatkan pergerakan badan dan permainan.
h. Sentiasa ingatkan murid untuk tumpukan perhatian terhadap tugasan yang
diberikan seperti melalui sentuhan badan atau memberi murid nota kecil.
i. Memberi kelonggaran untuk murid berehat beberapa kali atau apabila perlu.
41
j. Jika murid melakukan pergerakan badan (fidgeting) di dalam kelas, minta
murid lakukan aktiviti mudah yang lain seperti memicit bola getah bagi
mengurangkan gangguan terhadap murid lain.
k. Mengelakkan daripada meminta murid menyelesaikan tugasan yang sukar
dihadapan murid lain.
l. Menyediakan kod warna bagi setiap bahan pengajaran mengikut subjek.
m. Memendekkan arahan dan jelaskan dengan terperinci tugasan yang perlu
diselesaikan di rumah.
n. Memberi masa kepada murid untuk menyusun bahan dan tugasan sebelum
meninggalkan kelas.
o. Menggunakan buku catatan, kalendar atau buku perancangan (planner) bagi
membantu MBK ADHD fokus pada tugasan yang diberikan secara sistematik.
Kurang Upaya Intelektual
a. Bagi murid yang mempunyai masalah kurang upaya intelektual, pendekatan
PdP perlu berfokus kepada memberi akomodasi dan strategi instruksional yang
sesuai dengan kelemahan murid.
b. Antara contoh pendekatan yang boleh digunakan:
Graphic Organiser
Penggunaan graphic organiser dalam bentuk tulisan dan gambar
memudahkan murid untuk mengikuti PdP. Sebagai contoh, graphic
organiser yang biasa digunakan adalah carta alir, peta pemahaman dan
peta minda. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dan murid boleh
mengisi tempat kosong semasa PdP berlangsung.
Chunking
Kaedah ini melibatkan pengumpulan elemen yang berkaitan dalam satu
unit kecil. Unit-unit ini memudahkan proses mengingat dan
meningkatkan perhatian murid. Kaedah ini lebih efektif jika digunakan
bersama dengan kiu visual dan teknologi.
Mnemonic
Kaedah ini meliputi prosedur sistematik bertujuan untuk menggalakkan
ingatan melalui pemberian kiu yang efektif (contoh: perkataan, ayat atau
gambar).
42
Michael = merah Kawan = Kos
Jackson = jingga Saya = Sin
Kena = kuning Takut = Tan
Halau = hijau Hantu = Hypotenus
Balik = biru
India = Indigo
Utara = Ungu
Rajah 4: Contoh Penggunaan Mnemonic
Penetapan Matlamat
Pendekatan menetapkan matlamat berdasarkan minat dan
kecenderungan murid boleh meningkatkan motivasi untuk murid
belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti di kelas.
Penyelesaian Masalah
Pendekatan PdP yang menggalakkan penyelesaian masalah
menggunakan contoh sebenar seperti situasi rutin kehidupan harian
murid. Ini boleh membantu mereka agar lebih berdikari dan
meningkatkan keyakinan diri.
3.3.2 Kurang Upaya Fizikal
a. Murid kurang upaya fizikal yang mempunyai aras kognitif normal dan boleh
mengikuti pembelajaran seperti murid arus perdana dengan bantuan
sokongan serta peralatan pendidikan khas yang sesuai dengan keperluan
murid berkenaan.
b. Cadangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan murid.
c. Pastikan murid mempunyai peluang untuk terlibat dengan aktiviti pendidikan
jasmani atau kokurikulum dengan mengubah suai alatan seperti penggunaan
basikal tiga roda, kerusi roda dan sebagainya.
d. Menyediakan kemudahan penggunaan alat berbantu seperti komputer untuk
PdP murid.
e. Dalam memastikan murid memperoleh kemahiran menulis, guru boleh:
Menggunakan saiz tulisan yang sesuai untuk tujuan memudahkan
murid untuk mengecam huruf, perkataan atau nombor.
43
Menggunakan saiz dan ruang garisan yang lebih besar bagi
memudahkan murid menulis.
Menggunakan papan kekunci alternatif bagi MBK yang sangat sukar
untuk memegang pensel atau lemah motor halus untuk menulis.
Menggunakan pelekat serba guna (blue-tack) untuk membantu
menetapkan kedudukan kertas supaya tidak bergerak.
Gunakan papan bermagnet, pembaris dan alatan geometri yang
berpelekat magnet bagi membantu murid melukis atau membuat
rajah.
Menggunakan helaian kertas yang dikepilkan pada papan berklip
untuk menggantikan buku nota sekolah.
Menyediakan rajah terlebih dahulu supaya murid dapat mengisi
maklumat sahaja.
Memberi tugasan yang mencukupi untuk masa yang pendek dan
bersesuaian dengan keupayaan murid.
f. Bagi aktiviti praktikal seperti eksperimen sains, kemahiran hidup, keselamatan dalam
bilik darjah dan sekolah, guru boleh:
Dapatkan bantuan rakan sekelas atau menggunakan sistem buddy
atau Rakan Inklusif.
Modifikasi alatan supaya lebih sesuai dengan keadaan murid.
Contohnya ialah modifikasi meja dan kerusi.
Tugasan dipecahkan kepada unit-unit kecil yang lebih mudah dan
senang dilakukan oleh murid.
g. Daya ingatan murid yang lemah boleh dikurangkan atau diatasi dengan:
Memberi arahan yang jelas dan tulis atau lukis arahan jika perlu.
Berikan matlamat yang jelas untuk setiap tugasan. Pada masa yang
sama, bantu murid untuk mengembangkan kemahiran menyusun.
Galakkan mereka untuk membuat pelan kerja bagi setiap tugasan (untuk
murid menengah yang mampu merancang).
h. Persepsi visual dan spatial yang lemah boleh dibantu dengan:
Melatih murid mengetahui lokasi objek (contohnya: buku itu di atas meja
bersebelahan pasu bunga).
44
Melatih murid mencari barang-barang di dalam kelas dan memberikan
arahan untuk mencari barang tersebut.
Bincang dengan murid berkenaan objek yang jauh atau dekat
menggunakan bahan maujud sebelum bahan abstrak.
Membina model menggunakan gambar sebagai panduan.
i. Pelibatan guru pendamping, guru pendidikan khas atau ibu bapa (melalui Pelibatan
Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) boleh membantu semasa PdP.
j. Khidmat sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin diperlukan untuk
membentuk matlamat sosial dan akademik murid kurang upaya fizikal seperti
Terapis Carakerja dan Terapis Fisio. Mereka berupaya membantu
mengembangkan kemahiran fizikal melalui alatan permainan khas dan bahan
bantu mengajar yang mudah untuk dihasilkan.
k. Fokus bahan-bahan dari segi meningkatkan penggunaan jari-jemari yang boleh
mengoptimumkan fungsi tangan dan seterusnya anggota badan yang lain untuk
membantu dalam aspek pembelajaran.
l. Dapatkan khidmat nasihat berkaitan keperluan mobiliti seperti penggunaan kerusi
roda. Murid perlu dilatih untuk membiasakan diri dengan pergerakan di dalam kelas
dan tempat-tempat lain di dalam kawasan sekolah. Ini bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran berdikari murid agar hanya memerlukan bantuan pada tahap yang
minima.
m. Dapatkan khidmat nasihat tentang alatan atau bantuan untuk membantu murid
mencapai kejayaan dalam aktiviti PdP di dalam kelas terutamanya yang berkaitan
dengan postur, ketinggian kerusi dan meja yang sesuai serta kemahiran-kemahiran
asas yang diperlukan.
n. Penggunaan alatan seperti gunting yang diadaptasi dan pencengkam pensel sangat
membantu murid kurang upaya fizikal menulis dengan baik.
o. Perakam audio atau salinan pendua nota kepada murid boleh membantu murid
memahami sesi PdP dan menjalankan aktiviti dengan mudah tanpa perlu menyalin
nota yang diminta guru.
45
p. Penggunaan komputer touch screen memudahkan murid memilih opsyen pada skrin.
q. Penggunaan keyboard yang sesuai dengan pergerakan tangan murid
(contoh: keyboard yang besar bagi yang mempunyai pergerakan tangan yang
besar). Selain itu, sokongan lain seperti penggunaan papan condong, atau easel
dapat membantu murid untuk membaca buku dan menulis dengan lebih baik.
r. Komunikasi alternatif digunakan untuk murid yang tidak mempunyai komunikasi
verbal seperti bahasa isyarat, simbol, visual atau alat komunikasi yang lain.
s. Menggunakan teknologi seperti komputer dan papan kekunci bagi membantu murid:
Lemah dalam kemahiran menulis.
Berupaya untuk menunjukkan kerja yang telah dilakukan dengan lebih
efektif.
Mengembangkan kemahiran menyusun.
Mengeja dengan betul (bantuan spell checker atau kamus).
46
3.3.3 Kurang Upaya Penglihatan
MBK kurang upaya penglihatan boleh dikategorikan kepada dua keadaan,
iaitu:
Penglihatan terhad atau kehilangan penglihatan separa atau rabun
Buta (kehilangan penglihatan sepenuhnya)
Dari aspek perkembangan kognitif, murid kurang upaya penglihatan
akan menggunakan deria sentuhan dan pendengaran untuk meneroka
stimuli yang terdapat di persekitarannya serta membolehkan mereka
mengecapi kejayaan sepertimana rakan sebaya yang lain. Murid yang
mengalami kebutaan sejak lahir berisiko untuk mengalami kelewatan
perkembangan kognitif, khususnya pada peringkat umur tiga (3) hingga lima
(5) tahun berbanding dengan rakan sebaya yang arus perdana. Walau
bagaimanapun, kebanyakan ciri-ciri kelewatan perkembangan minda akan
bertambah baik menjelang peringkat umur tujuh (7) tahun.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan
masalah penglihatan berdasarkan tahap gangguan visual yang dihadapi
oleh seseorang individu. Gangguan visual tersebut diukur berdasarkan
ketajaman atau kurangnya visual yang dapat diukur secara kuantitatif oleh
pakar oftalmologi. Secara umumnya, murid penglihatan diklasifikasikan
kepada tiga kategori utama, namun kategori keempat diamalkan di beberapa
negara maju seperti negara Amerika Syarikat, New Zealand, United
Kingdom dan Kanada. Antara kategori masalah penglihatan termasuk.
47
i. Buta (Totally Blind)
Kategori B1 didefinisikan sebagai individu yang tidak dapat membaca cetakan
biasa di samping tidak mempunyai persepsi cahaya pada mata sehingga tidak
berkemampuan untuk mengenali bentuk tangan pada mana-mana jarak atau
arah. Braille merupakan perantara literasi bagi kategori kecacatan ini. Rajah
5 menunjukkan klasifikasi B1 berdasarkan definisi Persatuan Sukan Orang
Buta Antarabangsa (IBSA).
Rajah 5: Klasifikasi B1, Persatuan Sukan Orang
Buta Antarabangsa (IBSA)
ii. Cacat Penglihatan Kefungsian
Murid yang mengalami kecacatan penglihatan kefungsian atau kategori B2
mempunyai daya penglihatan yang terhad. Kategori B2 mempunyai
keupayaan untuk mengenal pasti bentuk tangan dengan ketajaman
penglihatan 20/600 dan/atau medan penglihatan kurang dari 5 darjah pada
mata yang telah dibetulkan dengan cermin mata, serta mempunyai sisa-sisa
penglihatan lebih kurang 3% hingga 5%. Murid B2 boleh membaca teks
dengan jarak yang sangat dekat iaitu 4 sentimeter atau 1.6 inci. Lazimnya
murid B2 memerlukan peralatan pendidikan khas untuk membantu
pembacaan mereka, penggunaan braille agak ketara dalam populasi ini.
Rajah 6 : Klasifikasi B2, Persatuan Sukan
Orang Buta Antarabangsa (IBSA)
48