PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL
Nama: SITI AIESAH BINTI SALIM Program: PISMP TAHUN 2 SEM 1 Opsyen: BAHASA MELAYU (SK) Pensyarah : En. THADIUS BIN GUGAU
Pengenalan Bidang Kraf Tradisional Kesimpulan KRAF TRADISIONAL isi kandungan folio
Apa itu Kraf Tradisional Hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun-temurun. Kraf tradisional juga merupakan hasil seni warisan bangsa dan peninggalan nenek moyang. Kraf tradisional juga dipenuhi dengan unsur-unsur budaya dan tradisi sesebuah masyarakat. Pengenalan
S E P U L U H B I D A N G KRAF TRADISIONAL Alat Domestik Alat Permainan Alat Pertahanan diri Perhiasan Diri Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar
Kraf Tradisional untuk Alat Domestik
PENGENALAN Alat domestik amat penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Alat domestik ialah barangan keperluan harian yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. CONTOH-CONTOH Batu Giling, Batu Kisar, Tudung Saji, Tudung Rotan, Kukuran, Cerek Tembaga
Pemilihan Bahan Mentah: Langkah pertama adalah memilih bahan mentah yang berkualiti. Mengkuang adalah bahan yang biasanya digunakan untuk membuat tikar. Pastikan mengkuang yang dipilih adalah segar dan cukup panjang untuk mencukupi saiz tikar yang diinginkan. Penyediaan Mengkuang: Bersihkan mengkuang dari segala kotoran dan debu. Kemudian, rendam mengkuang dalam air untuk menjadikannya lebih fleksibel dan mudah dibentuk. Pemotongan Mengkuang: Potong mengkuang kepada panjang yang sesuai dengan saiz tikar yang diinginkan. Ini memerlukan ketepatan dalam mengukur dan memotong agar segala potongan mengkuang seragam. TIKAR MENGKUANG Langkah-langkah menghasilkan
TIKAR MENGKUANG Langkah-langkah menghasilkan Pengeringan daun: Ini adalah langkah penting di mana potongan mengkuang dikeringkan dengan cara melayur daun mengkuang di atas api. Penganyaman Mengkuang: Selepas mengering, mengkuang biasanya perlu dihaluskan untuk memastikan ia lembut dan tidak berduri. Proses ini biasanya melibatkan menggunakan alat seperti pisau atau tangan untuk meratakan serat mengkuang Perekaan: Tikar mengkuang sering dianyam dengan corak yang indah. Perekaan tikar mengkuang melibatkan menggunakan teknik-teknik khas untuk menghasilkan corak dan reka bentuk yang menarik.
TIKAR MENGKUANG Langkah-langkah menghasilkan Penyambungan dan Penyempurnaan: Potongan-potongan mengkuang yang telah dianyam bersambung untuk membentuk tikar. Proses ini memerlukan kecekapan dalam penyambungan dan penyempurnaan supaya tikar kelihatan bersambung dengan baik. Penyelesaian: Tikar mengkuang akhirnya diakhiri dengan meratakan bahagian tepi dan menghilangkan serabut yang berlebihan. Ini memberikan produk akhir yang lebih bersih dan menarik. Pembersihan dan Penjagaan: Akhirnya, pastikan untuk membersihkan tikar mengkuang dengan baik sebelum menggunakannya. Penjagaan yang baik akan meningkatkan jangka hayat tikar.
Kraf Tradisional untuk Alat Permainan
PENGENALAN Permainan Tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang diciptakan pada zaman dahulu untuk menghilangkan kebosanan. Terdapat sebahagian daripada permainan ini sudah jarang dimainkan lagi. CONTOH-CONTOH Congkak, Wau, Batu Seremban, Sepak Raga dan Gasing
Memilih buluh yang sesuai untuk dijadikan rangka bulu duri untuk rangka wau dan buluh betong yang lebih keras digunakan untuk tulang belakang wau 1. buluh diraut untuk memastikan buluh dapat dibentukkan . 2. Meraut buluh bilah buluh diseimbangkan dan diikat menggunakan tali nylon. 3. Membuat Rangka rangka yang telah dihasilkan ditampal dengan kertas berwarna warni 4. Menampal rangka corak yang menarik ditampal pada badan wau untuk meningkatkan nilai estetika wau tersebut 5. Menampal Corak tali teraju yang menggunakan tali tangsi dipasang pada wau untuk memudahkan proses pengendalian wau. 6. Memasang Tali Teraju WAU BULAN Langkah-langkah menghasilkan
Kraf Tradisional untuk Alat Pertahanan Diri
PENGENALAN Alat pertahanan diri ialh senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh, binatang liar dan ancaman-ancaman lain. Alat Pertahanan diri juga menjadi lambang keberanian pahlawan Melayu. CONTOH-CONTOH Keris, Lembing, Perisai, Golok
Kraf Tradisional untuk Alat Perhiasan Diri
PENGENALAN Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Alat perhiasan diri tradisional lazimnya menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis adat istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. CONTOH-CONTOH Dokoh, Pending, Cucuk sanggul dan Anting-anting.
Kraf Tradisional - Batik
PENGENALAN Batik merupakan bidang kraftangan yang unggul di Malaysia dan kaedah pembuatannya telah ditemui sejak abad ke-15 Masihi. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap batik untuk menghasilkan corak. JENIS-JENIS Batik Canting, Batik Blok, Batik Skrin dan Batik Pelangi
Langkah pertama ialah kita mereka corak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional, flora fauna dan sebagainya. Langkah kedua, kita gunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Langkah ketiga, mematikan warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Langkah keempat ialah kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Seeloknya, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahanan dan kualitinya. BATIK Langkah-langkah menghasilkan
Kraf Tradisional - Tekat
PENGENALAN Turut dikenali dengan nama seni bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (baldu). Kerja menekat ini memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. JENIS-JENIS Tekat Timbul Bunga Emas dan Tekat Gubah
Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS Langkah-langkah menghasilkan
Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS Langkah-langkah menghasilkan Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
Kraf Tradisional - Tenunan
PENGENALAN Tenunan merupakan seni tekstil yang mengambil masa lama untuk disiapkan kerana prosesnya yang cukup panjang. Seni tenunan yang terkenal di Malaysia ialah seni tenunan songket yang menggunakan benang sutera halus dan benang emas. JENIS-JENIS Tenunan Bunga Penuh, Tenunan Bunga Tabur dan susunan Bercorak.
Mencelup benang Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan. Melerai benang Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat. Menganeng benang Proses membuat benang yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun. Menggulung Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng. TENUNAN SONGKET Langkah-langkah menghasilkan
Menyapuk benang Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerjakerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun. Menyongket benang Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang. Menenun Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz. TENUNAN SONGKET Langkah-langkah menghasilkan
Kraf Tradisional - Ukiran Kayu
PENGENALAN Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. ISeni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. JENIS-JENIS Ukiran Tebuk Tembus, Ukiran Tebuk tidak Silat, Ukiran Bunga Timbul, Ukiran Arca, Ukiran Melarik dan Ukiran Kayu Hanyut
Kraf Tradisional - Anyaman
PENGENALAN Seni anyaman ialah proses membuat karya seni dengan cara menyusun dan menganyam serat-serat tumbuhan seperti pandan, mengkuang atau rotan menjadi pelbagai bentuk serta corak yang indah dan berwarna.
Lagang lagang ialah tulang dalam membentuk sesebuah anyaman. Ukuran panjang sesuatu anyaman berganting kepada saiz lagang yang dibuat. Anyaman Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelerai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Lepih Lepih ialah anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. ANYAMAN Langkah-langkah menghasilkan
Sisip Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan. Tujuannya untuk menghindari anyaman daripada terburai. Anyaman Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelerai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. ANYAMAN Langkah-langkah menghasilkan
Kraf Tradisional - Tembikar
PENGENALAN Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. JENIS-JENIS Geluk, Buyung, Jambangan, Labu dan Bekas Bara
1. Penyediaan tanah liat TEMBIKAR Langkah-langkah menghasilkan 2. Tanah liat diproses terlebih untuk mengasingkan benda asing/ organik yang tidak diperlukan seperti akarakar kayu, daun, dan batu-batu kecil 3. Tanah liat dijemur dan dikeringkan. Tanah liat yang sudah dikeringkan, ditumbuk sehingga menjadi serbuk dan diayak untuk mengasingkan bendasing. Serbuk yang sudah diayak dicampur dengan air daun peluput dan diperam semalaman. 4. Serbuk tanah liat yang sudah diperam diuli untuk menyingkirkan gelembung udara. Setelah itu, tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan tiada gelembung udara dan bendasing. 5. Tanah liat yang sudah diproses boleh dibentuk secara picitan, lingkaran dan kepingan.
6. Tanah liat yang sudah dibentuk dilicinkan dengan batu sungai dan dibiarkan kering. Setelah tembikar kering, tembikar tersebut dibakar untuk mengkalkan bentuknya. 7. Tembikar yang telah masak dimasukkan ke dalam sekam padi. Tembikar tersebut disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan. TEMBIKAR Langkah-langkah menghasilkan
Kesimpulannya, warisan kraf tradisional perlu dipelihara dan dijaga supaya tidak hilang ditelan zaman. Warisan kraf tradisional juga merupakan identiti masyarakat kita yang perlu dikekalkan untuk memastikan setiap individu dalam masyarakat mempunyai jati diri yang tersendiri. Warisan kraf tradisional juga perlu diajarkan generasi muda supaya generasi muda mencintai warisan kraf tradisional dan terus memartabatkan seni warisan bangsa. Kesimpulan