The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kumarasamyparamaguru171176, 2023-02-15 21:35:26

Fahami Maksud Fokus Soalan

Fahami Maksud Fokus Soalan

Fahami maksud Fokus Soalan Bil Fokus Soalan/Maksud Contoh 1 Punca - asal mulanya, kerana, lantaran, sebab Banyak punca mempengaruhi pergerakan sekumpulan besar rakyat sesebuah negara melarikan diri ke negara lain. Malaysia turut aktif membantu kumpulan manusia ini walaupun tidak terikat dengan perjanjian antarabangsa. Bincangkan. 2 Faktor - unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil Masalah penyeludupan barang dan hidupan liar merentasi sempadan negara Malaysia dan negara jiran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Huraikan. 3 Rasional -alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: 1. Bersinonim dengan wajar ( logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah, masuk akal, ) 2. Bersinonim dengan alasan ( kewajaran, hujah, asas, bukti, dalil, pandangan, ) Kerajaan berusaha untuk mencapai wawasan mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika . Bincangkan rasional kerajaan berbuat demikian. 4 Risiko - akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: Menurut International Medical Products Counterfeiting Taskforce, sekitar tiga hingga lima peratus ubat dalam pasaran farmaseutikal di Malaysia yang kebanyakannya dibawa masuk dari negara luar ialah ubat tiruan. Pengambilan ubat – ubatan ini menimbulkan pelbagai risiko kepada pengguna dan usaha tertentu boleh diambil untuk membanteras kegiatan pengedarannya di negara ini. Bincangkan.


5 Cabaran - sesuatu (unsur, faktor) yg menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi Pertubuhan Negara – Negara Asia Tenggara ditubuhkan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara anggota dalam pelbagai aspek serta mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di rantau sebelah ini. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam usaha mencapai hasrat tersebut. 6 Peranan - Tugas yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu Inflasi telah menyebabkan perbelanjaan rakyat semakin meningkat. Golongan B40 antara yang terkesan dengan isu ini. Peranan pelbagai pihak amat perlu agar inflasi dapat ditangani dengan lebih efisien. Bincangkan. 7 Sumbangan - Sesuatu yang diberikan sebagai sokongan, bantuan atau pertolongan Malaysia dilihat telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang sejak menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Namun begitu masih terdapat sesetengah pihak yang merasakan PBB masih dangkal dalam memelihara keamanan dunia. Bincangkan. 8 Halangan - Penggagal atau sesuatu sebab kegagalan, rintangan, gangguan bagi menjayakan sesuatu Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk dalam membangunkan bidang sukan negara. Namun terdapat pelbagai halangan yang menjejaskan pencapaian atlet dalam bidang tersebut. Bincangkan. 9 Implikasi - kesan terus yang terbit atau dapat ditakrifkan daripada sesuatu kejadian atau perkara Huraikan implikasi pelaksanaan dasar-dasar awam dalam pembangunan negara.


10 Kesan Sesuatu yang timbul daripada sesuatu kejadian , kesudahan daripada sesuatu, efek Malaysia dikelilingi oleh beberapa buah negara yang tidak mempunyai kestabilan politik dalaman. Ketidakstabilan politik negara-negara tersebut telah memberikan kesan tertentu kepada Malaysia. Huraikan. 11 Potensi - Kemampuan (mencapai, menghasilkan, melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan utk berkembang maju Malaysia berhasrat menjadi hab halal dunia kerana industri ini menjamin pelbagai pulangan kepada negara. Oleh itu, segala potensi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut. Bincangkan. 12 Kepentingan - Sesuatu yang penting demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kerajaan untuk melaksanakan dasar bagi mempertahankan dan melindungi kepentingan negara. Huraikan. 13 Langkah - Cara melakukan atau melaksanakan sesuatu, perbuatan, tindakan Kepesatan pembangunan tanpa mengambil kira alam sekitar telah menyumbang pemanasan global. Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pada peringkat antarabangsa bagi menangani isu tersebut. Huraikan. 14 Usaha - Daya upaya / ikhtiar/ pendekatan melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu Menurut International Medical Products Counterfeiting Taskforce, sekitar tiga hingga lima peratus ubat dalam pasaran farmaseutikal di Malaysia yang kebanyakannya dibawa masuk dari negara luar ialah ubat tiruan. Pengambilan ubat – ubatan ini menimbulkan pelbagai risiko kepada pengguna dan usaha tertentu boleh diambil untuk membanteras kegiatan pengedarannya di negara ini. Bincangkan.


15 Luar Kebiasaan Soalan Esei: STPM 2021 Sem 3 1. TELAH MELETAKAN 2. MEMELIHARA HAK RAKYAT 3. DAPAT MEMBENTUK 4. DAPAT MENGECILKAN JURANG 18. Dasar luar yang diamalkan sehingga kini TELAH MELETAKAN Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati. Jelaskan. Soalan Esei : STPM 2021 Sem1 No 20 – Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan MEMELIHARA HAK rakyat pelbagai kaum. Huraikan. Soalan Esei : STPM 2022 Sem 2 No 7 Pengamalan prinsip kelima Rukun Negara DAPAT MEMBENTUK kepribadian bangsa dan nilai murni. Bincangkan Soalan Esei: STPM 2022 Sem 2 No 8 Ketersampaian kemudahan infrastruktur asas dan sosial ke kawasan luar bandar DAPAT MENGECILKAN JURANG sosioekonomi dengan kawasan bandar. Jelaskan.


Click to View FlipBook Version