The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rainly Mojungkin, 2023-08-17 03:23:55

SMK. Matunggong, Kudat.

SMK Matunggong, Kudat.

Keywords: SMK Matunggong,SMKGONG

Motto "Ilmu Iman Amal" Visi Sekolah Gemilang, Pelajar Terbilang. Misi Memberikan Pendidikan Berkualiti Bagi Melahirkan Insan Terbilang Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejarah Sekolah SMK Matunggong telah didirikan di atas tapak tanah seluas 20 ekar, terletak kira-kira sejauh 500 meter daripada pekan Matunggong, 39 kilometer dari Kota Marudu, 45 kilometer dari bandar Kudat dan 195 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu. Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah ini telah siap seawal bulan mei 2004. Namun begitu, sekolah ini hanya dibuka dengan rasminya pada 3hb Januari 2005. Pendaftaran pelajar untuk sesi persekolahan 2005 telah bermula pada 28hb dan 29hb Disember 2004. Para pelajar yang berdaftar sebagai generasi pertama di sekolah ini ialah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat. Hampir 85% pelajar sekolah ini berasal dari daerah kecil Matunggong dan selebihnya dari daerah-daerah lain yang berhampiran. Seawal penubuhan sekolah ini berjalan, jumlah pelajar ialah 356 orang yang terdiri daripada 276 orang tingkatan satu dan 80 orang pelajar tingkatan Empat. Tenaga penggerak utama ketika sekolah ini mula-mula beroperasi adalah terdiri daripada tiga orang, iaitu seorang penyelaras dan dua orang pembantu. Kemudian guru bertambah sembilan orang dan dua kakitangan sokongan. INFO SEKOLAH NAMA SEKOLAH : SMK MATUNGGONG, KUDAT KOD SEKOLAH : XEA5024 GRED SEKOLAH : B LOKASI SEKOLAH : LUAR BANDAR SESI PERSEKOLAHAN : SESI PAGI BIL KELAS : 23 KELUASAN SEKOLAH : 20 EKAR TARIKH TUBUH : 3 JANUARI 2005 PPD : KUDAT SMK MATUNGGONG, KUDAT. SMK Matunggong WDT. 177, 89059, Kudat, Sabah. 088-621 681 [email protected]


2017 2018 2019 2020 2021 2022 5 4 3 2 1 0 Sentiasa memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti sepanjang persekolahan mereka tanpa melihat perbezaan agama, bangsa dan keturunan. Sentiasa memastikan bahawa sekolah menyediakan keperluan asas pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Menambahbaikkan persekitaran sekolah yang selesa, indah, bersih, kemas, ceria dan selamat serta dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa memastikan hala tuju pendidikan seiring dengan tuntutan agama, moral dan falsafah pendidikan negara. Sentiasa memastikan semua kakitangan berperanan dengan penuh dedikasi, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan tuntutan profesion perguruan dan etika perkhidmatan awam. Sentiasa memastikan bahawa sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan kaunter secara adil, pantas dan cekap. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecermelangan akademik. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. GRED PURATA SEKOLAH TERBAIK NEGERI SABAH: KATEGORI SEKOLAH MENENGAH HARIAN LUAR BANDAR (TEMPAT PERTAMA) DARI 2017-2022 GRED PURATA MATA PELAJARAN SPM 2022 SMK MATUNGGONG GARIS MASA DAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN SMK MATUNGGONG Tahun 2017 (tempat pertama) Tahun 2018 (tempat pertama) Tahun 2019 (tempat pertama) Tahun 2020 (tempat pertama) Tahun 2021 (tempat pertama) 2020 2021 2022 MAJLIS PENGIKTIRAFAN KECERMELANGAN AKADEMIK (MEKAR) ANUGERAH SUMORIBAU DAERAH KUDAT (TEMPAT PERTAMA) 4.16 3.86 3.59 3.73 3.98 3.55


Click to View FlipBook Version