MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 1
KANDUNGAN
Perkara Halaman
1. Kata-kata Aluan YDP PIBG 3
2. Kata-kata Aluan Pengetua 4
3. Atur Cara Majlis dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 5
4. Senarai Nama AJK PIBG Sesi 2019/2021 6
5. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43 7-11
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 12-15
7. Laporan Kegiatan Tahunan PIBG Sesi 2020/2021 16-18
8. Penyata Kewangan PIBG Sesi 2020 19
9. Penyata Kewangan Surau Sesi 2020 19
10. Pelantikan AJK PIBG 2021/2023
11. Notis Mesyuarat
12. Penghargaan
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 2
ALUAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAJAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, kita dapat bertemu secara maya bagi melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SMK
Tajar kali ke-43.
Pertama sekali, saya bagi pihak AJK PIBG SMK Tajar ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada pihak pentadbir SMK Tajar dan semua AJK PIBG kerana sekali lagi kita berjaya
menganjurkan mesyuarat PIBG kali ke-43 walaupun secara atas talian.
Sesungguhnya, Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa duduk
semeja bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas bagi melonjakkan lagi pencapaian anak-
anak SMK Tajar ke peringkat yang lebih cemerlang dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum.
Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada Ahli Jawatankuasa yang
dilantik sahaja, tetapi turut bersandarkan sumbangan dan kerjasama daripada ibu bapa dan para
waris.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa dan waris agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi
memastikan SMK Tajar yang kita cintai terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya
semua AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi 2021/2023 dapat meneruskan usaha dengan lebih
gigih lagi bagi membantu pihak sekolah, sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga.
Sekian, terima kasih.
Selamat bermesyuarat,
(MOHAMAD FADZIL BIN JAAFAR)
YDP PIBG
SMK Tajar.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 3
KATA-KATA ALUAN PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAJAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya, kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat PIBG Kali Ke-43 secara maya pada tahun ini.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat bersama-sama secara maya ini. Kehadiran ibu
bapa dalam mesyuarat agung kali ini menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan
visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru
yang tidak pernah lelah dan jemu berhempas pulas dengan menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam menjayakan setiap majlis yang diadakan.
Sokongan dan penglibatan semua pihak terutamanya ibu bapa amat diperlukan dalam
memastikan kejayaan anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses PdPR ini, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak sentiasa bersedia untuk menghadiri kelas secara atas talian (online).
Selain itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bangun awal dan mengikuti kelas secara online
ini mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti persekolahan biasa bermula 7.40 pagi hingga
2.10 petang setiap hari. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap
pelajaran anak-anak selain memberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri
mereka tidak tersisih. Keprihatinan ibu bapa menentukan pencapaian anak-anak dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum serta sahsiah diri mereka.
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan
kejasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai
insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi
penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Mohamad Fadzil
bin Jaafar yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta
moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited
dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan.
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi
rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.
Sekian, terima kasih.
NURUL AZNIM BINTI MOH RAZALLI
Pengetua
SMK Tajar.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 4
ATUR CARA MAJLIS
8.30-9.00 pagi : Pendaftaran
8.45-9.00 pagi : Persembahan Tik Tok
(Panorama sekolah)
9.00-9.05 pagi : Aluan pengerusi majlis
9.05-9.10 pagi : Ucapan aluan YDP PIBG
9.15-9.30 pagi : Laporan dan Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua
9.30-9.40 pagi : Persembahan Slide Show
(Aktiviti-aktiviti 2020/2021)
9.40-11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43
11.00-11.30 pagi : Penyampaian cenderahati
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43
Agenda 1 Aluan Pengerusi (YDP PIBG)
Agenda 2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42.
Agenda 3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan bagi sesi 2020/2021
Agenda 4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 28 Februari 2021.
Agenda 5 Membahaskan Usul
Agenda 6 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2021/2023
Agenda 7 Pemilihan Juruaudit
Agenda 8 Ucapan Penangguhan
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 5
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021
SMK TAJAR, ALOR SETAR, KEDAH.
PENASIHAT : Pn. Nurul Aznim binti Mohd Razalli
YANG DIPERTUA : En. Mohamad Fadzil bin Jaafar
NAIB YANG DIPERTUA : En. Mohd Tajudin bin Abdul Majid
SETIAUSAHA : En. Mohamad Ishraqi bin Ismail
PEN. SETIAUSAHA : Pn. Noor Ashikin binti Shaari
BENDAHARI : Pn. Roshaslinda binti Hanafi
PEN. BENDAHARI : Pn. Fathiyah binti Mohd Jamil
AJK WARIS : En. Abdul Razak bin Kasa
En. Ahmad Salleh bin Talib
En. Bakri bin Saad
En. Nazri bin Saad
Pn. Rosmah binti Azizan
Pn. Che Sofian binti Ibrahim
Pn. Normala binti Abdullah
Pn. Khoiriyah binti Kassim
AJK GURU : Pn. Azizah binti Mohd Akhir
Pn. Mazwinah binti Md. Takin
Pn. Che Salwa binti Kadir
Pn. Nurul Huda binti Murad
PEMERIKSA KIRA-KIRA : En. Mohd Rashidi bin Saad (Waris)
Pn. Zuswarni binti Zakaria (Guru)
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAJAR
06500 LANGGAR
KEDAH DARUL AMAN
JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-43
Tarikh : 23 OKTOBER 2021(Sabtu)
Masa
Tempat : 9.00 pagi
: Kediaman Masing-masing
(Online Google Meet) .
1.0 AHLI JAWATANKUASA :
JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TAJAR
KALI KE-43
1.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn Nurul Aznim binti Mohd Razalli (Pengetua)
Naib Pengerusi I : Pn. Nor A’isah binti Bakar ( Pen. Kanan Pentadbiran )
Naib pengerusi II : Pn Khairiah binti Jusoh (Pen Kanan HEM)
Naib Pengerusi III : Pn Nazliah binti Mokhtar ( Pen. Kanan Kokurikulum )
Naib pengerusi IV : Pn Nurulhuda binti Murad (Pen. Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha : En. Mohamad Ishraqi bin Ismail
Penolong Setiausaha : Pn. Noor Ashikin binti Shaari
Bendahari : Pn Roshaslinda binti Hanafi
Pen. Bendahari : Pn. Fathiyah binti Mohd. Jamil
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 7
1.1 JAWATANKUASA KERJA :
PENYELARAS : En. Azizan bin Harun
JAWATANKUASA KERJA BIDANG TUGAS
GOOGLE MEET En. Khairul Saufi bin Omar (K) • Menyediakan link Google Meet
Pn. Nor Zahirah binti Che Ahmad untuk raptai dan program
Pn. Nurnatasha Adila binti Mohd Ghazali sebenar
• Mengawal dan memastikan
Google Meet berjalan lancar
semasa program
• Memastikan menerima bahan
/slaid laporan dan Flipbook
daripada JK Buku Laporan dan
Flipbook
• Mengawal selia dan memastikan
persembahan Flipbook dan slaid
laporan semasa program berjalan
lancar
PERSEMBAHAN Pn. Azizah binti Mohd Akhir (K) • Memilih/Menyediakan
SLIDE DAN ‘TIK Pn. Zahidatul Aziah binti Mohd Zuki persembahan slide dan Tik Tok
TOK’ Pn. Noor Aishah binti Zainal yang sesuai
Cik Wan Nor Shazana binti Wan Hamid • Menyediakan persembahan slide
dan Tik Tok terpilih untuk raptai
program
• Memastikan persembahan slide
dan persembahan ‘Tik Tok’
berjalan lancar sebelum, semasa
dan penghujung program
PENGACARA Pn. Che Salwa binti Kadir (K) • Menyediakan teks pengacara
MAJLIS Pn. Nurul Fariza binti Ismail yang sesuai
• Mengacarakan majlis mengikut
tentatif yang telah diatur
TEKS UCAPAN Pn. Nor Aziah binti Abdul (Pengetua) • Berbincang dengan Pengetua dan
YDP PIBG kandungan teks
ucapan yang akan ditulis
• Menyediakan dua teks ucapan
untuk Pengetua dan YDP PIBG
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 8
Pn. Rosilah binti Abd Wahab • Menyerahkan kedua-dua teks
(YDP PIBG) ucapan tersebut untuk disemak
oleh Penyelaras.
PENYELARAS : Pn. Norlaila binti Abd Manaf
• Menyerahkan teks ucapan yang
JAWATANKUASA KERJA disediakan kepada Pengetua dan
YDP lebih awal
BACAAN DOA En. Mohd Fadli bin Bakar (K)
En. Mohd Fauzi bin Omar BIDANG TUGAS
PENCATAT Pn. Mazwinah binti Md. Takin • Menyediakan teks bacaan doa
MINIT Pn. Zuraida binti Hussain • Membaca doa semasa majlis
Pn. Nor Aishah binti Abd Rahman
Pn. Nurtasnim binti Abdul Jalil bermula
Pn. Nor Mudirah binti Hamzah • Menyerahkan salinan teks doa
BANNER Pn. Shakila binti Bakar (K) kepada JK Dokumentasi
En. Muzaffar bin Mohd Nazri
• Mencatat minit mesyuarat bermula
daripada ucapan perasmian
sehingga tamat Mesyuarat Agung
PIBG
• Menaip catatan minit mesyuarat
dan menyerahkan softcopy kepada
Pen. Setiausaha PIBG
• Merancang layout dan berbincang
dengan Pengetua
• Menyediakan banner dan layar
skrin yang sesuai untuk mesyuarat
• Menyerahkan layar skrin kepada
JK Google Meet untuk digunakan
semasa mesyuarat
• Memastikan banner dipasang di
pintu pagar
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 9
PENYELARAS : Pn. Noriza binti A. Rahman BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA KERJA • Membuat Google Form
PENDAFTARAN Pn. Ngu Hung Yien (K) pendaftaran
Pn. Hanisah binti Abdul Hamid • Membuat analisis kehadiran waris
Pn. Haslinda binti Kasa • Menyerahkan senarai kehadiran
Pn. Adiroh binti Hassim
Pn. Suraya binti Mohd Saad kepada JK Dokumentasi
CENDERAHATI Cik Syahida binti Mat Salleh (K) • Mendapatkan senarai nama
DAN SIJIL Pn. Azizah binti Omar penerima cenderahati daripada
Pn. Khadijah binti Ibrahim SU PIBG
PENYELARAS : Pn. Zuswarni binti Zakaria • Berbincang dan memberi cadangan
hadiah dan cenderamata yang
JAWATANKUASA KERJA sesuai untuk penerima.
En. Mohamad Ishraqi bin Ismail
• Berurusan dengan pembekal bagi
BUKU LAPORAN Pn. Noor Ashikin binti Shaari menempah hadiah/cenderamata.
Pn. Roshaslinda binti Hanafi
Pn. Fathiyah binti Mohd. Jamil • Menyediakan draf sijil untuk
semakan Pengetua
• Menyediakan sijil yang lengkap
dengan maklumat sepatutnya
• Menyerahkan cenderahati dan sijil
kepada penerima
BIDANG TUGAS
• Menyediakan laporan PIBG
• Menyediakan minit mesyuarat
yang lalu.
• Menyediakan penyata kewangan
PIBG
• Menyediakan penyata kewangan
surau
• Menyerahkan semua laporan
kepada JK Flipbook
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 10
FLIPBOOK Pn. Zarina binti Shafie (K) • Memproses dan menukarkan
Buku laporan PIBG kepada
En. Mohd Hanif Azwan bin Ab. Flipbook.
Rahman
• Menyediakan draf flipbook untuk
TANGKAP Pn. Suriati binti Mohd Saad (K) disemak oleh Penyelaras /Pengetua
LAYAR Pn. Nor Azah binti Abdul Aziz
En. Amirul Mukmin bin Azizan • Menyerahkan Flipbook yang telah
lengkap kepada JK Google Meet
DOKUMENTASI Pn. Afifah binti Baharom (K)
Pn. Manisah binti Othman • Mengambil gambar mengikut
En. Wan Marji bin Wan Ibrahim urutan sebelum dan semasa
mesyuarat
• Menyerahkan gambar kepada JK
Dokumentasi
• Menyediakan borang post Mortem
untuk diserahkan kepada ketua
setiap JK Kecil
• Memastikan gambar diperolehi
daripada JK Tangkap Layar
• Memastikan dokumentasi
disediakan mengikut format
sebenar dan gambar mengikut
aturan majlis
• Menyediakan dokumentasi dalam
bentuk softcopy dan hardcopy dua
minggu selepas majlis selesai.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 11
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAJAR
JALAN DATUK KUMBAR 06500 LANGGAR KEDAH.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TAJAR KALI KE-42
TARIKH : 27 FEBRUARI 2020
KHAMIS
HARI : 10.30 PAGI
KAFETARIA SMK TAJAR
MASA : WARIS :323
GURU :55
TEMPAT :
KEHADIRAN :
AGENDA MESYUARAT
I ALUAN PENGERUSI
1. Pengerusi (YDP PIBG) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pentadbir,
AJK Waris, AJK Guru dan seterusnya semua waris yang dapat hadir dalam Mesyuarat
Agung PIBG SMK Tajar kali ke-42 pada hari ini.
2. Penyerahan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM 100 akan diberi
kepada waris dan peringatan mesra kepada waris agar menyalurkan sumbangan
tersebut dengan sukarela kepada sumbangan PIBG sekolah.
3. Kerjasama erat antara pihak guru, komuniti dan pihak polis adalah sangat positif dan
dialu-alukan oleh pihak sekolah. Disiplin yang tinggi sentiasa menjadi penentu utama
dalam kejayaan akademik murid-murid SMK Tajar. Justeru, Tuan Pengetua bersyukur
dengan peningkatan akademik SPM selama 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun
2017, 2018 dan 2019.
4. Untuk program kelas Pendidikan Khas Pembelajaran; program asas jahitan
vokasional dalam usaha untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia.
5. Kelas MPV akan membantu murid-murid dalam kemahiran memperbaiki dan
menservis alat penghawa dingin bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan Sijil
Kemahiran Malaysia.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 12
II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
YANG LALU
6. En. Mohamad. Ishraqi bin Ismail, selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat PIBG ke-42 dari muka surat 6 hingga muka surat 10.
7. Pn. Suraya binti Mahmod mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Pn. Suriati binti Fadzil.
III PERKARA BERBANGKIT
8. Perkara 7.6 (m/s 8) iaitu memperbaiki jalan dan menutup parit di bahagian hadapan
sekolah, pengerusi menjelaskan bahawa surat permohonan telah dihantar kepada
Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Alor Setar.
IV MEMBENTANG LAPORAN TAHUNAN KEGIATAN PIBG BAGI SESI
2019/2020
9. En. Mohamad Ishraqi bin Ismail membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan
PIBG Sesi 2019/2020 dengan merujuk muka surat 11 hingga 13.
10. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa semua program sekolah ( rujuk m/s 17)
pihak PIBG akan membantu kewangan, tenaga kerja dan seumpamanya. Semua
program sekolah juga mewakili program PIBG.
V MEMBENTANG LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
11. Pn. Roshaslinda binti Hanafi selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan
penyata kewangan PIBG sesi 2019/2020, merujuk muka surat 14 hingga muka surat
19.
12. Pn. Siti Noraini binti Hj. Baharom meminta bendahari menjelaskan jumlah
peratus murid yang tidak membuat sumbangan PIBG bagi sesi 2019/2020. Puan
Roshaslinda menjelaskan seramai 30 % murid SMK Tajar tidak menjelaskan
sumbangan PIBG yang berjumlah RM 20, 585.
13. Pn. Sharifah Hanis binti Aziz mencadangkan Laporan Penyata Kewangan PIBG
2019/2020 disahkan dan disokong oleh Pn. Normah binti Ahmad.
VI MEMBENTANG LAPORAN PENYATA TABUNG KEWANGAN SURAU SMK
TAJAR
14. Pn. Fathiyah binti Mohd Jamil selaku Bendahari Surau SMK Tajar membentang
Penyata Kewangan Surau 2019/2020 berakhir pada 28 Februari 2020 dengan
merujuk muka surat 18.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 13
15. Pn. Siti Noraini binti Hj. Baharom mencadangkan Penyata Kewangan Surau
2019/2020 disahkan. Disokong oleh En.Khalid bin Mahmud.
VII MEMBAHASKAN USUL
16. YDP memberi usul untuk kutipan PIBG mula dibayar seawal bulan Januari
dan bukan selepas mesyurat PIBG seperti tahun sebelumnya.
Cadang: Pn Sarihana binti Md Sharif
Sokong: En Salahudin bin Ramlan
17. Waris Mohd. Firdaus bin Imran (3C) memberi usul agar disiplin perlu di
pertingkatkan. Puan Khairiah binti Jusoh memberi penjelasan:
a) Informasi berkaitan disiplin telah diberi kepada waris.
b) Borang pink untuk salah laku diedarkan kepada murid yang terlibat.
c) Untuk mengurangkan kes rokok, pihak pegawai kesihatan dan pihak polis
bekerjasama dengan sekolah sepanjang tahun.
d) Kes berat adalah budaya ‘vandalisme’ menyebabkan kerosakan harta benda
sekolah. Untuk kesalahan tersebut, waris diminta membayar ganti rugi jika
melibatkan harta benda sekolah yang rosak.
18. Waris Nor Alia binti Mohd Fauzi (4A) memeberi usul untuk memperbaiki tandas
wanita. Pengetua menjawab tandas dalam proses pembaikan. Setakat ini, tandas
pendidikan khas, tandas Blok A telah diperbaiki.
19. Puan Hazimah (waris) memohon agar meja dan kerusi diperbanyakkan di
kafeteria sekolah.
20. Merujuk usul yang lepas iaitu memperbaiki jalan dan menutup parit di bahagian
hadapan sekolah, pengerusi menjelaskan bahawa surat permohonan kepada Jabatan
Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Alor Setar namun masih belum ada sebarang
tindakan atau makluman.
VIII UCAPAN PENANGGUHAN DARIPADA PENGETUA
21. Tuan Pengetua memaklumkan bahawa AJK PIBG sesi 2017/2019 dikekalkan bagi
sesi 2019/2021.
22. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang
dapat menghadiri mesyuarat PIBG pada hari ini.
23. PK HEM, Pn. Hjh. Khairiah binti Jusoh memohon kerjasama semua waris untuk
menangani isu ponteng tegar yang berlaku dalam kalangan murid-murid SMK Tajar.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 14
24. Selain itu, PK HEM memohon kerjasama waris untuk menyelesaikan sumbangan
PIBG selewat-lewatnya pada akhir bulan Mac setiap tahun. Hal ini dapat membantu
pihak sekolah dalam mengendalikan program-program akademik dan sahsiah murid.
25. Akhir sekali, PK HEM meminta para waris memberi tumpuan terhadap solat anak
masing-masing kerana disiplin bermula daripada solat yang sempurna sebagai
ucapan penangguhan.
1.0 UCAPAN PENANGGUHAN DARIPADA YANG DIPERTUA PIBG
26. Pengerusi memaklumkan AJK PIBG sesi 2019/2021 kekal seperti sarananTuan
Pengetua.
27. Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang hadir
dan memberi sokongan penuh kepada semua program sekolah.
28. Pengerusi memohon kerjasama waris untuk bersama-sama memantau aktiviti
anak-anak diluar waktu persekolahan.
29. Pengerusi juga meminta ibu bapa dan waris sentiasa peka dengan kemajuan
anak-anak mereka. Jika ada sebarang masalah, waris perlu berhubung dengan pihak
sekolah dari semasa ke semasa.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.
Pencatat Minit I Pencatat Minit II
(SURIATI BINTI MOHD SAAD) (MANISAH BINTI OTHMAN)
Pencatat Minit III
(NOR AZAH BINTI ABDUL AZIZ)
Disemak oleh:
(MOHAMAD FADZIL BIN JAAFAR)
YDP PIBG
SMK TAJAR.
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 15
LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-42 telah diadakan pada 27 Februari 2020
yang telah dirasmikan oleh Tn. Hj Shahrir bin Abu Bakar, Pengetua SMK Tajar.
2. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021
BIL. JAWATAN NAMA
Tn. Hj Shahrir bin Abu Bakar
01. Penasihat En. Mohamad Fadzil bin Jaafar
En. Mohd Tajudin bin Abdul Majid
02. Yang Dipertua En. Mohamad Ishraqi bin Ismail
Pn. Noor Ashikin binti Shaari
03. Naib Yang Dipertua Pn. Roshaslinda binti Hanafi
Pn. Fathiyah binti Mohd Jamil
04. Setiausaha Pn. Nor A’isah binti Bakar
Pn. Khairiah binti Jusoh
05. Pen. Setiausaha Pn. Hjh Nazliah binti Mokhtar
Pn. Nurul Huda binti Murad
06. Bendahari En. Bakri bin Saad
En. Ahmad Salleh bin Talib
07. Pen. Bendahari (Surau) En. Nazri bin Saad
En. Abdul Razak bin Kasa
08. Pen. Kanan Pentadbiran Pn. Rosmah binti Azizan
Pn. Khoiriyah binti Kassim
09. Pen. Kanan HEM Pn. Che Sofian binti Ibrahim
Pn. Normala binti Abdullah
10. Pen. Kanan Kokurikulum Pn. Mazwinah binti Md. Takin
Pn. Che Salwa binti Kadir
11. Pen. Kanan PPKI Pn. Hjh Azizah binti Mohd Akhir
En. Mohd Rashidi bin Saad
12. AJK Waris Pn. Zuswarni binti Zakaria
13. AJK Waris
14. AJK Waris
15. AJK Waris
16. AJK Waris
17. AJK Waris
18. AJK Waris
19. AJK Waris
20. AJK Guru
21. AJK Guru
22. AJK Guru
23. Pemeriksa kira-kira (waris)
24. Pemeriksa kira-kira (Guru)
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 16
3. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
Sepanjang sesi 2020/2021 mesyuarat jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 4 kali
seperti berikut:
BILANGAN MESYUARAT TARIKH
Kali pertama 12 Februari 2020
Kali ke-2 15 Jun 2020
Kali ke-3 25 Mac 2021
Kali ke-4 10 September 2021
KEHADIRAN AJK DALAM MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SESI 2020/2021
TARIKH
BIL NAMA 12.4.2020 15.6.2020 25.3.2021 10.9.2021
1. Tn. Hj Shahrir bin Abu Bakar
2. Pn. Nurul Aznim bin Mohd Razalli // Bersara
3. En. Mohamad Fadzil bin Jaafar
Belum bertugas /
Kapten (B) Mohd Tajuddin bin
4. Abdul Majid // / /
5. En. Mohamad Ishraqi bin Ismail
6. Pn. Noor Ashikin binti Shaari // x x
7. Pn. Roshaslinda binti Hanafi
8. Pn. Fathiyah binti Mohd Jamil // / /
9. Pn. Nor A’isah binti Bakar
10. Pn. Khairiah binti Jusoh // / /
Pn. Hjh Nazliah binti Mokhtar // / /
11.
// / /
Pn. Nurul Huda binti Murad
12. //
13. En. Bakri bin Saad
14. En. Ahmad Salleh bin Talib // / /
15. En. Nadzri bin Saad
16. En. Abdul Razak bin Kasa x/ / /
17. Pn. Rosmah binti Azizan
18. Pn. Khoiriyah binti Kassim // / /
19. Pn. Che Sofian binti Ibrahim
20. Pn. Normala binti Abdullah /x / /
21. Pn. Mazwinah binti Md. Takin
22. Pn. Che Salwa binti Kadir x/ / /
23. Pn. Hjh Azizah binti Mohd Akhir
// / /
// / /
/ / x (sakit) x (sakit)
xx x x
xx / x
// / /
// / /
// / /
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 17
4. SUMBANGAN/ AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
BIL SUMBANGAN/ AKTIVITI PIBG
1. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42
2. Mesyuarat AJK PIBG
3. Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah.
4. Pembelian Tanah Merah dan Tanah Top Soil
5. Pembelian Alat Termometer
6. Majlis Penghargaan Lepasan SPM 2019
7. Program Kerohanian dan Rawatan Syifa
8.. Majlis Persaraan Pengetua
9. Program Bacaan Yaasin SPM 2020
10. Sumbangan Kerusi Batu
11. Penyediaan Modul Pelajar
12. Program Ceramah Teknik Menjawab SPM 2020
13. Penajaan Guru Ganti
14. Pembelian Almari Besi
15. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 18
LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020
PENYATA KEWANGAN SUMBANGAN PIBG BERAKHIR PADA 28/2/2021
RUJUK
BUKU LAPORAN PENYATA KEWANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 19
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAJAR
JALAN DATUK KUMBAR,
06500 LANGGAR, KEDAH DARUL AMAN.
TEL : 04-7329011 (FAX: 04-7329041)
Ruj. Kami : SMKT/60/002/4 (13)
Tarikh : 11 September 2021
Ibu Bapa dan Waris,
Guru-guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar.
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TAJAR KALI KE-43
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar
kali ke-43 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (secara atas talian)
Pautan Google Meet : https://meet.google.com/dij-bvqa-hbr
Pautan Kehadiran
Dan Cadangan Usul : https://tinyurl.com/mesyagungPIBG
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42.
3.3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
3.4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 28 Februari 2021.
3.5 Membahaskan Usul
3.6 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2021/2023
3.7 Pemilihan Juruaudit
3.8 Ucapan Penangguhan
4. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut secara atas
talian.
Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHAMAD ISHRAQI BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 20
…Sekalung Penghargaan…
Warga SMK Tajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak
langsung
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKT 43/2021 | 21