The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kursus : EDUP3083 (Asas Kepimpinan & Pembangunan Profesionalisme Guru

Pensyarah : Tuan Haji Omar bin Chek Man

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fifiana09-967, 2021-03-19 22:13:45

Pelan Pembangunan Diri & Pelan Pembangunan Kerjaya

Kursus : EDUP3083 (Asas Kepimpinan & Pembangunan Profesionalisme Guru

Pensyarah : Tuan Haji Omar bin Chek Man

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
EDUP3083

NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
FIFIANA PUTERI BINTI ROSLI
NO. KAD PENGENALAN: 980430-06-5864
2017192340152
ANGKA GILIRAN: PISMP C9

KUMPULAN: TUAN HAJI OMAR BIN CHEK MAN
PENULISAN AKADEMIK (NPDL)
NAMA PENSYARAH 20 MAC 2021
AKADEMIK:
1
TAJUK TUGASAN:

TARIKH SERAHAN:
TARIKH PELAJAR
MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA

PENSYARAH

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN................................................................................................................ 3
2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA GURU
BERPANDUKAN ENAM PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU OLEH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) ............................................................................................... 4

2.1 PERINGKAT PERMULAAN (DG41) ................................................................................. 7
2.2 PERINGKAT BERASPIRASI (DG 44)............................................................................... 8
2.3 PERINGKAT KOMPETEN (DG48) ................................................................................... 9
2.4 PERINGKAT PROFISIEN (DG52) ...................................................................................10
2.5 PERINGKAT STRATEGIS (DG54) ..................................................................................11
2.6 PERINGKAT BERWAWASAN (GRED KHAS-JUSA C) ...................................................12
3.0 KESIMPULAN ................................................................................................................13
RUJUKAN .................................................................................................................................14

2

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan sebuah sektor yang sangat penting dalam menentukan keberhasilan dan
kelansungan kualiti masyarakat di Malaysia. Semua insan yang terbentuk kini adalah hasil
daripada tuaian didikan yang diterima sama ada dari rumah sehingga ke peringkat sekolah.
Selain ibu bapa, guru merupakan ibu bapa kedua bagi murid-murid untuk terus dibimbing menjadi
seorang manusia yang lengkap dari aspek akhlak dan akademik. Oleh yang demikian, seiring
dengan perkembangan pendidikan di zaman globalisasi kini, guru-guru mengalami perubahan
tugas yang dinamik dan mendadak sehingga menuntut guru mempersiapkan diri untuk menjadi
agen perubahan kepada pendidikan di Malaysia (Mohd Aizat & Kamarudin, 2019). Bagi
menghasilkan seorang guru terbaik dan berkualiti serta memberi kesan terhadap amalan
pendidikan, ia perlu melalui peningkatan dalam pembangunan profesionalisme guru yang
digariskan berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM) dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), pembangunan profesionalisme
keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai
peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme
Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan
pembangunan profesionalisme berterusan. Oleh itu, sebagai seorang guru yang mempunyai
tahap profesionalisme terbaik, mereka perlulah mempunyai Pelan Pembangunan Diri dan
Kerjaya untuk dijadikan panduan dan tujuan untuk terus berbakti dalam bidang pendidikan
sebagai agen perubahan kepada murid-murid dan masyarakat sekeliling.

3

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PEMBANGUNAN KERJAYA GURU
BERPANDUKAN ENAM PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU OLEH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Menurut Khair (2007), model peringkat perkembangan guru KPM untuk pembangunan guru
adalah sejajar dengan model pertumbuhan profesional yang menghuraikan tentang enam
peringkat perkembangan tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 sehingga
Gred Khas seperti dalam rajah di bawah :

Rajah 1 Model kerangka latihan dan pembangunan berasaskan pertumbuhan
Sebagai seorang guru baharu yang telah ditempatkan di sebuah sekolah kawasan pedalaman
yang belum pernah mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, saya
telah menyediakan satu Pelan Pembangunan Diri dan Pembangunan Kerjaya berpandukan
enam peringkat perkembangan guru KPM yang telah dinyatakan dalam rajah di atas. Pelan yang
telah dirangka ini juga selari dengan konsep ‘guru sebagai agen perubahan’ bagi membantu
membangunakan imej sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang.

4

Berikut merupakan ringkasan Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya yang telah saya rangka :

Rajah 2 : Pelan Pembangunan Diri
5

Rajah 3 : Pelan Pembangunan Kerjaya
6

2.1 PERINGKAT PERMULAAN (DG41)

Pada peringkat permulaan, guru yang baru memulakan perkhidmatannya di sekolah dikenali
sebagai guru novis dan berperanan sebagai ‘pelaksana’. Menurut Mohammed Sani et al (2006),
guru novis merupakan guru sandaran terlatih yang ditempatkan di sekolah-sekolah dan berada
di gred DG41. Pada peringkat ini juga, guru baharu masih memerlukan bimbingan serta
penyeliaan dalam proses PdPc dan berada dalam proses memahami bidang tugas dalam
kurikulum mahupun kokurikulum.

Apabila saya ditempatkan di sekolah pedalaman, saya akan mempersiapkan sebuah
Pelan Pembangunan Diri di mana saya akan mempraktikkan pelbagai kaedah dan pendekatan
pengajaran dalam PdPc yang telah dipelajari di IPG. Umumnya, di kawasan pedalaman, murid-
murid tidak terlalu terdedah dengan kepelbagaian kaedah belajar dan lebih kepada kaedah
pembelajaran tradisional. Perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan kerana setiap murid
berhak untuk mendapat kesamarataan akses pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa tanpa
mengira kaum dan tempat tinggal (Siti Masayu, 2008). Antara kaedah pengajaran abad-21 yang
boleh dilaksanakan seperti Gallery Walk, Pembelajaran Berasaskan Projek dan One Stay Three
Strays. Di samping mengajar, saya dapat memantapkan ilmu dan kemahiran dalam pedagogi
sebagai persiapan masa hadapan.

Bagi Pelan Pembangunan Kerjaya pula, pada peringkat ini saya akan membantu pihak
sekolah dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan program-program yang menerapkan
pelbagai aktiviti dalam bidang Sains dan Teknologi di sekolah ini terutamanya dalam bidang
kokurikulum. Sepanjang pelaksanaan program, saya juga akan dapat menimba ilmu pengelolaan
daripada guru-guru sedia ada yang lebih berpengalaman untuk diaplikasikan dalam peringkat
perkembangan seterusnya. Antara aktiviti yang boleh dicadangkan ialah aktiviti STEM (Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan ROBOTIK yang menggunakan bahan semula jadi
namun masih mengekalkan konsep sains teknologi. Menurut Fazurawati (2018), aktiviti STEM
dapat memudahkan kehidupan masyarakat. Pelbagai penciptaan baharu dapat dihasilkan
menerusi penerokaan STEM, tanpa melupakan aspek akal budi yang juga teras ketamadunan
bangsa terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Pelaksanaan aktiviti sedemikian secara tidak
langsung mempamerkan kualiti guru sebagai agen perubahan yang telah mengubah corak
pemerolehan ilmu yang lebih berkembang di sekolah pedalaman.

7

2.2 PERINGKAT BERASPIRASI (DG 44)

Pada peringkat ini, guru berperanan sebagai ‘penggerak’ dan telah mempunyai beberapa
kemahiran dalam menyelesaikan masalah PdPc. Guru akademik pada peringkat beraspirasi ini
juga sedang berusaha meningkatkan tahap profesionalisme dengan melaksanakan penyelidikan
untuk melahirkan lebih banyak idea bernas sebagai penambahbaikan PdPc. Di samping itu,
menurut Wong Kiet Wah et al (2018), guru penggerak sepatutnya sudah bersedia untuk
memberikan bimbingan dan berperanan sebagai mentor kepada guru baharu.

Pelan Pembangunan Diri yang telah dirangka pada peringkat perkembangan beraspirasi
ini ialah saya akan melanjutkan pelajaran dalam Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) ke
peringkat Sarjana dalam pengkhususan Sarjana Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi (A9450)
di universiti awam seperti UiTM. Hal ini kerana, kelak segala pengetahuan dan kemahiran yang
telah diperolehi sepanjang proses pembelajaran sarjana akan dapat diaplikasi dan diterapkan di
sekolah pedalaman ini. Sebagai contoh, saya dapat mengaplikasikan pembelajaran kontekstual
secara maya dalam bilik darjah untuk memberi pengalaman belajar kepada murid pedalaman.
Dapatan kajian Mahyuddin & Maizura (2014) membuktikan bahawa majoritinya sekolah luar
bandar tidak mempunyai amalan pengajaran berasaskan teknologi terbaik disebabkan kemahiran
guru yang lemah. Oleh yang demikian, saya bertanggungjawab dalam mencipta perubahan
dengan menerapkan kemahiran TMK dalam PdPc dan kokurikulum supaya pendidikan bergerak
ke arah pembangunan modal insan murid yang berteraskan kemahiran abad ke-21 dan
meningkatkan kecekapan serta keberkesanan dalam sistem pendidikan di sekolah.

Dalam konteks Pelan Pembangunan Kerjaya pula, saya akan mengelola dan
membimbing program besar di sekolah yang berasaskan Project Based Approaches melibatkan
murid Tahap 1 dan 2. Antara contoh program ialah ‘Program Reka Cipta Kitar Semula’ di mana
murid perlu mencipta sebuah projek yang berasaskan barang kitar semula seperti botol, tin, kayu
dan sebagainya. Meskipun bilangan murid di sekolah pedalaman lebih sedikit berbanding sekolah
bandar, namun program sedemikian tetap boleh dijalankan dengan bantuan guru sebagai
fasilitator. Program tersebut akan memberi murid pengalaman untuk belajar secara hands-on dan
melihat hasil kreativiti sendiri. Sebagai guru gred DG44, saya akan berupaya untuk membimbing
guru baharu dalam membantu melaksanakan program tersebut dan secara tidak langsung
program yang menggunakan pendekatan penghasilan projek dapat membantu menyelesaikan
masalah PdPc yang berlaku di sekolah. Program sedemikian juga boleh dianjurkan antara
sekolah pedalaman dan menjadi penyumbang kepada graf kecemerlangan kokurikulum sekolah.

8

2.3 PERINGKAT KOMPETEN (DG48)

Menurut Saedah & Mohamed Sani (2012), kompetensi guru adalah perkara yang berkaitan
profesional dan sosial seperti kepakaran subjek, kepakaran teori pengajaran dan pembelajaran,
dan kepakaran dalam pengurusan. Definisi tersebut sesuai dengan peringkat perkembangan
guru gred DG48 yang dikira sebagai guru berpengalaman yang berkebolehan dalam memberikan
arahan dan peraturan dalam pelaksanaan PdPc. Beliau juga boleh menyelia, menilai dan
membimbing rakan sekerja serta berupaya melakukan educated guess terhadap setiap masalah
dalam PdPc..

Sebagai guru berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam banyak hal, Pelan
Pembangunan Diri yang akan dirangka ialah saya akan mengasah kemahiran kepimpinan dalam
diri. Hal ini kerana, di peringkat ini saya sepatutnya sudah boleh menyelia dan membimbing rakan
sekerja dalam pelaksanaan tugasnya di sekolah. Saya perlu memperbanyakkan pengetahuan
dan pengalaman dalam memimpin dan mengelola sesebuah pasukan sehingga mampu menjadi
peneraju kepada segala penambahbaikan dalam PdPc. Semasa berada di peringkat ini, saya
boleh menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LADAP) yang menyampaikan ilmu berkaitan
profesion kegurun di samping memberikan latihan yang mampu membentuk keyakinan diri,
pengetahuan dan kemahiran baharu dalam meneruskan tanggungjawab sebagai agen
perubahan dalam bidang pendidikan (Noor Lela et al., 2014).

Justeru itu, Pelan Pembangunan Kerjaya pula, saya akan memohon untuk menjadi Guru
Cemerlang. Permohonan Guru Cemerlang ini juga dijadikan sebagai salah satu alternatif untuk
memendekkan laluan kerjaya saya sebagai guru atau dikenali sebagai ‘fast track’. Sepanjang
proses permohonan, saya akan melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran dalam PdPc serta
menguruskan pelbagai program di sekolah dan secara tidak langsung beberapa pencapaian
sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dapat dikecapi. Contohnya, saya akan
mengadakan Program Pecut Minda yang memperkenalkan pelbagai teknik menjawab soalan
karangan UPSR. Keberkesanan program tersebut akan dapat dilihat melalui kenaikan peratus
cemerlang bagi keputusan peperiksaan Bahasa Melayu murid-murid di sekolah pedalaman ini.
Maka, peningkatan prestasi saya sebagai guru cemerlang juga dapat ditunjukkan. Selain itu, saya
juga akan mempelbagaikan skop tugas guru untuk menambah pengalaman dalam bidang
pengajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Cemerlang ini juga memiliki takrif
sebagai guru berkesan yang mempunyai disposisi cemerlang dalam segala hal dan sepatutnya
menjadi idola dan model ikutan setiap murid dan rakat sejawatnya (Khairul Anuar, 2012).

9

2.4 PERINGKAT PROFISIEN (DG52)

Menurut Wong Ah Kiet et.al (2018), guru pada peringkat profesion merupakan peneraju dan
penggerak perubahan berkaitan PdPc serta berkebolehan untuk mencetuskan kreativiti dan
inovasi dalam PdPc. Pada peringkat ini, guru berkebolehan untuk menjadi pakar rujuk, mentor,
pembimbing serta menjadi pemimpin yang mampu melaksanakan perubahan berterusan dan
penambahbaikan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Pelan Pembangunan Diri saya apabila berada di gred DG52 ialah saya akan mempelajari
ilmu inovasi dalam pendidikan berdasarkan pemerhatian terhadap masalah dalam pengajaran
selama saya berada di sekolah pedalaman ini. Menurut Yahya & Lailinanita (2012), penemuan
inovasi adalah untuk menangani masalah dan ia merupakan usaha untuk menaik taraf mutu
profesionalisme guru. Saya akan cuba menghasilkan inovasi pendidikan dalam bidang Matematik
yang dianggap sukar oleh segelintir murid seperti penggunaan kit permainan dam ular dan binggo
dalam operasi penambahan dan penolakan. Pengetahuan dalam amalan inovasi ini juga akan
saya jadikan sebagai falsafah PdPc peribadi yang dibangunkan untuk setiap pelaksanaan PdPc
mengikut tahap dan kesediaan murid. Ia juga membantu saya dalam membentuk keperibadian
kepimpinan kreatif dan kritis yang sistematik dan boleh dijadikan ikutan oleh rakan sejawat yang
lain untuk mendorong serta menilai penambahbaikan PdPc.

Peringkat profesien ini juga mengamalkan bidang latihan bagi budaya pengurusan
pentadbiran. Oleh yang demikian, Pelan Pembangunan Kerjaya saya pada peringkat ini ialah
saya akan menyertai Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat untuk dilantik sebagai Guru
Penolong Kanan (GPK) yang akan dikelolakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Sepanjang
kursus ini, saya akan diberi pengetahuan dalam kandungan kursus Bhg I : Pengurusan Am
Pejabat yang berkaitan dengan tadbir urus pengurusan sekolah dengan efisien sehingga menjadi
pemangkin kepada kelicinan jentera pentadbiran sekolah (Institut Aminuddin Baki, 2019). Apabila
saya berjaya dilantik sebagai GPK, saya dapat mengaplikasikan ilmu kepimpinan dan
pengurusan. Saya juga dapat membimbing dan menjadi pakar rujuk dalam penghasilan idea
inovasi yang kritis dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang yang merentas
kurikulum sehingga boleh diperluas ke peringkat sekolah pedalaman yang lain. Apabila budaya
inovasi diamalkan oleh pemimpin pentadbiran tertinggi sekolah, ia akan dijadikan contoh dan
mampu memberikan kecemerlangan terhadap imej sekolah pedalaman.

10

2.5 PERINGKAT STRATEGIS (DG54)

Menurut Faizah (2016), guru berpengalaman mengalami pertambahan kemahiran
menyelesaikan masalah pengajaran yang bercorak kepelbagaian, multidimensi dan spesifik
kepada konteks. Guru pada peringkat ini dijadikan ikutan dan role model kepada guru-guru lain
ekoran daripada kepakarannya sebagai pemikir strategis dalam bidang kreativiti dan inovasi
sebagai penambahbaikan PdPc.

Oleh yang demikian, pada peringkat ini, Pelan Pembangunan Diri yang akan saya
dasarkan ialah saya meletakkan fokus dan berhasrat untuk menjadi seorang pemimpin guru yang
serba boleh (multitasking) dan dicontohi oleh masyarakat sekelililng. Saya akan membina imej
kepimpinan dalam diri sendiri sebagai ‘role model’ sehingga ke peringkat yang lebih tinggi luar
daripada kawasan sekolah pedalaman saya. Di samping membina imej kepimpinan, saya akan
menghasilkan penulisan ilmiah berkaitan dengan metadologi dan pedagogi PdP untuk dijadikan
panduan serta nukilan diri sendiri sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru sehingga ke
peringkat strategis ini. Dalam penulisan itu juga saya akan selitkan setiap pencapaian dan
kepakaran dalam bidang pendidikan yang telah dikecapi selama berada di sekolah pedalaman
ini untuk dijadikan suri teladan kepada guru di luar sana. Saya ingin membuktikan bahawa
meskipun ditempatkan di sekolah pedalaman, namun sebagai guru, saya masih mampu
memberikan imej yang terbaik kepada sekolah melalui kecemerlangan akademik dan
kokurikulum yang dikecapi.

Bagi Pelan Pembangunan Kerjaya pula, sekiranya diberikan tawaran oleh pihak JPN,
saya akan menghadiri latihan sebagai guru besar pula. Hal ini adalah untuk menguruskan
perubahan sekolah secara cekap dan berkesan dalam mentaksir reka bentuk program yang
diadakan di sekolah-sekolah pedalaman. Saya juga akan komited dalam skop tugas pemimpin
sebagai guru besar sehingga mampu menjadi contoh pemimpin terbaik antara sekolah. Hal ini
kerana, apabila kita menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik,
sumbangannya dalam pendidikan amat diperlukan untuk menyediakan dan memacu budaya
kerja yang dapat memenuhi keperluan rakan sejawatan dalam kluster sekolah-sekolah
pedalaman (Khair 2007). Selain itu, apabila saya menjadi guru besar, saya dapat bertindak
sebagai guru pakar dalam bidang pendidikan yang mampu merangka strategi dan idea baharu
dalam pelaksanaan PdP.

11

2.6 PERINGKAT BERWAWASAN (Gred JUSA C)

Pada peringkat berwawasan ini, guru adalah seorang penjawat awam yang menjadi contoh
kepimpinan dalam profesionalisme bidang PdPc. Beliau juga merupakan pakar dan perunding
cara yang berkualiti sehingga dinobatkan sebagai ikon berautoriti dalam profesion keguruan
(KPM, 2016). Pendek kata, pada peringkat ini, guru tersebut telah mempunyai ilmu dan
kemahiran yang mantap dalam segala hal berkaitan profesion keguruan dan dijadikan tokoh guru
terbaik. Meskipun saya telah berada pada Gred Jusa C, namun saya masih memilih untuk tetap
berkhidmat di sekolah. Hal ini kerana saya merasakan bahawa sekolah-sekolah pedalaman
masih perlu dibantu untuk mencapai kecemerlangan yang optimum dari aspek akademik dan
kokurikulum. Berdasarkan peta laluan latihan yang dikeluarkan oleh KPM, PPP yang berada di
Gred Khas Jusa C masih boleh memilih laluan kerjaya dalam bidang PdPc berbanding
kepimpinan dan pentadbiran di Jabatan Pelajaran Negari (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) (KPM, 2016).

Pelan Pembangunan Diri yang akan saya laksanakan apabila berada di Gred Khas adalah
saya akan terus mencari ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang pengkhususan saya iaitu
Bahasa Melayu sehingga mampu menjadi pakar rujuk bahasa. Bahasa Melayu merupakan ilmu
sepanjang hayat yang perlu dipelajari meskipun telah berada di peringkat gred tertinggi (Mohd
Salihin et al., 2018). Sebagai seorang pemimpin berwibawa dan berkaliber, saya perlu berfikiran
holistik serta memiliki ilmu, kepakaran sehingga berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam
merangka strategi komprehensif khususnya dalam bidang bahasa, pedagogi PdPc dan
kepimpinan dalam pentadbiran. Antara contoh amalan yang akan dipraktikkan adalah saya akan
mendalami ilmu bahasa sehingga mampu menjadi seorang pakar Munsyi meskipun hanya
berada di sebuah sekolah pedalaman. Pakar Munsyi sememangnya akan dijadikan ikon
berautoriti dan menjadi contoh kepimpinan dalam profesionalisme keguruan. Saya akan dapat
mengasah idea berkualiti yang memberi impak terhadap pendidikan negara. Secara tidak
langsung, imej baik sebagai sekolah pedalaman dapat dijadikan penanda aras bagi pencapaian
dan kecemerlangan sekolah-sekolah pedalaman yang dianggap mundur.

Bagi Pelan Pembangunan Kerjaya pula, saya meletakkan fokus untuk menjadi seorang pakar
perunding pedagogi masa kini misalnya saya berupaya merangka pelan terhadap penggunaan
strategi pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru pedalaman. Sebagai guru besar, saya akan
menjadikan sekolah saya sebagai pusat penghasilan dan pencetus budaya inovasi bagi sekolah-
sekolah pedalaman. Saya akan bertindak sebagai pakar rujuk dan melatih guru-guru sekolah

12

sebagai ikon inovasi yang melibatkan amalan penyelidikan dalam kebitaraan PdPc dan bidang
kokurikulum yang menyumbang kepada pembinaan budaya bertaraf antarabangsa. Sekolah
pedalaman saya juga akan diiktiraf sebagai sekolah berprestasi terbaik meskipun tidak terdedah
dengan kemajuan pola pendidikan kini.
3.0 KESIMPULAN
Sebagai seorang guru yang akan berkhidmat kepada negara, kita hendaklah menetapkan hala
tuju bagi profesion keguruan yang diceburi agar skop tugas sebagai guru dapat dipelbagaikan
dan memperoleh pelbagai pengalaman dalam penerapan kemahiran. Saya sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan sentiasa menggarap peluang yang ditawarkan oleh pihak
Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) demi mengembangkan laluan kerjaya bagi
profesionalisme keguruan ini. Pada zaman kemajuan kini, guru tidak boleh berada ditakuk yang
sama dan hanya memberikan komitmen terhadap pelaksanaan PdPc semata-mata. Hal ini
kerana, tanpa pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa diperbaharui, guru tersebut mampu
memenuhi keperluan pendidikan semasa lebih-lebih lagi guru berhadapan dengan cabaran
bebanan tugas yang berat terutamanya apabila kini murid-murid sebagai pelanggan utama guru
semakin maju seiring dengan perkembangan dunia. Rumusannya, apabila sudah berada dalam
dunia keguruan, ia terpulang kepada PPP sama ada ingin mengambil langkah serius dengan
melibatkan diri secara aktif dalam perkembangan laluan kerjayanya atau hanya berada dalam
kelompok dan persekitaran yang sama dari peringkat Gred DG41 sehingga Gred 54.

13

RUJUKAN

Faizah Abd Majid. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di
Malaysia: Cabaran dan strategi. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan 2016.
https://www.researchgate.net/publication/310773147_Kajian_Tindakan_dan_Pembanguna
n_Profesional_Guru-guru_di_Malaysia_Cabaran_dan_strategi

Fazurawati Che Lah. (2018). Pendidikan Stem. HarianMetro.
https://www.hmetro.com.my/bestari/2018/10/384491/pendidikan-stem

Institut Aminuddin Baki. (2019). Kursus Pengurusan Pentadbiran Pejabat. Kementerian
Pendidikan Malaysia. https://iab.moe.edu.my/index.php/ms/m-kursus-pppp#jabatan-
pengurusan-kewangan-dan-pentadbiran-pejabat

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan.

Khair Mohamad Yusof. (2007). Latihan Berorientasikan Pertumbuhan Untuk Pemimpin
Pendidikan. Institut Aminuddin Baki.

Khairul Anuar A.Rahman. (2012). Disposisi Guru Berkesan : Personaliti dan Kemahiran
Komunikasi. Akademika, 82(2), 37–44.
http://journalarticle.ukm.my/6119/1/Akademika_82%282%29Chap_4-locked.pdf

Mahyuddin Arsat, & Maizura MohdY unus. (2014). Satu Kajian Cabaran Guru Di Sekolah
Pedalaman Daerah Muar. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 3(2), 1–7.

Mohammed Sani Ibrahim, Zamri Mahamod, & Othman, N. (2006). Pengenalan kesediaan
profesionalisme guru novis. Fakulti Pendidikan, UKM.

Mohd Aizat Abu Hassan, & Kamarudin Musa. (2019). Amalan Profesionalisme Guru Sekolah
Rendah Di Semenanjung Malaysia. Jurnal Pendidikan, 3(1), 12–24.

Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Faeez Ilias, Hasrol Basir, & Mohd Amin Mohd Noh.
(2018). Kesedaran Penjawat Awam Terhadap Keperluan Pendidikan Sepanjang Hayat :
Satu Sorotan Kajian. Nternational Research Management and Innovation Conference.
https://www.researchgate.net/publication/329862305_Kesedaran_Penjawat_Awam_Terha
dap_Keperluan_Pendidikan_Sepanjang_Hayat_Satu_Sorotan_Kajian

14

Noor Lela Ahmad, Hariyaty Ab Wahid, Hazianti Abdul Halim, Zuriadah Ismail, & Normala Abd
Rani. (2014). Amalan Pembangunan Profesional (Ldp) Dalam Kalangan Guru Sekolah
Menengah Daerah Manjung. Asia Pacific Conference On Educational Management And
Leadership (APCEMaL 2014).
https://www.researchgate.net/publication/310440830_AMALAN_PEMBANGUNAN_PROFE
SIONAL_LDP_DALAM_KALANGAN_GURU_SEKOLAH_MENENGAH_DAERAH_MANJU
NG

Saedah Siraj, & Mohamed Sani Ibrahim. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Jurnal
Pendidikan, 2(1).
https://www.academia.edu/13727679/STANDARD_KOMPETENSI_GURU_MALAYSIA

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2008). Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan
Masyarakat Luar Bandar : Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajahan Bachok,
Kelantan. Universiti Sains Malaysia.

Wong Kiet Wah, Noriati.A.Rashid, & Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru : Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Yahya Buntat, & Lailinanita Ahamad. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Jurnal
Pendidikan Teknikal, Vokasional Dan Kejuruteraan, 6, 44–58.
http://eprints.utm.my/id/eprint/26349/1/JTVEE-06-2012-004.pdf

15


Click to View FlipBook Version