The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Seri Al Huda, 2025-03-02 21:01:13

Infaq Ramadhan Al Huda 25

Infaq Ramadhan Al Huda 25

INFAQ RAMADHAN SERI Al HUDA Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".(Saba' 34:39) SUMBANGAN MELALUI KOD QR


HJ.HAMID JUSOH PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SERI AL HUDA YBhg. Tan Sri, Puan Sri, Dato’, Datin, Tuan, Puan Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak dari SERI AL HUDA. Semoga kita semua dan seisi keluarga sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keampunan Allah menjelang dan sepanjang berada dibulan yang mulia ini. Seeungguhnya bulan ini adalah laksana bulan pesta ibadah kerana banyaknya aktiviti kebajikan yang bersekala tinggi ganjaran pahalanya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. SERI AL HUDA dengan sukacitanya membuka dan menawarkan ruang beramal jariah dalam bulan mulia 1445H, 2025 ini melalui Program Infaq Ramadhan SERI AL HUDA yang amat diperlukan bagi meneruskan pelbagai program sekolah dan perencanaan pembangunan sekolah di Kompleks Pendidikan Islam Integratif SERI AL HUDA. Mudah-mudahan setiap amalan infaq yang dilakukan diangkat sebagai amal soleh yang berpanjangan demi mendapat keredhaan Allah swt. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kalian sekeluarga Tujuan Sumbangan / Infaq Perkara (anggaran) Perincian Kos (RM) Nota Fasa 4 1 tingkat blok C (6 kelas) 250,000 Kemudahan tandas 700,000 JUMLAH 1,250,000 SASARAN 2025 RM1,000,000.00 BLOK B BLOK C BLOK A


Hasil sumbangan individu dan organisasi termasuk bank-bank tempatan telah membantu pembinaan bangunan seperti yang digambarkan dan pihak sekolah amat menghargainya dan berterima kasih. Moga mereka diberikan ganjaran pahala yang besar atas sumbangan yang telah dilakukan. Sumbangan kalian juga dipohonkan ganjaran pahala di sisi Allah dan memudahkan segala urusan. Sumbangan kalian bakal menjadi jariah dan dilipat kali gandakan antara 10 hingga 700 kali di bulan mulia sebagaimana hadith Nabi “Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’ (Riwayat Muslim) Allah SWT memiliki dua malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon: “Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak.” Kemudian yang kedua pula berdoa: “Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak” (Hadis Riwayat Muslim) Selain daripada itu, setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan AlHakim) Sekolah dengan ini secara tulus, membuka dan menawarkan ruang amal jariah melalui Program Infaq Ramadhan@SERIALHUDA. Infaq amat diperlukan bagi meneruskan misi menyediakan prasarana yang sebanding untuk para pelajar sekolah ini dalam usaha membina pelajar dan individu yang cemerlang, bermanfaat dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan setiap amalan infaq yang dilakukan diangkat sebagai amal soleh yang berpanjangan demi mendapat keredhaan Allah. Semoga Ramadan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kalian sekeluarga. امين امين يا رب Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. (At Taubah:20) BLOK C BLOK A BLOK B BLOK D


BORANG SUMBANGAN Sekolah mengalu-alukan sumbangan dan infaq Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan bagi membantu kami menyediakan prasarana dan khidmat yang diperlukan bagi membangunkan anak bangsa, warga Malaysia yang mencari ilmu dan pengetahuan, menyediakan anak untuk menghadapi masa depan yang mencabar dan sebagai pemimpin masa depan negara. Semoga sumbangan Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, mendapat nilaian dan ganjaran besar di sisi Allah. Sila masukkan “Infaq Ramadhan SERI AL HUDA” di ruangan ‘Other payment Details’. Terima kasih TABUNG PEMBANGUNAN SERI AL HUDA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL HUDA 141 620 100 11738 860054165-0 SUMBANGAN MELALUI KOD QR Nama Organisasi/Institusi: Jawatan: Alamat: No Telefon (R)____________________________________________ No Tel (hp) _________________________________________ Emel: _____________________________________________________ BENTUK SUMBANGAN: Saya dengan ini bersetuju menyumbang kepada SERI AL HUDA sebanyak RM ____________________. Bersama ini disertakan slip pindahan online/wang pos/cek no ___________________________ Sumbangan boleh dikirim kepada Sekolah Rendah Islam Al Huda (SERI AL HUDA) Lot 1769-4, KM 11, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur Te: 03-61887504 (Pejabat) Emel: [email protected]


Click to View FlipBook Version