The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by w.aiha80, 2023-08-06 09:23:47

Buku Program SEMINAR MOTIVASI KEIBUBAPAAN

Buku Program SEMINAR MOTIVASI

Tarikh : 07 Ogos 2023 (Isnin) Masa : 08.00 pagi - 01.30 tgh Tempat : Dewan Al-Hikmah SMK Jerangau Perasmian Penutupan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA


PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan murid samada dalam bidang pendidikan mahupun kokurikulum bagi memastikan mereka memperolehi kecemerlangan dan kejayaan khususnya dalam peperiksaan SPM kelak. Oleh yang demikian, Unit Projek Kecemerlangan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SMK Jerangau berusaha untuk mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru dengan tema “Motivasi Keibubapaan” dan “Hala Tuju Pelajar Selepas SPM” bagi memberi motivasi, panduan, pendedahan dan maklumat kepada ibu bapa serta keperluan pembelajaran anak-anak mereka untuk memupuk jati diri dalam mengharungi cabaran-cabaran masa kini dan juga menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutamanya bagi murid Tingkatan 5. RASIONAL Rasional program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, dan sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa dalam membantu pihak sekolah untuk mendidik anak-anak supaya cemerlang dan menjadi orang yang berguna. Siri forum dan informasi yang diberikan oleh panel jemputan ini dapat memberikan impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku anak mereka supaya menjurus kepada perilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia. MATLAMAT 3.1 Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. 3.2 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif. 3.3 Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah. OBJEKTIF 4.1 Ibu bapa mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam bidang akademik. 4.2 Ibu Bapa tahu tentang perkembangan aktiviti akademik anak mereka di sekolah. 4.3 Ibu bapa tahu tentang keperluan anak mereka dari segi bahan latihan dan buku kerja. 4.4 Memupuk semangat ibu bapa dan anak-anak untuk mendidik dan mempersiapkan diri mengharungi cabaran-cabaran dalam alam remaja masa kini. 4.5 Memberi idea kepada ibubapa dan murid berkaitan badanbadan dan organisasi tertentu yang dapat membantu mereka ke arah membentuk perkembangan remaja yang cemerlang.


Click to View FlipBook Version